terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, November 9, 2009

KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH

KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH
Pengenalan
Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang di terima pakai, akan tetapi
secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran (Galton, 1980) atau
format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah Pendidikan Jasmani, definisinya
adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu .
Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pasti
beberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah
pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Bermula dari sini dan hasil penulisan
beberapa penulis lain khususnya dlm bidang Pendidikan Jasmani (Kane, 1974) terdapat
dua penemuan penting telah dibuat. Pertama, integrasi dalam cara pengajaran adalah
berkait rapat dengan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kedua,
walaupun diketahui umum setiap guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam
menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak akan menghasilkan asas yang stabil atau
cekap pengajaran dan pembelajarannya. Pilihan cara atau kaedah pengajaran mestilah
berasaskan logik dan saintifik.
Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah laku telah
dihasilkan oleh Mosston (1966) dari Amerika Syarikat. Idea beliau berkenaan interaksi
antara pelajar dan guru telah dikembangkan semenjak hasil penulisan pertama beliau
dan telah memberi satu kerangka kerja dalam konteks pengajaran pendidikan jasmani
di seluruh dunia. Penulisan beliau begitu berpengaruh sehingga di katakan sebagai
“teori yang paling terulung dan terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani
dalam sejarah” (Nixon & Locke, 1973). Kenapa ia berjaya? Jawapannya terdapat
didalam kerangka kerja pengajaran yang beliau kenalkan sebagai “Spektra Gaya
Pengajaran” (Spectrum of Teaching Styles).
Gaya Pengajaran
“Spektra” mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan guru dan
pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada pemilihan penting
dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori yang perlu
digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran
dan selepas pengajaran.
· Sebelum pengajaran
keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan pemilihan
topik, objektif, organisasi dan penyampaian.
· Semasa pengajaran
keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan.
· Selepas pengajaran
penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.
Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masingmasing
memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan
pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan
yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan
kepada dua aspek iaitu :
1. Berpusatkan Guru
2. Berpusatkan Pelajar
Gaya Pengajaran
Berpusatkan Guru Berpusatkan Pelajar
Arahan Pembelajaran kendiri
Latihan Daya usaha
Timbal balik Perlaksanaan individu
Semak kendiri Penghasilan mencapah
Inklusif Penemuan terbimbing
Gaya A: Arahan
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan
serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru mengawal keseluruhan
kelas
· Guru membuat semua
keputusan dalam P&P
· Guru memberi arahan satu
persatu
· Guru melakukan
demonstrasi
· Guru memberi komen /
ulasan tentang prestasi
pelajar
· Pelajar perlu beri perhatian
kepada arahan guru
· Pelajar melakukan perlakuan
guru
· Sesuai untuk aktiviti
aras tinggi dan
mengutamakan
keselamatan
· Sesuai untuk masa
P&P yang terhad
· Sesuai untuk
pembelajaran
peringkat awal
· Tanggungjawab
berpusat kepada
guru
· Masa latihan pelajar
adalah terhad.
Fizikal- Kemahiran
Motor
Terjun Papan Anjal:
· Melakukan
aksi pusingan
hadapan
menggunakan
papan anjal.
Gaya B: Latihan
Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan
dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P guru
memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan
berperingkat.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru memberi penerangan
aktiviti atau melakukan
demonstrasi
· Guru menetukan setiap apa
yang ingin diajar
· Guru melakukan
pemerhatian terhadap
pelajar semasa P&P dan
memberi maklumbalas,
tunjuk ajar dan soal jawab.
· Pelajar melakukan latihan
yang telah ditetapkan oleh
guru.
· Sesuai untuk masa
P&P yang terhad
· Sesuai untuk
pembelajaran
peringkat awal
· Pelajar mempunyai
lebih masa untuk
latihan.
Fizikal-Pembentukan
Kemahiran Motor:
Hoki:
· Melakukan
kemahiran
menggelecek
menggunakan
skitel.
Gaya C: Timbal balik
Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan terhadap
kaedah mengajar di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah, setiap pelajar
melakukan latihan secara berpasangan.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru menentukan apa yang
akan dipelajari
· Guru memberi penerangan
sebelum memulakan aktiviti
· Guru melakukan
demonstrasi lanjut untuk
menguji perlakuan pelajar
· Guru memerhati dan fokus
kepada pelajar melalui
pemerhatian
· Aktiviti dilakukan secara
berpasangan oleh pelajar
· Seorang pelajar menjadi
pemerhati dan seorang lagi
akan melakukan aktiviti.
· Pelajar dinilai berdasarkan
kriteria perlakuan yang telah
· Guru
bertanggungjawab
pada awal P&P
· Aktiviti dilakukan
secara berpasangan
· Pelajar menilai
sendiri perlakuan
yang telah dipelajari
· Guru menyediakan
senarai semak dan
lampiran gambar
kepada pelajar
· Fokus kepada
perhubungan sosial
di samping
mempelajari aktiviti.
Sosial- Kerjasama
Kognitif –
Pemerhatian,
menganalisis
Bola sepak:
· Melakukan
kemahiran
menanduk
bola ke arah
gol secara
berpasangan.
disediakan
Gaya D: Semak kendiri
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru menentukan apa yang
akan dipelajari
· Guru menentukan kriteria
pembelajaran
· Guru memberi penerangan
sebelum memulakan P&P
· Pelajar bertanggungjawab
dalam menilai perlakuan diri
· Sesuai bagi
perlakuan yang
mudah dikenalpasti
· Pelajar bertanggungjawab
di atas
pembelajaran
· Menghadkan
perhubungan sosial
di antara guru
dengan pelajar
Sosial- Menilai
kemampuan kendiri.
Bola Baling:
· Melakukan
kemahiran
menjaring
berdasarkan
kad
bergambar.
Gaya E: Inklusif
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru menentukan apa yang
akan dipelajari
· Guru menentukan kriteria
pembelajaran
· Guru memberi peluang
kepada pelajar untuk memilih
tahap pembelajaran
mengikut kemampuan diri
· Pelajar memilih sendiri tahap
prestasi sebelum melakukan
aktiviti
· Pelajar membuat keputusan
untuk melakukan aktiviti
pada tahap tinggi.
· Memberi peluang
kepada pelajar untuk
merasai kejayaan
· Semua pelajar
berupaya melakukan
aktiviti walaupun
berbeza kebolehan
diri
· Pelajar boleh
membuat keputusan
sendiri.
Sosial-
Memaksimumkan
kemahiran kendiri
Lompat tinggi:
· Melakukan
aksi
lompatan
pada jarak
ketinggian
yang
berbezabeza.
Gaya F: Pembelajaran Kendiri
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru sebagai pemerhati
kepada pelajar
· Pelajar menetapkan apa
yang akan dipelajari
· Pelajar menetapkan
pendekatan sendiri
· Semua perkara
berkaitan dengan
pembelajaran
ditetapkan sendiri
oleh pelajar
· Pelajar boleh
membuat keputusan
sendiri.
Kognitif-
Pemahaman
Hoki:
· Melakukan
kemahiran
menolak
dalam
· Tiada bantuan guru pelbagai
posisi badan.
Gaya G: Penghasilan Mencapah
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru menetapkan tugasan
yang mempunyai pelbagai
jawapan
· Guru mendorong pelajar
untuk menilai setiap
jawapan dan membuat
perbandingan
· Pelajar cuba mencari
perbandingan jawapan
· Pelajar menilai jawapan
untuk menetapkan
keberkesanannya.
· Tugasan disediakan
oleh guru
· Tugasan
mempunyai banyak
cara penyelesaian
· Sesuai untuk aktiviti
pembangunan
pasukan
· Menggalakkan
pelajar berfikir
secara kreatif
· Memupuk sikap
kerjasama di antara
pelajar
Kognitif-
Kemahiran berfikir
Sosial-
Keyakinan
Gimnastik:
· Melakukan
aksi guling dari
titik A ke titik B
tanpa
menggunakan
kaki.
Gaya H: Pembelajaran Individu
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,untuk
memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar menetapkan
sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan individu.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru hanya membantu
pelajar sebagai penasihat
· Guru memantau proses
pembelajaran
· Pelajar merancang program
atau aktiviti pembelajaran
· Pelajar menetapkan tugasan
serta penyelesaian
· Tugasan dan
masalah ditetapkan
oleh pelajar
Kognitif-
Merancang
Gimrama:
· Merancang
satu rutin
tarian
dalam
persembah
an
menggunak
an
belantan.
Gaya I: Penemuan terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak peluang
untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan
dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah membenarkan
penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira
perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya
sendiri.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru menetapkan tugasan
dan mempunyai pelbagai
soalan yang hanya menjurus
pada satu jawapan sahaja
· Guru memberi ruang masa
kepada pelajar untuk berfikir
dan bertindak
· Guru mengubah soalan jika
pelajar gagal mencari
jawapan
· Pelajar melakukan tugasan
berdasarkan soalan yang
diberkan guru.
· Pelajar memberi jawapan.
· Guru merancang
P&P dan guru
menyediakan
tugasan.
Kognitif- pelbagai
konsep
Kajian:
· Membuat
perbincang
an dengan
guru
tentang
kajian yang
dijalankan.
Gaya J: Daya usaha
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
· Guru memantau proses
pembelajaran
· Pelajar merancang program
atau aktiviti pembelajaran
· Pelajar berusaha sendiri
untuk menetapkan tugasan
· Pelajar memilih gaya
pembelajaran kendiri
· Tugasan ditetapkan
sendiri oleh pelajar
· Gaya pembelajaran
ditetapkan oleh
individu
Kognitif- Aplikasi
Sosial-
Bertanggungjawab
Mengajar:
· Mengaplikasi
kan
kemahiran
mengajar PJ
di sekolah.
Kesimpulan
Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab
dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan
kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akandapat mewujudkan
suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap
pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran
pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan
jasmani.
Rujukan
Wee Eng Hoe (2009). Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Karisman Publications Sdn Bhd. Shah Alam.
Mosston, M., & Ashworth, S. (1994). Teaching physical education (4th ed.).
Columbus, OH: Merrill Publishing Company.
Physical Education Resources: http://physicaleducationresources.com/
teachingstylesmosstonpe. aspx
Sports-media : http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm
Snowbird : http://www.snowbird.com/imagelib/mtnschool/mspdf/ms_tstyles.pdf

No comments: