terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, August 1, 2009

sistem rangka

sistem rangka


SUL kini terbuka bagi semua pengguna berdaftar (maklumat lanjut).
SUL kini terbuka bagi semua pengguna berdaftar (maklumat lanjut).
Rangka manusia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Model rangka manusia.
Model rangka manusia.

Rangka manusia disokong oleh struktur seperti ligamen, tendon, otot, dan organ manusia yang lain.
Senarai kandungan
[tutup] [tutup]

* 1 Sistem rangka manusia
o 1.1 Sistem rangka manusia
o 1.2 Rangka paksi
+ 1.2.1 Tengkorak
+ 1.2.2 Turus vertebra
+ 1.2.3 Sangkar rusuk
o 1.3 Rangka apendaj
+ 1.3.1 Lengkungan pektoral
+ 1.3.2 Lengkungan pelvis

[sunting] Sistem rangka manusia

Sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa. Tulang dinamakan mengikut tempatnya.

[sunting] Sistem rangka manusia

2 bahagian sistem rangka manusia iaitu:

1. Rangka paksi
* Tengkorak
* Turus vertebra
* Sangkar rusuk
2. Rangka apendaj
* Lengkungan pektoral
* Lengkungan pelvis
* Tulang-tulang anggota hadapan
* Tulang-tulang anggota Belakang

[sunting] Rangka paksi

[sunting] Tengkorak

Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala.

Bahagian-bahagian tengkorak ialah:

1. Kranium
* Berfungsi untuk melindungi otak.
* Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak bergerak).
2. Soket mata (atau Orbit)
* Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata.
3. Tulang hidung
* Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut.
4. Lubang telinga
* Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga.
5. Rahang atas (atau Maksila)
* Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
6. Rahang bawah (atau Mendibel)
* Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.
* Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya.
7. Bukaan pada dasar tengkorak
* Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.

[sunting] Turus vertebra

Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh luntur. Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan.

Bahagian-bahagian turus vertebra ialah:

* 7 vertebra serviks - Bahagian leher
* 12 vertebra toraks - Bahagian toraks
* 5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang
* 5 vertebra sakrum - Bahagian punggung
* 4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang

Bahagian-bahagian vertebrata

1. Sentrum
* Bersifat Pejal dan tegar
* Memberi sokongan
* Menentang daya mampatan
2. Arka
* Merupakan lengkuk saraf
* Terletak pada bahagian dorsal sentrum
* Melindungi saraf tunjang
3. Salur saraf
* Merupakan salur rongga kosong
* Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang
4. Zigapofisis
* Merupakan muka sendi antara 2 vertebra.
* Prazigapofisis mengarah ke atas.
* Postzigapofisis mengarah ke bawah.
5. Cuaran spina
* Berfungsi untuk melekatkan otot
6. Cuaran melintang
* Berfungsi untuk melekatkan otot

[sunting] Sangkar rusuk

Sangkar rusuk berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu.

Tulang-tulang yang membentuk sangkar rusuk ialah:

* 12 pasang tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks dan melengkung ke hadapan.
* 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus.
* 3 pasang yang lain dihubung secara tidak langsung dengan rawan.
* 3 pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas dan tidak dihubungkan kepada sternum.

[sunting] Rangka apendaj

Rangka apendaj bersendi dengan rangka paksi pada bahagian bahu dan punggung.

[sunting] Lengkungan pektoral

Terdiri daripada 2 tulang iaitu:

1. Tulang klavikel
* Berbentuk rod dan melengkung sedikit.
* Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada suatu hujung yang lain.
* Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia.
2. Tulang skapula
* Berbentuk sekeping tulang leper yang berupa segitiga.
* Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada spina skapula.
* Lesung glenoid(bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala tulang humerus anggota hadapan.

[sunting] Lengkungan pelvis

Terdiri daripada 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua-dua bahagian ini bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventral. Lengkungan ini terbahagi kepada:

* Ilium yang bersendi dengan sakrum.
* Iskium (atau tulang pelana)
* Pubis (atau tulang ari-ari)

[sembunyi][sembunyi]
p • b • s
Sistem organ manusia
Sistem kardiovaskular • Sistem pencernaan • Sistem endokrin • Sistem imun • Sistem integumen • Sistem limfa • Sistem otot • Sistem saraf • Sistem pembiakan • Sistem pernafasan • Sistem rangka • Sistem urin
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Rangka_manusia"
Kategori: Anatomi manusia | Sistem rangka
Pandangan

* Rencana
* Perbincangan
* Sunting
* ↑
* ↑
* Sejarah

Alatan peribadi

* Log masuk / buka akaun

Pandu arah

* Laman Utama
* Tinjau
* Gotong-royong
* Hal semasa
* Laman rawak

perhubungan

* Tentang Wikipedia
* Masyarakat
* Perubahan terkini
* Muat naik pintar
* Hubungi kami
* Menderma
* Bantuan
* Kedai Kopi

Gelintar

Kotak alatan

* Pautan ke laman ini
* Perubahan berkaitan
* Muat naik fail
* Laman khas
* Versi boleh cetak
* Pautan kekal
* Petik rencana ini

Bahasa lain

* العربية
* Česky
* English
* Español
* Français
* 한국어
* Íslenska
* Italiano
* Polski
* Slovenčina

No comments: