terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, January 24, 2010

rancangan pengajaran harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


2 0 0 9












Disediakan oleh :
Mohd Fadzly B.Ariffadzilah
Mohd Nor Ridzwan B.Dollah
Mohd Shahidan Bin Ismail
Shafarin B.Sazali


PISMP PJ2

Pensyarah :
En. Mohd Noorlan Bin Zakaria

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan



RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
(PENDIDIKAN JASMANI)
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Teruntum
Tarikh : 8 September 2009
Waktu : 7.45 pg – 8.45 pg
Kelas : 5 Amanah
Bil Murid : 20 orang
Umur : 10 tahun
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang Kemahiran : Bola Sepak
Kemahiran : Hantaran leret
Peralatan : i. Bola ( bola sepak);
ii. Penanda ( gelung / skittle).
Pengalaman sedia ada : Murid pernah bermain bola sepak pada waktu petang atau masa lapang.
:Murid pernah menerima pembelajaran & pengajaran
mengenai bola sepak sebelum ini.

Objektif pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:
a) Psikomotor
Murid dapat melakukan hantaran leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki ke sasaran sekurang-kurangnya 5 daripada 7 percubaan pada jarak 5 meter.

b) Kognitif
Murid dapat menyatakan teknik hantaran leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki dengan betul.

c) Afektif
Murid mendengar arahan guru dan memberikan kerjasama dan mewujudkan semangat kesukanan dikalangan murid.

Kemahiran berfikir :
Pelajar dapat membezakan, membanding, menganalisis, mengkelas, menghubungkaitkan, menganalisis, dan membuat gambaran mental.

Gaya Pengajaran:
Arahan dan Penemuan Terbimbing

Strategi Pengajaran:
Teori Kontekstual

Penggabungjalinan:
Hubungkait antara aplikasi sains dengan subjek Pendidikan Jasmani





Bahagian
Aktiviti Kesan
Pengelolaan
Butiran mengajar
Catatan
Jasmani Nilai

1. Pengenalan-
Set Induksi,
Memanaskan
Badan Dan Regangan
(10 minit)
1.0 Set Induksi

.


-Meningkakan suhu badan
-Meningkatkan kadar nadi
- Kerjasama
- Memahami arahan





X= murid 0=Guru
Murid berada dalam keadaan bebas dalam sempadan yang ditetapkan.
-Setiap murid diberikan sebiji bola.
- Guru mengarahkan murid untuk melakukan sebarang hantaran bola dengan menggunakan kaki.
- Guru memerhati dan mengawal.

Teori Kontekstual diaplikasi dalam set induksi

1.1 Memanaskan Badan

Lari mengelilingi padang bola sambil bola dikawal dengan menggunakan kaki

- Sistem
kardiak
-Meningkatkan
kadar nadi
-Meningkatkan
suhu badan

- Kesungguhan
- Memahami
Arahan








Murid berada dalam barisan dengan jarak yang sesuai seperti di atas.
X= murid
0= Guru

Aktiviti dilakukan dalam gelanggang bola jaring
- Murid diberikan bola seorang sebiji.
- Lari di atas
hujung kaki
- Lutut bengkok
sewaktu lari
-Badan dalam
keadaan tegak
- Sambil berlari,bola dikawal dengan menggunakan kaki.



1.2 Regangan

- Koordinasi
badan
- Kekuatan
tangan
- Daya
imbangan

- Kesungguhan
- Keseimbangan











Murid berada dalam
barisan seperti di atas
dengan jarak sesuai.





- Murid membuat
barisan.
- Seorang murid dipilih untuk mengetuai aktiviti regangan.
-Aktiviti regangan dimulakan dari bahagian :-
- kepala ke atas dan ke bawah
-kepala ditolak ke kanan dan kiri
- Pergelangan tangan kanan dan kiri dibengkokkan ke atas dan bawah
-Kaki kanan dan kiri dibengkokkan ke atas
- Pergelangan kaki kanan dan kiri di dibengkokkan ke kiri dan kanan
- Semua aktiviti regangan dibuat dalam kiraan 8 bagi setiap satu bahagian anggota badan.


2.
Perkembangan
( 30 minit )
2.1
Melakukan gaya hantaran leret dengan menggunakan bahagian dalam kaki tanpa menggunakan bola.


- Koordinasi
pergerakan
- Kepantasan
- Kecekapan

- Ketepatan
- Keyakinan












X = Murid 0 = Guru
- Murid dibahagikan kepada 2 barisan sama banyak bilangan.
- Guru menunjukkan gaya hantaran leret dengan menngunakan dalam kaki tanpa menggunakan bola sambil diperhatikan murid dalam satu barisan lurus.


- .Guru menunjukkan dahulu cara dan teknik menggunakan bahagian dalam kaki untuk membuat hantaran.
- Guru menerangkan mengenai konsep pemindahan berat badan ketika melakukan hantaran leret.
- Guru menerangkan konsep daya dalam melakukan hantaran.
- Guru menunjukkan urutan mudah ketika melakukan hantaran dengan dalam kaki.
- Guru menyuruh murid melakukan seperti yang telah ditunjukkan.
- Guru menegur dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan murid jika ada.
- Murid dikehendaki mengulang
pergerakan dan urutan melakukan hantaran dengan dalam kaki sehingga teknik dapat dikuasai.


- Teknik Shadowing

2.2
Hantaran leret dalam jarak 5 meter secara statik sekurang-kurangnya 5-7 kali percubaan kea rah pasangan.

- Kepantasan
- Kelembutan
- Koordinasi

- Kerjasama
- Persefahaman
- Aplikasi
Kemahiran
- Kepuasan






X = Murid
-Murid dibahagikan kepada dua barisan secara berpasangan.
- Murid akan menghantar bola ke arah rakannya kemudian rakannya itu pula akan menghantar semula bola kepadanya.
-Murid melakukan hantaran dengan menggunakan teknik yang betul kea rah sasaran.
- Murid menggunakan bahagian dalam kaki semasa menghantar bola.
- Murid melakukan sekurang-kurangnya 5 kali percubaan.
- Guru mengawal dan membuat teguran dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh murid jika ada.










2.4
Langkah 4: Hantaran Leret Dinamik

- Kepantasan
- Ketepatan
- Kuasa

- Kerjasama
- Kepuasan
- Persefahaman














Murid dibahagikan kepada 4 orang satu kumpulan dan setiap kumpulan dibahgikan kepda dua kumpulan kecil.

Murid A1 akan menghantar bola ke murid A3 dan kemudiannya berlari menuju ke belakang murid A4.
Murid A3 yang menerima bola dari A1 akan menahan bola dan menghantar bola ke murid A2 dan kemudiannya berlari ke belakang murid A2.

Jarak antara kedua-dua kumpulan ialah 7 meter.







- Guru perlu mengawal kelas dan memastikan semua murid-murid terlibat semasa aktiviti dijalankan.
- Guru menerangkan mengenai konsep serapan ketika menerima bola kepada murid-murid sebelum aktiviti dijalankan.
- Guru memperbetulkan sebarang kesilapan dari segi lakuan atau teknik hantaran sekiranya murid-murid melakukan kesalahan.
-Guru tegas ketika aktviti dijalankan.
-Guru memastikan aspek keselamatan diutamakan ketika aktiviti dijalankan seperti jarak antara murid-murid, permukaan tanah.

3.

Permainan
Kecil

(15 minit )


3.0
Mini Bola Sepak


- Ketepatan
- Memindah
- Mengaplikasi
- Ketangkasan


- Seronok
- Hibur
- Kepuasan













X= Ahli kumpulan x
0 = Ahli kumpulan 0

-Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Setiap kumpulan 5 orang ahli.

- Permainan ini dijalankan di gelanggang bola jaring.

- Dua gelanggang digunakan dan permainan dijalankan serentak.








- Satu kumpulan adalah seramai 5 orang murid.
- Peraturan permaianan ini ialah murid hanya boleh menggunakan hantaran leret sahaja ketika bermain.
- Gol dikira apabila murid dapat menghantar bola dengan hantaran leret mengenai sasaran iaitu kon.
- Satu mata bagi satu jaringan mengenai kon.
- masa permainan ialah 7minit bagi satu perlawanan.
- Kumpulan yang menang akan bertemu yang menang manakala kumpulan yang kalah akan berlawan dengan kumpulan yang kalah.






4. Penutup
(5 minit )
Gerak Kendur
- Murid kekal
dalam
bulatan dan
melakukan
lari setempat
dan ‘star
jump’
- Tarik nafas :
‘Breathe in’
dan
hembus
nafas:
‘Breathe out’
- Menstabilkan
semula suhu
badan
- Menurunkan
kadar nadi
- Elak
kecederaan
tisu

- Kelegaan
- Keseronokan
Guna separuh padang
bola jaring

- Murid bentuk
barisan berbentuk U di
depan cikgu
- Minta murid buat
larian setempat
‘slow in motion’
mengikut
lakuan cikgu.
- Kemudian buat
‘star jump’
dengan santai.
- Bahagian badan di kendurkan dengan digoyangkan dalam kiraan 8 bagi setiap anggota badan.
- Tarik nafas sebanayak 3 kali.

- Refleksi
-Soal jawab
- Imbas
Kembali
- Pengukuhan
kognitif
- Memahami
Pengajaran
- Terima
pembelajaran
dengan baik
- Guna separuh
padang bola
jaring
- Soalan kepada murid:
a) Apakah kemahiran
pada pembelajaran hari
ini
b) Nyatakan koordinasi
tubuh yang banyak
digunakan
c) Tujuan hantaran leret dilakukan






- Minta respon
murid dengan
P&P dengan
bertanya soalan.
- Beri
pengetahuan
umum kemahiran
- Beri tugasan
kepada murid,
cari artikel bola
baling.

- Bersurai
secara
berkumpulan
- Lokomotor
- Sorakan dan
jerit ‘Hurei’.
- Kerjasama
- Bersurai
dengan tertib





Murid berbaris dalam 2 barisan dalam keadaan tertib dan bersalam.
- Pandu murid
kembali ke kelas
dan pastikan
sentiasa dalam
keadaan disiplin
dan tertib.

1 comment:

Ridhzwan said...

Salam saudara..

saya amat tertarik tentang RPH kemahiran bola sepak (hantaran leret) yang ada kat blog saudara ini. kalo saudara tidak keberatan, boleh x saudara emailkan rph ini kepada saya.
ini email saya.. ridhzwan_bj@yahoo.cpm

harap saudara sudi membantu demi ilmu.

sekian.tq