terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, April 17, 2010

dapatkan pelajaran hoki dari aki tom secara percuma

PERMAINAN HOKI

1.0 PENGENALAN SEJARAH HOKI

Permainan hoki mula dikenali sebagai sukan demontrasi di sukan OLIMPIK
tahun 1900.Permainan ini mula dpertandingkan pada tahun 1928. Bukti sejarah
menunjukkan hoki dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Sebuah
dinding makam Bani Hasan dekat Minia sekitar 2000 sebelum Masihi.
Sebelum penemuan ini dipercayai hoki bermula di Parsi se kitar 500 S.M.
Orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo dan dikatakan hoki adalah
keturunan daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi
hoki yang halus wujud lebih awal.

Hoki wujud di Greek dan Rom sekitar 500 S.M. Bas-Reliefs (seni arca
dinding) yang ditemui di Athens menggambarkan permainan menyerupai hoki telah
dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain satu permainan
kayu yang menyerupai hoki.

Di Ireland hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland dinamakan Shinty
manakala di Perancis dipanggil houquet. Orang Inggeris menggunakan nama
commock sehingga tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Tahun 1800 an hoki
popular di sekolah-sekolah di England. Kelab hoki Wimbledon ditubuhkan pada
tahun 1886 apabila hoki menjadi lebih popular.
Shinty dimainkan di Scotland dengan bola gabus atau getah yang dibungkus
dengan tali yang berlapis-lapis. Kayu hoki dibuat daripada kayu ash atau oak yang
mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya. England, Ireland dan Wales juga
memainkan permainan serupa. Kedua-dua belah kayu digunakan untuk memukul
bola. Padang permainan di England berukuran 180 meter panjang dan 54 meter lebar
dengan pintu gol didirikan dengan menggunakan tiang tegak dalam jarak antara 9
meter antara satu sama lain.

Tidak ada kawasan D dan boleh menjaring gol daripada mana-mana arah.
Mereka mengadakan peraturan ofsaid yang menyatakan bahawa seseorang pemain
tidak boleh berada di dalam kawasan 36 meter daripada gol lawan kecuali bola adalah
antara anda dan gol lawan.

Sekitar tahun 1875 bola getah ditukar dengan bola kriket yang dicat putih.
Pemain-pemain tidak dibenarkan menaikkan kayu hoki di atas bahu dan gol -gol hanya
boleh dimasukkan jarak yang tidak terlalu dekat. Peraturan -peraturan ofsaid ditukar
dan pemain-pemain tidak dibenarkan berlengah-lengah di dalam kawasan 4.5 meter
dari garisan gol pihak lawan kecuali mempunyai bola.

Apabila berlaku banyak perubahan dalam peraturan,gaya bermain,alatan dan
permulaan permainan, permainan hoki lebih digemari dan diminati.


1.1 LATAR BELAKANG PERMAINAN HOKI MALAYSIA
Permainan hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di
Malaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan
hoki untuk para pelajar. Hoki juga popular di sekolah menengah, kelab, Institusi Perguruan, universiti dan persatuan-persatuan.

Pasukan hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya
di peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun
1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada
tahun 1988 di Seoul.

Tahun 1989 menampakkan perubahan dalam arena permainan hoki tanah air.
Pertandingan Piala Razak (format baru) dua divisyen telah dilancarkan sebagai
perkembangan kepada permainan hoki di Malaysia. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini pasukan hoki kebangsaan menunjukkan peningkatan yang baik setelah menjadi Naib Johan dalam Sukan Komanwel 1998.

Dalam merealisasikan impian negara untuk menjadi johan dalam Sukan
Olimpik, pelbagai usaha dan program terancang harus dilakukan. Usaha untuk
melaksanakan program ini bukanlah terletak kepada Majlis Sukan Negara Malaysia
sahaja , kerjasama Persekutuan Hoki Malaysia dan MSSM juga perlu perlu untuk
memajukan program ini.


Rajah 1: menunjukkan antara contoh permainan hoki yang telah dijalankan di peringkat Kebangsaan pada tahun 2009.


1.2 KEPERLUAN SEORANG GURU UNTUK PENGAJARAN HOKI
Pembelajaran Bertujuan:-
a) Memberi satu panduan kepada seseorang guru yang tidak pernah mengajar pelajaran pendidikan jasmani untuk mengajar pelajaran tersebut.
b) Mempelajari sesuatu kemahiran dengan teknik ansur maju aktiviti mudah kepada kemahiran yang lebih tinggi.
c) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik secara berterusan.
d) Mendedahkan kepada pelajar kepada satu sistem latihan yang rapi d an berobjektif.
e) Mengenal pasti bakat pemain lebih awal untuk dilanjutkan pada peringkat tinggi.
f) Melahirkan pemain-pemain bersikap positif seperti:-
1) bertanggungjawab
2) berdedikasi
3) berwibawa
4) kestabilan emosi
5) ketahanan mental
6) kepimpinan
7) keyakinan diri
8) bersemangat
9) keazaman
10) bersatu padu demi kepentingan kemajuan hoki Negara.


Rajah 1.1 Pemain England Nick Catlin diasak oleh Pemain Malaysia muhd Izzat dan Mohd Marhan di kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja FIH Stadium Hoki Johor Bahru Taman Daya, Johor Bahru, Johor Malaysia.



1.3 OBJEKTIF PENGAJARAN HOKI
Sehubungan dengan itu, program ini diharapkan dapat menghasilkan pelajar -
pelajar yang merupakan atlit yang seimbang dalam:-
a) Menguasai dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas yang diajar dalam
permainan hoki.
b) Mempunyai nilai murni sebagai ahli sukan dan rakyat yang bertanggungjawab
kepada masyarakat dan negara.
c) Mampu untuk berinteraksi serta memupuk semangat kewarganegaraan dengan
berkesan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melalui permainan
hoki.

Rajah 1.3 Pemain Malaysia Harvinder Singh terjatuh setelah diasak oleh pemain Korea di kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja FIH Stadium Hoki Johor Bahru Taman Daya, Johor Bahru, Johor Malaysia.
1.4 KEMAHIRAN HOKI
Kemahiran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: -
a) Kemahiran individu
b) Kemahiran berkumpulan
Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang diberi penekanan dalam latihan hoki.
1) Menggelecek
2) Hantaran/Pukulan
3) Menyerkap
4) Menolak



Rajah 1.4 Pertukaran pemain hoki


2.0 AKTIVITI PEMANASAN BADAN
Memanaskan badan adalah aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan akan membolehkan suhu darah dan otot meningkatkan fungsinya melalui :
• otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas
• rintangan dalam otot akan menurun dan seterusnya meningkatkan
kemampuan melakukan sesuatu aktiviti
• kenaikan suhu badan akan menyebabkan hemoglobin membebaskan
oksigen dengan lebih cepat untuk kegunaan tisu-tisu otot
• kenaikan suhu juga akan menyebabkan myoglobin berfungsi dengan lebih
berkesan dan mempertingkatkan aktiviti enzim
• rintangan dalam salur darah berkurangan dengan kenaikan suhu
• mengurangkan risiko kecederaan pada tisu-tisu lembut.


Rajah 1.5 Aktiviti Pemanasan Badan


Bagi menaikkan suhu badan, seseorang pemain perlu melakukan aktiviti selama lebih
kurang 30 minit dengan intensiti senaman yang sesuai.
Kesan ke atas seseorang pemain yang telah melakukan latihan memanaskan badan
ialah ia akan berkemampuan melakukan kerja lebih kurang 45 hingga 80 minit.
(Mengikut pendapat Herbert A de Vires )

2.1 Jenis Memanaskan badan
a. 1. Memanaskan badan secara aktif ( aktiviti yang dilakukan
sendiri )
2. Memanaskan badan secara pasif ( aktiviti yang dijalankan
Dengan bantuan alat atau pihak lain )
b. 1. Memanaskan badan secara am ( untuk meningkatkan suhu
badan ) Contoh : Lari anak, lari setempat
2. Memanaskan badan secara spesifik ( aktiviti yang dilakukan
khusus untuk sesuatu latihan ) Contoh : Regangan Statik
Regangan Dinamik









2.1 Prinsip-prinsip memanaskan badan
1. Memanaskan badan secara am atau untuk meningkatkan suhu badan atau
otot serta darah dapat meningkatkan pencapaian seseorang pemain.
2. Aktiviti yang disusun sebaik-baiknya dikaitkan dengan sukan yang
dimainkan supaya penguasaan kemahiran asas dapat dipertingkatkan.
3. Latihan memanaskan badan boleh dijalankan secara pasif jika aktiviti
aktif tidak dapat diadakan.
4. Aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan
otot semasa bermain.
5. Prosedur memanaskan badan hendaklah tersusun dan bersesuaian dengan
individu melaksanakan.
6. Latihan memanaskan badan yang dilaksanakan secara lebihan beban akan
menyebabkan kesan positif kepada koordinasi neuro-muscular.

2.2 REGANGAN OTOT-OTOT SPESIFIK
1. Otot-otot utama yang akan digunakan dalam permainan hoki harus
diregangkan.
2. Pemain harus menahan setiap regangan selama 10 hingga 12 saat dan
ulang aktivti ini.
2.3 LATIHAN GERAKENDUR / WARM DOWN
Latihan gerakendur ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalani
sesuatu latihan atau permainan.
Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul di
bahagian-bahagain anggota yang tertentu.

Antara aktiviti gerakendur yang dilakukan selepas menjalani latihan ialah :
1. Perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah.
Contoh :-
* Lari anak
* Berjalan
2. Regangan otot pada intensiti sederhana.
* Regangan statik ( dari bawah ke atas )

Rajah 2.0 Mengelakkan Kecederaan Berlaku Selepas Bermain Hoki.




3.0 MENGELECEK
Kemahiran ini merupakan satu teknik kawalan bola dengan pergerakan pantas.
Ia menolong pihak lawan atau mengumpan pihak lawan keluar tanpa kehilangan bola.
Ia juga menolong membuka atau mewujudkan sudut-sudut hantaran bola. Ia
membantu mengelakkan hantaran kepada pemain sepasukan yang berada dalam
keadaan Ofsaid. Kemahiran ini amat penting apabila hendak mengatasi pihak
bertahan tanpa kehilangan bola.


3.1 MENGELECEK RAPAT
Mengelecek cara ini membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak di
hadapan kayu. Kelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan
penelitian yang baik tetapi menambahkan r isiko bola dirampas oleh pihak lawan. Oleh
sebab itu, pemain yang baik tidak akan membiarkan bola bergerak jauh dari kayunya
dan menghadapi risiko bola dirampas oleh pihak lawan.
Kelecek bebas juga digunakan untuk melepasi lawan yang berada dalam
keadaan pegun dengan menolak bola melalui celah dan keliling kaki lawan ke tempat
lapang dan menggunakan kelajuannya untuk mengekalkan pemilikan bola.
Kelecek bebas ini digunakan oleh pemain di tempat lapang untuk bergerak
pantas dengan bola seperti seorang penyerang bergerak ke sasaran yang lapang.





3.2 BUTIRAN MEKANIK
1. Pegangan Kayu:
Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kiri
memegang kayu dengan kuat sementara tangan kanan membantu mengawal bola
saja.

2. Bola:
Bola hendaklah sentiasa berada lebih kurang 30-40 cm di luar kaki kanan. Bola
hendaklah di hadapan badan. Sekirannya kedudukan bola terlalu dekat ia akan
mengganggu pergerakan dan jika ia terlalu jauh akan menjadi susah untuk
mengawalnya.

3. Kaki dan Badan:
Badan dibongkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa semasa
membawa bola. Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau berdiri. Kaedah
ini menggalakkan seseorang pemain bergerak dengan pantas daripada gerakan
biasa dan akan dapat mengatasi kawasan permainan yang lebih luas.
Kayu pemain mesti menyentuh tanah supaya ia dapat melihat kehadapan semasa
ia berlari dan menggelecek bola.






3.3 MENGELECEK CARA 'INDIA'
Kelecek cara ini adalah asas bagi semua gerakan dengan bola dalam
permainan hoki. Pemain-pemain yang dapat menguasainya akan memperolehi
kepuasan dan berupaya bertindak cemerlang. Bagaimanapun tidak ada gunanya
seorang pemain menunjukkan kelecek 'India' yang 'cantik' sekiranya tiada pemain
lawan yang berhampiran.

Rajah 3.0 Menunjukkan Gelecekkan Cara India

Pemain-pemain mestilah melaksanakan kelecek India di hadapan badan dengan cara
menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang melintang badan dan dengan cara
silih berganti memainkan bola menggunakan hadapan dan kilas kayu. Tangan kiri
sentiasa menggerakkan kayu belakang dan ke hadapan ke atas bola. Tangan kanan
membenarkan kayu diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untuk
melakukan ketekan untuk menukar arah gerakan bola.

3.4 BUTIRAN MEKANIK.

1. Pegangan Kayu:
Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas. Muka kayu pandangkan ke luar
sambil buku jari tangan kiri pandangkan badan pemain. Tangan kanan memegang
kayu di bawah sedikit. Tangan kiri memusing kayu sambil tangan kanan
membantunya sahaja. Bola ditarik ke kanan atau ke kiri oleh kayu de ngan
meluncur bola.

2. Bola:
Bola hendaklah berada lebih kurang 30cm di hadapan kaki kanan. Ia kemudian
ditolak ke kaki kiri dan apabila bola sampai. Kayu meluncurkan bola dan tariknya
balik kepada kaki kanan.

3. Kaki dan Badan:
Kedudukan kaki adalah kangkang dan badan dibongkokkan ke hadapan dengan
bola lebih kurang 60cm di depan. Pada awalnya gerakan bola dari kanan ke kiri
adalah secara perlahan dan kemudiannya secara pantas. Jika kaki kanan di
hadapan maka bola berada di kanan dan jika kaki kiri bergerak ke hadapan maka
bola ditarik ke kiri juga.
Seorang pemain harus ingat, bahawa bola mestilah di hadapannya semasa
bergerak dan badan pula condong ke depan. Kayu sentiasa berhampiran dengan
bola dan ini membolehkan pemain mengawal bola pada setiap masa.


3.5 MEMANASKAN BADAN
AKTIVITI FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Lari ulang alik (24 meter) a) Lari atas bebola kaki.
b) Angkat lutut tinggi.
c) Hayun tangan pantas ke hadapan
Lari membawa pasangan a) Pasangan berada di belakang
b) Lari perlahan-lahan 15 meter
c) Tukar pasangan
Timbang Garam a) Belakang bertemu belakang
b) Cangkok siku
c) Bengkok lutut (penimbang) dan bongkokkan
badan ke hadapan.
d) Lentuk ke belakang dan luruskan kaki ke
bawah.
Tolak Bahu a) Kedua-dua tangan lurus ke hadapan atas bahu
pasangan,
b) Sstu kaki ke hadapan satu kaki ke belakang.
c) Tolak bahu dengan kuat.
Kelonggaran a) Dari atas ke bawah:
i) Kepala
ii) Tangan
iii) Pinggang
iv) Hamstring













3.6 Menggelecek Rapat

Ansur Maju 1.





A

1. Pemain A berjalan/berjogging sambil membawa kayu hoki (tanpa bola).
2. Bongkokkan badan seolah-olah sedang membawa bola.
3. Lari secara lurus 20 meter dan kembali ke tempat permulaan.
4. Pastikan pemain memegang kayu dengan betul.

Ansur Maju 2.




A
1. Pemain berjalan sambil mengelecek bola di garisan lurus 20 meter.
2. Pastikan bola sentiasa berada pada garisan dan dekat dengan kayu hoki.
3. Tambahkan kelajuan apabila pemain sudah menguasai kemahiran.
4. Ulang aktiviti ini.
Ansur Maju 3.


s
A
1. Pemain A akan menggelecek bola di atas garisan ’S–.
2. Pastikan bola sentiasa berada di atas garisan.
3. Mulakan dengan berjalan kemudian tambahkan kelajuan apabila pemain sudah
menguasai kemahiran.
4. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 4.







1. Pemain mengelecek rapat 20 meter dalam kumpulan.
2. Pemain A mengelecek bola kepada D dan akan menyambung diri di belakang F.
3. Pemain D pula mengelecek bola kepada pemain B dan akan menyambung diri di
belakang C.
4. Teruskan aktiviti ini sehingga pemain dapat menguasai kemahiran dengan baik.

Ansur Maju 5







1. Pemain A mengelecek bola di antara skitel dan memberikan bola kepada pemain C. Kemudian pemain A akan menyambung diri di belakang D.
2. Teruskan sehingga semua pemain melakukan aktiviti ini.
3. Pastikan pemain mengelecek dengan cara yang betul.
4. Mulakan dengan berjalan kemudian tambahkan kelajuan apabila pemain sudah
menguasai kemahiran.
5. Ulang aktiviti ini.






3.7 AKTIVITI PEMULIHAN











1. Pemain akan mengelecek bola secara lurus dan kemudian mengelilingi
skitel.
2. Pemain A akan memberikan bola kepada pemain B dan menyambung diri
di belakang pemain B.
3. Apabila pemain sudah menguasai kemahiran, tambahkan kelajuan.

Aktiviti pemulihan ini perlu dilakukan untuk memastikan semua murid sekolah rendah ini berjaya untuk menguasai latihan yang dijalankan. Latihan yang dijalankan semasa aktiviti pemulihan ini perlu sentiasa dipantau oleh jurulatih.




3.8 Aktiviti Pengayaan

.















1. Pemain A akan mengelecek rapat ke hadapan sejauh 5 meter dan
Kemudian menolak kepada pemain B.
2. Pemain B yang menerima bola akan mengelecek rapat ke hadapan
sejauh 5 meter dan kemudian menolak semula kepada pemain A
3. Teruskan aktiviti mengelecek dan menolak sejauh 30 meter.


3.9 Permainan Kecil.
Aktiviti : Bola akhir dalam kotak.
Bilangan Pemain : 12 orang.
Tujuan : Memperbaiki kawalan bola cara dekat.
Pengelolaan :
1. 12 orang pemain bergerak bebas dalam kawasan empat segi sama berukuran 10
meter.
2. Sambil pemain-pemain bergerak dengan bebas mengawal bola sendiri, mereka
cuba mengeluarkan bola pemain lain dari kawasan permainan.
3. Pemain yang bolanya telah dikeluarkan hendaklah menunggu di luar garisan
permainan.
4. Pemain terakhir yang berada dalam kotak dengan bola berada dalam kawalannya
adalah pemenang.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad.



3.10 Gerak Kendur.
1. Semua pemain berlari-lari anak sambil mengangkat tangan ke atas,kiri dan kanan.
2. Bentukkan separuh bulatan.
3. Goyangkan kaki, tangan perlahan-lahan.
4. Buatkan regangan secara perlahan-lahan.
5. Tarik nafas 3 kali.

Gerak kendur amat penting dilakukan selepas selesai aktiviti yang dijalankan. Mengikut En Mohd Nor pelajar IPG KKB setiap aktiviti pengenduran yang dijalankan mampu melegakan ketegangan otot yang digunakan. Oleh itu setiap aktiviti pengenduran ini mampu mengelakkan daripada berlakunya kecederaan selepas melakukan aktiviti.
Disiplin perlu wujud dalam diri jurulatih untuk memastikan semua pelajarnya mampu melakukan gerak kendur dengan baik tanpa berlaku sebarang penyelewengan dalam aktiviti tersebut.




4.0 PERBANDINGAN DENGAN PROGRAM LATIHAN LAIN.
4.1 Buku Ke Arah Bintang Sukan Hoki 1995
Buku ini menunjukkan program yang dijalankan tidak berapa sesuai untuk dijalankan kepada pelajar sekolah rendah. Kerana di dalam buku beliau tahap latihan yang dijalankan boleh dikatakan tahap yang tinggi. Program tersebut sesuai untuk melatih pelajar yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Tugas utama guru mengajar di sekolah rendah bagi pengajaran hoki adalah melatih pelajar dan mencungkil bakat pelajar bertujuan mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru dan pelapis disamping memupuk minat kanak-kanak kepada sukan hoki.
Tahap satu merupakan pelajar berumur antara 7 tahun ke 9 tahun iaitu darjah 1 ke darjah 3. Dan tahap dua antara 10 tahun ke 12 tahun darjah 4 ke darjah 6. Jurulatih memainkan peranan penting dalam latihan.






5.0 HANTARAN (PUKULAN)
Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola
itu bergerak dengan pantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah yang boleh
dicapai dengan latihan-latihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan.


Gambar Rajah 5.0 Menunjukkan pukulan hantaran hoki dilakukan oleh pemain Malaysia di Stadium Hoki Johor Bahru Taman Daya, Johor Bahru, Johor Malaysia.




5.1 MEKANIK HANTARAN:
1. Cara memegang kayu:
Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu sementara
tangan kanan di bawahnya. Kedua-dua ’V– yang dibuat dengan ibu jari dan
jari telunjuk dari kedua-dua tangan adalah selari. Tangan kiri ditegakkan
supaya perlaksanaan lancar hayunan kayu ke belakang dan mengikut rentek ke
hadapan diadakan.
2. Cara berdiri:
Berdiri dengan kaki kangkang supaya anda berada di dalam keadaan yang
selesa. Letakkan bola lebih kurang 20cm dari kaki kiri. Bahu kiri ke arah
gerakan atau pukulan. Pada masa hantaran atau pukulan dibuat, mata
hendaklah memandang bola dan lutut dibengkokkan sedikit.
3. Bola:
Kedudukan bola janganlah jauh ataupun dekat sangat dengan kaki kiri.
Sekirannya bola dalam kedudukan dekat sangat dengan kaki kiri,kemungkinan
pemain berkenaan memukul kakinya sendiri. Kedudukan bola juga bergantung
kepada ketinggian pemain berkenaan.
4. Hayunan:
Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak terus dalam satu garisan
lurus dengan kaki kiri. Pada masa kayu kena pada bola, muka kayu hendaklah
dalam keadaan ’Vertical– supaya pukulan tepat boleh berlaku. Gerakan tangan
adalah bebas dan tidak menyentuh mana-mana bahagian badan atau sebarang
jenis halangan sama ada pada masa menghayunkan ke belakang atau mengikut
lajakan ke hadapan.
5. Badan:
Semasa kayu dihayunkan ke belakang,berat badan adalah sama rata tetapi
apabila kayu diturunkan ke bawah berat badan dipindahkan dari kaki belakang
ke kaki hadapan. Jari-jari kaki kanan menjadi paksi. Perkara-perkara yang
perlu diberi perhatian seperti berikut:
a) Gerakan badan dan pemindahan keberatan badan.
b) Kekuatan badan khasnya di bahagian bahu.
c) Kepantasan menurunkan kayu.
d) Kuncikan/Tegakkan/Genggaman pergelangan tangan.
e) Memegang kayu dengan kuatnya pada masa kayu bersentuhan bola.
5.2 MEMANASKAN BADAN
AKTIVITI FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Lari ulang alik (24 meter) a) Lari atas bebola kaki.
b) Angkat lutut tinggi.
c) Hayun tangan pantas ke hadapan
Lari membawa pasangan a) Pasangan berada di belakang
b) Lari perlahan-lahan 15 meter
c) Tukar pasangan
Timbang Garam a) Belakang bertemu belakang
b) Cangkok siku
c) Bengkok lutut (penimbang) dan bongkokkan
badan ke hadapan.
d) Lentuk ke belakang dan luruskan kaki ke
bawah.
Tolak Bahu a) Kedua-dua tangan lurus ke hadapan atas bahu
pasangan,
b) Sstu kaki ke hadapan satu kaki ke belakang.
c) Tolak bahu dengan kuat.
Kelonggaran a) Dari atas ke bawah:
i) Kepala
ii) Tangan
iii) Pinggang
iv) Hamstring


5.3 Hantaran
Ansur Maju 1











1. Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter.
2. Pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul.
3. Pemain boleh mensasrkan pukulan ke arah yang dikehendakinya.
4. Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergerak
satu langkah, 2,3 langkah seterusnya.





Ansur Maju 2








1. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter.
2. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain.
3. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dan
seterusnya.
4. Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya bila melakukan pukulan.











Ansur Maju 3















1. Pemain-pemain berdiri dalam dua barisan dan menghadap kawannya.
2. Seorang pemain memukul dan kawannya menahan bola dan memukul balik
kepada pasangan berulang-ulang.
3. Mulakan memukul bola secara statik dan kemudian bergerak 1, 2 dan 3 langkah
sebelum memukul bola.




Ansur Maju 4













1. Setiap pemain akan menggunakan 2 biji bola hoki.
2. Pemain akan memukul bola pertama dengan kuat.
3. Pemain memukul pula bola kedua , supaya bola itu bergerak separuh jarak bola
pertama.
4. Ulang aktiviti ini sehingga pemain menguasai kemahiran.






Aktiviti Pemulihan













1. Pemain A akan membuat pukulan ke arah pemain B, C dan D.
2. Kemudianpemain A akan mengambil tempat pemain B.
3. Pemain B pula mengambil tempat pemain A tadi dan membuat pukulan kepada tiga rakannya.
4. Pemain boleh menegur rakan yang melakukan kesilapan memukul bola.
5. Ulang aktiviti ini.


5.4 Aktiviti Pengayaan.










20 Meter
1. Pemain-pemain (bertiga) akan membawa bola perlahan-lahan dan memukul bola
ke hadapan rakannya.
2. Pemain A akan membawa bola perlahan-lahan dan memukul bola kepada pemain
B. Pemain B akan menahan dan memukul kembali bola kepada A. Kemudian
pemain A akan memukul pula kepada pemain C dan seterusnya. (secara bergerak)
3. Apabila sampai di garisan yang ditetapkan pemain akan bertukar tempat dan
lakukan aktiviti yang sama seperti tadi.
4. Pastikan pemain-pemain sentiasa bergerak semasa melakukan aktiviti ini.




5.5 Gerak Kendur.
1. Semua pemain berlari-lari anak sambil mengangkat tangan ke atas,kiri dan kanan.
2. Bentukkan separuh bulatan.
3. Goyangkan kaki, tangan perlahan-lahan.
4. Buatkan regangan secara perlahan-lahan.
5. Tarik nafas 3 kali.

Gerak kendur amat penting dilakukan selepas selesai aktiviti latihan. Jurulatih atau seorang guru perlu menitik beratkan aktiviti gerak kendur ini bagi mengelakkan kecederaan selepas melakukan aktiviti permainan hoki. Menurut Dr. Ariffaizal, 2009. Gerak kendur merupakan aktiviti wajib yang perlu dilakukan selepas selesai penting bagi meningkatkan gerak balas otot di tempat yang telah digunakan.






6.0 PERBANDINGAN DENGAN PROGRAM LATIHAN LAIN.
6.1 Buku Siri Sukan Malaysia Hoki (2005)
Buku ini menunjukkan program yang dijalankan amat mudah dan tidak teperinci latihannya. Saya telah menggunakan buku tersebut sebagai rujukan bagai manapun kebanyakkan aktiviti di dalam buku tersebut telah diubahkan mejadikan lebih efektif. Latihan dalam buku tersebut juga boleh menyebabkan murid menjadi cepat bosan, oleh itu latihan ditambah kepada sedikit sukar untuk memastikan murid menguasai latihan tersebut.
Tugas utama guru mengajar di sekolah rendah bagi pengajaran hoki adalah melatih pelajar dan mencungkil bakat pelajar bertujuan mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru dan pelapis disamping memupuk minat kanak-kanak kepada sukan hoki.
Tahap satu merupakan pelajar berumur antara 7 tahun ke 9 tahun iaitu darjah 1 ke darjah 3. Dan tahap dua antara 10 tahun ke 12 tahun darjah 4 ke darjah 6. Jurulatih memainkan peranan penting dalam latihan. Di dalam buku siri sukan ini murid akan menguasai semua latihan yang diberikan. Oleh itu saya menambah tahap kesukaran sidikit agar murid menguasai latihan dengan kemahiran yang lebih baik.
Walau bagai manapun buku ini memberikan ilham kepada saya untuk mencipta kadar latihan dengan lebih lagi sepanjang program latihan yang dijalankan bagi pelajar di sekolah saya menduduki praktikum di Sekolah Kebangsaan Parang Puting.
7.0 Kesimpulan
Permainan Hoki adalah amat penting dipelajari dari sekolah rendah lagi. Guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran permainan hoki ini. Setiap latihan yang dijalankan perlu menggunakan setiap kemahiran yang berhubung kait dengan permainan hoki tersebut.
Sepanjang saya menghasilkan tugasan ini saya telah banyak menjalankan kajian terhadap latihan yang dijalankan dalam buku rujukan permainan hoki termasuk buku teks sekolah rendah dan juga video latihan yang telah terdapat dalam www.youtube.com yang banyak memberikan saya pengajaran untuk mencipta latihan yang terbaik dan berkesan bagi pelajar sekolah rendah.
Matlamat pengajaran dan pembelajaran adalah setiap murid menguasai latihan yang disediakan disamping saya dapat mencari bakat baru bermula dari sekolah rendah lagi. Oleh itu bagi saya latihan hoki secara menyeluruh di sekolah rendah amatlah perlu dititik beratkan. Ini kerana setiap cara dan teknik yang betul merupakan 20% bagi pelajar menguasai permainan hoki.
Hoki tidak dapat diamainkan dengan kekuatan dan fitness semata-mata ini kerana teknik yang betul untuk dikuasai oleh pelajar amatlah penting bagi melahirkan pelajar yang boleh bermain hoki dengan baik dan menguasai permainan hoki. Satu pembaziran akan berlaku jika guru di sekolah rendah kebangsaan tidak menggunakan kayu hoki yang terdapat dalam stor sukan sebagia satu medium pengajaran kepada murid-muridnya. Guru perlu bersedia melatih pelajar dengan permainan hoki dan mencari bakat baru dalam hoki untuk diketengahkan.
Kebanyakan ansur maju yang telah saya titipkan adalah melalui pengalaman saya sendiri menerusi kelas beliau. Saya juga mencari maklumat di bahagian English di dalam perpustakaan selain bergantung kepada hasil carian menerusi internet. Kebanyakan maklumat yang saya peroleh di dalam bahasa Inggeris dan memerlukan saya untuk menggunakan kamus dan translasi bahasa kira-kira 45%. Saya juga cuba merujuk kepada kawan-kawan yang mempunyai maklumat tambahan mengenai sukan hoki.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan usaha yang telah saya lakukan untuk menulis mengenai hoki ini. Bohonglah sekiranya saya menyatakan bahawa saya tidak kisah dengan markah yang bakal diberikan, namun saya hanya boleh mengatakan bahawa semua keputusan dibuat oleh penilai yang saya pasti seorang yang bijak dan pakar di dalam sukan. Saya sebagai pendatang baru di dalam dunia sukan hanya mampu untuk redha dan perbaiki diri dari semasa ke semasa.







8.0 Bibliografi
Siri Sukan Malaysia Hoki (2005), terbitan Alpha Sigma Sdn. Bhd. Selangor.
Buku Ke Arah Bintang Sukan Hoki 1995
Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006). Siri Sukan Popular: Hoki. Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006) 2)
Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005). Field Hockey: Techniques & Tactics. (2005). .Human Kinetics 3)
Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006) Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4)
Internet. Diakses pada 29 Jun 2009. http://en.wikipedia.org/wiki/Hockey 5)
Internet. Diakses pada 29 Jun 2009. http://www.fihockey.org/ 6)
Internet. diakses pada 3 feb – 15 mar 2010. http://apps.citcat.com/en/translate 28

No comments: