terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, August 4, 2009

bola baling

3.0 Soalan 1
Pilih empat jenis sukan yang telah dilangsungkan di Sukan Olimpik Beijing 2008 yang lepas.

Senarai sukan pada Sukan Olimpik 2008:
1. Olahraga
2. Akuatik
3. Baseball
4. Bola Keranjang
5. Bola Tampar
6. Softball
7. Tinju
8. Judo
9. Memanah
10. Berbasikal
11. Angkat Berat
12. Taekwando
13. Ping Pong
14. Tenis
15. Bola Sepak
16. Hoki
17. Gimnastik
18. Badminton
19. Lawan Pedang
20. Menembak
21. Bola Baling
22. Kayak
23. Mountain Bike
24. Bola Tampar Pantai
25. Gusti
26. Equestrian
27. Moden pentathlon
28. Triathlon
Berdasarkan daripada 28 jenis sukan yang telah dipertandingkan pada temasya Olimpik yang lepas, kami telah memilih empat jenis sukan yang terdiri daripada sukan berkemahiran terkawal (closed skill) dan kemahiran luar kawal (open skill) untuk dianalisis sebagi satu tugasan di dalam Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu (KKBI) bagi matapelajaran Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor (P3M) bagi semester ini. Berikut merupakan empat jenis sukan yang telah dipilih:

1. Bola Baling
2. Bola Keranjang
3. Olahraga (lontar Peluru)
4. Memanah

Setiap jenis sukan yang dipertandingkan terdapat komponen kecergasannya yang tertentu. Berdasarakan pemerolehan ilmu yang telah kami terima, komponen kecergasan terbahagi kepada dua iaitu komponen kecergasan dari segi kesihatan dan komponen kecergasan dari segi lakuan motor.

Komponen kecergasan berdasarkan kesihatan:
1. Daya tahan kardiovaskular
2. Daya tahan otot.
3. Kekuatan otot
4. Kelembutan
5. Komposisi badan

Komponen kecergasan berdasarkan lakuan motor
1. Koordinasi
2. Imbangan
3. Ketangkasan
4. Kuasa
5. Masa tindakbalas
6. kepantasan

3.1 Bola Baling

Bola baling merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik 2008 lepas. Acara yang dipertandingkan terbahagi kepada dua kategori iaitu acara lelaki dan perempuan. Berdasarkan kajian, sukan Bola Baling ini banyak menggunakan beberapa kemahiran yang juga digunakan dalam permainan Bola Sepak, Bola Keranjang dan Bola Jaring. Seramai 7 orang pemain bagi satu pasukan diperlukan bagi bagi setiap permainan Bola Baling yang dijalankan.

3.1.1 Kemahiran Asas

Kemahiran asas dalam permainan Bola Baling, terbahagi kepada lapan iaitu bermula dengan kemahiran berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, menggelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring, dan menjaga gol. Kemahiran-kemahiran ini perlu dipelajari dan dikuasai bagi setiap pemain Bola Baling sebelum boleh menjadi seorang pemain Bola Baling yang profesional. Kemahiran asas dalam sukan Bola Baling:

1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menggelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol.



Kemahiran hantaran

Kemahiran hantaran terbahagi kepada lima iaitu:
i. Hantaran bahu
ii. Hantaran lantun
iii. Hantaran aras dada
iv. Hantaran lompat
v. Hantaran sisi







Kemahiran menyambut bola

Kemahiran menyambut bola terbahagi kepada empat iaitu:
i. Menyambut bola aras muka
ii. Menyambut bola rendah
iii. Menyambut bola dengan sebelah
tangan.
iv. Menyambut bola tinggi.


Jaringan lompat Cara jaringan yang lain


Jaringan bahu


Kemahiran Menjaring

Kemahiran menjaring amat penting bagi seseorang pemain bola baling bagi mendapatkan jaringan seterusnya mencapai kemenangan. Kemahiran menjaring terbahagi kepada beberapa jenis teknik dan cara iaitu:

i. Jaringan bahu
ii. Jaringan lompat
iii. Jaringan dive
iv. Jaringan rendah













Kemahiran mengadang dan mengawal












Kemahiran menjaga gol


Secara kesimpulannya, permainan bola baling memerlukan pergerakan motor kasar dan halus yang tinggi. Kekuatan otot amat penting bagi mencipta gerakan-gerakan yang pantas untukmenbuat jaringan gol yang diperlukan. Kemahiran motor halus ibahagian jari menvariasikan lagi jenis balingan dan arah ketepatan bola dihantar.

3.1.2 Kemahiran

Berdasarkan kajian yang dibuat, sukan Bola Baling dikelaskan ke dalam sukan kemahiran luar kawal (open skill).


3.1.2.1 Huraian

Sukan Bola Baling di kategorikan di dalam kemahiran luar kawal (open skill). Kemahiran luar kawal bermaksud, kemahiran yang dibina dalam persekitaran yang berubah-ubah. Luar kawal bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi tindakan perlakuan individu (pemain). Berdasarkan permainan bola baling, faktor luar ialah pihak lawan iaitu keupayaan dan strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Dengan kata lain, keupayaan dan strategi yang digunakan pihak lawan adalah tidak dapat diduga dan ditentukan dan hanya diketahui ketika di dalam gelanggang iaitu ketika perlawanan sedang berlangsung.

Sebagai contoh, ketika melakukan serangan. Pasukan telah merangka strategi menyerang yang dibuat ketika latihan dan diharap dapat dilaksanakan ketika di dalam perlawanan. Namun demikian, strategi bertahan pihak lawan adalah tidak dapat diduga, dengan itu pasukan perlu melakukan serangan dengan menyesuaikan rangsangan daripada pihak lawan. Biasanya, serangan dapat dilakukan seperti biasa , namun masih belum dapat diramal sama ada mampu untuk membuat jaringan ataupun tidak.

Bagi mengawal faktor luaran yang berubah-ubah, latihan perlu dilakukan sepenuhnya bagi menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang sepatutnya dikuasai. Pergerakan-pergerakan lebih pantas perlu dilakukan selain kecekapan menghantar dan menyambut bola perlu diperkemas. Tindak balas daripada pihak lawan perlulah dibaca dengan pantas bagi mematahkan serangan pihak lawan. Dengan ini, faktor luaran dapat dikurangkan dan pemain berupaya mempraktikkan kemahiran yang sedia ada ketika di gelanggang kelak.

3.1.3 Ketepatan Lakuan ( kemahiran motor kasar dan motor halus )

Ketepatan lakuan di dalam sukan Bola Baling adalah berasaskan kepada jenis atau saiz otot –otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran seperti melakukan jaringan. Sebagai contoh, ketika membuat hantaran paras dada, otot kasar di bahagian tangan dan belakang badan memberi kekuatan yang dimahukan ketika ingin membuat hantaran manakala otot halus dibahagian jari akan menentukan ketepatan arah bola yang dilontar atau dibaling. Kemahiran ini amat memerlukan ketelitian terutama koordinasi mata-tangan dan pergerakan tangan-jari semasa membuat hantaran.

3.1.4 Ciri Pergerakan

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan terhadap sukan bola baling ini, terdapat dua daripada tiga ciri pergerakan yang sering diguna iaitu kemahiran diskrit dan kemahiran bersiri. Kemahiran diskrit merupakan kemahiran yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran yang spesifik. Kemahiran ini melibatkan pergerakan yang pantas kerana masa yang terhad. Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran diskrit ini dapat diperhatikan ketika pemain membuat hantaran-hantaran pantas kepada rakan sepasukan. Hantaran dilakukan dengan pantas dan tepat bagi membuat serangan balas terhadap pihak lawan. Selain itu, kemahiran diskrit ini juga dapat dilihat ketika penjaga gol menjaga gawang gol iaitu ketuka menangkap atau menepis bola. Masa yang diambil untuk melakukan tangkapan atau tepisan itu amatlah cepet dan singkat. Oleh itu, iia dipanggil kemahiran diskrit.

Kemahiran bersiri pula bermaksud kemahiran yang dilakukan secara berfasa hasil cantuman beberapa kemahiran diskrit. Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran bersiri ini dapat dilihat ketika pemain mengambil langkah untuk membuat jaringan. bermula dengan menyambut bola, pemain mengambil langkah dan melonjak keudara. Ketika di udara badan berkeadaan sedia dan tindakan menjaring diakhiri dengan pendaratan yang selamat. Kemahiran diskrit yang digabung ialah menyambut bola, melompat dan membuat balingan.
3.2 Bola Keranjang

Sukan Bola Keranjang merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan di dalam dewan ketika temasya Sukan Olimpik 2008 yang lepas. Sukan bola keranjang ini memerlukan 10 pemain berada di atas gelanggang, iaitu 5 pemain bagi setiap pasukan. Permainan bola keranjang merupakan satu permainan yang pantas dan pemain yang mempunyai susuk badan yang tinggi adalah berkelebihan kerana jangkauan tanggannya yang lebih jauh dan tinggi. Ini amat diperlukan terutama sekali ketika mahu menyambut bola “rebound”.

Permainan Bola Keranjang pada dasarnya memerlukan aspek-aspek seperti ketangkasan, kepantasan dan masa tindak balas di dalam memberi rangsangan terhadap keupayaan pihak lawan. Selain itu, sukan ini amat mementingkan semangat bekerjasama dalam satu kumpulan. Setiap pemain memainkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan setiap masalah.


3.2.1 Kemahiran Asas
Dalam sukan Bola Keranjang, terdapat enam kemahiran asas utam yang perlu dikuasai oleh setiap pemain sebelum boleh menjadi pemain yang profesional. Kemahiran asas yang perlu dikuasai ialah menghantar dan menyambut bola, mengelecek bola, menjaring, mengawal dan mengadang, strategi pertahanan dan strategi serangan. Kemahiran-kemahiran ini perlulah dikuasai sepenuhnya agar kemahiran foktar luaran dapat di kecilkan seterusnya kemahiran sedia ada dan strategi yang telah dirangka dapat dilaksanakan.

Berikut merupakan 6 kemahiran asas yang perlu dikuasai:
i. Menghantar dan menyambut bola
ii. Mengelecek bola
iii. Menjaring
iv. Mengawal dan mengadang
v. Strategi pertahanan
vi. Strategi serangan

Kemahiraran Hantaran

Terdapat 5 cara hantaran di dalam permainan boa keranjang iaitu:

1. Hantara aras dada
2. Hantaran lantun
3. Hantaran rendah
4. Hantaran atas
5. Hantara hook











Kemahiran menyambut bola

Kemahiran menyambut bola terbahagi kepada lima iaitu:

1. Bersedia
2. Menyambut bawah aras
pinggang
3. Menyambut atas aras pinggang
4. Menambut bola sambil berlari
5. Melompat dan menyambut bola
tinggi.




Kemahiran menggelecek bola

Kemahiran menggelecek di dalam permainan bola keranjang bermaksud bola digerakkan oleh pemain dengan cara melantunkan bola dengan sebelah tangannya dengan tujuan untuk membuat jaringan dekat, mengatur gerak mahupun untuk menyimpan bola sehingga satu hantaran dapat dilakukan. Terdapat dua kemahiran menggelecek di dalam permainan Bola Keranjang iaitu:

1. Menggelecek dengan lantunan rendah
2. Menggelecek dengan lantunan tinggi



Kemahiran menjaring

Bagi menentukan kemenangan bilang jaringan adalah diambil kira. Oleh itu setiap pemain perlu menguasai kemahiran menjaring. Kemahiran menjaring terbahagi kepad lima iaitu:

1. Jaringan tolak
2. Jaringan lompat
3. Jaringan layang
4. Jaringan lengkung
5. Jaringan lemparan bebas




Strategi pertahanan

Terdapat dua sistem asas semasa mengawal atau bertahan di dalam sukan Bola Keranjang iaitu:

1. Sistem seorang kawal seorang
2. Sistem pertahanan zon







Contoh strategi pertahanan




3.2.2 Kemahiran

Berdasarkan kajian yang dibuat, sukan Bola Keranjang dikelaskan ke dalam sukan kemahiran luar kawal (open skill).


3.2.2.1 Huraian

Sukan Bola Keranjang di kategorikan di dalam kemahiran luar kawal (open skill). Kemahiran luar kawal bermaksud, kemahiran yang dibina dalam persekitaran yang berubah-ubah. Luar kawal membawa maksud kepada faktor persekitaran yang mempengaruhi tindakan perlakuan individu (pemain). Berdasarkan permainan Bola Keranjang, faktor luar ialah pihak lawan iaitu keupayaan dan strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Ini bermaksud, keupayaan dan strategi yang digunakan pihak lawan adalah tidak dapat diduga dan ditentukan dan hanya diketahui ketika di dalam gelanggang iaitu ketika perlawanan sedang berlangsung. Ini menyebabkan, kemahiran yang sedia ada mungkin tidak dapat dipersembahkan mengikut perancangan yang telah di buat.

Sebagai contoh, ketika melakukan serangan. Pasukan telah merangka strategi menyerang ketika latihan dan diharap dapat dilaksanakan ketika di dalam perlawanan. Namun demikian, strategi bertahan pihak lawan adalah tidak dapat diduga, dengan itu pasukan perlu menyesuaikan rangsangan tindak balas daripada strategi bertahan pihak lawan dengan strategi dan kemahiran yang sesuai. Biasanya, serangan dapat dilakukan seperti biasa , namun masih belum dapat diramal sama ada mampu untuk membuat jaringan ataupun tidak.

Sebenarnya, faklor luaran yang berubah-ubah adalah boleh dikawal dengan memperkemaskan lagi teksik dan kemahiran yang sedia ada. Selain itu kemahiran menggelecek dan membaca pergerakan pihak lawan juga penting bagi mematahkan setiap serangan yang dilakukan. Dengan ini, faktor luaran dapat dikurangkan dan pemain berupaya mempraktikkan kemahiran yang sedia ada ketika di gelanggang kelak.
3.2.3 Ketepatan Lakuan ( kemahiran motor kasar dan motor halus )

Ketepatan lakuan di dalam sukan Bola keranjang adalah berasaskan kepada jenis atau saiz otot –otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran seperti melakukan jaringan dan kepantasan menggelecek. Sebagai contoh, ketika membuat jaringan lompat, otot kasar di bahagian kaki, tangan dan belakang badan diperlukan bagi membuat satu lompatan yang tinggi. Seterusnya, tangan akan diluruskan dan pergerakan motor halus iaitu pergerakan pergelangan tangan dan kelembutan jari menentukan kekuatan dan arah tuju bola tersebut sama ada tepat masuk ke dalam jaring ataupu tidak. Kemahiran ini amat memerlukan ketelitian terutama koordinasi mata-tangan dan pergerakan tangan-jari semasa membuat jaringan.


3.2.4 Ciri Pergerakan

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan terhadap sukan bola Keranjang, ciri pergerakan utama yang dimainkan adalah kemahiran diskrit. Kemahiran diskrit merupakan kemahiran yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran yang spesifik. Kemahiran ini melibatkan pergerakan yang pantas kerana masa yang terhad. Di dalam sukan Bola Keranjang, kemahiran diskrit ini dapat diperhatikan diseluruh perlawanan yang sedang dilangsungkan. Sebagai contoh, ketika pemain membuat hantaran-hantaran pantas kepada rakan sepasukan. Hantaran dilakukan dengan pantas dan tepat bagi membuat serangan balas terhadap pihak lawan.

Selain itu, kemahiran diskrit ini juga dapat dilihat ketika membuat jaringan lompat. Setelah pemain menerima bola daripada rakan sepasukan, pemain akan melompat dan mencuba untuk memasukkan bola ke ke dalam jaring. Jaringan lompat ini biasanya dilakukan di luar garis lemparan bebas.



3.3 Olahraga ( Lontar Peluru )

Sukan lontar peluru merupakan sukan yang tergolong dalam kategori olahraga. Lontar peluru juga telah menjadi acara olahraga yang yang wajib semenjak Sukan Olimpik Purba dipertandingkan. Dan juga merupakan acara yang wajib dipertandingkan pada temasya-temasya sukan yang melibatkan olahraga, misalnya SUKMA, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel, dan juga Sukan Olimpik Moden.
Kemudian, sukan inin juga sebenarnya memerlukan kekuatan tangan dan juga kekuatan tenaga yang membantu seseorang atlit itu untuk membuat lontaran yang jauh. Otot utama yang terlibat dalam sukan ini adalah biceps brachii, trapezius, fleksor carpadial, quadriceps, dan juga gastronemius. Seseorang atlit yang ingin menceburi bidang sukan ini haruslah menguasai beberapa jenis kemahiran asas. Antara kemahiran asas yang wajib dan perlu dikuasai oleh seseorang atlit bagi sukan lontar peluru ini adalah :

i. Pegangan Peluru
ii. Lakuan Sedia
iii. Lunsuran
iv. Kilasan Badan
v. Lontaran
vi. Pulihan

Lontar peluru juga dikenali sebagai sukan yang melibatkan kemahiran diskrit iaitu kemahiran yang melibatkan pergerakan pantas dalam masa yang terhad. Hal ini juga terdapat pergerakan yang lebih rumit melibatkan dua atau lebih komponen. Pergerakan ini juga mempunyai waktu yang singkat tetapi permulaan dan penghabisan yang lebih spesifik.




Sukan Bola Keranjang merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan di dalam dewan ketika temasya Sukan Olimpik 2008 yang lepas. Sukan bola keranjang ini memerlukan 10 pemain berada di atas gelanggang, iaitu 5 pemain bagi setiap pasukan. Permainan bola keranjang merupakan satu permainan yang pantas dan pemain yang mempunyai susuk badan yang tinggi adalah berkelebihan kerana jangkauan tanggannya yang lebih jauh dan tinggi. Ini amat diperlukan terutama sekali ketika mahu menyambut bola “rebound”.

Permainan Bola Keranjang pada dasarnya memerlukan aspek-aspek seperti ketangkasan, kepantasan dan masa tindak balas di dalam memberi rangsangan terhadap keupayaan pihak lawan. Selain itu, sukan ini amat mementingkan semangat bekerjasama dalam satu kumpulan. Setiap pemain memainkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan setiap masalah.

No comments: