terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, October 13, 2009

PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR














1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR

Dewasa ini program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat. Kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar. Kementerian Belia dan Sukan khususnya “Bahagian Rakan Muda” memperuntukkan belanjawan yang besar untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya (Masrina, 2000). Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mengubah modul pembelajarannya yang sebelum ini dijalankan secara dua peringkat di kem dan di institusi pengajian tinggi. Perubahan pusat pembelajaran kepada kem perkhemahan secara keseluruhannya menunjukkan terdapat nilai yang tinggi yang akan diperolehi daripada aktiviti perkhemahan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ucapannya menegaskan, ciri-ciri utama remaja yang mampu untuk membawa negara ini mencapai status negara maju ialah kekukuhan perpaduan, mempunyai perwatakan yang baik, mempunyai nilai murni dan mempunyai matlamat hidup yang besar (Hatta, 2005).

Walau bagaimanapun, pelbagai persoalan timbul tentang kesan dan faedah yang diperolehi daripada pendidikan luar. Pengakuan masyarakat terhadap pendidikan luar masih belum sama. Bahkan banyak kajian yang dijalankan tidak menunjukkan perkembangan hasil yang signifikan (Leberman, 1989; Mackay, 1981; Paxton & McAvoy, 2000; petikan dari Shepard & Speelman, 1986; m.s. 5).

Pusat Perkembangan Kurikulum (1989; petikan dari Abu Bakar Sidek, 2004) telah menggariskan Falsafah Pendidikan Luar sebagai: “Alam semulajadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang bolehmemperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional”.

Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan (Knapp, 1990). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan. Dalam dunia pendidikan ia disifatkan sebagai merentas kurikulum. Selain itu pendidikan luar juga merupakan salah satu media yang membekalkan pembelajaran melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui oleh Meier dan Mitchell (1993), yang menyatakan bahawa pendidikan luar termasuklah semua jenis pengalaman yang meningkatkan pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran dan membantu membuatkan kita lebih menghargai. Selain itu aktiviti pendidikan luar juga menghasilkan pengalaman yang membolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi (Brookes, 1994).

1.1 Pendidikan Luar di Malaysia

Di Malaysia pendidikan luar dijadikan sebagai satu medium untuk masyarakat mendekatkan diri dengan alam. Perkara ini terbukti apabila pendidikan luar mendapat tempat dalam ruang pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh, Maktab Perguruan Ilmu Khas mengadakan pengkhususan pendidikan jasmani kepada guru-guru pelatih pada tahun 1960-an. Terdapat mata pelajaran pendidikan luar yang diajar kepada pelatih di mana aktiviti perkhemahan termasuk dalam sukatan pelajarannya (Abdul Alwi, 1992).

Seterusnya kegiatan pendidikan luar berkembang di kalangan pelatih maktab perguruan di seluruh Malaysia pada tahun-tahun berikutnya. Pada akhir tahun 1970-an, kursus pendidikan luar telah mula diperkenalkan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), apabila Program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
di wujudkan di Fakulti Pengajian Pendidikan (Abdul Alwi, 1992).

Disekitar tahun 1970-an, pendidikan luar mula diaplikasikan di sekolah-sekolah melalui kegiatan pendidikan jasmani dan kegiatan ko-kurikulum. Namun begitu kegiatan ini kurang menyerlah disebabkan kurangnya pengalaman dan pengetahuan di kalangan guru dalam mengendalikan perkhemahan yang
bermakna dan memberi menfaat kepada pelajar (Kamal, 1997).

Ekoran dari itu, pada 1990-an kesedaran tentang kepentingan pendidikan
luar terus meningkat di kebanyakan universiti yang menjalankan Program Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan. Keadaan ini berkemungkinan bagi malahirkan guru yang mampu mendidik pelajar bukan sahaja dari aspek jasmani
tetapi aspek rohani.


1.2 Apa itu pendidikan luar ?
Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankan samada di dalam atau di luar bilik kuliah (Ford, 1981). Ia merangkumi banyak subjek yang berkaitan secara langsung dengan alam persekitaran dan situasi hidup sebenar di luar bilik kuliah. Pendidikan luar menumpukan kepada penggunaan teknik pembelajaran secara ‘hands-on’, untuk mendapat pengetahuan. Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajar dapat memahami isi kandungannya dengan lebih mudah. Maka ia merupakan suatu pendekatan pembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemen kognitif, psikomotor dan afektif yang berpusat kepada pelajar (Kraft, 1985 petikan dari Priest & Gass,1997; m.s. 17).

Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif akan menyumbang kepada pembinaan penghargaan diri (self-esteem), ke arah pembentukan pelajar yang sihat mental dan fizikal (Edginton,1998). Tokoh teori ‘learning by doing’ John Dewey (1939, petikan dari Brown, 1998) menyatakan wujud keperluan dan hubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan pendidikan. Selain itu, pendidikan luar membantu memperkembangkan fizikal yang diingini, mental, sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).


1.3 Pendidikan Luar

Pada masa kini pelbagai penulisan menegaskan yang konsep pendidikan
luar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti mengembara atau aktiviti persekitaran (Ford, 1986). Pendidikan luar adalah proses yang berasaskan pada aktiviti berstruktur yang mana menggunakan alam semulajadi
atau persekitaran tiruan untuk menentukan kekuatan individu atau intrapersonal
dan interpersonal kumpulan (Priest, 1990; petikan dari Hammersley, 1992; m.s.
63).

1.4 Definisi Pendidikan Luar
Secara umumnya terdapat pelbagai definisi tentang pendidikan luar. Pendidikan luar bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini bermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar (Smith, Carlson, Donaldson & Masters, 1972). Manakala Knapp (1990), mendefinisikan pendidikan luar sebagai penggunaan sumber di luar kelas untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Definisi lain menyatakan pendidikan luar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran dengan melakukan (Priest, 1986). Selain itu Gair (1997), mendefinisikan pendidikan luar sebagai meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka samada di bandar atau di pedalaman.

Walau bagaimanapun definisi-definisi ini telah dikritik oleh pelbagai pihak. Ramai pengkaji percaya yang pendidikan luar tidak hanya tertumpu kepada alam semulajadi sahaja tetapi juga kawasan yang tertutup (Smith, Carlson, Donaldson et al, 1972; petikan dari Md Amin, 2003; m.s. 21).

Secara umumnya walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat dan
idea dalam mendefinisikan maksud sebenar pendidikan luar, ramai pengkaji bersetuju yang proses pembelajaran pendidikan luar berlaku dalam model pembelajaran berasaskan pengalaman (Rajah I).



Rajah 1: Model pembelajaran berasaskan pengalaman (Kolb, 1984; petikan dari Priest & Gass,1997; m.s 145).
Proses ini berlaku melalui pengalaman terus, diikuti oleh refleksi berpandu, mempromosikan perkembangannya secara menyeluruh dan seterusnya pertimbangan pemindahan pembelajaran yang sesuai dalam kehidupan (Kolb, 1984; petikan dari Priest & Gass, 1997; m.s 144). Berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka atau semulajadi.

1.5 Apakah matlamat Pendidikan Luar ?
Seperti definisinya yang berbagai, matlamat pendidikan luar juga pelbagai rupa. Priest dan Gass (1997) menyeranaikan empat program untuk mencapai tujuan seperti berikut mengikut hairaki kepentingannya.
Program bermatlamat untuk yang pertama rekreasi yang bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat matlamatnya ialah kesenggangan, keseronokkan dan bersuka ria. Yang ke dua melalui penddidikan yang betujuan untuk mengubah cara manusia berfikir dan merasai nikmat dimana matlamatnya ialah untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan. Yang ketiga pertumbuhan yang bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir dan bertindak dan matlamatnya ialah untuk membina objektif kendiri, mendisiplinkan diri sendiri dan menghasilkan “self esteem”. Dan akhir sekali ialah melalui pemulihan dan mengubah panduan yang bertujuan mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir, bertindak dan menentang.
Kepada empat matlamat yang diajukan oleh Priest dan Gass, Neill (2003) bercadang menambah 3 lagi program ke arah matlamat memupuk kemasyarakatan, perhubungandan kekeluargaan, ekosistem, rohaniah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan dalam pendidikan luar ialah aktiviti perkhemahan, snorkeling, orienteering, kayak, ikhtiar hidup, absiling, keyakinan dan keselamatan air dan sebagainya. Orienteering merupakan tajuk utama kajian kami bagi pendidikan luar kali ini maka mari kita sama-sama mengupaskan tentang sejarah, aktiviti dan sebagainya mengenai orienteering.























2.0 ORIENTEERING











2.0 PENGENALAN
Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.




3.0 Sejarah dan perkembangan
3.1 Sejarah permulaan
Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan..

Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.

IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC), Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC), World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.



3.2 Perkembangan di Malaysia

Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.


4.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

• Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
• Orienteering Malam (Night Orienteering)
• Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
• Norwegian Event



4.1 Kebaikan sukan orienteering
• Sukan untuk semua
• Meningkatkan kecergasan fizikal
• Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
• Memberi cabaran & keseronokan
• Membina sikap positif & keyakinan diri
• Menggunakan persekitaran yang sihat
• Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
• Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas



5.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN
Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:

i. Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.



ii. Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.


iii. Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

iv. Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
v. Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.


vi. Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan



vii. Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.






6.0 PENGETAHUAN ASAS
Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah
dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
dengannya, iaitu:
i. Teknik membaca peta
ii. Teknik membaca kompas
iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling



6.1 Teknik Membaca PetaTopo
6.1.1 Definisi

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.


6.1.2 Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta, Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utara-selatan, Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.


6.1.3 Warna-warna dalam peta
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-
• Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
• Perang - kontor & jalanraya
• Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
• Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
• Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
• Biru - kawasan berair




Rajah 1: Contours


Rajah 2: Peta Orienteering



6.1.4 Bentuk muka bumi
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-
• Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
• Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
• Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
• Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
• Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)





6.1.5 Maklumat Peta
Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:
i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta seperti gambarajah 1 dibawah:


Gambarajah 3: Bingkai Peta



ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.

Rajah 4: Maklumat gambar peta


Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai. Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya menuju ke atas bukit. Keadaan ini boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.



6.1.6 Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.


6.1.7 Garisan Grid
Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).


6.1.8 Utara peta
Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.


6.1.9 Mengukur Jarak
Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris skil kompas dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.


6.2 Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.


6.2.1 Jenis kompas
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.







6.2.2 Anatomi kompas orienteering




Gambarajah Kompas Silva

PETUNJUK
1. Skala dalam mm dan inci
2. Kepingan tapa telus cahaya
3. Utara dial
4. Jarum magnetik Utara
5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan pengarah.
6. Anak panah arah perjalanan
7. Kanta pembesar
8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)
9. Anak panah
10. Dial
11. Lubang untuk ikat tali




6.2.3 Mengukur, bearing di atas peta
Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara titik K dan titik L.

a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.
b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.


6.2.4 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah
Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah seperti berikut:

a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.
b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing. Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara betul-betul menghala kepada objek yang tuju.
c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan indeks.

6.2.5 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas

a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.



6.3 Panduan Lazim
Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:


a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju.


b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu malam


c) Bintang
Bintang bergerak arah ke barat

d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang demikian, jika kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan semula arah.


Gambar rajah 7 : Cara Menunjukkan Peta

7.0 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU
7.1 Perancangan Perjalanan
Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut:

a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.
b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan.
d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan.













Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan gunung. Ada baiknya mendaki dari kawasan A, mengikut permatang dengan ini kawasan menurun yang curam dapat dielakkan. Di kawasan B, boleh dijadikan tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada air. Kawasan baik sebagai tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang sebelum ke kawasan lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.

e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.

Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan menyemak semula arah laluan.


7.2 Kaedah Pergerakan
7.2.1 Bergerak dalam kumpulan.
a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.
b) Adakan perbineangan sebelum perjalanan dibuat.
c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar panggilannya.
d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat.
e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan semua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.
f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam saku.
g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa galas, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.


7.2.2 Bergerak waktu malam
Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.


7.2.3 Bergerak dikawasan bukit dan gunung
Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.


7.2.4 Bergerak di dalam hutan
Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.


7.2.5 Menyeberengi sungai
Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan
a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan berbatu-batu.
d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar selepas sampai ke darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.
g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang.


7.2.6 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan
Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.



7.2.7 Keadaan muka bumi Kelajuan
tanah lapang ………………………………………….4 - 5 kmj
mendaki ……………………………………………….2 -2.5 kmj
meredah hutan rata………………………………….. 2.5 - 3.5 kmj
meredah hutang lereng ………………………………1 - 1.5 kmj
meredah lalang tebal …………………………………0.5 - 0.8 kmj
meredah resam tebal………………………………… 0.1 - 0.3 kmj
meredah hutan pava dalam………………………… 0.1 - 0.2 kmj






Gambarajah 9 : Menggunakan tongkat mengukur kedalaman dan kelajuan air.



8.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN
8.1 Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva. Dalam keadaan ini
Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:
a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.
b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat memastikan di tempat sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan.

8.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan
Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari berlakunya sesat jalan.
a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.
b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumi yang ditempuhi.
c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui
d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan segera. Selepas semakan dan• pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.

9.0 PERSEDIAAN SUKAN

9.1 Persediaan Peserta
Maklumat-maklumat berkaitan persediaan peserta hendaklah diedarkan semasa pengambilan borang permohonan. Maklumat ini mengandungi tempoh masa dan jarak perjalanan, keperluan makanan dan minuman serta keperluan yang patut dibawa, jenis pakaian yang perlu dipakai.


9.2 Pemilihan Peserta
Peserta-peserta yang dipilih adalah yang sihat dan cergas. Bagi peserta di bawah umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang boleh membaca peta dan menggunakan kompas.


9.3 Peralatan
a. Kad perlumbaan
Kad ini merupakan kad yang "standard" digunakan untuk menentukan peserta-peserta sampai ke titik-titik kawalan yang ditetapkan. Kad ini juga memberi maklumat seperti nama, alamat/ institusi, nombor permulaan, kelas, waktu permulaan, waktu tam at, jumlah masa menamatkan pertandingan dan tempat penamat. kad ini hendaklah diberikan kepada setiap peserta yang mengikut perlumbaan.

b. Kertas Rekod
Kertas ini disediakan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat mengenai semua peserta, nombor permulaan dan masa, alamat/ institusi, tempat dan markah. lanya dipegang dan disimpan oleh pihak penganjur di tempat perlumbaan.

c. Peta
Peta mesti disediakan lebih awal. Garis Utara dan Selatan, pembetulan dan tambahan mesti dimasukkan ke dalam setiap peta. Setiap titik kawalan ditanda atau dibulatkan di dalam peta dan disambung dengan garis arah laluan mengikut susunan dan setiap titik itu diberi nombor.


d. Kertas Penerangan
Kertas yang menerangkan tempat di mana setiap titik kawalan berada yang mesti ditemui oleh setiap peserta. lanya diberi kepada para peserta sebelum pertandingan dimulakan.


e. Jam Randik
Sekurang-kurangnya dua jam randik digunakan untuk mencatatkan masa permulaan dan penamat.


f. Kompas
Penganjur metilah menyediakan kompas yang baik dan mencukupi


g. Sepanduk
Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.

h. Penanda Kawalan
Penandan berwarna atau mempunyai kod adalah perlu di setiap titik kawalan.


i. Papan Hitam/Putih
Diperlukan untuk memberi keterangan mengenai keputusan setiap peserta untuk pengetahuan umum.


j. Keperluan Lain
Walaupun barang ini tidak begitu diperlukan tetapi ra boleh melicinkan pengurusan dan keseronokan untuk para peserta seperti wisel, pembesar suara, minuman dan lain-lain.


9.4 Kemahiran asas
Kemahiran asas yang perlu ada oleh setiap peserta adalah pengetahuan membaca peta dan menggunakan kompas dengan betul supaya dapat mengemudi arah dengan berkesan dalam perlumbaan jika para peserta tidak mempunyai kemahiran asas tersebut maka pihak penganjur perlu memberi penerangan terlebih dahulu supaya dapat mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku semasa pertandingan sedang berlangsung.



Gambar rajah: Kad Perlumbaan

10.0 PENGENDALIAN SUKAN

10.1 Perkara-perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Sukan Dimulakan
i. Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di tempat yang telah dipilih. Sediakan pegawai di tempat yang tersorok di setiap titik kawalan untuk memastikan peserta mematuhi peraturan
ii. Tandakan tempat berhimpun, perlumbaan dan penamat.
iii. Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan untuk memberi penerangan mengenai syarat-syarat pertandingan dan maklumat-maklumat lain yang perlu.
iv. Mulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah bermula dengan waktu 0 : 00 dan peserta berikutnya di dalam jangka waktu beberapa minit kemudian dan seterusnya.


10.2 Taklimat Peserta
Taklimat kepada semua peserta hendaklah diadakan sebelum perlumbaan bermula. Taklimat ini diadakan di suatu kawasan lapang yang sesuai untuk peserta berhimpun. Semasa taklimat ini segala maklumat mengenai pertandingan seperti peraturan, syarat, maklumat ringkas kawasan perlumbaan dan maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu akan diberitahu kepada semua peserta. Penerangan sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah diberi kepada peserta.






10.3 Pengadilan

Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sukan orienteering.Bila peserta sampai ke tempat penamat, kumpulkan perlumbaan dan isikan waktu ia sampai ke dalamnya. Periksakan penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang dilalui peserta tersebut. Jika terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal. Sebaliknya jika semuanya betul kirakan masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk menghabiskan perlumbaan. selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas rekod peserta itu. Dengan itu peserta boleh mengetahui jangka masa yang diperolehi dan kedudukannya berbanding dengan peserta lain. Pemenang pertandingan adalah peserta menamatkan perlumbaan dalam jangkamasa yang pendek.


10.4 TEMPAT BERHIMPUN/PERMULAAN/AKHIR

Kawasan berhimpun adalah tempat di mana semua peserta melapor diri dan menerima segala maklumat mengenai pertandingan. kawasan ini boleh disediakan di mana-mana tempat yang lapang dan jauh dari tempat permulaan.

Tempat permulaan hendaklah disediakan jauh dari tempat berhimpun. Jalah dari kawasan berhimpun ke tempat permulaan hendaklah dltanda dengan jelas. Disini peserta akan diberi semua keperluan yang dlgunakan dalam sukan ini iaitu peta, kompas dan kertas penerangan. Tempat penamat sebaik-baiknya berdekatan dengan kawasan permulaan. Di slnl juga merupakan tempat semua pegawai penjaga waktu, rekod dan pengadil berkumpul.


11.0 PERTOLONGAN CEMAS

Semasa perlumbaan peserta adalah terdedah kepada berbagai bahaya seperti kemalangan dan kecederaan. Oleh ltu langkah-Iangkah keselamatan pertolohgan cemas hendaklah diambil. Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat cedera ringan.
Jika perlumbaan ini melibatkan ramai peserta dan masa yang panjang, kehadiran pertolongan cemas amat digalkkan.


12.0 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI ORIENTERING
12.1 Aktiviti 1: Pandu Arah dan Orienteering
Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan pemerhatian alam semulajadi disesuatu stesen. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat.

Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka.





OBJEKTIF
• Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas
• Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar
• Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

PERALATAN
• Kompas
• Kad kompas dan soalan
• Peta kawasan
• Wisel

CARA PERLAKSANAAN
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua.

2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat beberapa ‘check point’yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ pelajar dikehendaki membuat pemerhatian di stesen tersebut serta menjawab soalan yang telah disediakan.

3. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk daun yang ada dan terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar dikehendaki membandingkan corakcorak akar banir dan fungsinya.

4. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah.

5. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .

6. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.

7. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.

8. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang.



Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang akan diberikan).

Check Point 1
Bearing : 156

Pembayang : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa
Tempat orang berehat

Soalan : Bandingkan bentuk daun-daun yang ada dan fungsi-fungsi
daun kepada tumbuhan.









12.2 Aktiviti 2: Pencarian Dan Penjelajahan Alam Semulajadi

Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan ‘environmental hunt’. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat.Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka.

OBJEKTIF
• Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas
• Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar
• Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

Peralatan
• Kompas ‘Suunto”
• Kad kompas dan soalan
• Peta kawasan
• Wisel






CARA PERLAKSANAAN

1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat beberapa ‘check point’ yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ akan dipandu dengan “bearing” serta clue. Di setiap “check point” juga ada disediakan soalan-soalan untuk dijawab.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah.
4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .
5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang akan diberikan).
Check Point 2
Bearing : 156
Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa
Tempat orang berehat

Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah
kepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan.

5 comments:

ummu said...

assalamualaikum
pengalaman menyertai pendidikan luar semasa di kampus; kajian di tapak lapangan antaranya di kompleks Gelanggi adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan

mazaira said...

gud information...apa beza antara pendidikan luar n sukan/rekreasi?

kek lapis cikgu kayah said...

mohon share bahan

AYNSHARK said...

apa kemahiran-kemahiran asas yang perlu ada pada setiap pelajar dalam subjek ini

AYNSHARK said...
This comment has been removed by the author.