terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, October 13, 2009

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
(PENDIDIKAN JASMANI)
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Baung Perdana
Tarikh : 14 September 2009
Waktu : 7.45 pg – 8.25 pg
Kelas : 4 Amanah
Bil Murid : 20 orang
Umur : 9 tahun
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang Kemahiran : Kecergasan
Kemahiran : Pemanasan Badan( Warming Up)
Peralatan : Kon
Pengalaman sedia ada : Murid pernah melakukan sesi pemanasan badan sebelum aktiviti pendidikan jasmani bermula.
:Murid pernah melihat sesi memanaskan badan untuk sukan-sukan di televisyen.

Objektif pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:
a) Psikomotor
Murid dapat melakukan membuat teknik memanaskan badan dengan betul.

b) Kognitif
Murid dapat menyebut salah satu pergerakan dalam aktiviti memanaskan badan.

c) Afektif
Murid mendengar arahan guru dan memberikan kerjasama dan mewujudkan semangat kesukanan dikalangan murid.

Kemahiran berfikir :
Pelajar dapat membezakan, membanding, menganalisis, mengkelas, menghubungkaitkan, menganalisis, dan membuat gambaran mental.

Gaya Pengajaran:
Arahan dan Penemuan Terbimbing

Strategi Pengajaran:
Teori Kontekstual

Penggabungjalinan:
Hubungkait antara subjek pendidikan jasmani dengan penggunaan irama.







Bahagian
Aktiviti Kesan
Pengelolaan
Butiran mengajar
Catatan
Jasmani Nilai

1. Pengenalan-
Set Induksi,
Memanaskan
Badan Dan Regangan
(10 minit)
Memanaskan badan
.


-Meningkakan suhu badan
-Meningkatkan kadar nadi
- Kerjasama
- Memahami arahan





X= murid 0=Guru
Murid berada dalam keadaan bebas dalam sempadan yang ditetapkan.
-Setiap murid bersedia di dalam kawasan yang telah ditetapkan.
- setiap murid dikehendaki untuk membuat regangan yang diketahui berdasarkan pengalaman lepas.



2. Menyanyikan lagu mengikut lirik yang diberikan oleh guru.
(10 minit)
Belajar menyanyi





- Kesungguhan
- Memahami
Arahan








Murid berada dalam barisan dengan jarak yang sesuai seperti di atas.
X= murid
0= Guru

Aktiviti dilakukan di padang bola dengan kawasan yang telah ditetapkan..
-murid akan diberikan satu lagu.
- Guru akan menyanyikan lagu tersebut terlebih dahulu.
- Murid diminta untuk menyanyikan lagu tersebut serangkap demin serangkap.
- Setelah murid menghafal lirik tersebut,guru dan murid akan menyanyikan dengan serentak.


3.Kemuncak
Memanaskan badan sambil menyanyi.

Regangan

- Koordinasi
badan
- Kekuatan
tangan
- Daya
imbangan

- Kesungguhan
- Keseimbangan











Murid berada dalam
barisan seperti di atas
dengan jarak sesuai.





- Murid membuat
barisan.
- Seorang murid dipilih untuk mengetuai aktiviti regangan.
-Aktiviti regangan sambil berlari anak dari kon mula ke kon tamat dimulakan dari bahagian :-
- kepala ke atas dan ke bawah
-kepala ditolak ke kanan dan kiri
- Pergelangan tangan kanan dan kiri dibengkokkan ke atas dan bawah
-Kaki kanan dan kiri dibengkokkan ke atas
- Pergelangan kaki kanan dan kiri di dibengkokkan ke kiri dan kanan
- Semua aktiviti regangan dibuat dari kon mula hingga kon akhir bagi setiap satu bahagian anggota badan.
- Setelah sampai ke kon mula,anggota lain pula ditukar.


4. Penutup
(5 minit )
Gerak Kendur
- Murid kekal
dalam
bulatan dan
melakukan
lari setempat
dan ‘star
jump’
- Tarik nafas :
‘Breathe in’
dan
hembus
nafas:
‘Breathe out’
- Menstabilkan
semula suhu
badan
- Menurunkan
kadar nadi
- Elak
kecederaan
tisu

- Kelegaan
- Keseronokan

- Murid bentuk
barisan berbentuk U di
depan cikgu
- Minta murid buat
larian setempat
‘slow in motion’
mengikut
lakuan cikgu.
- Kemudian buat
‘star jump’
dengan santai.
- Bahagian badan di kendurkan dengan digoyangkan dalam kiraan 8 bagi setiap anggota badan.
- Tarik nafas sebanayak 3 kali.

- Refleksi
-Soal jawab
- Imbas
Kembali
- Pengukuhan
kognitif
- Memahami
Pengajaran
- Terima
pembelajaran
dengan baik
- Guna separuh
padang bola
jaring
- Soalan kepada murid:
a) Apakah kemahiran
pada pembelajaran hari
ini






- Minta respon
murid dengan
P&P dengan
bertanya soalan.
- Beri
pengetahuan
umum kemahiran
- Beri tugasan
kepada murid,
cari artikel untuk tajuk seterusnya.

1 comment:

wana said...

mekom....
actually saye ade assignment pasal netball..
teknik regangan, pemanasan dan penyejukan badan / latar berlakang permainan secara am...
saya arap awak bley citekan serba sedikit pasal teknik2 tu...