terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, October 13, 2009

Laporan Amali Pendidikan Luar 2009 Di Pulau Perhentian,Terengganu.

Laporan Amali Pendidikan Luar 2009 Di Pulau Perhentian,Terengganu.

Ketua Ajk Kerohanian : Mohd Nor Ridzwan bin Dollah
Ajk Kerohanian : Nuraqidah bt Yunos

Pada 18 hingga 23 April 2009, program amali pendidikan luar telah diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu Darul Iman.Sebelum program ini dijalankan, berbagai persiapan yang perlu dibuat bagi memastikan kelancaran perjalanan program.Kami sebagai, ahli jawatankuasa kerohanian dan protokol telah melakukan beberapa tugasan sebelum program ini berlangsung.
Antaranya ialah membuat jadual tugasan imam dan tazkirah.Dimana semua pelajar lelaki akan bergilir – gilir untuk menyampaikan tazkirah dan menjadi imam sewaktu solat jemaah.Jadual ini perlu diikuti supaya setiap pelajar lelaki tidak terlepas peluang untuk memikul tanggungjawab ini.Setelah jadual tugasan ini siap, kami telah membuat salinan sebanyak 50 helai dan diedarkan kepada semua pelajar dan pensyarah.
Selain itu, kami juga telah memberi taklimat kepada semua guru pelatih lelaki dan wanita mengenai pemakaian ketika solat.Pelajar lelaki dikehendaki memakai kopiah putih dan berkain pelikat, manakala guru pelatih wanita mempunyai dua pilihan.Sama ada berpakaian biasa dan memakai stokin atau membawa telekung.Mereka juga dikehendaki membawa sejadah dan buku yasin masing – masing.Ajk kerohanian dan protokol turut meminjam buku yasin daripada masjid.
Kami turut menyediakan teks tazkirah supaya mudah bagi penyampai tazkirah untuk menyampaikan tazkirah dengan lancar.Mereka juga turut dibenarkan membawa teks tazkirah sendiri.Ketua ajk kerohanian telah memberi peringatan bahawa, apabila masuknya waktu solat, bilal yang bertugas hendaklah melaungkan azan tepat pada waktunya.

Semasa program amali pendidikan luar berlangsung, segalanya berjalan dengan lancar.Pada hari pertama, solat berjemaah dijalankan.Namun terdapat segelintir guru pelatih lelaki dan wanita yang tidak menyertainya dan bersolat secara sendirian.Ini adalah kerana pengurusan masa yang tidak diuruskan dengan baik.Ketua ajk kerohanian telah memberi teguran dimana semua guru pelatih lelaki dan wanita diwajibkan bersembahyang secara berjemaah.Jika aktiviti memasak sedang dilakukan, tinggalkan sebentar dan bersembahyang terlebih dahulu.
Bacaan yasin dan solat hajat tidak dijalankan mengikut jadual.Ini adalah kerana kekangan masa dan digantikan dengan zikir beramai – ramai dan penyampaian tazkirah.Acara ini telah dipimpin oleh pensyarah, Tuan Haji Wan Mohd Zil b.Wan Saleh.Semua guru pelatih lelaki dan wanita telah terlibat dalam acara ini tanpa sebarang pengecualian.
Pada hari kedua, semuanya berjalan dengan baik.Dimana teguran yang diberikan diikuti dengan baik oleh semua guru pelatih.Apabila tibanya waktu solat, semua guru pelatih meninggalkan kerja mereka terlebih dahulu dan mengambil wuduk untuk solat secara berjemaah.Penyampai tazkirah juga menyampaikan tazkirahnya dengan baik dan lancar.Mereka juga turut mengambil inisiatif, dengan menyediakan teks sendiri.Ini telah mendapat pujian daripada ketua ajk kerohanian dan protokol.
Pada hari ketiga, semasa perhimpunan pagi kami telah ditegur oleh pensyarah, En.Che Kamaruddin b.Che Mamat mengenai protokol.Beliau mengatakan bahawa assa protokol kami sangat lemah dan menasihatkan supaya semua guru pelatih mempelajari lagi mengenai protokol.Selain itu, beliau turut menerangkan mengenai protokol seperti bendera mana yang perlu dipasang terlebih dahulu dan sebagainya.
Hari yang seterusnya berjalan dengan lancar tanpa menghadapi masalah dari segi protokol mahupun ketika bersolat dan tazkirah.Semua guru pelatih menerima dan mengikut segala teguran yang telah dibuat oleh pensyarah serta ketua ajk kerohanian dan protokol.
Selepas program amali pendidikan luar berlangsung, ketua ajk kerohanian telah mengumpul semula yasin yang dipinjam dan dihantar kembali ke masjid.Sebelum buku yasin dipulangkan, Ridzwan telah membuat kiraan bilangan buku yasin samada mencukupi atau tidak serta memeriksa keadaan buku tersebut samada terdapat sebarang kerosakan ataupun tidak.Setelah dikira, bilangannya mencukupi dan keadaan buku yasin masih dalam keadaan baik.
Disini terdapat beberapa cadangan bagi penambahbaikkan.Pertama, semasa menunggu masuknya waktu solat isya’ kita bolehla mengadakan bacaan zikir beramai – ramai.Selain itu, setiap acara atau aktiviti yang hendak dilakukan, seelok – eloknya dimulakan dengan doa agar aktiviti dapat berjalan lancar dan mendapat keberkatan dari NYA.



Disediakan oleh :
...............................
Nuraqidah Bt Yunos
(Ajk Kerohanian Dan Protokol)

No comments: