terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, August 4, 2009

pergerakkan asas

6.0 PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI :
6.1 PROSEDUR PERLAKSANAAN DEMONTRASI
Demontrasi yang dilakukan dengan menggunakan bola besar sebagai alatan tangan serta beberapa peralatan berat seperti tangga, skitel besar, peti lombol, papan anjal, tilam dan bangku panjang
6.2 JENIS-JENIS PERGERAKAN
10 pergerakan lokomotor yang pelbagai adalah seperti berikut
i. Bergerak megiring seperti ketam
ii. Berlari sambil memandu
iii. Berguling sisi
iv. Bergerak secara megiring seperti ketam mengelilingi gelung
v. Memusing gelung dan ‘berjoging’ merentasi skitel atau kon
vi. Galop menggunakan gelung di atas bangku
vii. Bergerak seperti kerusi roda pesakit sambil melompat
viii. Bergerak seperti ulat atau pacat
ix. Melompat katak sambil melerek gelung
x. Lambung dan sambut

10 pergerakan bukan lokomotor yang pelbagai adalah seperti berikut
i. Meregang
ii. Imbangan
iii. Imbangan melentik seperti ‘superman’
iv. Kecut kembang seperti bunga mengembang
v. Gaya seperti helikopter naik
vi. Memusing gelung sambil mengimbang
vii. Memandu bangun dan duduk
viii. Skipping setempat
ix. Gaya burung hendak terbang
x. Imbang dan gaya isyarat untuk kapal terbang mendarat









Stesen: 1
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (meregang)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil gelung dan pegang gelung seluas bahu.
2. Bukak kaki mengikut keselesaan
3. Angkat gelung ke atas, ke kiri, ke kanan, ke hadapan dan ke belakang.











Stesen: 2
Jenis pergerakan: lokomotor (bergerak megiring seperti ketam)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil gelung dan letakkan gelung pada pada kaki.
2. Pijak gelung dengan kedua-dua kaki.
3. Pegang gelung dan berjalan secara mengiring dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

















Stesen: 3
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (imbangan)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil dua gelung dan pegang pada tangan kanan dan kiri.
2. Angkat gelung ke hadapan.
3. Kaki diangkat sebelah dan imbangan dilakukan untuk seketika.


















Stesen: 4
Jenis pergerakan: lokomotor (berlari sambil memandu)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil gelung dan pegang seperti memandu kereta.
2. Gelung di pusing ke kiri dan kekanan.
3. Berlari dalam keadaan ‘slow jog’ sambil memusing gelung ke kiri ke kanan.


















Stesen: 5
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (imbangan melentik seperti ‘superman’)
Jenis alatan berat: peti lombol
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil dua gelung dan pegang pada tangan kanan dan kiri.
2. Meniarap secara melintang diatas peti lombol.
3. Lentikkan badan dan tahan menggunakan otot perut dan tangan dihulurkan kehadapan seperti ‘seperman’.
















Stesen: 6
Jenis pergerakan: lokomotor (berguling sisi)
Jenis alatan berat: tilam
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung dan pegang.
2. Baring terlentang di atas tilam.
3. Halakan tangan yang memegang gelung ke atas bahagian kepala dan pantikan keadaan gelung berdiri tegak.
4. Pusingkan badan ke kanan dan seterusnya membuat pusingan lengkap seiring dengan pusingan gelung.


















Stesen: 7
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (kecut kembang seperti bunga mengembang)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung dan pegang.
2. Duduk mencankung di dalam bulatan gelung.
3. Pegang gelung dan bangun perlahan-lahan dengan keadaan gelung masih dipegang.
4. Berdiri dengan tegap dan tangan dibuka luas keatas dengan keadaan gelung yang masih dipegang.




















Stesen: 8
Jenis pergerakan: lokomotor (Bergerak secara megiring seperti ketam mengelilingi
gelung)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung letakkan pada permukaan lantai.
2. Duduk mencankung dan pastikan kaki memijak gelung.
3. Letakkan jari pada tengah-tengah dalam bulatan gelung.
4. Berjalan ketam secara mengiring megelilingi gelung dan membuat satu pusingan lengkap.


















Stesen: 9
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (gaya seperti helikopter naik)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung dan duduk mencankung.
2. Masuskkan tangan ke dalam gelung dan angkat tangan ke atas.
3. Hayunkan gelung seperti kipas helicopter berpusing.
4. Bangun perlahan-lahan sehingga berdiri tegak.














Stesen: 10
Jenis pergerakan: lokomotor (memusing gelung dan ‘berjoging’ merentasi skitel atau
kon)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung dan masukkan tangan ke dalam bulatan gelung.
2. Halakan gelung ke hadapan.
3. Hayunkan tangan dan pastikan gelung berpusing.
4. Berlari dalam keaadaan ‘slow jog’ merentasi skitel atau kon.












Stesen: 11
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (memusing gelung sambil mengimbang)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung dan masukkan tangan ke dalam bulatan gelung.
2. Halakan gelung ke hadapan.
3. Hayunkan tangan dan pastikan gelung berpusing.
4. Angkat sebelah kaki dan badan badan diimbangkan seketika.





















Stesen: 12
Jenis pergerakan: lokomotor (galop menggunakan gelung di atas bangku)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Pegang satu gelung dan naik keatas bangku.
2. Masukkan sebelah kaki ke dalam bulatan gelung.
3. Lakukan gallop hingga ke hujung bangku dan pastikan semasa gallop sebelah kaki kekal di dalam bulatan gelung.




















Stesen: 13
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (memandu bangun dan duduk)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil gelung dan pegang seperti memandu kereta.
2. Gelung di pusing ke kiri dan kekanan.
3. Ketika gelung dipusing seperti memandu, dari keadaan bangun ke duduk.











Stesen: 14
Jenis pergerakan: lokomotor (bergerak seperti kerusi roda pesakit sambil melompat)
Jenis alatan berat: tangga
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Tangga diletakkan dalam keadaan terbaring di permukaan lantai.
2. Ambil dua gelung dan pegang disisi pada kedua tangan dan pastikan kelihatan gelung seperti roda kerusi roda pesakit di hospital.
3. Angkat sebelah kaki dan melompat seperti bermain permainan ‘teng-teng’ menerusi tangga itu.

























Stesen: 15
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (‘skipping setempat’)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung dan pegang.
2. Skipping dilakukan denagn kaki dimasukkan ke dalam bulatan dan seterusnya badan.
3. Skipping dilakukan berulang kali untuk seketika.















Stesen: 16
Jenis pergerakan: lokomotor (bergerak seperti ulat atau pacat)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung dan pegang gelung mehala ke atas.
2. Bongkokkan badan dan halakan gelung ke hadapan.
3. Jatuhkan badan dan tahan tangan pada lantai seperti gambarajah serta pastikan gelung dipegang dan berada di atas permukaan lantai.
4. Gerakkan kaki kehadapan rapat ke tangan dan keadaan kelihatan mencankung.
5. Bangun dan pergerakan diulang untuk beberapa kali untuk kelhatan seperti pergerakan ulat atau pacat.














Stesen: 17
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (gaya burung hendak terbang)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil dua gelung dan pegang gelung pada tangan kiri dan kanan.
2. Jengkit hujut kaki dan pastikan lutut dibengkok untuk kelihatan seperti burung menggunakan daya tolakkan pada kaki.
3. Angkat kedua-dua belah tangan dan hayun keatas dan ke bawah seperti burung mengibas kepaknya.


















Stesen: 18
Jenis pergerakan: lokomotor (melompat katak sambil melerek gelung)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung dan pegang gelung mengahala kehadapan dengan keadaan gelung menegak.
2. Duduk mencangkung seperti katak.
3. Melompat dan pastikan gelung dilerek bergrak bersama dan tidak terangkat.


















Stesen: 19
Jenis pergerakan: lokomotor (lambung dan sambut)
Jenis alatan berat: papan anjal
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil satu gelung dan pegang gelung mengahala kehadapan dengan keadaan gelung menegak.
2. Ambil lajak dan berlari menerusi papan anjal dan melompat.
3. Ketika melompat lambungkan gelung dan pastikan tumit kaki mencecah punggung ketika melompat.
4. Apabila mendarat, fokus dan sambut gelung yang di lambung tadi.
















Stesen: 20
Jenis pergerakan: bukan lokomotor (imbang dan gaya isyarat untuk kapal terbang
mendarat)
Jenis alatan berat: tiada
Penggunaan alatan tangan: memegang gelung

Prosedur:
1. Ambil dua gelung dan pegang pada tangan kanan dan kiri.
2. Buat gaya duduk di atas kerusi dengan sebelah kaki dan imbang.
3. Tangan dihayun keatas dan kesisi.

No comments: