terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, April 25, 2010

BINA INSAN GURU FASA VI 2009, LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS KOTA BHARU


CADANGAN KERTAS KERJA
BINA INSAN GURU FASA VI 2009,
LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)



ANJURAN:
PISMP SEMESTER 6 2009
AMBILAN JANUARI 2007


TARIKH: 26 OKTOBER 2009


TEMPAT:
SEK. KEB. JELAWAT, BACHOK KELANTAN.


CADANGAN KERTAS KERJA
KHIDMAT PENDIDIKAN BINA INSAN GURU FASA VI 2009
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
` Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara”.





2.0 MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

3.0 OBJEKTIF
Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dang bengkel ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:
1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan
3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan.
4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.
6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.









4.0 SINOPSIS

Program ini mencakupi tiga tugasan iaitu lawatan penanda aras, aktiviti bengkel dan refleksi wajib. Lawatan penanda aras akan diadakan selama tujuh jam dan yang kedua pula ialah aktiviti bengkel yang mengambil masa selama tiga jam. Kedua- duanya akan diadakan di tempat yang sama.Tujuan lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan infostruktur kokurikulum. Objektif utama aktiviti bengkel ialah untuk mendedahkan pelajar kepada maklumat- maklumat berkaitan ciri- ciri guru yang inovatif selaras dengan tajuk yang diberi iaitu “ GURU INOVATIF”. Di akhir aktiviti bengkel ini, akan diadakan sesi refleksi wajib Program BIG dari semester satu hingga enam.

5.0 PENGANJUR
- Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu
- Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru Fasa VI,
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan,
Ambilan Januari 2007

6.0 TEMA :
‘Guru Cemerlang, Negara Gemilang’

7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 26 Oktober 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Sek. Keb. Jelawat



8.0 PENSYARAH
A. Encik Abdul Khabir Bin Mat Dahang – Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
B. Encik Zainol Abidin Bin Zakaria – Penyelaras BIG Sem 6
C. Tuan Haji Salime Bin Abdul Rahman – SUP
D. Tutor setiap kumpulan:
- Pn Hajjah Faridah Bt Darus ( PISMP Sains )
- En. Abdul Salam Bin Mahmod ( PISMP Matematik )
- Pn. Zaleha Bt Mohd Noor ( PISMP Pengajian Melayu )
- Ustazah Ismaliza bt. Ismail ( PISMP Pengajian Agama )


9.0 PESERTA
83 orang guru pelatih dari kumpulan PISMP Sains, PISMP Matematik, PISMP Pengajian Melayu dan PISMP Pengajian Agama.

PISMP Pengajian Melayu ( 15 lelaki, 8 perempuan )
PISMP Sains ( 10 lelaki, 10 perempuan )
PISMP Matematik ( 13 lelaki, 7 perempuan )
PISMP Pengajian Agama ( 10 lelaki, 10 perempuan )














10 .0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VI 2009
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS KOTA BHARU

PENGERUSI
EN. HASHIM B. DERAMAN
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

NAIB PENGERUSI
TN. HJ. YAJID BIN YAAKOB
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

SETIAUSAHA
ENCIK ABDUL KHABIR BIN MAT DAHANG
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PENYELARAS BIG
ENCIK ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA

BENDAHARI
ENCIK YUSOF BIN MAAROF
Pengawai Eksekutif Kanan

TUTOR
PN. HJH. FARIDAH BINTI DARUS
EN. ABDUL SALAM BIN MAHMOD
PN. ZALEHA BT MOHD NOOR
USTAZAH ISMALIZA BT. ISMAIL


AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENGURUS PROJEK
SYED MOHD SYAZWI B. SYED ISA

TIMBALAN PENGURUS PROJEK
MOHD SYAFIQ B. SHUHAIMI
WAN NORAINA AYUNI BT. ARIFFIN

SETIAUSAHA
NUR MARINI BT. MUDIN

NAIB SETIAUSAHA
MUNAUWARAH BT. SAAMIN

BENDAHARI
WAN MOHAMMAD HILMI B. WAN HASSAN

NAIB BENDAHARI
NOR HUMAIRAH BT. HUSSIN

AHLI JAWATANKUASA

PENGANGKUTAN
MOHD RAIS RAHIMY B ABD RAFAR
HARNINI BT ASMAN

PERALATAN
AHMAD RAHIMI B MD SAID
RAZIMAN B DAUD

DOKUMENTASI
MOHD YUZAIDI B MOHAMAD YUSOFF
MOHD FAIRUZ B CHE GHANI

PERSEGARAN
MOHD FAIRIZ B ROSLI
NIK HAKIMAH BT GHANI

KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
ASHROF B. YAACOB
NOR ADRINA ELANI BT. HASHIM

CENDERAHATI DAN HADIAH
NUR SALSABILA BT KAMARUL ARIFFIN
NAZITA a/p LAISENG

HUBUNGAN LUAR
MUHAMMAD FARIS B. JUSNI
SITI YUHANIS BT. AHMAD



















11.0 CARTA ALIRAN KERJA































12 .0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM
LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)


26 Oktober 2009 (ISNIN)

Masa Agenda

8.00 Pagi - Bertolak dari IPGM Kampus Kota Bharu
9.00 Pagi - Berkumpul di sekolah
- Mendengar taklimat ringkas daripada pihak pengurusan sekolah.
11.00 Pagi - Minum pagi
11.30 Pagi - Melawat persekitaran sekolah.
- Sesi bersama panitia
12.30 Pagi - Sesi pemurnian kefahaman ( sesi soal jawab)
1.00 Tengahhari - Majlis Perasmian Penutup
2.00 Petang - Makan tengah hari
- Solat Zohor
3.00 Petang - Bertolak pulang










13 .0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

a. Perbelanjaan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

PERKARA ANGGARAN SUMBER
1. Alat tulis Seperti dalam senarai Stor IPGKKB
2. Cenderahati 3 Plak Institut Stor IPGKKB
3. Banner 1 helai Stor IPGKKB
4. Air mineral 6 kotak Stor IPGKKB
5. Sijil Penghargaan 3 gulung SUG

b. Makanan

Makanan;

SK Kubang Kerian 3 (50 orang)
Tutor (2), penceramah (2) dan pentadbir sekolah (3)
Sarapan: 7 orang X RM2.50
Makan Tengah hari: 7 orang X RM4.00
PISMP Pengajian Melayu (23 orang)
Sarapan: 23 orang X RM2.50
Makan Tengah hari: 23 orang X RM4.00
PISMP Pengajian Agama (20 orang)
Sarapan: 20 orang X RM2.50
Makan Tengah hari: 20 orang X RM4.00

SMK Dato’ Ahmed Maher (50 orang)
Tutor (2), penceramah (2) dan pentadbir sekolah (6)
Sarapan: 10 orang X RM2.50
Makan Tengah hari: 10 orang X RM4.00
PISMP Matematik (20 orang)
Sarapan: 20 orang X RM2.50
Makan Tengah hari: 20 orang X RM4.00
PISMP Sains (20 orang)
Sarapan: 20 orang X RM2.50
Makan Tengah hari: 20 orang X RM4.00

Jumlah =




RM17.50
RM28.00

RM57.50
RM92.00

RM50.00
RM80.00




RM25.00
RM40.00

RM50.00
RM80.00

RM50.00
RM80.00

RM650.00





L.O

14.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru Fasa VI ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada bakal guru tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG.

Disediakan oleh,


...................................
(NUR MARINI BT MUDIN)
SETIAUSAHA
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6
IPG KAMUS KOTA BHARU Disemak oleh,


..................................
( )
TUTOR
IPG KAMPUS KOTA BHARU
Melalui,


.......................
(EN.ABDUL KHABIR B. MAT DAHANG)
KETUA JABATAN HEP
IPG KAMPUS KOTA BHARU Diluluskan oleh,


...................................
(EN.HASHIM B.DERAMAN)
PENGARAH
IPG KAMPUS KOTA BHARU

No comments: