terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, October 13, 2009

jalan raya

Jalan raya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Jalan raya di Jepun
Jalan raya ialah jalan besar atau main road yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Biasanya jalan besar ini mempunyai ciri-ciri berikut:
• Digunakan untuk kenderaan bermotor
• Digunakan untuk orang awam
• Dibiayai oleh badan awam
• Pengunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan
Secara umumnya sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada:-
• Lebuhraya
• Jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan
• Jalan raya negeri atau wilayah
• Jalan perbandaran
• Jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet
Di sini harus diingatkan bahawa bukan semua jalan yang dapat dilalui oleh kenderaan bermotor itu jalan raya. Contohnya denai-denai di dalam estet. Di Malaysia jalan raya yang sah haruslah diwartakan oleh pihak bekuasa.

Pembinaan

Secara asasnya, pembinaan jalan raya adalah proses pembukaan ruangan-trafik yang mengatasi pelbagai rintangan geografi. Proses ini melibatkan pengalihan muka bumi, pembinaan jambatan dan terowong, malah pengalihan tumbuh-tumbuhan(Ini mungkin melibatkan pengnyahhutanan). Pelbagai jenis jentera-bina-jalan akan digunakan untuk proses ini.
Muka Bumi harus diuji untuk melihat sama ada ia mampu untuk menampung keberatan kenderaan. Seterusnya, jika perlu, tanah yang lembut akan diganti dengan tanah yang lebih keras. Lapisan tanah ini akan dianggap sebagai lapisan asasan. Seterusnya di atas lapisan asasan ini akan dilapisi dengan satu lapisan lagi yang dipanggil lapisan muka. Biasanya lapisan muka adalah terbina daripada Tar ataupun konkrit.
Pengaliran air merupakan salah satu faktor yang harus diambil kira dalam pembinaan jalan raya. Air yang menakung di atas jalan raya selepas hujan bukan sahaja akan membahayakan pengguna jalan raya, malah ia kan menghakis dan sekali gus merosakkan struktur jalan raya. Daripada itu permukaan jalan raya sebenarnya tidak betul-betul rata, sebaliknya mempunyai landaian yang berarah ke longkang di tepi. Daripada itu, air akan mengalir ke longkang secara semula jadi.
Selepas itu retroflector akan dipasang di tempat-tempat yang genting seperti selekoh yang tajam. Di permukaan jalan mungkin juga akan diletak "mata kuching", yakni sejenis objek bersinar seperti batu yang "ditatahkan" di atas jalan raya. Fungsinya adalah untuk menandakan sempadan laluan.
Penyalinan laluan
Apabila sesebuah jalan raya tunggal dinaiktaraf kepada jalan raya kembar atau lebuh raya dengan membina laluan kedua bersebelahan laluan asal, proses tersebut dikenali sebagai penyalinan laluan atau proses kembaran. Laluan dua hala asal menjadi laluan sehala, manakala laluan bersebelahan juga menjadi laluan sehala tetapi bertentangan arah. Ia samalah seperti menaik taraf landasan kereta api daripada landasan tunggal kepada landasan berkembar.
Penjagaan
Seperti semua bangunan/binaan lain, kualiti jalan akan merosot dengan masa. Rekahan dan lubang akan terjadi. Namun terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan jalan rosak dengan cepat:
• Kualiti jalan yang kurang, contohnya tiada sistem saliran yang cekap atau lapisan tar yang terlalu nipis.
• Berat kenderaan melebihi kapasiti, sama ada kerana jumlah trafik yang banyak atau digunakan oleh kenderaan yang lebih muatan.
Perekonomian jalan raya
Jalan raya boleh meningkatkan kegiatan ekonomi di suatu tempat kerana ia boleh meningkatkan ketersampaian sesuatu penempatan. Dengan adanya jalan raya, komoditi boleh mengalir ke dalam pasaran penempatan dan hasil ekonomi sesuatu penempatan boleh dijual kepada pasaran luar-tempatan. Selain itu, jalan raya juga membentuk ekonomi trafik di sepanjang laluannya. Contohnya, di penengahan laluan jalan raya utama yang menghubungkan bandar-bandar besar, penduduk tempatan boleh mengadakan peniagaan makanan kepada pemandu lori yang kerap lalu di situ. Satu contoh yang baik bagi ekonomi trafik boleh dilihat di pekan Machap, Johor Malaysia. Sehubungan itu, Machap telah menjadi tempat istirehat bagi bas jarak-jauh kerana adanya fasiliti istirehat yang lengkap di situ dan juga kedudukannya yang terletak di laluan Lebuhraya Utara Selatan. Di Machap, penumpang-penumpang bas akan membelanjakan wang untuk perkhidmatan restoran dan juga perkhidmatan tandas.
Ekonomi Trafik-Istirehat seperti yang berlaku di Machap sebenarnya tidak hanya bergantung kepada lokasi dan juga fasiliti. Apa yang lebih penting ialah hubungan pihak peniaga restoran dengan pemandu bas. Untuk menarik lebih banyak pemandu bas datang ke mari bersama penumpangnya, peniaga restoran boleh membeli hati pemandu bas dengan menyediakan makanan dan rokok yang percuma kepada pemandu bas. Tetapi cara yang paling berkesan ialah berhubung terus dengan Syarikat Bas supaya menjadikan sesuatu tempat sebagai tempat istirehat yang rutin.
Pemanduan di sebelah kanan atau kiri
Rencana utama: Pemanduan di sebelah kanan atau kiri

Papan tanda "ikut kiri" di Australia
Aliran lalu lintas ke hadapan adalah bergantung kepada sesebuah negara sama ada di sebelah kanan ataupun kiri. Di negara yang mengamalkan sistem pemanduan sebelah kiri seperti Malaysia, ciri-ciri jalan rayanya adalah seperti berikut:-
• Tempat duduk pemandu di dalam kenderaan adalah di sebelah kanan
• Pemandu memandu ke hadapan dengan mengikut lorong kiri
• Lalu lintas dari hadapan berada di lorong kanan
• Arah pusingan bulatan adalah mengikut arah jam
• Kebanyakan lampu isyarat berada di sebelah kiri
• Pejalan kaki berjalan menghadap lalu lintas iaitu di sebelah kanan jalan
Sejumlah 34% daripada jumlah pemandu di sebelah dunia memandu di sebelah lorong kiri manakala 66% lagi di sebelah lorong kanan.
Istilah am jalan raya
• Bahu jalan - bahagian tepi jalan raya yang tidak berturap dan tidak dilalui lalu kenderaan.
• Bottleneck - bahagian jalan yang mempunyai keupayaan trafik yang lebih rendah daripada bahagian lain pada jalan tersebut.
• Chicane - selekoh patah berbentuk S.
• Genting - titik rendah di kawasan banjaran gunung yang memudahkan pemandu merentasi banjaran gunung tersebut.
• Jalan lingkaran - jalan raya yang mengelilingi sesuatu kawasan seperti pusat bandar.
• Jalan pintasan - jalan raya yang mengelak atau memintas kawasan bandar, atau sekurang-kurangnya bahagian sibuk di sesebuah bandar.
• Jalan raya berkembar - jalan raya yang mempunyai pembahagi jalan yang memisahkan aliran lalu lintas bagi kedua-dua arah yang bertentangan. Rekabentuk jalan raya berkembar merupakan rekabentuk asas yang digunakan dalam pembinaan lebuh raya.
• Jalan raya tunggal - jalan raya biasa yang tidak mempunyai pembahagi jalan. Merupakan rekabentuk asas bagi sesebuah jalan raya.
• Jalan semua musim - jalan tidak berturap yang dibina daripada bahan khas yang tidak menghasilkan lumpur selepas hujan.
• Keselamatan Jalan Raya - proses bagi mengurangkan kematian atau kecederaan akibat kemalangan jalan raya melalui program kesedaran serta penguatkuasaan.
• Kod laluan - kod yang dikhaskan untuk setiap jalan raya atau lebuh raya.
• Laluan persekutuan - jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.
• Laluan persendirian - jalan raya atau lebuh raya yang dimiliki oleh sesebuah syarikat, organisasi ataupun orang persendirian.
• Laluan negeri - jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
• Lampu isyarat - alat penunjuk isyarat bagi menandakan aturan dan masa yang selamat untuk melepasi simpang jalan, sama ada memandu terus, belok kanan atau kiri.
• Lebuh raya - jalan raya utama berkelajuan tinggi dengan sekurang-kurangnya 4 lorong (2 bagi setiap arah laluan) yang dipisahkan oleh pembahagi jalan serta hanya boleh dicapai melalui persimpangan bertingkat.
o Sistem Lebuh Raya Malaysia - sistem rangkaian lebuh raya ekspres di Malaysia di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia
• Lintasan pejalan kaki - kawasan khas pada sesuatu jalan raya untuk membantu pejalan kaki melintas jalan.
• Pemantul jalan - alat pemantul cahaya yang dilekatkan pada jalan raya, juga digelar sebagai "mata kucing".
• Pembahagi jalan - ruang pemisah antara 2 aliran trafik yang bertentangan di bahagian tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan boleh jadi tembok konkrit, rel pengawal ataupun ruang tanah kosong yang lapang.
• Penunjuk jarak atau batu jalan - siri penanda jarak perjalanan yang diletakkan setiap 1 km (bagi jalan raya) atau 100 m (bagi lebuh raya).
• Rel pengawal - rel keluli ataupun kabel keluli yang dipasang bagi mengelakkan pemandu daripada terbabas daripada jalan.
Salah laku jalan raya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Salah Laku Jalan Raya)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri.
Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripda itu, masalah ini haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak.
Isi kandungan
[sorok]
• 1 Bentuk salah laku jalan raya
o 1.1 Kecuaian memandu
o 1.2 Memandu secara terburu-buru
o 1.3 Keganasan jalan raya
• 2 Kesimpulan
• 3 Rujukan

Bentuk salah laku jalan raya
Salah laku jalan raya boleh berlaku dalam pelbagi bentuk dan di mana sahaja. Secara kasarnya ia boleh dibahagi kepada 3 kategori yang besar iaitu:
• Kecuaian memandu
• Memandu secara terburu-buru
• Keganasan jalan raya
Di bawah adalah huraian mengenai 3 kategori salah laku jalan raya ini.
Kecuaian memandu
Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika teleologi, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan
Kecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu:
• Tekanan jiwa
• Memandu sambil buat kerja lain
• Kemabukan
Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi oleh pemikiran mengenai masalah yang menrunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar.
Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya atas sebab tekanan jiwa, seharusnya tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana ini kemalangan tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Pekara ini mungkin benar dari segi etika deontologi Kant. Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana membiarkan dirinya memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih terdapat ruang untuk si pemandu untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa.
Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud ia boleh dilakukan semasa memandu kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenar penuh dengan pekara luar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya pekara ini berlaku semasa anda membaca SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu.
Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral. Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai dalam diri mereka. Dalam konteks ini, pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasan “kesuntukkan masa” bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai ekonomi di atas nilai keselamtan.
Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada banyak pertikaian mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana ternyata mereka adalah salah.
[sunting] Memandu secara terburu-buru
Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Pekara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka. Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk seperti di bawah:
• Menunjuk-nunjuk
• Kecetekan melayan nafsu sensasi
• Tidak menghargai nyawa
Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak tertunggu-tunggu untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Sikap ini terserlah juga dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang mongel. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai.
Sikap menunjuk-nunjuk ini sebenarnya merupakan satu sifat kejahatan (vice). Ia sangat berkaitan dengan sifat-sifat keji seperti bongkak, sombong, angkuh dan pongah. Malah ia adalah sangat berlawanan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh masyarakat timur seperti Malaysia.
Cara memandu yang terburu-buru boleh mendatangkan keseronokkan dari segi sensasi. Adalah sukar menerangkan mengapa manusia itu menikmati kelajuan kenderaan. Tetapi agaknya “rasa kegentingan” itu satu kenikmatan bagi mereka yang memandu secara terburu-buru. Pekara ini perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi. Oleh itu, kertas kerja ini tidak akan menerangkan pekara ini secara lebih mendalam.
Pemandu-pemandu yang memandu secara terburu-buru sedikit sebanyak bertujuan untuk menikmati kelajuan. Pekara ini menunjukkan peribadi mereka mengahadapi kecetakkan dari segi melayan nafsu sensasi. Peribadi mereka dikatakan cetek kerana mereka mengejar keseronokan yang merupakan sensasi fizikal, selera kasar, tidak berpanjangan malahan dapat memudaratkan nyawa diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Maka dari segi ini kita boleh mengatakkan bahawa sikap dan perlakuan mereka adalah tidak bermoral.
Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi. Maka dari sudut ini, dapat dikatakan bahawa memandu secara terburu-buru merupakan satu salah laku dari segi etika.
[

sunting] Keganasan jalan raya
Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. Pekara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh.Contoh-contoh bagi kes keganasan jalan raya sejak 3 tahun lalu yang berlaku di Malaysia adalah seperti berikut:
• Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta.
• Pada 9 April 2003 di Gelang Patah, seorang pemuda telah diserang orang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang berkenaan. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan.
• Pada 25 Januari 2005, seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh samseng jalan
• Pada 13 Februari 2005, seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi.
• Pada 25 Februari 2005, seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah.
Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa keganasan jalan raya sememangnya lumrah di negara Malaysia.
Punca berlakunya keganasan jalan raya yang dapat dikesan sepanjang kajian ini adalah seperti berikut:
• Tekanan jiwa
• Kesedaran perlindungan diri yang melulu
Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof, tekanan akibat kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli. Katanya, Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walupun berpunca dari kemalangan kecil. Pendapat beliau ini disokong dengan fakta bahawa bahawa pada tahun 1995, terdapat 171 kes pembuli jalan raya yang dilaporkan kepada polis di Kuala Lumpur.
Walau bagaimanpun, pendapat mengenai tekanan jiwa itu sebagi punca utama berlakunya keganasan jalan raya tidak pula dipersetujui oleh pakar Psikologi Kejenayahan, Encik Lok Jian Sin 骆建兴. Menurut beliau, tekanan jiwa seperti tekanan jiwa daripada perkerjaan dan kesesakkan jalan raya tidaklah merupakan punca berlakunya keganasan jalan raya. Sebaliknya beliau mengatakan bahawa kesedaran perlindungan diri yang melulu adalah punca utama berlakunya keganasan jalan raya. Dalam keadaan ini, orang bandar selalunya terlalu menjaga ruangan perlindungan (defensible space) sehingga ia terlalu sensitif akan sesiapa yang menembusinya. Maka pemandu-pemandu itu akan senang bereaksi ganas kerana terlalu ingin untuk melindungi diri. Selain itu keganasan jalan raya itu juga sangat berkaitan dengan sifat kejantanan dan sikap tunjuk kuasa yang ada pada kaum lelaki.
Maka di sini kita boleh buat satu kesimpulan bahawa masalah keganasan jalan raya sebenarnya melibatkan masalah kebatinan yang agak rumit dan ini bukan satu masalah moral semata-mata.
CARA-CARA MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA
Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa kerugian besar kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini.
Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh berbunyi “3 P” iaitu
• Pendidikan
• Perundangan
• Penyelidikan
Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut.
PENDIDIKAN
Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap, maka pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya.
Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu:
• melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral,
• melalui sekolah memandu
• melalui komunikasi awam seperti televisyen.
Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan raya mengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa.
PERUNDANGAN
Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya.
Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:
• Pembentukan undang-undang
• Penguatkuasaan undang-undang
Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan.
Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
PENYELIDIKAN
Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.
• Ilmu kaji kejenayahan (criminology)
• Pengurusan jalan raya
Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.
Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang.
[sunting] Kesimpulan
Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya. Dari segi etika pekara ini berpunca daripada keperibadian pengguna jalan raya yang buruk, penyusunan tatatingkat nilai yang bermasalah dan juga pelbagai masalah psikologi yang memecahkan benteng moral pemandu. Bagi menyelesaikan masalah salah laku jalan raya, pihak yang berkenaan seharusnya tidak mengambil pendekatan penyelesaian mudah seperti berkempen. Sebaliknya, pihak berkenaan seharusnya mengambil pendekatan menyeluruh seperti mengambil pendekatan “ 3 P”, iaitu pendidikan, pengundangan dan penyelidikan. Akhir sekali, pengguna jalan raya disaran supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya.
[sunting] Rujukan
• Abdul Rahman Md.Aroff. 1999. Pedidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
• Ahmad Nazri Mohamad. 2005. Sopan di Pejabat, Samseng di Jalan. Arkib Berita Harian Metro. (Internet). www.hmetro.com.my. (24/6/2005)
• Kamus Dewan. 1994. Ed Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Khairul Azhar Bin Idris.2005. Keutuhan Moral Bantu Banteras Jenayah. Artikel Semasa 2005 dlm Web Rasmi Institusi Kefahaman Islam Malaysia. (Internet). www.ikim.gov.my . (24/06/2005)
• Khoo Kok Wai & Liang Jan Wei 许国伟、梁展维. 2005. Samseng Jalan! Kes *Pengganasan Bersenjata Samseng Jalan dekat 3 tahun ini 霸王,别欺!(中篇):近3年路霸持械伤人案. Arkib Berita Nanyang Press (Internet). http://archive.nanyang.com.
• Liang Jan Wei 梁展维 et.al. 2005. Lok Jian Sin: Terdapat pelbagai faktor yang membentuk pembuli jalan; kanak-kanak boleh bertindak meneneramkan orang dewasa semasa memandu 霸王, 别欺!(下篇—完):骆建兴:促成路霸原因多灌输小孩约束大人驾驶态度. Arkib Berita Nanyang Press. (Internet). http://archive.nanyang.com
• Management Systems for Road Safety dlm The Free Encylopedia. 2005. (Ensiklopedia Internet). http://en.wikipedia.org/wiki/Management_systems_for_road_safety. (22/6/2005)
• Marc Green & John Senders.2004. Human Error in Road Accident. Visual Expert Human Factor. (Journal Internet) http://www.visualexpert.com/Resources/roadaccidents.html#Treat. (26/05/2005)
• Road Safety Dlm Wikipedia The Free Encylopedia. 2005. (Ensiklopedia Internet). http://en.wikipedia.org/wiki/Road_safety. (22/6/2005)
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Salah_laku_jalan_raya"

Had Laju Kebangsaan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Had Laju Kebangsaan 90 km/j di laluan persekutuan.
Had Laju Kebangsaan adalah satu set had laju yang ditetapkan bagi semua jalan raya dan lebuh raya di Malaysia. Memandu melebihi Had Laju Kebangsaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikompaun sehingga maksimum RM300, bergantung kepada perbezaan di antara kelajuan pemandu dengan had laju yang berkenaan.
Isi kandungan
[sorok]
• 1 Had laju utama
• 2 Had laju kenderaan berat
• 3 Had laju lain
• 4 Lihat juga

[sunting] Had laju utama
• Lebuhraya: 110 km/j (70 bsj), tetapi ada kalanya diturunkan kepada antara 80 atau 90 km/j (50-55 bsj) di kawasan bukit berbahaya, kawasan angin lintang serta bahagian yang mempunyai kadar aliran trafik yang tinggi di kawasan bandar.
• Jalan persekutuan: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.
• Jalan negeri: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.
[
sunting] Had laju kenderaan berat
Kenderaan berat dikenakan had laju khusus bagi menjaga keselamatan di jalan raya. Malangnya, kebanyakan kenderaan berat sering mengingkari had laju yang ditetapkan.
• Lebuhraya: 80-90 km/j (50-55 bsj).
• Jalan persekutuan dan negeri: 70-80 km/j (45-50 bsj), 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.
[sunting] Had laju lain
Had laju 35 km/j (20 bsj) dikuatkuasakan di kawasan sekolah ketika waktu puncak. Selain itu, kereta yang memasang gerabak trailer kecil di belakang juga dikenakan had laju yang sama seperti kenderaan berat.
Sejak musim cuti Hari Raya Aidiladha, Polis Diraja Malaysia mula menguatkuasakan had laju yang lebih rendah pada musim perayaan di jalan raya persekutuan dan negeri, daripada 90 km/j (55 bsj) kepada 80 km/j (50 bsj).
Perangkap laju
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Seorang pegawai polis sedang menggunakan radar pengesan kelajuan dalam satu operasi perangkap laju.
Perangkap laju adalah istilah yang digunakan bagi operasi penguatkuasaan had laju yang dilakukan oleh pihak polis. Selain itu juga, ia boleh merujuk kepada lokasi di sepanjang jalan raya atau lebuh raya yang menempatkan kamera perangkap laju.[1]. Terdapat beberapa batang jalan raya atau lebuh raya yang sangat terkenal sebagai kawasan perangkap laju melalui bilangan saman perangkap laju yang tinggi di kawasan tersebut. Oleh yang demikian, terdapat banyak pihak yang menganggap saman perangkap laju diadakan oleh pihak berkuasa "bagi mengaut keuntungan" dan bukannya "bagi mencegah kemalangan jalan raya".
Isi kandungan
[sorok]
• 1 Bagaimana operasi perangkap laju dilaksanakan
• 2 Perangkap laju di Malaysia
• 3 Rujukan
• 4 Lihat juga

[sunting] Bagaimana operasi perangkap laju dilaksanakan

Sebuah kereta yang dikesan melanggar had laju.
Perangkap laju boleh dilakukan sama ada dengan menempatkan anggota polis dengan radar pengesan kelajuan ataupun dengan menggunakan kamera pengesan kelajuan yang boleh mengesan pesalah secara automatik tanpa perlu menempatkan anggota polis di tempat berkenaan. Kedua-dua alat berkenaan menggunakan prinsip kesan Doppler bagi mengukur kelajuan kenderaan dengan tepat.
Sungguhpun demikian, terdapat segelintir pemandu yang berupaya menangkis peralatan sedemikian melalui alat pengesan radar. Alat pengesan radar diharamkan di kebanyakan negara, dan pihak polis juga turut dibekalkan dengan "pengesan alat pengesan radar" (RDD; Radar Detector Detector) bagi menangkis peralatan sedemikian.
Meter laju yang digunakan pada kenderaan biasanya mengukur kelajuan sama ada daripada pusingan roda ataupun aci pemacu akhir di dalam sistem transmisi. Sungguhpun demikian, ukuran kelajuan oleh meter laju biasanya adalah kurang tepat kerana beberapa faktor seperti saiz roda dan beban spring tidak mempengaruhi bacaan kelajuan. Oleh itu, biasanya terdapat sedikit selisih antara bacaan meter laju kenderaan dengan bacaan pada radar pengesan kelajuan yang digunakan oleh pihak polis.

[sunting] Perangkap laju di Malaysia
Di Malaysia, operasi perangkap laju adalah salah satu operasi yang sering dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia sebagai satu langkah pencegahan untuk menghalang pengguna jalan raya daripada memandu melebihi had laju. Mereka yang bersalah memandu melebihi had laju biasanya akan ditahan di dalam sekatan jalan raya yang dibuat tidak jauh daripada lokasi perangkap laju, ataupun menerima saman secara pos ("saman ekor"). Perlaksanaan "saman ekor" pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila terdapat beberapa pemandu yang tidak bersalah tiba-tiba menerima saman trafik; ada kalanya dengan kelajuan dikesan yang tidak masuk akal (contohnya apabila sebuah Perodua Kancil disaman pada kelajuan 200km/j).
[sunting] Rujukan
1. ↑ Speed trap. Dictionary.com Unabridged (v1.1). Dicapai pada 2007-06-26.
Lampu isyarat
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Lampu isyarat dengan penentu waktu

Lampu isyarat pejalan kaki
Lampu isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki, atau lokasi-lokasi lain untuk menunjukkan keadaan aman untuk mengendarai atau berjalan sesuai dengan kod warna sejagat (dan suatu urutan yang persis bagi orang-orang yang menderita buta warna).
Sistem pengaturan lampu lalu-lintas pertama kali diperkenalkan di England, iaitu di daerah Westminster pada 10 Disember 1868. Lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual. Penggunaannya tidak bertahan lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah. Kemudian pada tahun 1918 di New York. sistem lampu isyarat sebagai pengendali untuk mengawal lampu lalu-lintas diperkenalkan dengan penggunaan lampu 3 warna.
Sistem lampu isyarat berkait pertama kali digunakan di Salt Lake City pada 1917, dengan enam simpang yang dikawal menggunakan suis manual. Pada tahun 1926 di Wolverhamton, England, sistem pengaturan lampu isyarat automatik dicuba untuk pertama kalinya.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Lampu_isyarat"
Sekatan jalan raya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sebuah sekatan jalan raya di Tebing Barat, Palestin.
Sekatan jalan raya adalah operasi bagi menyekat jalan raya secara sementara bagi mengawal lalu lintas di jalan raya. Sekatan jalan raya boleh jadi disebabkan oleh:-
• Pembinaan jalan
• Penutupan jalan tertentu
• Lencongan
• Memburu penjenayah
• Mengesan rompakan
Dalam keadaan aman, sekatan jalan raya biasanya dilakukan oleh pihak polis ataupun pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tujuan pemeriksaan keselamatan. Ia juga diadakan semasa dalam peperangan dan biasanya dikawal oleh tentera. Kadang-kadang, sekatan jalan raya juga turut diadakan oleh pihak polis bagi mengawal rusuhan.
Rencana berkaitan jalan raya ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Salah laku jalan raya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri.
Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripda itu, masalah ini haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak.

sunting] Bentuk salah laku jalan raya
Salah laku jalan raya boleh berlaku dalam pelbagi bentuk dan di mana sahaja. Secara kasarnya ia boleh dibahagi kepada 3 kategori yang besar iaitu:
• Kecuaian memandu
• Memandu secara terburu-buru
• Keganasan jalan raya
Di bawah adalah huraian mengenai 3 kategori salah laku jalan raya ini.
[sunting] Kecuaian memandu
Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika teleologi, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan
Kecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu:
• Tekanan jiwa
• Memandu sambil buat kerja lain
• Kemabukan
Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi oleh pemikiran mengenai masalah yang menrunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar.
Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya atas sebab tekanan jiwa, seharusnya tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana ini kemalangan tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Pekara ini mungkin benar dari segi etika deontologi Kant. Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana membiarkan dirinya memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih terdapat ruang untuk si pemandu untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa.
Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud ia boleh dilakukan semasa memandu kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenar penuh dengan pekara luar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya pekara ini berlaku semasa anda membaca SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu.
Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral. Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai dalam diri mereka. Dalam konteks ini, pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasan “kesuntukkan masa” bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai ekonomi di atas nilai keselamtan.
Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada banyak pertikaian mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana ternyata mereka adalah salah.
[sunting] Memandu secara terburu-buru
Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Pekara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka. Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk seperti di bawah:
• Menunjuk-nunjuk
• Kecetekan melayan nafsu sensasi
• Tidak menghargai nyawa
Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak tertunggu-tunggu untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Sikap ini terserlah juga dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang mongel. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai.
Sikap menunjuk-nunjuk ini sebenarnya merupakan satu sifat kejahatan (vice). Ia sangat berkaitan dengan sifat-sifat keji seperti bongkak, sombong, angkuh dan pongah. Malah ia adalah sangat berlawanan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh masyarakat timur seperti Malaysia.
Cara memandu yang terburu-buru boleh mendatangkan keseronokkan dari segi sensasi. Adalah sukar menerangkan mengapa manusia itu menikmati kelajuan kenderaan. Tetapi agaknya “rasa kegentingan” itu satu kenikmatan bagi mereka yang memandu secara terburu-buru. Pekara ini perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi. Oleh itu, kertas kerja ini tidak akan menerangkan pekara ini secara lebih mendalam.
Pemandu-pemandu yang memandu secara terburu-buru sedikit sebanyak bertujuan untuk menikmati kelajuan. Pekara ini menunjukkan peribadi mereka mengahadapi kecetakkan dari segi melayan nafsu sensasi. Peribadi mereka dikatakan cetek kerana mereka mengejar keseronokan yang merupakan sensasi fizikal, selera kasar, tidak berpanjangan malahan dapat memudaratkan nyawa diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Maka dari segi ini kita boleh mengatakkan bahawa sikap dan perlakuan mereka adalah tidak bermoral.
Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi. Maka dari sudut ini, dapat dikatakan bahawa memandu secara terburu-buru merupakan satu salah laku dari segi etika.
[sunting] Keganasan jalan raya

No comments: