terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, October 13, 2009

Bola jaring

Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Tapang
Tarikh : 18 Mac 2009
Waktu : 7.45 pg – 8.30 pg
Kelas : 6 Bestari
Bil Murid : 25 orang
Umur : 12 tahun
Mata pelajaran : Pendidikan jasmani
Tunjang Kemahiran : Bola jaring
Kemahiran : Hantaran aras dada.
Pengalaman sedia ada : Pelajar telah di ajar dengan kemahiran menangkap bola pada pelajaran lepas.
Pelajar telah didedahkan dengan kemahiran bola jaring di kejohanan bola jaring peringkat sekolah. Pelajar telah biasa bermain bola jaring di sekolah pada waktu pendidikan jasmani.
Objektif : Di akhir P&P ini, murid-murid akan memperolehi :
1. Psikomotor
Pelajar akan dapat melakukan hantaran aras dada dengan tepat dan pantas dengan menggunakan teknik yang betul kepada sasaran iaitu rakan pada jarak 3 meter hingga 5 meter.

2. Kognitif
Pelajar akan memahami prinsip imbangan, penggunaan daya dan sistem tuas sewaktu menjalankan aktiviti ini. (pertanyaan soalan ketika refleksi bersama guru).
Pelajar juga akan memahami teknik hantaran aras dada dengan betul melalui permainan yang dijalankan.
3. Afektif
Pelajar akan merasa seronok, gembira, puas dan ingin mencuba lagi aktiviti yang diajar.
Pelajar juga tidak akan merasa bosan dan boleh melakukan aktiviti tersebut dengan baik.

4. Sosial
Pelajar mendapat nilai-nilai murni dengan bekerjasama, bertoleransi, komunikasi yang baik dan bertolak ansur.

Kemahiran berfikir :
Membanding dan membeza, mengumpul dan mengkelas, menganalisis, menghubungkaitkan dan membuat gambaran mental.

Peralatan :
• Bola jaring – 10 biji
• Skittel – 10
• Gelung rotan – 2
• Wisel - 1




Bahagian
Aktiviti Kesan
Pengelolaan Butiran mengajar
Catatan
Jasmani Nilai
Permulaan
1.0
memanaskan badan
( 5 minit ) 1.1 Bermula dengan paras bahu. Membuat regangan untuk pergerakan bahu dan tangan • Keregangan otot
• Kesediaan otot
• Keselamatan otot

• Mematuhi arahan






Kedudukan pelajar :


• Pusing bahu mengikut arah pusingan jam dan lawan jam sebanyak 8 kali.
• Tangan dibengkokkan ke paras bahu
1.2 Lari bebas dan selang variasi dengan lari anak. • Meningkatkan kadar nadi

• Meningkatkan suhu badan. • Memahami arahan
• Lari atas hujung kaki.
• Badan tegak
• Lutut bengkok.
1.3 Tarik kaki ke
belakang cecah
punggung • Kelembutan
• Keregangan otot.
• Mengelakkan kecederaan
• Imbangan • Memahami arahan
• kesungguhan Kedudukan :

• badan tegak
• tangan pegang pergelangan kaki
• tarik kaki hingga tumit cecah punggung



• seimbangkan badan dengan kaki yang menyokong
• Tukar kaki.

















Bahagian
Aktiviti Kesan
Pengelolaan Butiran mengajar
Catatan
Jasmani Nilai
Perkembangan
2. Gerak kerja
(15 minit ) 2.1 Hantaran aras dada dengan jarak :
• 3 meter
• 5 meter
Hantaran aras dada :
• Dengan bola
• berpasangan • kepantasan
• koordinasi pergerakan • ketepatan
• keyakinan
• A membuat hantaran ke b kemudian ke belakang, b buat hantaran ke d kemudian ke belakang. • Pegang bola dengan 10 jari.
• Sebelah kaki berada di hadapan
• Pergelangan tangan menolak ke hadapan
• Ikut lajak semasa membuat hantaran
• Aktiviti akan diteruskan pada jarak 5 meter apabila 3 meter sudah dikuasai.


• alatan yang digunakan :
bola jaring, skitel
2.2 Hantaran arah dada ( dinamik )














• Kepantasan
• Kelembutan • Kerjasama
• Persefahaman





A akan membuat hantaran ke B, kemudian B buat hantaran ke C, C buat hantaran ke D. Ulang pergerakan tersebut sebanyak 5 kali.
Jarak pelajar adalah 3 meter, dan ulangan dibuat dengan jarak 5 meter.










• Pegang bola dengan 10 jari
• Sebelah kaki berada di hadapan
• Pergelangan tangan menolak ke hadapan
• Ikut lajak semasa membuat hantaran.


















Bahagian
Aktiviti Kesan
Pengelolaan Butiran mengajar
Catatan

2.3 Hantaran aras
melepasi
halangan aktif.
• Kekuatan
• Kuasa • Puas
• Mencuba

A akan menghantar bola ke B, B akan hantar bola C. D akan bertindak sebagai penghalang, kedudukan ini akan ditukar selepas 2 minit.
• Pegang bola dengan 10 jari
• Sebelah kaki berada di hadapan
• Pergelangan tangan menolak ke hadapan
• Buat hantaran tepat menuju sasaran
• Teknik untuk elak dari penghalang. Alatan : bola jaring, skittel
3. Permainan
( 10minit ) Bola gelung • Kelajuan
• Koordinasi
• Ketangkasan • Seronok
• Kepuasan





• Bahagikan pelajar kepada 2 kumpulan
• 2 orang pelajar akan memegang gelung rotan manakala pelajar yang lain akan memasukkan bola ke dalam gelung rotan dengan menggunakan hantaran dada.
• Pelajar yang telah membuat hantaran akan bertukar dengan pelajar yang memegang gelung rotan. Syarat pertandingan :
• Gunakan hantaran aras dada sahaja
• Tidak dibenarkan melarikan bola.
. Alatan :
• Bola jaring
• Skittel
• Gelung rotan.
• Wisel

Bahagian
Aktiviti Kesan
Pengelolaan Butiran mengajar
Catatan

• Tidak dibenarkan menyimpan bola lebih dari 5 saat.
4. Penutup
( 5 minit ) • Lari sambil membayangkan diri sebagai burung berterbangan.
• Melakukan regangan kaki dan tangan.
• Ambil nafas
• Hembus nafas. • Menurunkan suhu badan
• Menurunkan kadar nadi
• Mengelakkan kecederaan • Keseronokan
• Kepuasan • Guna gelanggang bola jaring.
• Susun pelajar dalam bulatan. • Lari perlahan sambil tangan dihayun sebagai burung. Minta pelajar pejam mata dan bayangkan berada di gunung, sedut nafas dan hembus nafas.
• Goyangkan kaki dan tangan untuk meregangkan otot.
4.1 refleksi • Sesi soal jawab
• Pertanyaan antara guru dan murid. Kesan kognitif
• Murid memahami dan boleh membezakan hantaran aras dada dengan teknik yang lain. Nilai
• Keseronokan
• Kepuasan yang diperoleh. • Duduk ditempat yang teduh dan selesa
• Susun pelajar dalam keadaan teratur.
• Berikan soalan berkaitan teknik hantaran aras dada.
• Contohnya : bagaimana kedudukan tangan ketika melakukan teknik hantaran aras dada.




Refleksi :

Dalam latihan hantaran aras dada, murid-murid akan mempelajari cara-cara menghantar bola dengan teknik yang betul. Seterusnya, murid-murid juga akan dapat mempelajari teknik-teknik asas untuk hantaran bola aras dada dan permainan yang boleh dijalankan untuk melatih diri pelajar supaya lebih mahir dalam teknik hantaran aras dada. Murid-murid juga dapat memupuk nilai-nilai murni kerana adanya, kerjasama dan sikap tolenrasi antara mereka.

Penilaian pensyarah :

1 comment:

Fatin said...

saya nak minta kebenaran copy ea..sbb info hantaran aras dada ini sgt berguna utk assignment sy..tq .