terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, November 9, 2009

PERANCANGAN PENGAJARAN

BAB III
PERANCANGAN PENGAJARAN
1.0 Pengenalan
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaranpembelajaran
untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau
makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan
utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk
menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di
samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.
Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan
berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.
Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat
keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu
dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran
yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan
pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama,
mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan
mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu
proses pengajaran-pembelajaran.
Sehubungan dengan ini, semasa mengikuti program Latihan
Mengajar, guru pelatih dikehendaki merancang pengajaran lebih
awal, selaras dengan Sukatan Pelajaran. Rancangan pengajaran
yang terlibat merangkumi rancangan kerja bagi tempoh latihan
mengajar, rancangan kerja mingguan dan rancangan kerja harian.
Kesemua rancangan pengajaran tersebut hendaklah ditulis dalam
Buku Persediaan Mengajar Fakulti Pendidikan UTM, mengikut
format yang telah ditetapkan. Di samping menulis rancangan
pengajaran, guru pelatih dikehendaki melengkapkan maklumat
mengenai kelas yang diajar (iaitu, nama pelajar), soalan-soalan
penilaian yang dibuat beserta dengan skema pemarkahan
(lampirkan), markah penilaian, senarai nama buku teks dan buku
rujukan yang digunakan, dan sebagainya. [Perhatian: Kegagalan
guru pelatih menulis semua maklumat mengenai pengajarannya,
akan diberi markah sifar (0), semasa penyeliaan].
3.1 Kepentingan Penulisan Rancangan Pengajaran
Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi
setiap orang guru, terutamanya guru pelatih. Melalui (penulisan)
persediaan yang terancang, guru pelatih akan dapat:
12 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
i. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar
ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel.
ii. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif,
pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan bantu
mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah
penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian,
penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya.
iii. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada
perkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan
dalam Sukatan Pelajaran).
iv. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu
digunakan untuk mennyampaikan sesuatu isi pelajaran.
v. Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu
murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan
ke arah yang dikehendaki.
vi. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi
yang lebih tersusun dan bersistem.
vii. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu
yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat
dicapai dengan berkesan.
viii.Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara
menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran
serta menilai pembelajaran murid.
ix. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di
mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan
lain, secara jelas.
x. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik
dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau
fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa
diluar bilik darjah.
xi. Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang
dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan
(refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah
mengatasi sebarang kelemahan.
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 13
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK
3.2 Rancangan Persediaan Mengajar
Terdapat tiga jenis perancangan yang perlu dibuat oleh guru pelatih
semasa mengikuti program latihan mengajar: Rancangan kerja bagi
tempoh latihan mengajar, rancangan kerja mingguan, dan rancangan
pengajaran harian.
3.2.1 Rancangan Pengajaran Bagi Tempoh Latihan Mengajar
Guru pelatih perlu menyediakan rancangan skim kerja untuk 6 (atau
12) minggu pengajaran, dalam tempoh latihan mengajar. Dalam
ruangan rancangan skim kerja, guru pelatih perlu menulis nama
mata pelajaran yang diajar, tajuk besar dan sub tajuk yang akan
dilibatkan dalam tempoh latihan mengajar, dan menganggarkan
bilangan minggu yang diperlukan (dengan menyatakan tarikh) bagi
mengajar setiap tajuk.
Rancangan skim kerja yang dibuat perlu mengambilkira semua cuti
umum, aktiviti atau takwim sekolah, peperiksaan, dan lain-lain
faktor yang terlibat dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Lampirkan bersama Sukatan Pelajaran bagi tajuk-tajuk yang terlibat
dalam tempoh Latihan Mengajar tersebut.
3.2.2 Rancangan Kerja Mingguan
Rancangan skim kerja untuk tempoh latihan mengajar perlu
diperincikan untuk pengajaran satu minggu. Semasa membuat
perancangan kerja mingguan, guru pelatih perlu menyatakan segala
peralatan untuk setiap pengajaran. Rancangan kerja mingguan
hendaklah ditulis sebelum bermulanya sesuatu minggu pengajaran.
3.2.3 Rancangan Kerja Harian / Persediaan Mengajar
Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan
rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan
Mengajar. Rancangan kerja harian merupakan susunan
perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru,
dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses
penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, persediaan
mengajar merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan
oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam
penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi
tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti gurumurid
yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang
mudah dicerap.
14 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan
Pelajaran, dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran.
Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru pelatih perlu memikirkan
perkara berikut:
• Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta,
konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek
kognitif, psikomotor dan afektif).
• Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?
(Merangkumi objektif pengajaran).
• Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan
yang dirancang?
• Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan
supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan
berkesan?
• Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru)
dan pembelajaran (murid)?
Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen
utama:
i. Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid);
ii. Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagainya);
dan
iii. Aktiviti guru-murid.
Perkaitan antara: Objektif - Isi Pelajaran - Aktiviti, perlu dinyatakan
dengan jelas. Dalam konteks ini, objektif diibaratkan sebagai suatu
soalan (misalnya, apakah yang perlu dipelajari murid?), di mana
jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran (misalnya, murid perlu
mempelajari ......... ). Manakala, bahagian aktiviti (guru-murid)
mencadangkan bagaimana atau apakah langkah / tindakan (kaedah)
yang perlu diambil (atau digunakan) bagi menjawab persoalan yang
dikemukakan. Sebagai contoh, perkaitan ini ditunjukkan dalam
Rajah 1.
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 15
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK
Murid melakukan eksperimen**
berikut, secara
stesyen, dalam beberapa
kumpulan kecil:
Melakukan tindakbalas
antara asid dan alkali
dengan bahan berikut:-
- Logam (serta bukan
logam)
- sebatian karbonat
(serta bukan sebatian
karbonat).
Rajah 1: Perkaitan Antara Objektif-Isi Pelajaran-Aktiviti Guru / Murid
Objektif Tingkahlaku Isi Pelajaran Aktiviti Guru-Murid
Dengan menggunakan
ana-logi ** berikut,
guru mem-bincangkan
konsep mol:
1 dozen = 12 benda
1 kodi = 20 benda
1 gross = 144 benda
dan sebagainya.
(** : Kaedah yang
digunakan).
Berpandukan analogi di
atas, guru membincangkan
konsep mol bagi
unsur (atom dan molekul)
dan sebatian (molekul
dan ion).
b. Di akhir pengajaran,
murid dapat membezakan*
sifatkimia
asid dan alkali.
Perbezaan sifat kimia
asid dan alkali
adalah+ ................
(Nyatakan fakta perbezaan
sifat kimia antara
asid dengan alkali;
mungkin ditulis dalam
bentuk jadual atau
susunan tertentu).
Di akhir pengajaran,
murid dapat mentakrifkan
* konsep mol.
(* : Persoalan )
a. Mol adalah+ satu
unit kuantiti yang
m e n g a n d u n g i
bilangan sebanyak
6.023x 1023
Misalnya, dalam 1
mol unsur Sodium
(atau 23g), terdapat
sebanyak 6.023 x 10 23
atom Sodium.
(+ : Jawapan)
16 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
Dalam bahagian aktiviti guru-murid, guru perlu menilai pencapaian
objektif pengajaran; sama ada secara tingkahlaku tanpa bahasa
(misalnya, dengan melihat semasa murid melakukan eksperimen)
atau melalui soal-jawab (lisan atau tulisan). Setelah guru yakin
objektif tersebut dapat dicapai atau dikuasai murid, langkah
berikutnya guru memikirkan isi pelajaran yang berkaitan dengan
objektif kedua serta merancang aktiviti yang sesuai. Perlu diingat,
prosedur eksperimen bukan merupakan isi pelajaran. Prosedur
eksperimen hanya akan menjadi isi pelajaran jika objektif yang perlu
dicapai adalah “murid boleh melakukan eksperimen mudah di dalam
makmal untuk menyediakan sampel tulen suatu garam (yang
dinamakan)”.
Mengikut format persediaan mengajar UTM, guru pelatih perlu menulis
dua jenis maklumat: Pertama, maklumat pengenai murid dan perkara
yang akan diajar; dan kedua, maklumat mengenai aktiviti guru-murid
di dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Maklumat yang berkaitan dengan murid dan perkara yang akan diajar
termasuk:
• Nama mata pelajaran
• Tingkatan
• Kedatangan
• Tarikh
• Masa: Bermula .......... hingga ...........
• Tajuk (tajuk besar dan sub tajuk), dan
• Tempat.
Meskipun maklumat pertama kurang penting tetapi ia perlu
dinyatakan dalam perse-diaan mengajar sebagai rekod untuk rujukan
pada masa akan datang.
Maklumat kedua yang perlu ditulis dalam persediaan mengajar
merangkumi:
• Objektif,
• Bahan bantu mengajar (BBM),
• Pengetahuan sedia ada,
• Perlaksanaan pengajaran:
+ Pengenalan,
+ Penyampaian:
- Isi pelajaran,
- Kefahaman,
- Kemahiran,
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 17
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK
- Aktiviti guru / murid, dan
- Catatan.
+ Penutup pengajaran.
• Tugasan,
· • Refleksi kendiri, dan
· • Catatan guru pelatih.
Kesemua elemen persediaan ini mengajar dibincangkan dalam
bahagian berikut.
3.2.3.1 Objektif Pengajaran (Hasil Pembelajaran)
Ojektif pengajaran merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang
perlu dicapai atau dikuasai murid selepas sesuatu sesi pengajaranpembelajaran.
Objektif pengajaran merupakan komponen terpenting
bagi sesuatu rancangan pengajaran, di mana merupakan asas
pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas
berkaitan yang diperlukan (iaitu, pengetahuan sedia ada), isi
pelajaran (pernyataan, fakta, konsep, prinsip, dan sebagainya); di
samping mencadangkan aktiviti guru / murid yang sesuai dalam
proses pengajaran-pembelajaran.
Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada:
i. Hasil yang akan diperolehi murid (iaitu, pemusatan kepada
murid);
ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur,
selepas mengikuti sesuatu sesi pengajaran;
iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;
Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan:
• Perkara yang masih belum dikuasai oleh murid;
• Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya,di akhir
pengajaran);
• Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu;
18 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
• Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki,
dinyatakan dengan jelas (misalnya, apakah kemahiran intelektual
yang harus dilaksanakan).
Objektif yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:
• mudah (untuk dicapai murid);
• sesuai (dari segi tahap pencapaian murid dan peruntukan masa);
• realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan);
• jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa
yang betul);
• tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); serta
• disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang
mudah kepada yang sukar).
Sebagai panduan, beberapa perkataan eksplisit berikut adalah sesuai
digunakan dalam penulisan objektif (tingakah laku) pengajaran; disusun
mengikut aras taksanomi pembelajaran, dari rendah ke peringkat yang tinggi.
Pengetahuan Menamakan
Menerangkan
Mengenal
Mentakrif / Mendefinisi
Menjelaskan
Merakamkan
Menyenaraikan, dan sebagainya.
Pemahaman Menterjemahkan
Menyebut (semula)
Melukis
Mentafsir
Menjelaskan
Membincangkan
Menyatakan
Melaporkan, dan sebagainya.
Penggunaan Mentafsir
Menggunakan
Mendemonstrasi
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 19
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK
Melukis
Menggambarkan
Melakar
Mensenaraikan, dan sebagainya.
Analisis Membezakan
Mengira
Mencerakin
Menganalisis
Menguji
Membandingkan
Menyelesaikan, dan sebagainya.
Sintesis Merancang
Membentuk
Mengubah
Menyusun
Membuat laporan
Membentuk, dan sebagainya.
Penilaian Membanding
Memilih
Menganggar
Menilai, dan sebagainya.
Bahan bantu adalah sebarang peralatan yang digunakan untuk
membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan, supaya
mudah difahami atau diikuti murid. Penggunaan bahan bantu dalam
sesuatu pengajaran dapat menarik perhatian murid dan
meningkatkan minat mereka untuk mengikuti pengajaran tersebut.
Penggunaan bahan bantu dalam pengajaran adalah penting bagi
membantu murid:
• Mengikuti pengajaran dengan penuh minat.
• Memfokas pemikiran kepada perkara yang diajar.
• Melihat struktur asas sesuatu konsep dengan jelas.
• Memvisualisekan konsep atau gagasan yang abstrak.
• Menyusun serta menggabungkan segala aspek yang dipelajari
secara global; misalnya, melalui peta konsep, dan sebagainya.
3.2.3.2 Bahan Bantu Mengajar
20 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
Sesuatu bahan bantu yang digunakan guru perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
• Sesuai dengan tajuk.
• Berkait dengan objektif pengajaran.
• Selaras dengan kebolehan murid.
• Menarik.
• Dipelbagaikan, sesuai dengan perbezaan murid.
• Tersusun, kemas dan tepat.
• Mudah (iaitu tidak terlalu rencam atau mengelirukan).
• Tulisan jelas dan saiznya sesuai.
Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada benda sebenar (misalnya
bunga, daun dan pokok), sebarang peralatan yang dibuat sendiri (misalnya
carta, poster, filmstrips dan slide) atau peralatan yang dibeli (misalnya model
dan mock-up); yang berkaitan dengan tajuk pengajaran. Bahan bantu yang
digunakan hendaklah sesuai dan ringkas dan dapat berfungsi dengan baik.
Ringkasnya, sesuatu “benda” akan menjadi bahan bantu jika guru berjaya
menggunakanya secara berkesan untuk membantu murid mengikuti
pengajaran dengan lebih mudah. Semakin realistik sesuatu alat atau bahan
yang digunakan, semakin mudah murid mengaitkan konsep atau idea baru
dengan konsep atau idea yang sedia terdapat dalam minda mereka.
Segala peralatan asas yang perlu digunakan untuk sesuatu pengajaran
(misalnya papan tulis dan kapur), atau sebarang peralatan yang diguna untuk
melakukan sesuatu eksperimen, adalah merupakan alat perlu – bukannya
bahan bantu. Tanpa peralatan tersebut, pengajaran atau eksperimen tidak
dapat dijalankan Sebaliknya, tanpa bahan bantu, sesuatu pengajaran masih
boleh dijalankan, cuma keberkesanannya mungkin kurang. Kebanyakan
konsep (sains) yang dipelajari di sekolah adalah berbentuk abstrak. Untuk
mengajar konsep yang abstrak, guru perlu memvisualisekan konsep tersebut
dalam pemikiran murid. Keadaan ini boleh dicapai dengan cara
menggunakan benda yang hampir menyamai konsep abstrak tersebut (atau
dengan menggunakan analogi). Justeru, untuk meningkatkan pemahaman
murid mengenai konsep atom, misalnya, guru perlu menggunakan model
berbentuk tiga dimensi (yang menyamai struktur atom). Dalam konteks
ini, model atom yang digunakan adalah merupakan bahan bantu; manakala,
struktur atom yang dilukis (sama ada di atas kertas manila atau mahjung
yang disalin terus dari buku teks atau rujukan) adalah alat perlu. Guru
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 21
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK
perlu melukiskan struktur atom tersebut bagi membincangkan apakah
yang dimaksudkan dengan atom. Tanpa ‘lukisan’ tersebut, guru tidak
akan dapat menghuraikan atom dengan jelas. Sebalik-nya, dengan
menggunakan ‘model’ atom, pemahaman murid menjadi lebih cepat.
Sebagai analogi, bahan bantu boleh diibaratkan mangkin (yang
membina jalan pintas) dalam sesuatu tindak balas kimia. Tanpa
mangkin, sesuatu tindak balas kimia berlaku dengan lambat;
manakala, dengan menggunakan mangkin tertentu, tindak balas
tersebut menjadi lebih cepat. Misalnya, proses pembekuan getah
(yang mungkin memerlukan satu hari) akan menjadi lebih cepat
dengan menggunakan ‘cuka getah’ (asid formik).
Begitu juga halnya dengan segala peralatan yang perlu untuk
melakukan sesuatu eksperimen adalah merupakan alat perlu,
bukannya alat / bahan bantu mengajar. Persoalannya: Apa rasional
kerja amali, adakah hanya untuk melatih dan meningkatkan
kemahiran manipulatif murid, sebagaimana dalam pengajaran tradisi?
Adakah kaedah pengajaran yang digunakan itu selaras dengan falsafah
pendidikan (sains) ? Sebagaimana yang dinyatakan dalam Sukatan
Pelajaran Sains, untuk menggalakkan pembentukan pemikiran
analitis, kritis dan kreatif murid, strategi pengajaran-pembelajaran
hendaklah berteraskan kepada pembelajaran menerusi pengalaman
dengan memberi keutamaan kepada pendekatan inkuiri. Justeru,
murid perlu dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaranpembelajaran.
Proses pembelajaran sains menuntut murid
memperolehi pengetahuan (dan menguasai kemahiran) melalui
aktiviti penyelidikan, secara terancang dan bersistem. Walau
bagaimanapun, pengkelasan sama ada sesuatu alat yang digunakan
dalam sesuatu pengajaran sebagai alat perlu atau bahan bantu
mengajar, bergantung pada cara penggunaannya. Kapur warna, yang
seringkali dikelaskan sebagai bahan bantu, akan berfungsi sebagai
alat perlu jika guru menggunakan kapur tersebut hanya untuk menulis
(nota) di papan tulis, di sepanjang sesi pengajaran-pembelajaran.
32.3.3 Pengetahuan Sedia Ada
Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu sedar dan sensitif
dengan tingkahlaku kemasukan murid. Pengetahuan sedia ada
merupakan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang telah sedia
dikuasai murid yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar.
Perkaitan antara pengetahuan sedia ada dengan tajuk adalah penting
untuk memastikan kesinambungan proses pembelajaran.
Pembelajaran akan menjadi berkesan jika murid berhadapan dengan
tugasan yang telah biasa ditemui; termasuk tujuan, keinginan,
kepercayaan, emosi, dan sebagainya.
22 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
Pengetahuan sedia ada merupakan kemahiran tara-bawah (subordinate
skills) terhadap kemahiran baru yang lebih rencam yang
akan dipelajari. Sebelum mempelajari tajuk asid, misalnya, murid
perlu menguasai beberapa konsep asas seperti proton, menderma,
larutan berair, dan sebagainya. Tanpa pengetahuan konsep tarabawah
akan menghalang murid untuk memahami dan mempelajari
konsep baru (asid) tersebut. Justeru, guru perlu mengkait, menyemak
dan menstrukturkan kembali pengetahuan sedia ada pelajar dengan
tajukl yang akan diajar. Melalui perkaitan ini, murid menyedari
titik mula pembelajaran mereka, di samping membantu guru
merancang strategi pengajaran yang sesuai.
3.2.3.4 Perlaksanaan Pengajaran
Setiap proses pengajaran-pembelajaran melibatkan tiga peringkat:
Pengenalan, penyampaian dan penutup. Setiap episod pengajaran
ini perlu jalankan secara terancang dan tersusun, supaya minat serta
penglibatan murid dapat dikekalkan di sepanjang proses pengajaranpembelajaran.
Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini adalah
mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.
3.2.3.4.1 Pengenalan
Pengenalan berperanan sebagai montaj (montage) dalam sesuatu
persembahan (sama ada secara audio atau visual). Manarik atau
tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru
menggunakan (kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya.
Bahagian pengenalan memainkan peranan penting untuk menarik
dan mengekalkan minat serta mewujudkan motivasi murid, seterusnya
mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaranpembelajaran.
Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu
melibatkan fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu.
Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk
dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya
membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti
pelajaran dan tidak jelas kepentingan tajuk yang akan dipelajari.
Berbagai pendekatan boleh diguna guru untuk melibatkan fikiran
dan menarik minat murid terhadap pelajaran yang akan diajar.
Misalnya, guru boleh memulakan pengajaran dengan membuat cerita
ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan. Sebagai contoh,
bagi mengajar tajuk Pertandingan di kalangan unsur (mata pelajaran
kimia), guru boleh memulakan pengajaran dengan mengaitkan
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 23
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK
kedudukan pasukan bola sepak dalam Piala Liga Malaysia, seterusnya
membuat ramalan jika pasukan bola yang terletak di atas carta
bertanding dengan pasukan yang terletak di bahagian bawah carta:
Pasukan manakah yang akan menang ? Begitu juga halnya, untuk
mengajar tajuk Keseimbangan dinamik, guru boleh memulakan
pelajaran dengan mengaitkan pengalaman harian murid: Sama ada
dengan perbuatan berjalan menyongsang hala pergerakan tangga
bergerak (escalator) bagi murid yang tinggal di bandar, atau aktiviti
mendayung sampan secara menongkah arus bagi murid yang tinggal
di kampong atau berhampiran sungai. Semasa bercerita, guru
hendaklah memastikan semua murid terlibat dan bersedia untuk
belajar melalui sesi soal-jawab. Walau bagaimanapun, guru perlu
mengubah tajuk perbincangan seandaianya bahan yang dibincangkan
tidak dapat mempengaruhi fikiran atau minat murid.
Tegasnya, minat, keperluan dan pengalaman murid boleh diguna
sebagai asas untuk memulakan sesuatu pengajaran. Kemungkinan
guru memulakan pengajarannya dengan mengaitkan pelajaran dengan
pengalaman harian mereka, atau dengan pengetahuan sedia ada murid
(melalui kuiz, soal-jawab atau perbincangan ringkas), mengemukan
isu semasa yang berkaitan dengan tajuk, mengaitkan dengan minat
dan kegunaannya dalam kehidupan harian, menunjukkan tayangan
video, wayang gambar atau filmstrip, atau lain-lain kaedah pendekatan
yang sesuai.
Komponen terpenting yang perlu ada atau dilibatkan dalam bahagian
pengenalan dikenali sebagai INTRO (Interest, Need, Topic, Ratings
and Objective). Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, guru perlu
menarik minat murid terlebih dahulu (interest), dengan menyatakan
mengapa mereka perlu belajar perkara tersebut (need), diikuti dengan
pernyataan tajuk (topic) yang akan diajar (tulis di papan hijau) serta
skop atau had bidang yang perlu dipelajari (ratings), dan akhir sekali
menyatakan objektif (objective, sebaik-baiknya ditulis di papan hijau)
apakah yang perlu dipelajari atau dikuasai murid. Melalui kaedah
INTRO ini minat, sikap, pemahaman dan kemahiran murid dapat
dipertingkatkan dengan lebih berkesan.
3.2.3.4.2 Penyampaian
Sebahagian besar masa pengajaran guru tertumpu dalam bahagian
penyampaian; merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau
dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian
merupakan pengajaran sebenar, di mana segala konsep, prinsip, fakta
dan kemahiran yang berkaitan dengan tajuk akan disampaikan kepada
murid. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru
24 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
menggunakan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah,
strategi dan pendekatan tertentu yang sesuai untuk menyampaikan
bahan pengajaran. Semasa proses penyampaian guru perlu
melibatkan murid secara aktif serta memberi bimbingan dan menilai
pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran.
Semasa proses penyampaian ini guru perlu memberi perhatian kepada
perkara berikut:
i. Diajar daripada yang mudah kepada yang sukar atau rencam.
ii. Melibatkan murid secara aktif.
iii. Menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai untuk
membantu memudahkan pemahaman murid.
iv. Menggunakan kaedah dan pendekatan yang paling berkesan.
v Menilai prestasi murid dengan menggunakan teknik
menyoal yang sesuai dan berkesan.
vi. Setiap langkah / isi pelajaran hendaklah difahami dan
dikuasai murid terlebih dahulu, sebelum pindah kepada
langkah / isi pelajaran yang berikutnya.
Sebelum guru membenarkan murid memulakan sesuatu eksperimen,
misalnya, pastikan mereka telah tahu dengan jelas tentang prosedur
melakukan eksperimen tersebut, di samping mengetahui segala
langkah-langkah keselamatan dan langkah-langkah ketelitian yang
perlu diambil. Semasa murid melakukan eksperimen, pemerhatian
yang teliti tentang kebiasaan dan teknik-teknik yang digunakan murid
membantu guru menilai pembelajaran mereka. Guru boleh melihat
kesalahan yang dilakukan murid, sama ada semasa di meja atau di
papan tulis. Dengan cara membetulkan kesalahan mereka, rintangan
untuk mempelajari konsep atau idea utama pelajaran dapat diatasi
secara langsung.
Keperibadian guru: Perawakan (termasuk keceriaan, bersemangat,
sifat kekawanan, dan sebagainya), cara pertuturan, nada suara, bahasa
atau gerak isyarat, memainkan peranan penting untuk menarik dan
mengekalkan minat murid di sepanjang proses penyampaian.
Pertuturan yang terlalu cepat atau tidak jelas, dan penggunaan bahasa
yang tidak sesuai dengan tahap murid akan menghambat
pembelajaran.
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 25
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK
Bahagian penyampaian sesuatu pelajaran mengandungi lima
komponen penting:
• Isi pelajaran,
• Kefahaman,
• Kemahiran,
• Aktiviti guru / murid, dan
• Catatan.
i. Isi Pelajaran
Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau yang
perlu disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru perlu
menyatakan segala isi pelajaran yang akan disampaikan, selaras
dengan objektif pengajaran. Isi pelajaran yang disediakan perlu
sesuai dengan tajuk dan disusun mengikut tertib perkembangan
pelajaran.
ii. Kefahaman
Kefahaman melibatkan aspek celik akal (insight) yang diperolehi
pelajar mengenai tajuk yang dipelajari di sepanjang proses
pengajaran-pembelajaran. Aspek kefahaman melibatkan domain
kognitif dan afektif. Berbeza dengan objektif pengajaran, kefahaman
memberi tumpuan kepada aspek dalaman (intrinsic), misalnya
memahami, mengetahui, mengingati, menghargai, menyedari, dan
sebagainya; di mana tidak boleh diukur pada masa itu. Aspek
kefahaman yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran.
iii. Kemahiran
Kemahiran melibatkan kebolehan murid untuk melakukan sesuatu
dengan menggunakan teknik yang betul dan selamat. Aspek
kemahiran melibatkan domain psikomotor. Dalam mata pelajaran
sains, kemahiran merujuk kepada kemahiran saintifik yang perlu
diterap atau dikuasai murid di sepanjang proses pengajaranpembelajaran.
Aspek kemahiran yang ditulis hendaklah selaras
dengan objektif pengajaran.
26 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
iv. Aktiviti Guru / Murid
Aktiviti guru/murid melibatkan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh
guru / murid (sama ada berbentuk hands-on atau minds-on) di
sepanjang proses pengajaran-pembelajaran, demi mencapai objektif
pengajaran. Semua aktiviti guru dan murid perlu dirancang dengan
kemas dan tersusun, mengikut urutan objektif dan isi pelajaran. Di
mana perlu, penggunaan bahan bantu mengajar dan soalan (penilaian)
penting hendaklah dicatat. Aktiviti yang dirancang perlu melibatkan
murid secara aktif bagi membolehkan mereka memperolehi
pengetahuan dan kemahiran mengenai tajuk. Elakkan daripada
menulis aktiviti yang berpusatkan kepada guru.
v. Catatan
Catatan merangkumi sebarang ulasan yang dibuat terhadap isi
pelajaran, kefahaman / kemahiran, atau aktiviti guru / murid atau
yang berkaitan dengan strategi pengajaran yang akan dilaksana. Guru
pelatih boleh menggunakan ruangan dalam bahagian ini untuk menulis
aspek afektif (misalnya nilai murni), aspek kemahiran saintifik,
kemahiran berfikir, bentuk penglibatan pelajar (misalnya perbincanan
kumpulan), penggunaan bahan bantu mengajar (misalnya
transperensi), peruntukan masa bagi setiap aktiviti, dan sebagainya;
di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran.
3.2.3.4.3 Penutup Pengajaran
Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi
pengukuhan terhadap pembelajaran murid, dengan membuat rumusan
atau kesimpulan mengenai apa yang telah diajar. Di samping itu,
bahagian penutup juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas
mengenai prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang.
Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah
dibincang hendaklah dinyatakan kembali. Sebaik-baiknya murid diarah
membuat kesimpulan dengan dibimbing melalui beberapa soalan kunci.
Dari soalan kunci dan gerakbalas murid, guru juga dapat mengukur
atau menilai tahap pencapaian mereka terhadap pencapaian objektif
pengajaran. Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu Penutup
Kognitif dan Penutup Sosial. Banyak aktiviti yang boleh digunakan
oleh guru sebagai penutup kognitif sesuatu pengajaran, antaranya
termasuk merumus dan mengulang segala fakta penting dengan
menggunakan kaedah pemetaan konsep, melukis gambarajah berkait,
atau dengan melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 27
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK
28 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti susulan,
dan sebagainya.
menjalankan aktiviti pengukuhan dengan mengguna teknik soal-jawab
Sementara penutup sosial ialah menimbulkan perasaan pencapaian
murid-murid, memberi peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin
tahu dan belajar, mengaitkan apa yang telah dipelajari dengan pelajaran
akan datang dan sebagainya.
3.2.3.4.4 Tugasan
Di akhir setiap pelajaran, guru perlu memberikan beberapa soalan atau
kerja rumah - untuk mengukuh, meneguhkan atau memperkayakan
pemahaman murid terhadap tajuk yang dipelajar. Murid boleh diarahkan
untuk membuat laporan eksperimen atau membuat sesuatu projek yang
berkaitan dengan tajuk, sama ada secara individu atau kumpulan; atau
meminta mereka bersedia (membaca atau mencari bahan) untuk pelajaran
akan datang.
Hasil tugasan hendaklah berbentuk penulisan yang boleh
didokumenkan, untuk dinilai. Guru perlu menyatakan dengan jelas
tarikh (bukannya hari) untuk murid menghantar tugasan. Ini penting
bagi membolehkan murid menyiapkan tugasan tersebut dengan
sempurna, dalam jangkamasa yang ditetapkan.
3.2.3.4.5 Refleksi Kendiri
Sebaik sehaja selesai sesuatu pengajaran, guru pelatih dikehendaki
menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran (dari segi kekuatan
dan kelemahan), demi mempertingkatkan profesion mereka. Penilaian
yang dibuat merangkumi aspek perancangan dan penyampaian
pengajaran serta tingkahlaku murid sebagai reaksi terhadap kaedah
pengajaran yang digunakan - terutamanya dari segi pencapaian objektif
dan kemajuan murid. Melalui penilaian kendiri guru dapat mengatasi
segala kelemahan serta dapat meningkat ketrampilan dan dapat
memperkembangkan ‘professional judgement’ mereka. Proses penilaian
reflesi kendiri dapat membantu guru menjadi lebih peka, bersistem dan
kritis terhadap profesion perguruan.
Sebarang masalah yang tidak dapat diatasi di mana mengganggu proses
pengajaran-pembelajaran perlu dicatat. Misalnya, atau guru tidak dapat
mengajar atau mencapai objektif ketiga kerana terpaksa memberi
peruntukan masa yang lebih untuk mempastikan pencapaian objektif
pertama dan kedua. Bagi tujuan peneguhan, catatan yang berbentuk
positif perlu ditulis dalam bahagian ini. Misalnya, ‘dengan
menggunakan model atom (sebagai BBM), objektif kedua (nyatakan)
telah dapat dikuasai murid dengan cepat dan mudah’ atau ‘BBM
yang digunakan telah berjaya menarik minat murid, di samping
menggerakkan perasaan ingin tahu mereka untuk melakukan aktiviti
penyiasatan’..
Sebagai panduan, beberapa persoalan berikut boleh digunakan oleh
guru pelatih untuk membuat refleksi kendiri:
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 29
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK
i. Adakah murid terlibat secara aktif di sepanjang proses
pengajaran-pembelajaran?
ii. Adakah bahan pengajaran sesuai dengan aras pencapaian
murid?
iii. Adakah bahan pengajaran mencukupi? Tidak mencukupi?
iv. Adakah guru berjaya menarik minat murid hingga ke akhir
pengajaran? Jika tidak, mengapa?
v. Adakah murid berjaya mencapai semua objektif pengajaran
yang dirancang? Jika tidak, mengapa?
vi. Adakah guru berjaya menyampaikan pengajarannya dalam
masa yang diperuntukkan? Jika tidak, mengapa?
vii. Lain-lain persoalan atau perkara yang difikirkan sesuai.
Segala maklumat dan ulasan mengenai pengajaran yang ditulis
dalam bahagian ini dapat membantu guru pelatih merancang,
seterusnya menyampaikan pelajaran akan datang dengan lebih
berkesan.
Bahagian ini melibatkan aspek pengurusan yang mengganggu
perancangan penga-jaran guru pelatih. Catatan boleh dibuat dalam
berbagai bentuk; misalnya terdapat gangguan pengajaran disebabkan
oleh pihak sekolah mengadakan latihan kebakaran, mesyuarat
(tergempar) guru, gangguan elektrik, dan sebagainya.
Sebagai panduan, beberapa persoalan berikut boleh digunakan oleh
guru pelatih untuk menulis dalam bahagian catatan pelatih:
3.2.3.4.6 Catatan Guru Pelatih
i. Adakah terdapat masalah disiplin ? Jika ada, mengapa ?
ii. Adakah berlaku sebarang gangguan semasa proses
pengajarannya ?
iii. Lain-lain persoalan atau perkara yang difikirkan sesuai.
Segala maklumat dan ulasan yang ditulis dalam aspek pengurusan
ini dapat mem-bantu guru pelatih supaya lebih peka semasa
merancang, seterusnya menyampaikan pelajaran yang akan datang
dengan lebih berkesan.
30 Perancangan Pengajaran ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
PANDUAN LATIHAN PRAKTIK ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap
orang guru, terutamanya guru pelatih. Persediaan pengajaran yang
terancang dapat mening-katkan keyakinan guru untuk mengajar, di
samping dapat membantu guru menilai pembelajaran murid di akhir
pengajaran dengan lebih berkesan. Melalui penulisan persediaan
mengajar, kompetensi dan kemitmen guru pelatih dinilai, seterusnya
dibimbing ke arah melahirkan guru yang profesional.
Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya, dengan
mengambilkira segara aspek yang berkaitan - objektif, pengetahuan
sedia, bahan (isi pelajaran dan peralatan), dan aktiviti - yang sesuai
dengan tajuk yang akan diajar serta latar belakang murid. Segala
pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap
kepada murid perlu digariskan terlebih dahulu dengan jelas, pada
peringkat awal perancangan. Semasa merancang pengajaran, guru
perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang akan dijalankan murid,
bagi memberi perluang kepada mereka memperolehi pengetahuan dan
kemahiran, melalui pengalaman sebenar, secara hands-on dan mindson.
Aktiviti pengajaran-pembelajran yang dicadang hendaklah
mempunyai perkaitan jelas dengan setiap objektif pengajaran dan isi
pelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Bagi membantu
murid mempelajari sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan, guru
perlu menggunakan bahan bantu yang sesuai. Di samping itu,
penggunaan analogi yang sesuai dengan pengalaman harian murid
dapat membantu mereka memvilualisekan konsep abstrak, dengan
ini, pemahaman mereka dapat dipertingkat.
Guru perlu menilai pembelajaran murid, sama ada secara langsung
atau tidak langsung, di sepanjang proses pengajaran. Melalui
penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan
3.4 Penutup
sebarang masalah pembelajran yang dihadapi murid, seterusnya
mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Di samping menilai
pemahaman murid, guru perlu menganalisis dan menilai keberkesanan
perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik sahaja
sesuatu pengajaran tamat.
“Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal”
3.4 Penutup
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Perancangan Pengajaran 31
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ PANDUAN LATIHAN PRAKTIK

No comments: