terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Saturday, August 1, 2009

aspek fisiologi

ASPEK FISIOLOGI
Umumnya latihan akan meningkatkan prestasi dan melambatkan kelesuan. Metabolisme badan perlu menyediakan tenaga yang cukup pada keadaan yang diperlukan oleh otot yang bekerja. Oleh kerana itu faktor yang penting adalah kebolehan atlit menggunakan tenaganya dengan cara yang berkesan dan optima. Kebolehan atlet melambatkan kelesuan adalah disebabkan oleh simpanan tenaga dalam badan. Tenaga input dan output boleh diringkaskan seperti berikut :


Nagle dan Basset (1984) merumuskan bahawa prestasi pelari adalah bergantung kepada aspek fisiologi. Atlit yang mempunyai fisiologi yang tinggi sesuai dengan keperluan acara akan muncul sebagai pemenang. Sebagai contoh dalam larian jarak jauh kelajuan dan intensity dipengaruhi oleh tahap ambang ‘lactate’.
Menurut McArdle et al. (1996) lorong utama penghasilan ATP berbeza dan bergantung kepada intensity dan jangkamasa senaman. Semasa senaman yang dijalankan dalam jangkamasa yang singkat dan mempunyai intensiti yang tinggi tenaga yang diperlukan diperolehi melalui simpanan ATP-CP dalam otot. Bagi acara yang lebih lama (1-2 minit), tenaga dihasilkan adalah melalui glikolis. Apabila senaman berlaku melebihi beberapa minit, sistem aerobic menjadi dominan dan pengambilan oksigen menjadi semakin penting. Oleh itu jurulatih yang mengetahui penggunaan sistem tenaga akan merangka program berdasarkan kepada sistem tenaga yang dominan khusus untuk sukannya.
Aktiviti boleh dikelaskan dalam bentuk pengkhususan dan juga pemindahan tenaga dominan yang terlibat. Program latihan yang berkesan akan menyediakan ruang masa yang sesuai untuk tenaga khusus yang terlibat dalam aktiviti. sistem latihan sekarang menggunakan aktiviti fizikal yang sederhan di ikuti dengan latihan anaerobik (pemulihan aktif) dan ini meningkatkan pemulihan berbanding dengan kaedah pasif. Pemulihan aktif akan mengakibatkan pembuangan "blood lactate" dengan lebih berkesan.
Untuk mengekalkan kecergasan, atlit perlu menyediakan dirinya melalui program suaian. Kaedah suaian fizikal yang didasarkan kepada beberapa prinsip latihan akan menghasilkan peningkatan yang optima. Mengikut Willmore dan Costill (1994), prinsip-prinsip berikut adalah sangat penting :

i. prinsip tambah beban.
ii. pengkhususan senaman.
iii. Kebolehbalikan
iv. perbezaan individu.

Di samping prinsip di atas, terdapat beberapa faktor yang boleh memberi kesan ke atas peningkatan latihan (McArdle et al. 1996).

i. tahap kecergasan awal.
ii. Frekuensi latihan
iii. Intensity latihan





Aspek Berkaitan Prestasi
Walaupun kekuatan mutlak adalah komponen yang penting dalam prestasi, kuasa mungkin lebih penting dalam kebanyakan aktiviti Willmore clan Costill (1994). Berdasarkan formula di atas, kuasa adalah fungsi aplikasi kekuatan clan kelajuan. la adalah merupakan kunci komponen kepada prestasi atlit olahraga. Jelas sekali komponen ini berasal dari aspek fisiologi. Kelembutan yang baik dapat menghindarkan atlit dari mengalami kecederaan yang serius.

Atlit yang mempunyai kelembutan yang baik dapat menghasilkan daya yang lebih besar kerana peningkatan julat pergerakan. Peningkatan komponen ini dihasilkan melalui latihan yang berterusan sepanjang tahun dan boleh berkurang dengan cepat semasa tidak aktif.

Hasil latihan biasanya mengujudkan kekuatan, kuasa, daya tahan otot, Kelembutan dan kardiovaskular tetapi kurang peningkatan dari segi kelajuan dan ketangkasan (Willmore clan Costill 1994). Dalam olahraga banyak masa dihabiskan untuk mengembangkan kualiti prestasi lebih dari kelajuan dan ketangkasan tetapi sukan lain memberi lebih penumpuan kepada komponen ini.

Kualiti yang diperlukan adalah berbeza dan bergantung kepada keperluan peningkatan dan jenis sukan serta posisi pemain. Kehilangan kelajuan dan ketangkasan yang berlaku semasa keadaan ticlak aktif dapat dipulihkan melalui latihan. Namun begitu peningkatan hanyalah dalam kuantiti yang sedikit.

Atlit bertaraf dunia biasanya mempunyai koordinasi yang baik. Koordinasi bukan merupakan faktor yang penting bagi sukan yang bergantung kepada faktor fisiologi. lanya menjadi bertambah penting apabila kita membandingkan "novice" dan atlit berpengalaman bagi sukan yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi seperti larian berpagar, acara-acara lompatan dan lontaran. Koordinasi merupakann faktor penentu jika atlit mempunyai kekuatan yang sama.

Keseimbangan pula penting bagi atlit-atlit gimnastik dan atlit-atlit yang melibatkan diri dalam acara-acara kemahiran seperti melompat dan melontar. Dalam acara larian pecut pula, pemenang biasaya ditentukan dalam perbezaan masa yang amat singkat.
Oleh itu atlit yang mempunyai masa tindak balas yang baik mempunyai Kelebihan untuk mucul sebagai pemenang. Sekiranya atlit mempunyai kecergasan fizikal yang berkaitan dengan prestasi motor pada tahap terbaik maka ia akan mempunyai banyak kelebihan untuk muncul sebagai juara berbanding dengan mereka yang mengabaikanya.
Image

No comments: