terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, January 24, 2010

Memohon Kebenaran untuk Tinggal di Luar.

Kamarulzaman B. Md. Saril
Penghuni Blok D,
Bilik DA 7,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Kota Bharu.
En. Hashim Bin Deraman,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Kota Bharu,
16109, Pengkalan Chepa,
Kota Bharu,
Kelantan. 16 Januari 2010.

Tuan,
Memohon Kebenaran untuk Tinggal di Luar.
Berhubung dengan perkara di atas, saya Kamarulzaman B. Md. Saril bernombor kad pengenalan 870302-30-5221 daripada PISMP Pendidikan Jasmani 1 ambilan Januari 2008 ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk tiggal di luar.
2. Sehubungan dengan perkara di atas, saya mempunyai alasan yang kukuh untuk tinggal di luar. Alasan yang pertama ialah saya telah mempunyai rumah sewa di luar. Rumah sewa saya ini telah dikongsi bersama 4 lagi rakan-rakan yang lain semenjak 5 bulan yang lalu semasa semua pelajar sibuk mencari rumah sewa berikutan notis nama-nama pelajar yang dikeluarkan daripada asrama dikeluarkan. Berikutan takut nama saya juga tersenarai, saya telah bersetuju untuk membayar sewa rumah tersebut. Namun apabila nama saya tidak ada di dalam senarai tersebut, saya terpaksa mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar sewa rumah dan juga elaun asrama saya juga turut dipotong.
3. Namun, saya masih lagi menetap di asrama dan meneruskan bayaran rumah sewa untuk persediaan sekiranya saya keluar asrama nanti, saya tidak akan menghadapi sebarang kesulitan dalam mencari rumah sewa. Sekiranya pihak tuan bersetuju membenarkan saya tinggal di luar, tuan sekaligus meringankan beban kewangan saya yang sememangnya dalam kesulitan.
4. Alasan yang kedua ialah kesemua rakan-rakan sekelas saya telah tinggal di luar. Kesemua mereka menyewa di luar. Ini mendatangkan kesulitan kepada saya untuk melakukan tugasan seperti tugasan kerja kursus berkumpulan, tugasan persembahan untuk tutorial secara berkumpulan, dan sekarang ini saya menghadapi kesulitan dalam menghadapi peperiksaan berikutan saya seorang yang suka belajar secara ’study group’ apabila tibanya musim peperiksaan.
5. Kehidupan saya yang terpisah daripada rakan-rakan amat-amat mendatangkan kesulitan kepada saya dalam melalui kehidupan sehari-hari sebagai seorang pelajar. Di sini saya benar-benar memohon ihsan daripada pihak tuan dan juga pertimbangan daripada pihak tuan untuk membenarkan saya tinggal di luar.
6. Kerjasama dan ihsan daripada pihak tuan saya didahului dengan ucapan terima kasih. Sekali lagi saya benar-benar memohon pertimbangan yang wajar daripada pihak tuan untuk membenarkan saya tinggal di luar.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

--------------------------
(Kamarulzaman B. Md. Saril)
PISMP Pendidikan Jasmani 1/ sem 5
Ambilan Januari 2008.

No comments: