terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, October 13, 2009

Pengakap Kanak-kanak

Pengakap Kanak-kanak
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah).
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini.
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.
Matlamat Pergerakan Pengakap Kanak-kanak
• Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;
• Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
• Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
• Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;
• Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;
• Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
• Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.
PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya,
akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang Pengakap.


Hormat Pengakap

Hormat pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera. Dalam keadaan sedia, angkat tangan kanan ke penjuru kening. Tiga jari ini bermaksud tiga perkara penting dalam persetiaan pengakap, iaitu: Taat kepada tuhan, raja dan negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap Semua pengakap di dunia memberi hormat tiga jari seperti rajah di sebelah.

Cogan Kata Pengakap

Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda - Selalu Bersedia
Pengakap Remaja - Pandang Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat




UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Dipercayai
2. Taat
3. Berguna
4. Bersaudara
5. Berbudi
6. Kasihkan binatang
7. Menurut perintah
8. Tabah hati
9. Berjimat
10. Suci fikiran, perkataan, perbuatan


Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
9. Pengakap itu jimat dan cermat
10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Makna Undang-undang Pengakap

1. Dipercayai
- kehormatan diri seorang pengakap itu boleh dipercayai untuk menjalankan tugas-tugas yang diberikanya dengan sehabis daya- upayanya.
2. Taat
- pengakap adalah seorang yang taat kepada tuhan, raja, negara, pemimpin-pemimpin pengakap, ibu bapa, majikan dan orang-orang di bawahnya.
3. Berguna
- tugas seorang pengakap ialah menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa
4. Bersaudara
- pengakap adalah sahabat kepada semua orang dan saudara kepada lain-lain pengakap, tidak kira dari apa negara, bangsa, pangkat atau agama sekalipun.
5. Berbudi
- pengakap adalah seorang yang baik budi pekertinya yakni dia hormat kepada semua orang terutamanya orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, orang sakit, orang cacat dan sebagainya.
6. Kasihkan binatang
- pengakap adalah sahabat kepada semua binatang iaitu kasihkannya serta menyelamatkan binatang daripada menderita kesakitan dan jangan membunuhnya tanpa sebab kecuali binatang yang merbahaya.
7. Menurut perintah
- pengakap menurut perintah ibu bapa, ketua patrol atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa sebarang bantahan walaupun menerima perintah yang tidak disukainya.
8. Tabah hati
- pengakap mestilah sentiasa senang hatinya dan bersabar selalu walaupun dalam kesusahan.
9. Berjimat
- pengakap mestilah sentiasa berjimat cermat dalam semua hal perbelanjaannya.
10. Suci fikiran, perkataan dan perbuatan
- pengakap sentiasa bersih fikiran, perkataanya dan perbuatannya dari melakukan perkara-perkara yang kotor dan tidak mengalah kepada nafsu untuk bercakap, berfikir atau berbuat sesuatu yang keji

Makna Logo Pengakap Malaysia


Lambang Pengakap Malaysia

1. Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
2. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
3. Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.
5. Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
6. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Makna Logo Pengakap Dunia







Lambang Pengakap Dunia

1. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
2. Ikatan putih - menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
3. Lingkaran tali berwarna putih - melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
4. Warna ungu - kepimpinan
5. Warna putih - kesucian dan kebersihan.

RUKUN NEGARA

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Keesopanan dan kesusilaan


HORMAT PENGAKAP

Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan ke dahi dengan tapak tangan terbuka ke hadapan, ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari yang tengah diluruskan sambil mencecah dahi.

Hormat Pengakap dibuat dalam keadaan sedia iaitu berdiri tegak dan tangan kiri diluruskan ke paha serta kedua-dua kaki rapat.

Pengakap hendaklah memberi hormat Pengakap pada setiap kali bendera dinaikkan dan diturunkan, ketika berjumpa dengan para pemimpin negara, pemimpin negeri, pemimpin Pengakap dan juga ahli-ahli Pengakap lain yang memakai pakaian seragam Pengakap. Hormat Pengakap juga dilakukan jika seorang ahli Pengakap diberi penghormatan atau menerima hadiah daripada Guru Besar, guru dan sebagainya.

COGANKATA PENGAKAP

Pengakap Kanak-kanak - Buat Habis Baik
Pengakap Muda - Sedia Selalu
Pengakap Remaja - Pandang Luas
Pengakap - Berkhidmat Selalu

WATAK-WATAK CERITA HUTAN

Akela Baloo


Mawgli Kaa


Ereng Shere Khan


Itn Bagheera

Anak gajah King


Mowgli Menjadi Anak Serigala
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua. Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya.

Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.





Berguru Kepada Baloo
Bapa Serigala mengajar Mowgli dan saudara-saudaranya yang lain segala rahsia hutan, mengenai segala binatang dengan segala tabiatnya, mengenai tumbuh-tumbuhan dan cuaca. Baloo pula mengajarnya Undang-undang Hutan sementara Bagheera selalu bermain-main dengannya dan memanjakannya.
Antara muridnya yang banyak, Baloo paling suka kepada Mowgli kerana dia lebih taat belajar dan mesti pula mempelajari berbagai-bagai perkara yang lain. Anak-anak serigala yang lain cuma belajar Undang-undang yang ada kena mengena dengan Kumpulan dan kaum Serigala saja. Selepas tahu sedikit sebanyak mereka tak mahu belajar lagi.
Sebaliknya Mowgli terpaksa belajar untuk hidup di dalam hutan yang sebenarnya bukan tempat hidup untuk manusia sepertinya. Jadi, Baloo mengajarnya mengenai kayu-kayan dan segala yang baik serta merbahaya mengenainya. Dia juga mengajar bahasa, isyarat dan lain-lain adat binatang supaya Mowgli boleh berhubung dengan mereka dan dapat hidup bersefahaman dalam suasana aman dan damai.
Baloo juga mengajarnya cara meminta kebenaran berburu di kawasan kumpulan lain daripada kumpulannya sendiri kerana tiap binatang tidak boleh menceroboh kawasan yang bukan milik kumpulannya.
"Apabila kita terpaksa berburu di kawasan lain," kata Baloo, "kita mestilah berkata begini:'benarkanlah saya berburu di sini kerana saya lapar!' Binatang-binatang di kawasan itu akan menjawab: 'Berburulah untuk mencari makan, bukan kerana hendak bersuka-suka'."
Kerana terlalu banyak yang mesti dipelajari dan dihafal, Mowgli selalu juga merasa jemu. Apabila dia mulai jemu dan malas hendak belajar, Baloo memukulnya sekali-sekala. Bagheera yang kerap datang memerhatikan Mowgli belajar kerap kali juga marah kepada Baloo kerana terlalu kasar. Walaupun Baloo mengatakan pukulannya itu hanyalah pukulan sayang dan lemah-lembut, badan Mowgli kerap juga calar-calar terkena kukunya.
"Lebih baiklah seluruh badannya calar-calar kerana tamparanku yang mengasihinya, daripada dia menghadapi bahaya kerana tidak mengetahui bahaya itu terlebih dahulu," kata Baloo. "Saya mengajarnya Bahasa Hutan yang boleh mendatangkan pertolongan daripada segala yang ada di dalam hutan."
Dengan menggunakan Bahasa Hutan itu Mowgli boleh meminta pertolongan dengan sesiapa sahaja, termasuk Cil Sang Rajawali, mang Si Keluang dan Kaa Si Ular Sawa. Dia juga boleh meminta supaya binatang-binatang yang bukan sahabat seperti ular senduk dan sebagainya supaya tidak mengapa-apakanya.
Tetapi akhirnya dengan menggunakan Bahasa Hutan itulah juga Mowgli berkawan dengan Kumpulan Bandarlog, iaitu monyet-monyet yang dibenci oleh Masyarakat Hutan yang lain dan menimbulkan bahaya yang besar kepada dirinya sendiri.

Diterima Sebagai Ahli Kumpulan Serigala.
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lati. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak meeka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak amsing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.
Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sidah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian utnuk mempertahankan Mowgli.
Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekorberuang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli.

Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya.
Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

Aktiviti Pengakap Kanak-kanak
1. Laung Agong
2. Persetiaan
3. Undang-undang
4. Kawat Asas
5. Bendera
6. Simpulan dan Ikatan
7. Pertolongan Cemas
8. Isyarat Sulit
9. Memasak
10. Berkhemah secara Pengakap
11. Gajet
12. Kembara/ Tracking
AKTIVITI-AKTIVITI PENGAKAP

• Kursus Ketua Enam Sekawan
• Kursus Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak
• Kursus Lencana Keris
• Kursus Ketua Petrol
• Kursus Lencana Kemajuan
• Pioneering Projek
• Hari Pengakap Sedunia
• Kempori
• Korobori
• Rovermoot
• Jambori
• Indaba
• Gillwell Union
• Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu
• Kursus Jurulatih
• Kursus Penolong Jurulatih
• Kursus Kemahiran Dan Teknik Untuk Pemimpin




Lencana Keris Emas Lencana Keris Perak

Lencana Gangsa


Lencana Wajib (satu sahaja)

Penunggang Basikal
Renang

Lencana Kegemaran (dua sahaja)

Koleksi hobi Kraf tangan Peladang kecil

Pelukis Pembaca Buku Penghibur
Lencana Pengetahuan (dua sahaja)

Ahli olahraga Ahli pasukan permainan Pemeliharaan alam sekitar

Pecinta alam semujajadi Pembaca peta Pengembara




Ahli sains


Lencana Perkhidmatan (dua sahaja)

Pekerja Am Pengurus Rumah

Penmyelamat Nyawa Ahli Pertolongan Cemas


Rambu Pengakap Kanak-kanak
























Peraturan Jalan raya Bagi Penunggang Basikal

1. Penunggang basikal hendaklah sentiasa memakai topi keledar basikal dan menunggang di tepi sebelah kiri jalan serta perlu membenarkan kenderaan lain lain memotongnya dengan selamat. Ianya juga sepatutnya menunggang dengan lurus dan mengelakkan daripada membelok secara tiba-tiba.

2. Amalan menunggaang basikal dalam satu barisan ataupun secara tidak bersaing adalah perlu dititikberatkan.

3. Penunggang basikal juga dilarang mencelah keluar dan masuk di celah-celah kenderaan lain yang sedang bergerak dalam kesesakan lalu lintas.

4. Semasa menunggang, penunggang basikal hendaklah sentiasa berada pada jarak yang selamat di belakang kenderaan yang bergerak. Ini dapat memberi ruang untuk bertindak sekiranya kenderaan di hadapan berhenti secara tiba-tiba.

5. Apabila hendak melepasi kenderaan yang diletakkan di tepi jalan perlukah berhati-hati kerana kemungkinan terdapat penumpang-penumpang yang berada di dalam kenderaan akan membuka pintu kenderaan. Tungganglah basikal pada jarak yang selamat apabila hendak melepasinya iaitu sekurang-kurangnya pada jarak 1 meter.

6. Sekiranya menaiki bukit yang curam dan tidak berupaya mengayuh basikal tersebut, seelok-eloknya berhenti dan turun dari basikal. Apabila hendak menurun bukit, kelajuan perlulah dikawal kerana menunggang terlalu laju menyebabkan sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba ketika kecemasan.

7. Palang pemegang (handle bar) basikal hendaklah sentiasa dipegang bagi mengelakkan hilang kawalan. Sekiranya hendak memberi isyarat tangan ketika membelok, hendaklah berhati-hati dan pegang semula palang pemegang sebelum membelok bagi memastikan keseimbangan kenderaan.

8. Seelok-eloknya cuba elakkan daripada membawa barang-barang di bahu atau sebagainya kerana ia menjejaskan kawalan kenderaan. Letak barang-barang tersebut di tempat pembawa yang terdapat pada basikal tersebut. Begitu juga ketika memandu dalam cuaca hujan, elakkan menggunakan payung kerana ia akan menjejaskan kawalan. Penggunaan komponen basikal seperti brek, loceng dan lain-lain sukar dilakukan dengan menggunakan satu tangan sahaja ketika memegang payung.

9. Membawa pembonceng ketika menunggang basikal adalah tidak dibenarkan.

10. Pastikan pada waktu malam, lampu hendaklah dalam keadaan baik dan berfungsi. Lampu hadapan hendaklah bercahaya putih manakala belakang hendaklah berwarna merah atau menggunakan pemantul. Bagi basikal yang mempunyai madgad, catkan madgad belakang dengan warna putih dan pastikan madgad sentiasa dalam keadaan bersih. Ini boleh menyelamatkan penunggang daripada dilanggar oleh kenderaan yang hendak memotong. Sekiranya perlu menunggang pada waktu malam, seelok-eloknya pakai baju atau kot berwarna putih. Ini akan menolong pemandu-pemandu kenderaan lain dan pejalan kaki melihat dengaan lebih jelas.

11. Pastikan tempat duduk sesuai dengan ketinggian penunggang supaya dapat mengawal basikal dengan baik.

12. Sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas. Jangan abaikan tanda-tanda isyarat yang diletakkan di sepanjang jalan walaupun sebagai penunggang basikal kerana tanda-tanda ini adalah untuk keselamatan dan arahan kepada semua pemandu kenderaan termasuk penunggang basikal.

13. Sentiasa menggunakan jalan yang selamat dan cuba elakkan daripada lalu lintas yang sibuk.

14. Sekiranya bercadang hendak membelok ke kanan, isyarat tangan hendaklah diberi dan tentukan tidak ada kenderaan yang akan memotong dengan cara menoleh ke kanan.

2 comments:

Adminskmatunggong said...

tq 4 da info....sy org baru dlm pengakap..mintak tunjuk ajar.nak tanya selepas laung agung pada langkah akela membalas tabik hormat.sps itu akela menjatuhkan tangan dann diikuti oleh semua ahli pengakap kan...so..after tu da habis based pada buku yg saye baca ni la...after tu ade aktiviti lain ke? nak di lakukan...td tu langkah terakhir dalam laung agung....silala jawab ye..nak tahu ni...tqqq

Unknown said...

Minta tunjuk ajar: Adakah bantuan kecemasan semasa kebakaran spt. mengangkat mangsa tidak ada dalam sukatan pengakap kanak-kanak? Adakah wujud sukatan pengakap kanak-kanak?