terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, November 1, 2009

refleksi bina insan guru

MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN
PISMP PJ IPGM KKB AMBILAN JAN 2008
861118-35-5865


KLINIK BADANG 22.10.2009 KHAMIS
Pertama kali menjejakkan kaki ke sana setelah sekian lama tidak bersama guru-guru pelatih dalam program yang dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini (siri 4 2009), guru-guru pelatih yang terlibat ialah dari PISMP PJ 1 dan PJ 2 Ambilan Jan 2008. Seronok dapat menjalankan aktiviti bersama guru-guru pelatih yang sungguh kreatif dan bersemangat.
Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa ‘up to date’ dengan mengamalakan adab-adab yang terpelihara.
Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapt mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program BIna Insan Guru ini. Terima kasih tidah\k terhingga kepada En. Wan Suhaimi B. Wan Setapa yang banyak membimbing saya sebagai pelajar di IPGM Kampus Kota Bharu ini. Tanpa tutor sehebat beliau siapalah saya dan terima kasih juga kepada En. Khairul Azman bin Khairuddin sebagai tutor kedua kelas saya yang menjadi tonggak utama penyuntik semangat kepada saya dan rakan sekelas.
Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di jalankan di Klinik Badang, Kota Bharu telah menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru kelas pertama yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas sahaja. Kesedaran kepada saya perlu terbit dalam diri di samping tanggungjawab yang amat pentig perlu ada dalam diri saya sebagai seorang pendidik yang akan mendidik pelajar saya menjadi seorang insane yang Berjaya dalam kehidupannya.
Sepanjang Program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan klinik tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan bersama-sama sehinggalah berakhirnya program itu. Saya sebagai seorang guru sanggup membuang perasaan malu saya dengan berjumpa masyarakat setempat dan melakukan kerja pembersihan di sepanjang kawasan klinik tersebut. Tiada kata pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut saya, tetapi apa yang ada hanyalah saya boleh, saya boleh melakukannya.
Bukan sahaja mengutip sampah dikawasan dalam dan luar klinik saya dan rakan sekelas lakukan tetapi termasuklah mencuci tandas, mengelap tinggap, memotong rumput, mengemop lantai, penyediaan makanan dan sebagainya. Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini. Dan saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan.
Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Saya tidak akan malu melakukan tugas ini, saya tidak akan menyesal melakukan tugas ini dan apa yang akan keluar dari mulut saya hanyalah saya boleh, saya boleh dan saya akan melakukan tugas-tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan orang kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai program seperti gotong-royong dan sebagainya.
Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang guru pelatih yang akan keluar dari IPGM Kampus Kota Baru ini dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi seorang guru yang Berjaya membawa anak murid ke jalan kejayaan bukan sahaja dalam bidang pendidikan korikulum dan kokurikulum tapi termasuklah membentuk modal insan yang mempunyai jasmani, emosi, rohani, intelek, social yang menjadi rakyat Malaysia satu suara dan satu semangat yang mampu menggoncang Negara lain dalam semua bidang.
Saya juga amat berbangga kepada pegawai Bina Insan Guru ini En Zainol Bin Zakaria yang banyak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dalam meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan menjadi seorang guru yang berguna pada masa hadapan. Cuma saya masih lagi mempunyai kelemahan dalam perhubungan sosial bersama staf-staf klinik tersebut yang terdiri dari kaum hawa. Tetapi saya telah cuba sedaya upaya meningkatkan dan mempelajari bagaimana meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan mereka.
Dalam program ini kami juga tidak meninggalkan perkara wajib yang harus dilakukan iaitu solat zohor berjemaah. Kami telah pergi ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat zohor berjemaah. Program pada hari ini telah ditutup dengan kehadiran En Lazim pegawai dari Hal Ehwal Pelajar IPGM kampus Kota Bharu. Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada En Che Kamaruddin yang telah membantu saya dan pelajar lain untuk perhubungan dengan pihak pengurusan Klinik Badang.
Program seumpama ini harus dijalankan kerana memberi terlampau banyak manfaat kepada guru pelatih IPGM Kampus Kota Bharu untuk keluar sebagai seorang bakal pendidik yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.




Satu Malaysia Satu Matlamat



MOHD NOR IZWAN SULAIMAN
PISMP PJ1
AMBILAN JAN 2008
861118-35-5865


MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN
PISMP PJ 1 AMBILAN JAN 2008 SEMERTER 4

Refleksi Bina Insan Guru di Tumpat Kelantan Program di Rumah Ibu Tunggal dan Perkhemahan.

Mengutamakan pembelajaran yang menitikberatkan pembangunan efektif, khususnya dalam espek kognitif dan psikomotor. Pembangunan efektif ialah meliputi insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang dan patuh kepada ajaran agama. Pembangunanm fizikal dan nilai-nilai kerohanian serta sosial ditekankan sepanjang perkemahan tiga hari dua malam malam dam semua aktiviti yang diwajibkan.

Program Bina Insan Guru Insan berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesioan perguruan adalah profesion yang mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang. pembentukan jati diri dan mempunyai role model, serta mampu menyesuaikan dan menangani pelbagai cabaran dalam perubahan zaman dalam era globalisasi.

Program ini mampu membentuk akhlak mulia, membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Program yang dijalankan di Kampung Dalam Rhu Tumpat telah diikuti oleh pelajar PJ1, PJ2, PK1, PK2, Matematik.

Sehari sebelum program ini berjalan kami telah mengikuti perkhemahan wajib unit beruniform di Gua Musang, Kelantan. Walaupun begitu saya dan rakan-rakan yang lain telah menyiapkan persiapan yang baik dalam menjayakan program Bina Insan Guru yang akan kami lakukan di Tumpat Kelantan ini. Tidak ada kata putus asa yang terbit dalam diri saya selaku seorang pelajar IPGM Kampus Kota Bharu, Kelantan. Setiap langkah yang saya hayunkan hanyalah kehadapan. Persiapan yang mengambil masa selama lebih kurang satu bulan sebelum tarikh program telah saya lakukan dengan baik untuk menjadikan program yang di jalankan menemui kejayaan.

Setiap peserta telah diberikan taklimat awal oleh Pengerusi Program Bina Insan
Guru ini iaitu Mohd Haris pelajar kursus matematik semester 4. Sebanyak 25 kumpulan telah dibahagikan dengan konsep satu Malaysia, satu matlamat. Tiada bantahan untuk pembahagian kumpulan ini. Setiap kumpulan berpuas hati dengan pembahagian kumpulan.

Hari keberangkatan ke sana telah menunjukkan pelajar IPGM Kampus Kota Bharu amat menitit beratkan masa dan menganggap masa itu sebagai emas. Pada jam lapan pagi semua peserta telah berkumpul di kantin IPGM kampus Kota Bharu. Satu semangat telah ditunjukkan apabila separuh daripada bilangan peserta kursus telah bekerjasama mengangkat kotak air mineral dari stor asrama ke kantin IPGM kampus Kota Bharu. Sepakat membawa berkat telah terpahat dalam jiwa semua guru pelatih yang mengikuti program ini.

Pengumpulan peserta dilakukan sekali lagi untuk kepastian kumpulan anak angkat yang dibahagikan. Setiap peserta juga diberi taklimat untuk menggunakan khemah sepanjang program ini berlansung. Apabila sampai di S.K. Tumpat setiap peserta telah membina khemah dengan mengambil masa yang pantas. Selesai mendirikan khemah semua peserta telah bersama-sama menyusun kerusi di dewan S.K. Tumpat ini, semua peserta mengamalkan kata pepatah melayu berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Taklimat kedua telah diberikan oleh pengerusi program di dewan tersebut tentang tentatif program yang akan berlansung pada hari tersebut.

Selesai itu peserta telah sama-sama bekerjasama untuk memasak bersama-sama dan makan tengah hari bersam-sama. Pelancaran program Bina Insan Guru ini telah di lancarkan oleh Timbalan Pengarah En Yajid deraman. Pegawai Bina Insan Guru yang banyak menjayakan program iaitu En Zainol telah memberikan taklimat kepada para peserta tentang apa yang perlu kami lakukan sepanjang program ini berlansung dan juga apa yang kami tidak boleh lakukan sepanjang program ini.

Malaysia amat bertuah kerana mempunyai sebuah Institusi yang mengamalkan Program Bina Insan Guru, ini kerana program seumpama ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri seorang guru itu akan bertambah dari a kepada z dan seterusnya. Program seperti ini banyak mengajar saya sebagai seorang guru pelatih untuk mempersiapkan diri saya menjadi seorang guru yang baik apabila saya menerima ijazah nanti. Tanpa program seumpama ini amat malanglah seseorang guru
itu kerana tiada pendedahan awal yang diterima apabila menjadi seorang guru kelak.

Seseorang guru itu perlu mengetahui mengapa seseorang pelajar itu mempunyai masalah dan melakukan masalah apabila di sekolah. Kebanyakkan pelajar melakukan masalah akin\bat tekanan yang mereka alami ini mungkin diakibatkan oleh ibu bapa mereka, kawasan persekitaran mereka, jiran tetangga mereka, rakan sebaya mereka, dan pelbagai faktor lain dan di sinilah tugas saya sebagai seorang guru untuk menggunakan kebolehan saya membantu menyelesaikan masalah mereka.

Program kali ini telah menjadikan saya sebagai seorang yang lebih berkeyakinan dalam penyediaan diri saya menjadi seorang guru yang berguna pada masa akan datang. Saya telah bersama dengan keluarga angkat saya sehari suntuk untuk belajar tentang kesusahan dan masalah yang menimpa keluarga angkat saya. Saya menemuramah keluarga angkat saya dalam keadaan santai untuk mengetahui lebih mendalam tentang profil keluarga ini. Saya melihat kekuatan yang ada dalam keluarga angkat saya agak baik kerana mereka mempunyai peralatan yang cukup lengkap seperti peti ais, mesin basuh, television, dapur gas, bilik air, tandas, bilik tidur dan sebagainya.

Keluarga angakat saya juga merupakan golongan peniaga kecil-kecillan. Ayah angkat saya sebagai seorang peniaga di pasar dan ibu kami sebagai pengambil upah menjahit baju di rumah. Saya mempunyai seorang adik angkat yang mempunyai masalah penyakit urat saraf di bahagian faraznya yang membengkak. Keluarga kami mengalami kesusahan untuk menghantar adik angkat saya ini untuk mendapatkan khidmat pakar di HUSM Kota Bharu setiap bulan. Oleh itu keluarga angkat saya ini telah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikkan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan untuk menampung perbelanjaan perubatan adik angkat saya ini.

Adik saya nombor tiga terpaksa membantu ayah angkat saya berniaga di pasar pada hari cuti dan ini sedikit sebanyak telah menganggu pendidikan adik saya ini yang dipanggil abang cik. Abang cik akan menghabiskan hari cuti beliau bersama ayah di pasar untuk berniaga. Masa untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru akan menjadi terhad dan kurang apabila abang cik membantu ayah di pasar. Saya telah mengambil kesempatan untuk memberikan nasihat kepada abang cik untuk menguruskan masa beliau pada hari cuti untuk menyiapkan kerja sekolah.

Ayah angkat saya merupakan seorang bekas kumpulan ajaran sesat al-Arqam yang fanatic satu masa dahulu dan sekarang telah menemui jalan kebenaran. Mengikut cerita ayah semasa beliau mengikuti kumpulan ini kebajikkan dan keperluan keluarganya banyak terabai dan nasib baik beliau cepat menyedari kesilapan yang telah dilakukan beliau.

Mengikut apa yang telah dipelajari kesesatan yang dilakukan oleh ayah angkat saya ini telah mempengaruhi adik beradik angkat saya yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan pendidikan di sekolah kerana kedudukan sekolah yang jauh dari rumah. Maka sedikit sebanyak pelajaran adik-adik saya terganggu. Jadi di sinilah tugas guru yang mana menyiasat kenapa pelajar mereka tidak hadir ke sekolah. Guru perlu peka kepada kebajikkan pelajarnya sepanjang tempoh pendidikan bagi melahirkan pelajar yang Berjaya dalam akademik seterusnya Berjaya dalam hidup menjadi seorang insan yang baik dari segala segi.

Aspek peribadi: bersikap yang tidak sesuai dan tidak cerminkan seorang (atau guru-guru) yang sejati dengan tingkah-laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri dan organisasi; datang lewat, lambat masuk kelas mengajar, atau kalau masuk tidak mengajar, atau masuk sekejap kemudian tinggalkan murid buat kerja sendiri, suka buang masa (berborak dan bersembang semasa bertugas), buat sibuk pada masa dia tidak sibuk; semuanya ini jadi amalan dan tak rasa malu apatah lagi rasa berdosa.

Pengetahuan dan kemahiran yang tidak berkembang; walau dah lama menjadi guru tetapi kerja masih comot, kabur, salah sana salah sini, tak faham format dan kandungan, sangat lewat siapkan laporan data dan maklumat (termasuk analisis dan diagnosis) dan masih tak pandai buat minit mesyuarat atau belum faham-faham bezakan antara laporan dan minit; dokumen murid sering tidak kemaskini; buku-buku latihan murid sangat lama tidak diperiksa; dan paling buruk sikap bodoh sombong, besar diridan sangka diri paling betul hingga kerja wajib sebagai seorang guru ditinggalkan dan melebihkan kerja-kerja lain yang bukan wajib (direct selling dan seumpamanya).

Tugas seorang guru bukan hanya di dalam kelas beliau tetapi juga dalam kehidupan para pelajar mereka untuk membentuk pelajar mereka kepada seorang insan yang berguna. Setiap apa yang dilakukan guru perlulah mulia dan member faedah kepada pelajar mereka. Guru adalah sebagai seorang peniaga maka pelajar sebagai seorang pelanggan yang perlu dijaga dengan baik supaya pelanggan tersebut tidak lari.

Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain, guru itu melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi sebagai satu "profesion" yang bermatlamat melahirkan pelaja yang mampu berjaya dengan baik dalam hidup mereka.

Sesi latihan dalam kumpulan yang bertajuk kemahiran interpersonal dan intrapersonal telah member saya pengajaran dalam mengawal diri saya menjadi seorang bakal guru yang mampu mengurus diri, pelajar, keluarga, rakan, masyarakat, dan sebagainya. Kepentingan pengawalan diri amat dititik beratkan dalam diri seorang guru untuk membentuk guru yang berjaya dan jayanya. Tugas mendidik bukanlah satu perkara yang remeh temeh. Setiap yang dilakukan mesti mempunyai visi, misi dan matlamat yang harus dicapai dalam diri masing-masing.

Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita menjadi guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu"; yang membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited dan
bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muirdnya. Prinsipnya
ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' pekerjaan sangat
mulia.






Satu Malaysia Satu Matlamat



MOHD NOR IZWAN SULAIMAN
PISMP PJ1
AMBILAN JAN 2008
861118-35-5865

No comments: