terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, August 4, 2009

badminton

BADMINTON

Badminton

Sukan badminton merupakan antara jenis sukan yang popular di dunia dan setanding dengan sukan-sukan lain seperti tennis, bola sepak, skuasy di mana ramai peminat-peminat sukan ini di serata negara.

Baru-baru ini, permainan badminton telah dipertandingkan dan badminton menjadi salah satu acara dalam sukan olimpik 2008 yang berlangsung di Beijing China. Di dalam tugasan ini kita akan membincangkan mengenai pengkelasan bentuk tubuh badan bagi sukan badminton ini.

Seperti yang sedia maklum, Sheldon telah mengelaskan tiga jenis kategori bentuk tubuh badan manusia yang terbahagi kepada endomorf, mesomorf dan juga ektomorf. Jadi apakah jenis bentuk badan yang ideal bagi sukan badminton ini?Ianya amat penting untuk mengetahui bentuk tubuh badan yang sesuai dengan permainan atau sesuatu acara sukan kerana ini akan secara tidak langsung meningkatkan prestasi dan juga kemampuan seseorang atlet tersebut.

Di dalam permainan badminton, aspek ketangkasan, keseimbangan, koordinasi, kuasa, kelajuan dan masa tindak balas amat memainkan peranan penting bagi seorang pemain badminton. Corak permainan yang agak agresif sudah pasti memerlukan seseorang pemain badminton itu mempunyai ketangkasan yang tinggi, keseimbangan yang baik serta masa tindak balas memukul bulu tangkis yang tinggi serta koordinasi yang baik. Oleh itu, apabila kita mengaitkan apakah bentuk tubuh badan yang ideal dan baik bagi acara ini, faktor-faktor tadi sangat membantu kita mengelas dan mengetahui jenis bentuk badan yang sesuai.

Jika seseorang itu dari kategori endomorf iaitu 7-1-1, secara logiknya semua aspek yang dibincangkan tadi pasti tidak dapat dipenuhi oleh pemain itu untuk cemerlang dalam acara badminton. Aspek ketangkasan amat diperlukan dan ini sudah pasti tidak dapat dicapai oleh seseorang yang berbadan agak besar. Oleh yang demikian jika kita melihat di kaca mata dunia badminton pada masa ini dan mungkin juga pada masa lampau, pemain-pemain badminton khususnya lelaki dan juga wanita kesemuanya mempunyai corak atau jenis bentuk badan yang sama iaitu dari kelas mesomorf ataupun ektomorf.

Dan pengkelasan ini juga boleh diperkecilkan lagi iaitu samada pemain itu mempunyai bentuk badan meso-ekto ataupun ekto-meso. Selepas sukan olimpik yang berlangsung di Beijing, di mana acara perseorangan lelaki telah dimenangi oleh Lin Dan dari China dan tempat kedua milik pemain perseorangan negara kita iaitu Lee Chong Wei. Bagaimanakah bentuk tubuh badan mereka?adakah mereka endomorf?mesomorf?ataupun ektomorf?

Sudah pasti dengan melihat secara mata kasar kita dapat mengklafisikasikan jenis bentuk tubuh badan bagi dua orang pemain badminton ini. Lin Dan mempunyai bentuk tubuh badan mesomorf manakala Lee Chong Wei mempunyai bentuk tubuh badan Ektomorf.


Gambar Lin Dan menunjukkan bahawa beliau mempunyai otot-otot yang sederhana besar, agak tinggi dan tidak begitu kurus . Oleh itu, kita dapat mengandaikan bahawa beliau dari kategori mesomorf.



















Pola mesomorf iaitu 1-7-1 menjadi rujukan kita untuk mengelas bentuk tubuh badan beliau. Oleh itu, kita mengadaikan bahawa antara pola-pola yang mungkin bagi Lin Dan ialah 1-5-4 atau 1-4-2. Tetapi beliau masih lagi berada dalam kategori jenis tubuh badan mesomorf.


Gambar Lin Dan dari posisi tepi


Seterusnya, kita melihat pula bentuk tubuh badan bagi Lee Chong Wei yang kini merupakan pemain no.1 dunia bagi acara badminton ini. Lee Chong Wei mempunyai bentuk tubuh badan yang kurus jika kita melihat secara kasar berbanding dengan bentuk tubuh badan Lin Dan yang agak berotot.

Jika kita melihat corak pemainan yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei, beliau mudah menguasai gelanggang dengan baik dan senang bergerak dan tangkas serta mempunyai masa tindak balas yang baik. Ini adalah kerana bentuk tubuh badannya yang kurus memudahkan beliau bergerak dengan pantas berbanding dengan seseorang yang mempunyai bentuk tubuh badan yang besar.










Gambar Lee Chong Wei
Oleh itu antara pola-pola yang mungkin bagi Lee Chong Wei dalam kategori ektomorf ialah 1-2-4 atau 1-3-4 atau 1-4-5. Dan secara umumnya, kita mengatakan bahawa Lee Chong Wei adalah dari jenis ektomorf-mesomorf dan Linda pula dari jenis mesomorf-ektomorf.

Bentuk tubuh badan pemain-pemain badminton yang lain juga hampir serupa dengan contoh yang telah kita kupaskan di atas. Antaranya Bou Cun Lai, Taufik Hidayat mereka juga mempunyai bentuk tubuh badan meso-ekto dan juga ekto-meso dan ini telah jelas dibuktikan bahawa bagaimana bentuk tubuh badan amat mempengaruhi jenis permainan atau acara sukan.






Lihat jenis bentuk tubuh badan dan perbezaan di antara mereka

No comments: