terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, October 13, 2009

ETIKA DAN NILAI

Pendahuluan.

Bagi seorang pegawai kerajaan, menghayati nilai, etika dan integriti perkhidmatan awam merupakan suatu unsur yang penting sepanjang perkhidmatannya. Kepentingan ini terserlah apabila ia menjadi titik tolak kepada pengukuran prestasi dan keberkesanan tugas seseorang. Mengenepikan nilai dan etika sedemikian walau pun kelihatan kecil sebagaimana senario di atas, tetapi jika menjadi amalan atau sudah menjadi kelaziman pada kebanyakan orang, akan membawa kesan yang agak ketara kepada seluruh perkhidmatan awam. Bertolak dari sinilah kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar dan pekeliling seperti Nilai Etika dan Dalam Perkhidmatan Awam (1979), Dasar Pandang ke Timur (1981), Tonggak 12 (1992) dan
sebagainya.

DEFINISI NILAI DAN ETIKA.

Nilai didefinisikan sebagai norma moral yang jadi pegangan seseorang atau sesuatu kelompok dalam mengatur tingkah lakunya. Ia juga di dianggap sebagai pegangan yang mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak. Ia merupakan rangka tanggapan yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Nilai ini boleh dikategorikan berasaskan agama, budaya, etika dan juga moral. Secara mudahnya ia boleh dikatakan sebagai suatu kepercayaan untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu.

Etika pula menurut Longman Dictionary of Contemporary English-New Edition didefinisikan sebagai :

“The formal rules of proper (social) behaviour. System of rules and conventions that regulate social and profesional behaviour in any social unit there are accepted rules of behaviour upheld and enforced by legal code.

Mengikut The Oxford English Dictionary pula, etika ditakrifkan sebagai Science of Morals di mana, moral adalah :

“concerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong”

Etika juga merupakan prinsip moral atau nilai akhlak , tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang , individu, sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjadi penghubung sosial dengan orang lain. Secara ringkasnya etika adalah falsafah, tingkahlaku manusia dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah.

Sebagai kesimpulan, etika ini dilihat sebagai suatu ilmu berkaitan dengan dasar-dasar akhlak atau moral iaitu sistem dasar-dasar akhlak, hukuman-hukuman, tingkah laku atau kelakuan. Ia merupakan satu disiplin yang akan dapat memberitahu kepada kita apakah sistem moral yang dihayati oleh satu-satu kelompok manusia tertentu. Namun begitu, selalunya moral dan etika sering disama ertikan.

Walau apa pun takrif mengikut kamus, apa yang penting ialah apakah erti etika dan nilai ini dalam konteks tugas seorang penjawat awam. Sejauh mana kefahaman mereka dalam menjalankan tugas. Apakah program-program yang dijalankan untuk memastikan dasar ini dihayati dan sejauh mana hasrat dasar ini terlaksana melalui program, pekeliling, arahan dan sebagainya itu telah tercapai di samping melihat beberapa fenomena dan senario yang berlaku dalam perkhidmatan awam.

RASIONAL ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

Etika Perkhidmatan Awam diperkenalkan bertolak dari beberapa senario yang berlaku. Apa yang pasti, permintaan terhadap perkhidmatan awam meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu permintaan yang tinggi ini sudah tentu membuka peluang kepada beberapa pelanggaran peraturan. Ia juga mungkin membawa kepada tuduhan, rasa curiga dan syak wasangka tentang kemampuan perkhidmatan awam.

Selain itu, sememangnya azam kerajaan juga untuk meninggikan kecekapan, imej dan mutu perkhidmatan awam agar ia boleh berkembang maju selari dengan pembangunan negara. Dalam menjalankan tugas, pegawai awam di bekalkan dengan kuasa. Ia perlu dikawal bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Faktor-faktor luar selain dari faktor-faktor dalam perkhidmatan awam sendiri turut memberi dorongan seperti kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan dan gejala sosial yang tidak sihat. Faktor-faktor ini tentu sekali akan mendorong para penjawat awam bertindak di luar batas undang-undang dan peraturan dalam perjawatan mereka.

TUJUAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM.

Etika Perkhidmatan Awam di perkenalkan demi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa. Ia juga untuk mengekal dan memelihara kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam. Selain itu nilai dan etika ini juga dapat memupuk tanggungjawab bersama di kalangan penjawat awam. Dengan itu akan wujudlah suasana yang sihat dan cekap serta hubungan yang erat sesama kakitangan.

Dalam konteks yang lebih luas, etika ini juga diperkenalkan agar semangat rukun negara dapat dihayati secara bersama melalui pembentukan sikap dan pembawaan yang di selaraskan dengan nilai-nilai murni.

Sumber Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam

Semua nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam ini di amal bersumberkan beberapa undang-undang, peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Dengan kata lain Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengumpulkan semua nilai dan etika yang perlu dihayati ke dalam satu set undang-undang, pekeliling, peraturan dan seumpamanya untuk menjadi rujukan semua.

Di bawah ini disenaraikan beberapa (sebahagian) peraturan, pekeliling, arahan pentadbiran dan seumpamanya yang menyatakan tentang nilai dan etika yang mesti dipatuhi oleh seseorang penjawat awam.

a) Prevention of Corruption Act 1961 (Revised 1971);
b) Official Secrets Act 1972; dan
c) Financial Procedure Act, 1957.
d) Akta Pendidikan dan Peraturan Pendidikan

- Bil.1 Tahun 1971 dan Bil.30/1970
(mengenai mengambil bahagian dalam politik oleh pegawai-pegawai kerajaan)

- Bil. 3 dan 4 Tahun 1981, Bil.4 Tahun 1982 dan Bil. 2 Tahun 1984
(mengenai arahan peristiharan harta oleh pegawai-pegawai kerajaan)

- Bil. 7 Tahun 1982
(mengenai penglibatan kakitangan kerajaan dalam Lembaga Pengarah Syarikat
dimana koperasi/tabung/kesatuan sekerja mempunyai kepentingan dari segi
pelaburan modal atau ekuiti)

- Bil.10 Tahun 1984
(mengenai peraturan dadah di kalangan pegawai-pegawai awam)

- Bil. 2 Tahun 1985
(mengenai pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara
rasmi bagi pegawai awam)

- Bil. 2 Tahun 1987
(mengenai kebenaran kepada pegawai-pegawai awam bagi menubuhkan
syarikat pegangan keluarga)

- Bil.3 Tahun 1989
(mengenai ucap tahniah/takziah di surat-surat khabar dan media massa lain oleh pihak swasta, persatuan, pertubuhan atau orang persaorangan atau kumpulan kepada pegawai-pegawai awam)
- Bil.11 Tahun 1981
(mengenai Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu Di Pejabat)

e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985:
(Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran)

f) Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985
(Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam)
g) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1982:
(Waktu hadir ke sekolah, waktu hadir ke kelas, mengajar ikut jadual waktu, waktu tidak mengajar(free period), semak buku latihan murid, memberikan bimbingan)

PENGHAYATAN NILAI MURNI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Segala arahan, pekeliling dan sebagainya di atas telah menggariskan beberapa nilai murni yang mesti diamalkan oleh seseorang penjawat awam sepanjang karier mereka. Ia boleh disimpulkan kepada beberapa matlamat sebagaimana berikut :

◙ Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
◙ Bekerja dengan penuh tanggungjawab
◙ Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
◙ Berkhidmat dengan muhibbah/kemesraan
◙ Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
◙ Bersama membenteras kelemahan/musuh
◙ Berpegang teguh kepada ajaran agama

1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
Untuk memastikan nilai murni ini terlaksana, beberapa perancangan dan penekakan diberikan untuk dilaksana di peringkat jabatan sebagaimana berikut :
1. Latihan Dalam Perkhidmatan
2. Fail Meja
3. Mesyuarat
4. Perbincangan – KMK
5. Perpustakaan Jabatan
6. Lawatan Sambil Belajar
7. Kreatif

2. Bekerja dengan Penuh Tanggungjawab.
1. Ikrar Perkhidmatan Awam
2. Senarai Tugas
3. Menepati janji rakyat
4. Inisiatif

3. Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri
1. Kikis sikap tercela
2. Insaf akan tanggungjawab dan kuasa yang diberi
3. Komunikasi berkesan
4. Beri peluang bertanya

4. Berkhidmat dengan Penuh Muhibah dan Tanggungjawab.
1. Sabar
2. Bertimbang rasa
3. Simpati
4. Mengawal perasaan
5. Mesra
6. Cekal menghadapi cabaran
7. Memahami perasaan orang lain

5. Bekerja ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat dan Pembangunan Negara
1. Memahami dasar-dasar kerajaan
2. Memberi bimbingan kepada rakyat
3. Memberi kesedaran kepada rakyat

6. Bekerjasama dalam Membanteras Kelemahan dan Musuh Negara
1. Kemiskinan
2. Kejahilan
3. Rasuah
4. Penyelewengan
5. Komunis/Subversif
6. Pemfitnah

7. Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama

1. Nilai-nilai Murni.
Bagi mencapai nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam ini kerajaan telah memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran. Ia meletakkan matlamat :
1. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang beramanah,
beridentiti dan disegani oleh masyarakat lain;
2. Mewujudkan sebuah negara yang bahagia;
3. Menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
4. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Nilai-nilai murni yang disarankan itu adalah :

1. Amanah
2. Tanggungjawab
3. Ikhlas
4. Dedikasi
5. Sederhana
6. Tekun
7. Bersih
8. Berdisiplin
9. Bekerjasama
10. Berbudi mulia
11. Bersyukur















Nilai-nilai ini boleh dikategorikan kepada beberapa aspek sebagaimana berikut :











Nilai Peribadi asas :
Nilai-nilai yang Mengutamakan
Pelanggan
Nilai-nilai
Kepimpinan
Nilai-nilai
Profesionalisma
. Nilai-nilai
Produktiviti/
Kualiti
Nilai-nilai Keagamaan

Amanah
B/jawab
Ikhlas
Berdedikasi
Berdisiplin
B/sama
Bersih
Tekun
Sederhana
Berbudi mulia
Bersabar
Sopan-santun
Peramah
Adil
Berani
Syura
Berilmu
Kreativiti
Inovasi
Integriti
Neutraliti
Kejujuran
Intelektual
Akauntabiliti
Berkecuali
Produktiviti
Kualiti
Bersyukur
Beriman
Bertakwa


Selain dari itu, demi melihat Nilai dan Etika ini dihayati sepenuhnya, kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa kempen, peraturan, penerapan dan seumpamanya sebagaimana berikut :
• Teras Perkhidmatan Awam
• Penggunaan Kad Perakam Waktu
• Kempen Bersih, Cekap dan Amanah
• Dasar Pandang ke Timur
• Penggunaan Tanda Nama
• Kepimpinan Melalui Teladan
• Penerapan Nilai-nilai Murni
• Tonggak Dua Belas
(Menghargai masa, Ketekunan Membawa Kejayaan, Keseronokan Bekerja, Kemuliaan Kesederhanaan, Ketinggian Peribadi, Kekuatan Sifat Baik Hati, Pengaruh Teladan, Kewajipan Menjalankan Tugas, Kebijaksanaan Berhemat, Peningkatan Bakat, Nikmat Mencipta)

• Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam

Bila kita membicara soal etika dan nilai seorang penjawat awam kita tidak boleh lari daripada pembentukan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama iaitu meningkatkan inovasi keupayaan dan penguasaan ilmu, penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) dan memupuk masyarakat berbudaya yang memiliki kekuatan moral yan g tinggi.
Secara ringkasnya kita tidak boleh lari daripada FPN . Kita ingin melahirkan seorang individu yang baik , seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial. Seimbang di sini memberi pengertian bahawa individu yang ingin dilahirkan adalah individu yang idak melampaui batas dan tidak mengutamakan satu aspek dan menutamakan satu aspek yang lain. Harmonis pula mengertikan bahawa kelima-lima aspek berkenaan perlu wujud secara bersama dan saling kukuh mengukuhkan di antara satu sama lain. Namun begitu keseimbangan dan keharmonian itu tidak akan sempurna jika tidak didasari oleh ketaatan dan kepatuhan kepada Allah subhanawataala. Oleh kerana itu ganjaran di dunia dan di akhirat akan sama-sama dinikmati.

Di peringkat yang lebih terperinci, kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/1979 dalam rangka ke arah merealisasikan Etika Perkhidmatan Awam di atas dengan mengemukakan berapa cadangan di antaranya :

• Penghargaan –syor pingat, sijil kepujian, cenderamata, kursus
• Dialog pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam
• Penubuhan JK Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial serta aktiviti seumpamanya
• Mengadakan Buletin Jabatan – alat komunikasi
• Mengadakan majlis jamuan – kesempatan bergaul mesra dan semangat kekitaan
• Ceramah agama tiap minggu/dua minggu/bulanan
• Kursus untuk meningkatkan kecekapan kerja
• Mengadakan pertandingan seperti pejabat terbersih – mewujudkan rasa kebanggaan dan rasa kepunyaan dalam perkhidmatan awam
• Memasukkan EPA dalam subjek kursus
• Lawatan mengejut untuk menaksir perjalanan pejabat
• Menyediakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
• Mengadakan kursus bagi pegawai wanita seperti kelas menjahit dll mengikut kegemaran masing-masing
• Penyediaan Buku Panduan jabatan untuk kegunaan rakyat mendapatkan perkhidmatan
• Menggalakkan kakitangan terlibat dalam kerja kebajikan dengan menubuhkan Badan Kebajikan
• Mengadakan majlis dialog, pameran dan gotong royong untuk memupuk semangat kerjasama dengan orang ramai (sesuai terutama untuk peringkat daerah)
• Mewujudkan perpustakaan jabatan
• Agensi yang melaksanakan kursus hendaklah memasukkan perkara Perhubungan sebagai salah satu tajuk ceramah.

Perbuatan Yang Perlu Dijauhi Oleh Penjawat Awam

 Menyalah guna dadah;
 Menerima/memberi keraian;
 Menyelenggara taraf hidup melebIhi daripada emolumen rasmi dan pendapatan sendiri yang sah;
 Meminjam wang
 Keberhutangan wang yang serius meminjamkan wang/bunga; penglibatan dalam pasaran hadapan;
 Refel dan loteri;
 Penerbitan buku berdasarkan maklumat berperingkat;
 Penyuntingan majalah/akhbar/buku;
 Kegiatan politik
 Tidak hadir bertugas tanpa cuti/kebenaran/sebab munasabah
 Pekerjaan luar
 Pakaian
 Hadiah
 Pemunyaan harta
 Kegiatan politik-kumpulan sokongan
 Cuti sebelum bersara

Perkara yang sering kita baca di dada-dada akhbar pada hari ini ialah salah laku yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penjawat awam contohnya keberhutangan yang serius, di mana pengurusan kewangan keluarga tidak dirancang dengan baik akan menimbulkan masalah yang berangkai.

Jika seorang penjawat awam gagal dalam menyelesaikan masalah kewangan ini ia akan memberi kesan kepada tanggungjawab dan komitmen terhadap tugas yang diamanahkan, rentetan daripada itu akan timbul masalah pecah amanah, rasuah dan seterusnya tidak hadir ketempat kerja tanpa sebab. Ini amat merugikan negara kerana aset yang paling penting bagi mewujudkan sebuah negara yang terbilang adalah rakyatnya yang cemerlang.
(a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya

 Menguruskan perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara mara /rakan-rakan dalam waktu pejabat/tugas rasmi;
 Menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan

Sebagaimana yang kita semua telah maklum dimana –mana agensi kerajaan pasti ada warga kerja yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan awam. Tidak kira pegawai tinggi sehinggalah Pembantu Am Rendah. Jika kita renung semula senario En Ali menjawab telefon dengan selambanya ketika mesyuarat dijalankan adalah merupakan satu kesalahan etika sebagai penjawat awam. Beliau mengutamakan urusan peribadi, sepatutnya, beliau menutup atau matikan telefon bimbit tersebut untuk menumpukan sepenuhnya kepada urusan perkhidmatan. Persoalanya kenapa ini berlaku dimana-mana mesyuarat sedang dijalankan ? Pada pandangan kami, faktor teladan sebagaimana yang tercatat dalam Tonggak 12, iaitu manusia belajar daripada peniruan perlulah diberi perhatian. Namun senario sekarang, golongan atasan mengabaikan faktor tersebut. Sepatutnya golongan atasan memberi teladan yang baik kepada kakitangannya.

Pengaruh positif menghasilkan kesan positif dan pengaruh negatif akan menghasilkan kesan negatif.

Sesiapa yang memberi contoh kebaikan maka ia mendapat pahala,dan pahala itu hingga ke hari kiamat
hadith

b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;
 Menguruskan tender/sebutharga yang terdiri dari saudara mara;
 Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri pergi ke dan balik ke pejabat, menghantar anak
 Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian
 Berjudi di pejabat;
 Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah;
 Kesusahan berat kerana berhutang;
 Menerima keraian dari org yg ada urusan rasmi; melakukan gangguan seksual;
 Menggunakan wang tabung amanah utk kegunaan sendiri;
 Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum
 Mengemukakan sijil sakit palsu
 Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;
 Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan;
 Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah
 Membantah atau melawan pegawai atasan;
 Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan;
 Keluar negara tanpa kelulusan;
 Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas.
 Lelaki: tidak memakai tali leher dengan kemas dan teratur, memakai baju berlengan pendek dan memakai kasut sukan yang tidak sesuai dengan urusan rasmi.
 Perempuan: Memakai pakaian kurang sopan dengan baju tidak berlengan dan skirt yang pendek;berjubah,pakaian vietnam/siam bukan pakaian kebangsaan
 Rambut melebehi kolar baju, tidak diurus dan berbau.
 Tidak memakai tanda nama
 Kerap ponteng, datang lambat, menipu waktu kehadiran, kawan tolong punch, keluar sekolah waktu pejabat bagi menguruskan hal pribadi seperti ke pasar,berniaga, temujanji hal-hal pribadi.
 Tidak memberi hormat kepada rakan atau ketua jabatan;
 Duduk bersilang kaki;
 Berbahasa kesat kerana menganggap diri hebat dan lebih pandai dari ketua;
 Tidak boleh ditegur dan mengugut prilakunya yang kurang beradab untuk tindakan disiplin/perkhidmatan.

Oleh kerana kegawatan ekonomi, boleh dikatakan ramai penjawat awam menjalankan kerja sambilan bagi menampung keperluan diri dan keluarga, walaupun mereka sedia maklum ia merupakan salah satu kesalahan yang terdapat didalam etika penjawat awam. Apabila terlibat dengan perniagaan samada secara kecil-kecilan atau besar-besaran, kebanyakan mereka akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pekerjaan yang akan memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka.

Oleh kerana itu komitmen yang sepatutnya diberikan kepada tugas utama diabaikan dengan rasa tidak bersalah . Rentetan daripada itu akan lahirlah pekerja yang tidak produktif, ponteng, lambat ke pejabat dan menggunakan masa dan kemudahan ditempat kerja untuk kepentingan sendiri.Oleh kerana itu memahami kekuatan sifat baik hati di dalam Tonggak 12 perlulah direnung bersama.

‘Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta, tetapi kaya sebenar adalah kaya jiwanya
Hadith

Kesimpulan dan Penutup

Dari perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa semua penjawat awam mestilah memahami erti nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Dengan kefahaman ini akan lahirlah penghayatan dan pelaksanaan. Sepatutnya apabila mereka faham erti sebenar nilai dan etika tersebut maka akan lahirlah sifat-sifat berikut dalam diri iaitu :


• KEJUJURAN KETULUSAN
• PROFESIONALISMA
• KEJUJURAN INTELEKTUAL
• KEPIMPINAN
• BERKECUALI
• BEKERJASAMA
• KREATIVITI DAN BERINOVASI
• BERORIENTASIKAN PELANGGAN
• PENGURUSAN DAN PEMAJUAN DIRI
• KEBERTANGGUNGJAWABAN\.

Dengan itu juga akan terhindarlah perbuatan yang tidak sepatutnya ada pada seorang penjawat awam dalam menjalankan tugasnya seperti perbuatan melanggar undang-undang dan peraturan boleh dikenakan hukuman, perbuatan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip moral dan etika yang diamalkan oleh masyarakat serta
perbuatan yang dilakukan bukan atas tujuan awam, sebaliknya disebabkan oleh tekanan seperti kepentingan kekeluargaan, agama atau suku kaum.

Bekerja adalah tanggungjawab kita kerana tiap waktu dibayar gaji tetapi jika tidak menggunakan waktu yang diperuntukkan untuk bekerja maka samalah kita berhutang wang dan memakan duit haram. Tidak masuk syurga bagi orang-orang yang berhutang sama ada wang , perkhidmatan atau tanggungjawab.





KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENSYARAH BARU
FASA III, BIL 1/2008
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA ZON TIMUR

TARIKH : 15 – 18 JUN 2008

TEMPAT :
HOTEL SUTERA INN
KOTA BHARU KELANTAN

KUMPULAN 7
 WAN ADI B YUSOFF
 WAN ANUAR B YAACOB
 ZAINI BT AB RAHMAN
 WAN ZAMRI B WAN MUHAMAD


ISI KANDUNGAN
MS
PENDAHULUAN 1
DEFINISI NILAI DAN ETIKA 1
RASIONAL ETIKA PERKHIDMATAN AWAM 3
TUJUAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM 4
PENGHAYATAN NILAI MURNI DAN ETIKA
DALAM PERKHIDMATAN AWAM 7
PERBUATAN YANG PERLU DIJAUHI OLEH 14
PENJAWAT AWAM
KESIMPULAN 19









SOALAN TUGASAN

NO. 3 : ETIKA DAN NILAI

Senario :
Semasa Bermesyuarat, telefon bimbit En. Ali berbunyi berkali-kali mendendangkan lagu yang agak kuat. En. Ali menjawab panggilan itu dengan selamba. Beberapa minit kemudian, En. Ali menerima satu lagi panggilan yang sama.

Apakah yang dilakukan oleh En. Ali itu betul ?
Bincangkan erti Etika dan Nilai bagi seorang penjawat awam.

No comments: