terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, July 5, 2009

media pengajaran

BIDANG PENGAJIAN:

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KURIKULUM DAN PEDAGOGI

PENDIDIKAN BAHASA ARAB

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN EKONOMI

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN KOMPUTER

PENDIDIKAN MATEMATIK

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PENDIDIKAN SAINS

PENDIDIKAN SASTERA

PENDIDIKAN SEJARAH

PENGUKURAN DAN PENILAIAN

PENGURUSAN SUKAN

PENTADBIRAN PENDIDIKAN

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PSIKOLOGI SOSIAL DALAM PENDIDIKAN

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

SUMBER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

TEACHING ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE (TESL)




SUMBER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT







6.AB. RAHMAN AB. RASHID (1995)

KEBERKESANAN Penggunaan Tv Pendidikan Dalam Pengajaran-Pembelajaran Bahasa Melayu Kbsm : Satu Kajian Kes Di Enam Buah Sek. Men. Di Daerah Kerian

(Penyelia : Tuan Haji Ahmad Jaffni H.M. Hassan)



7.ABDUL WAHID SULAIMAN (1993)

PERSEPSI Pelajar Tingkatan Empat Tentang Faktor Yang Mempengaruhi Kecenderungan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah Di Bentong Pahang

(Penyelia : Dr. Halimah Badioze Zaman)



11.ANUAR SABTU (1995)

PERSEPSI Pensyarah Fakulti Pendidikan Dan Ekonomi Tentang Kepentingan Perkhidmatan Teknologi Pendidikan

(Penyelia : Tuan Hj. Ahmad Jaffni H.M. Hassan)



14.BAHARUDIN OTHMAN (1991)

KAJIAN Mengenai Kebolehan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (Pss) Dengan Prestasi Akademik Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 4: Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Jalan Cheras, Kuala Lumpur

(Penyelia : Dr. Halimah Badioze Zaman)



33.JAINON @ FARIDAH HJ. MAJID (1990)

MASALAH Utama Penggunaan Alat Bantu Mengajar Pendidikan Islam Di Kalangan Guru Agama Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat, Gombak Dan Wilayah Persekutuan : Pendekaan Pengajaran-Pembelajaran

(Penyelia : Tuan Hj. Ahmad Jaffni H.M. Hassan)



56.SAMSIAH MUSTAFFA (1991)

SATU Tinjauan Tentang Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Malaysia (KBSM)

(Penyelia : Faridah Abd. Manaff)



62. UIOP KASIM (1992)

PERKHIDMATAN Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pahang : Satu Kajian Mengenai Pandangan Dan Penggunaan Media Oleh Guru-Guru Sekolah Rendah Di Daerah Kuantan

(Penyelia : Tuan. Hj. Ahmad Jaffni H.M. Hassan)



63.WAN MOHD ABDULLAH (1993)

PERSEPSI Pengetua Dan Guru Penyelaras Pss Sekolah-Sekolah Menengah Di Terengganu Dan Kelantan Terhadap Peranan Pusat Sumber Pendidikan Negeri

(Penyelia : Encik Ahmad Jaffni H.M. Hassan)



70.MOHD. AROP MOHD MUZIR (1993)

PERSEPSI Para Pensyarah Dan Guru-Guru Pelatih Terhadap Kursus Teknologi Sistem Pengajaran Di Maktab-Maktab Perguruan Di Malaysia

(Penyelia : Encik Abdul Mutalib Rani)



110. KAMARUDDIN TAIB (1998)

PENCARIAN Maklumat Menggunakan Pangkalan Data Cd-Rom: Ekspektasi Dan Kepuasan Penggunanya Di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Ukm.

(Penyelia : Dr. Mohd. Amin Embi)



148.CHE SABARIAH ABDUL KADIR (2002)

PEMBANGUNAN Sistem Capaian Terjemahan Dan Tilawah Al-Quran Tingkatan Satu

(Penyelia : Aidah Abdul Karim)



150.MOHD. NAZARUDDIN HASSAN (2002)

PEMBANGUNAN Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Tajuk Pecahan

(Penyelia : Prof. Madya Khalid Abdullah)



151. MOHD MAWARZI HASSAN (2002)

PEMBANGUNAN Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer :Perisian Autocard R14 Peringkat Asas

(Penyelia : Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin)



152. MOHAMED SHARIFF SALEHUADIN (2002)

PEMBANGUNAN Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer : Macromedia Flash 4 Peringkat Permulaan

(Penyelia : Hajah Cik Siti Fatimah Mohd Yassin)



159.MAZALAH AHMAD (2002)

PEMBANGUNAN Perisian Kursus Belajar Mengenal Algoritma Penyelesaian

Masalah Pengaturcaraan

(Penyelia : Hajah Cik Siti Fatimah Mohd Yassin)



164.IHSAN HAJI ISMAIL (2002)

PEMBINAAN Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer :Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra

(Penyelia : Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd. Yassin)


169:NORMAH ZAINAL (2002)

PEMBINAAN Dan Pelaksanaan Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Mengenai Laman Web Yang Disepadukan Subjek Geografi Fizikal
(Penyelia : Hajjah Cik Siti Fatimah Mohd Yassin)



170: MAZIYAH MOHAMAD (2002)

PEMBINAAN Dan Pelaksanaan Modul Pengajaran Pembelajaran Mengenai Web Yang Disepadukan Dengan Subjek Sejarah Dunia Tajuk Tamadun Awal Manusia

(Penyelia : Hajah Cik Siti Fatimah Mohd. Yassin)



171: MOHAMAD SHAIEDI ISHAK (2002)

APLIKASI Prinsip Asas Rekabentuk Instruksi Dalam Pembangunan Perisian Pendidikan Multimedia Fizik Tingkatan 4 Mengenai

Sinar-X Berasaskan Web

(Penyelia : Encik Mohd. Ariff Hj. Ismail)



174: ISHAM SHAH HASSAN (2003)

PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS MULTIMEDIA INTERAKTIF

ACAD R14 : PENGHASILAN LUKISAN PERSEMBAHAN

(Penyelia : Encik Mohd. Arif Hj. Ismail)



176: MD. YUSOFF DAUD (2003)

PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KIMIA (ELEKTROLISIS) BERASASKAN WEB

(Penyelia : Prof. Madya Khalid Abdullah)



178: ZAINAH RAMLI (2003)

PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM “BERIMAN KEPADA RASUL”

(Penyelia : Dr. Abdul Halim Tamuri)



179: ZURAIDA YUSOF (2003)

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA:

KOMPONEN KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN SATU (THE LAKE ISLE OF INNISFREE)

(Penyelia : Encik Mohd. Arif Hj. Ismail)



181: FARIDAH HANIM OMAR (2003)

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES

(Penyelia : Dr. Ramlee Mustapha)



183: AFIZAH MD. KHALID (2003)

LAMAN WEB GUNUNG BERAPI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3 : PEMBINAAN SUMBER P&P GEOGRAFI DALAM TALIAN

(Penyelia : Cik Aidah Abdul Karim)



184: BUSHRO ALI (2003)

KESAN PENGAJARAN KOMPUTER DISEPADUKAN BAHASA INGGERIS TERHADAP PENCAPAIAN BAHASA INGGERIS

DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI SEKOLAH RENDAH

(Dr. Abd. Razak Habib)



187 :NOR LIYA ISMAIL (2003)

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN HELAIAN HAMPARAN (PPH) DENGAN PROGRAM EXCEL DAN

PERISIAN BERBANTUKANKOMPUTER (PBK) DALAM PEMBELAJARAN FIZIK

(Penyelia : Dr. Kamisah Osman)





196: AZMI ABDUL LATIF (2003)

AN EVALUATION OF A SELECTED MALAYSIAN-BASED ESL WEB SITE

(Penyelia : Dr. Mohd. Amin Embi)





197 :MOHD AZMAN MOHD AKHIR (2003)

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN KURSUS MULTIMEDIA MENGGUNAKAN PERISIAN PENGARANGAN COMIL BAGI SUBJEK PENGAJIAN AM BERTAJUK “YANG DIPERTUAN AGONG”

(Penyelia : En. Mohd. Jasmy Abd. Rahmn)



[Kembali ke atas (back)]





PROJEK



P22. JANUDIN AWANG (Tiada dalam simpanan)

KEKERAPAN penggunaan teknologi pendidikan oleh tenaga pengajar di sekolah menengah dalam kem angkatan tentera

tiada abstrak



P25. KAMARUDIN A. BAKAR (Penyelia : Puan Faridah Abd. Manaf)

SATU penerbitan video mengenai sistem pengelasan perpuluhan dewey (SPPD)



P31. Nor Azan Hj. Mat Zin (Penyelia : Puan Faridah Abd. Manaff)

PANDUAN menggunakan sistem inventori Pusat Maklumat

- Tiada disertakan Abstrak


P32. Nor Azan Hj. Mat Zin (Penyelia : Puan Faridah Abd. Manaff)

PANDUAN menggunakan internet untuk pengajaran dan pembelajaran



P62. Hj. Kamarudin b. Hj. A. Bakar (Penyelia : Puan Faridah Abd. Manaff)

KEBERKESANAN Pusat Sumber Elektronik (Sistem Munsyi) dari persepsi guru Pusat Sumber



P88. Kamal Rusdi (Penyelia : Encik Warnoh Katiman)

PERSEPSI guru-guru Pusat Sumber terhadap kursus dalam perkhidmatan. Tinjauan di Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor



P129. Rabaishah Azirun (Penyelia : Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Noordin)

TAHAP penggunaan multimedia di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di Melaka Tengah, Melaka.



P131. Ramlah Abdul Aziz (Penyelia : Puan Puteh Mohamed)

PENGGUNAAN teknologi pendidikan di kalangan guru-guru geografi di daerah Muar



P154. Ismail Che Ku (Penyelia : Al-ustaz Mohd. Isa Hamzah)

KEMAHIRAN dan sikap pensyarah pendidikan islam terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran di Maktab Perguruan Islam Bangi.



P160. Khir Jauhari Alias (Penyelia : Encik Mohd. Arif Hj. Ismail)

PEMBANGUNAN dan penilaian perisian multimedia pendidikan interaktif sains rendah : kemandirian spesies perlindungan haiwan



P196. Abdullah Haji Mohd Sarif

APLIKASI multimedia dalam modul pengajaran geografi (Penyelia : Mohd. Arif Hj. Ismail)



P215: ROSNAH ZAKARIA

TAHAP penggunaan komputer di kalangan pensyarah di Fakulti Sains, UiTM Shah Alam, Selangor (Penyelia : Prof. Madya Rashidi Azizan)



P216 ROSNI ADOM

PEMBANGUNAN perisian multimedia ekonomi asas bagi tajuk "pengenalan kepada Ekonomi" (Penyelia : Dr. Nor Aishah Buang)



P220 WAN MOHD HUJJATULLAH WAN GHAZALI

PEMBINAAN laman web untuk program pendidikan islam, Fakulti Pendidikan UKM (Penyelia : Ustaz Shahrin Awaluddin)



P222. ZUHAIRUSNIZAM MD. DARUS

SIKAP pensyarah dan pelajar Fakulti Sains UTM (UiTM) terhadap penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran (Penyelia : Prof. Madya Rashidi Azizan)



P330. Ab. Malek Kasim – Dr. Muhammad Hussin

PENGGUNAAN komputer di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Gemas Negeri Sembilan



P332. Abdul Rahman Muhammad – Dr. Muhammad Hussin

TAHAP faktor yang mempengaruhi penggunaan overhead projektor (OHP) dalam pengajaran. Satu tinjauan



P357. SITI HAJAR MD NOH – Dr. Abdul Rashid Johar

TAHAP penggunaan multimedia di kalangan guru sains dalam pengajaran sains KBSM



P361. ZAINON AHMAD ZAHARI – Encik Warnoh Katiman

PENGURUSAN Pusat Sumber sekolah yang berkesan di kalangan penyelaras Pusat Sumber Sekolah daerah Kampar dan Malim Nawar Perak



P362. ZARUL AKMAR ABU BAKAR – Puan Rosseni Din

PEMBANGUNAN perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) mengenal papan induk



P376. Gomathi a/p Govindaraju – Dr. Lilia Halim

PENGGUNAAN internet di dalam pengajaran dan pembelajaran sains : sikap, pengetahuan dan kemahiran guru-guru sains di sekolah luar bandar



P385. LEE SOO HEONG – Cik Aidah Abdul Karim

PEMBANGUNAN perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) : Microsoft frontpage 2000 peringkat permulaan



P390. MOHD NAWI YAACOB – Cik Aidah Abdul Karim

TINJAUAN penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di kalangan pelajar tingkatan 4 di Mukim Tedong, Pasir Mas Kelantan.



P426. ANANDAN A/L KANIAPPAN – Dr. Kamisah Osman

PERSEPSI guru-guru sekolah menengah mengenai spesifikasi perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains



P454. NOR AINUN MAT @ MUHAMMAD – P.M. Khalid Abdullah

PENILAIAN perisian matematik di sekolah bestari



P463. ROHAYA HASSAN – Ustaz Hj. Shahrin Awaludin

TAHAP pengetahuan dan kemahiran komputer dari perspektif guru pendidikan Islam di daerah Kuala Terengganu



P466. ROSMARIA MOHD SAHAT – Dr. Abd. Halim Tamuri

PEMBANGUNAN perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) : Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan



P467. ROSNAH ALIAS – Puan Puteh Mohammed

PENGGUNAAN komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sejarah daerah Kluang, Johor



LP194. ZULKERNAI FAUZI (Penyelia : Prof. Madya Dr. Abd. Razak Habib)

PROSES pelaksanaan kemudahan sistem dan teknologi maklumat pendidikan





[Kembali ke atas (back)]





KEBERKESANAN PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN

DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BAHASA

MELAYU KBSM : SATU KAJIAN KES DI ENAM

BUAH SEK. MEN. DI DAERAH KERIAN

(Penyelia : Tuan Haji Ahmad Jaffni H.M. Hassan)





6

AB. RAHMAN AB. RASHID (1995)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK



Kajian kes ini bertujuan untuk meninjau kesan-kesan penggunaan media TV Pendidikan (TVP) ke atas proses pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu KBSM dari segi perubahan sikap para pelajar, lokasi sekolah, jantina dan mutu rancangan TVP. Seramai 201 responden yang terdiri daripada para pelajar tingkatan dua dan 30 responden guru-guru Bahasa Melayu KBSM dari enam buah sekolah menengah di daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan dijadikan sampel dalam kajian ini. Dua set soal selidik dan satu set soalan Ujian Sumatif digunakan. Satu set soal selidik diagihkan kepada pelajar untuk mengukur sikap mereka terhadap TVP dan satu set soal selidik lagi dikemukakan kepada guru-guru Bahasa Melayu KBSM untuk menilai rancangan TVP. Ujian Sumatif iaitu praujian dan pasca ujian diberikan kepada pelajar sebelum dan selepas menonton TVP untuk mengukur pencapaian akademik mereka. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan program SPSS-X. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif untuk melihat min dan sisihan lazim, dan statistik inferensi menggunakan ujian-t untuk menguji hipotesis pada paras signifikan P<0.05. Hasil kajian menunjukkan media TVP dapat mengubah sikap para pelajar ke arah yang lebih positif berdasarkan nilai min sikap pelajar selepas menonton TVP lebih besar berbanding dengan nilai min sikap pelajar sebelum menonton TVP. Pencapaian akademik para pelajar bertambah baik, disokong min skor pasca ujian lebih tinggi (16.6667) jika dibandingkan dengan min skor praujian (14.5473). Mutu rancangan TVP yang dikaji juga secara keseluruhannya baik. Namun begitu, dari segi perbezaan jantina lelaki dan perempuan serta lokasi sekolah menengah sama ada bandar atau luar bandar didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian ini, pengkaji menyarankan agar Bahagian Teknologi Pendidikan melaksanakan kembali dua aktiviti tradisinya iaitu Kaji Siasat Tahunan TVP dan Sesi Tayang Kaji Rancangan TVP, di samping menerbitkan rancangan-rancangan TVP yang bermutu, mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan, mewujudkan sistem pengagihan kaset video dan buku sumber serta memperkenalkan teknologi perkhidmatan TV litar tertutup. Pihak pentadbir sekolah pula perlu mengambil berat dan proaktif terhadap penggunaan, pembekalan dan penyenggaraan TVP di sekolahnya. Guru-guru juga perlu mengubah sikap negatif mereka terhadap TVP dan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan berhubung dengan pengendalian dan teknik mengajar menggunakan TVP. Kesemua saranan ini diharapkan dapat meningkatkan penggunaan media TVP di sekolah-sekolah.





THE USE OF ETV IN TEACHING-LEARNING

SSIC MALAY LANGUAGE





ABSTRACT



This case study is aimed at surveying the effects of the use of Educational TV (ETV) on the teaching-learning processes of the SSIC Malay Language from the point of view of the students attitude, location of the schools; rural or urban, differences of sex and the quality of the ETV programmes. 201 respondents from form two students and another 30 respondents were SSIC Malay Language teachers from six secondary schools in the Kerian district, Perak Darul Ridzuan were picked as samples in this research. Two sets of the questionnaires for the students and the other for the teachers to evaluate the quality of the ETV programmes. The Summative Tests, which were the pre and post-tests were given to the students prior and after watching ETV to measure their academic achievements. The data were analysed using the SPSS-X programme. Two kinds of statistics were used; the descriptive statistics to measure the min and standard deviation differences, and inferential statistics using t-test to evaluate the hypothesis at a significant level of P<0.05. The results showed the ETV media could change the attitude of the students to the better, based on the min value of the students attitude after watching the ETV media was bigger compared to min value before they watched the ETV media. The students academic achievement improved, supported by the higher min score of post-test (16.6667) compared to min score of pre-test (14.5473). The quality of the surveyed ETV programmes on the whole were good. However, the differences of sex and locations did not show significant differences. Based on the results of this research, the researcher suggests that the Educational Technology Division (ETD) to reimplement its two traditional activities, the Annual Survey of Using ETV Programmes and the Evaluation Survey of ETV Programmes, apart from producing quality programmes, organize in-service courses, initiate the video cassette and resource book distribution and introduce closed-circuit TV technology. The school administrators have to emphasize and be pro-active to usage, supply and maintenance of ETV at their own schools. Teachers have to change their attitude to be more positive towards ETV and attanding in-service courses related to usage and techniques in teaching using the ETV programmes. All these suggestions are expected to improve the usage of ETV media in schools.

[Kembali ke atas (back)]





PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TENTANG FAKTOR

YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN PENGGUNAAN

PUSAT SUMBER SEKOLAH DI BENTONG PAHANG

(Penyelia : Dr. Halimah Badioze Zaman)

7

ABDUL WAHID SULAIMAN (1993)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRAK



Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah mengikut persepsi 200 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah menengah di Bentong, Pahang Darul Makmur. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik telah memilih tujuh faktor yang sangat mempengaruhi para pelajar iaitu: 1) Minat membaca; 2) Galakan ibu bapa kepada pelajar; 3) kemudahan fizikal yang lengkap; 4) Galakan guru kepada pelajar; 5) Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah yang berkesan; 6) Koleksi bahan yang lengkap; dan 7) Pengajaran kaedah penggunaan Pusat Sumber Sekolah kepada pelajar.



Kajian yang berbentuk tinjauan ini menggunakan soalselidik untuk mendapatkan maklumat daripada para pelajar tingkatan empat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Penyelidik juga menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada lima orang guru Pusat Sumber Sekolah. Data yang dikumpul diproses melalui komputer dengan menggunakan program SPSS-X. Nilai kekerapan, peratus dan min dikira untuk menentukan kecenderungan memusat. Huraian bagi semua pernyataan bagi setiap faktor dibuat berdasarkan peratusan. Kemudian perbandingan skor min dibuat untuk menentukan pernyataan yang mana yang lebih signifikan. Selepas itu perbandingan skor min keseluruhan bagi setiap faktor dibuat untuk menentukan kesignifikanan faktor-faktor berkenaan. Daripada kajian ini didapati iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan para pelajar mengikut kesignifikanannya adalah seperti berikut:





Faktor Min Keseluruhan





1. Minat membaca 3.90

2. Galakan ibu bapa 3.60

3. Kemudahan fizikal yang lengkap 3.43

4. Galakan guru kepada pelajar 3.40

5. Pentadbiran PSS yang berkesan 3.26

6. Koleksi bahan PSS yang lengkap 2.99

7. Pengajaran kaedah penggunaan PSS 2.92

Kepada pelajar





Kajian ini telah menyarankan beberapa cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Kajian ini juga telah menyarankan supaya para pendidik menjalankan kajian-kajian lanjutan yang lebih spesifik untuk mengkaji sejauhmana faktor-faktor berkenaan mempengaruhi kecenderungan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan murid-murid sekolah.





THE PERCEPTION OF FORM FOUR STUDENTS ABOUT THE

FACTORS THAT INFLUENCE THE USAGE OF SCHOOL

RESOURCE CENTRES IN BENTONG,

PAHANG DARUL MAKMUR





ABSTRACT



This study is conducted to establish the factors that influence the usage of School Resource Centres by students, based on the perception of 200 students selected from five secondary schools in Bentong, Pahang Darul Makmur. For this study the researcher had chosen seven factors that greatly influenced students. These factors are as follows: 1) Interest in reading; 2) Encouragement by parents; 3) Adequate and condusive physical facilities; 4) Encouragement by teachers; 5) Effective library adminstration; 6) Adequate collection of library material; and 7) Teaching the use of School Library Resource Centres.



This study, conducted in the form of a survey, used questionnaires to obtain information from form four students on factors influencing the use of School Resource Centres amongst students. The researcher also used the interview technique to obtain additional information from five teachers responsible for the School Resource Centres in their respective schools. The data collected was processed by computer using the SPSS-X programme. Frequency values, percentage and mean were calculated to determine the central tendency. Based on percentages, the statements for each factor were evaluated. A comparison of the mean was carried out to determine which factor was more significant. Following that, a comparison of the average mean for each factor was carried out to determine the significance of the respective factor. It was found that the factors influencing the use of the School Resource Centres amongst students, in their order to significance, are as follows:





Factor Average Min





1. Interest in reading 3.90

2. Encouragement by parents 3.60

3. Adequate and condusive physical 3.43

Facilities

4. Encouragement by teachers 3.40

5. Effective library administration 3.26

6. Adequate collection of library material 2.99

7. Teaching of use of library 2.94





This study attempts to propose several suggestions and steps to overcome the problems related to the factors influencing the use of School Resource Centres amongst students. This study also attempts to propose that researchers conduct specific studies to determine the extent of factors influencing interest in the use of School Resource Centres.



[Kembali ke atas (back)]



PERSEPSI PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN

DAN EKONOMI TENTANG KEPENTINGAN

PERKHIDMATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(Penyelia : Tuan Hj. Ahmad Jaffni H.M. Hassan)



11

ANUAR SABTU (1995)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK





Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan persepsi tentang kepentingan perkhidmatan teknologi pendidikan berdasarkan fakulti, jantina, kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar, Seramai 76 orang pensyarah dari Fakulti Pendidikan dan Fakulti Ekonomi, UKM, terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang diguna merupakan terjemahan kepada soal selidik yang dibentuk oleh A.D. Evans dalam tahun 1981 dan diubahsuai oleh S.Y. Eidgahy dalam tahun 1991. Ujian statistik yang digunakan ialah Ujian-t. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan tentang kepentingan teknologi pendidikan antara pensyarah kedua-dua fakulti, iaitu, persepsi pensyarah Fakulti Pendidikan lebih positif berbanding dengan persepsi pensyarah Fakulti Ekonomi. Di Fakulti Ekonomi, pensyarah lelaki mempunyai persepsi yang lebih positif daripada pensyarah perempuan. Demikian juga bagi mereka yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 10 berbanding dengan yang mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 10 tahun. Juga didapati persepsi pensyarah daripada kedua-dua fakulti yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun adalah lebih positif daripada mereka yang mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 10 tahun. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian ini pengkaji mencadangkan, antara lain, perkara-perkara berikut:



a. Seminar diadakan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan teknologi pendidikan



b. Kajian lanjutan yang serupa dijalankan berhubung dengan aspek-aspek penggunaan dan kualiti perkhidmatan teknologi pendidikan di kalangan pensyarah.













THE PERCEPTION OF LECTURERS OF THE FACULTIES OF

EDUCATION AND ECONOMICS, TOWARDS THE IMPORTANCE

OF EDUCATIONAL TECHNOLOGY SERVICES





ABSTRACT



The purpose of this study was to find out whether there is any difference in perception towards the importance of educational technology services in realtion to faculty, sex, professional qualification and teaching experience. A total of 76 lecturers from the Faculties of Education and Economics, NUM, were involved in this study. Questionnaires used were translated from the one developed by A.D. Evans in 1981 and improved by S.Y. Eidgahy in 1991. The statistical test used was t-Test. The study indicates that there is a significant difference towards the importance of educational technology services between the lecturers of both faculties, that is, the perception of the Faculty of Education being more positive compared to that of the Faculty of Economics. Amongst the Faculty of Economics lecturers, the perception of the men are significantly more positive than the women. The same applies to those who had been teaching more than 10 years compared to those who had been teaching less than 10 years. Whilst the perception of lecturers from both faculties who had been teaching more than 10 years are significantly more positive than those who had been teaching less than 10 years. Based on the results of this research, a few recommendations has been made as follows:





a. Seminar should be organised regularly to improve the knowledge of lecturers on the importance of educational technology services.



b. Similar study should further be carried out on the aspects of utilization and the quality of educational technology services.



[Kembali ke atas (back)]



KAJIAN MENGENAI KEBOLEHAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

SEKOLAH (PSS) DENGAN PRESTASI AKADEMIK DI KALANGAN

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4: SATU KAJIAN KES DI

SEKOLAH MENENGAH JALAN CHERAS, KUALA LUMPUR

(Penyelia : Dr. Halimah Badioze Zaman)





14

BAHARUDIN OTHMAN (1991)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK



Kajian ini adalah tentang pengetahuan kemahiran penggunaan pusat sumber sekolah dan kaitannya dengan prestasi akademik di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Jalan Cheras, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . Tujuan kajian ini ialah untuk melihat korelasi antara prestasi akademik pelajar dengan kemahiran penggunaan pusat sumber sekolah. Sampel terdiri daripada 203 orang pelajar-pelajar tingkatan empat yang telah mendapat gred `A' dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Pengkaji telah mengunakan kaedah soalselidik (Ohio School Library atau Media Test) yang telah diterjemah dan diubahsuaikan selaras dengan iklim tempatan. Hasil kajian ini ialah (1) Tidak terdapat korelasi yang positif antara kemahiran penggunaan pusat sumber sekolah dengan prestasi akademik di kalangan pelajr-pelajar, (2) terdapat perbezaan yang signifikan min skor pengetahuan kemahiran penggunaan pusat sumber sekolah antara pelajar-pelajar yang mendapat agregat (5-10) dengan pelajar-pelajar yang mendapat agregat (11-15), (16-20), (21-25), (26-30) dan (31-34), (3) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor kemahiran PSS antara pelajar lelaki dan perempuan.





ABSTRACT







This research studies the usage of library skills amongst from four students in Cheras Secondary School , Kuala Lumpur . Samples were selected amongst students who have passed the Lower Certificate of Education with `A' grade. About 203 students were involved (99 males and 104 females). The main aim of this study was to find out whether there is a correlation between academic performance of these students with their library skills. The findings of this study are as follows: (1) There is no postitive correlation between academic performance of the students with their library skills, (2) There is significant difference in scores of library skills between highest grade students who achieved agregates between (5-10) with those who achieved agregates between (11-15), (16-20), (21-25), (26-30) and (31-34) and 3) There is no significant difference in scores of library skills between male and female students.There are many factors that contribute to these results. One of them is the learning system practiced in schools today. Students are too preoccupied in the class, that they are not given enough time to go to the resource centres in the school.





[Kembali ke atas (back)]



MASALAH UTAMA PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR

PENDIDIKAN ISLAM DI KALANGAN GURU AGAMA SEKOLAH

MENENGAH DAERAH HULU LANGAT, GOMBAK DAN WILAYAH

PERSEKUTUAN : PENDEKAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

(Penyelia : Tuan Hj. Ahmad Jaffni H.M. Hassan)







33

JAINON @ FARIDAH HJ. MAJID (1990)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA







ABSTRAK





Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji masalah-masalah utama penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam pengajaran Pendidikan Islam di kalangan guru agama sekolah menengah Daerah Hulu Langat, Daerah Gombak dan Wilayah Persekutuan. Untuk menyempurnakan maksud itu, penulis telah menggunakan beberapa kaedah atau metod. Kaedah itu ialah kaedah persejarahan (historical) dan soalselidik (questionnaire). Penyelidik juga mengemukakan cadangan beberapa contoh model pendekatan pengajaran Pendidikan Islam berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam menurut Al-Quran dalam `penggabungjalinan' dan `perentasan'.



Dalam kaedah persejarahan penulis telah menyorot ke belakang dengan memperlihatkan bagaimana kedudukan pembelajaran dan perkembangan Pendidikan Islam di sekolah menengah serta masalah-masalah mengenai keberkesanan Pendidikan Islam yang menjadi isu-isu pendidikan di Malaysia . Tinjauan kembali itu dibuat oleh penyelidik agar dapat menjadi panduan bagi meningkatkan lagi mutu perkembangan pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia.



Untuk mengetahui masalah-masalah penggunaan ABM di kalangan guru agama, penyelidik telah membentuk 58 soalan soalselidik; tiap-tiap item dari 58 soalan tersebut ditentukan di bawah pembolehubah-pembolehubah bersandar yang telah ditetapkan. Pembolehubah-pembolehubah bersandar yang digunakan dalam Penyelidikan ini ialah:



(i) Masalah kepentingan penggunaan ABM.

(ii) Masalah menggunakan ABM

(iii) Masalah berkaitan dengan penggunaan ABM

(iv) Masalah kemudahan (penyediaan) ABM

(v) Masalah penumpuan penggunaan ABM yang terhad





Pembolehubah-pembolehubah bersandar ini dikaji dari aspek pengalaman mengajar, tempat bertugas dan kelayakan ikhtisas sebagai pengaruh kepada masalah penggunaan ABM di kalangan guru agama sekolah menengah. Kajian ini telah mencapai tujuan pada asasnya iaitu terdapat masalah yang dihadapi oleh guru agama berhubung dengan penggunaan ABM. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa:



(i) Penggunaan ABM dalam pengajaran Pendidikan Islam adalah merupakan masalah utama, kecuali pada penggunaan Carta dan Papan Gulung serta galakan yang diberikan oleh pihak sekolah berkaitan dengan penggunaan ABM. Dapatan ini adalah berdasarkan kepada markah `min keseluruhan' bagi tiap-tiap masalah sebagai pembolehubah bersandar.



(ii) Pembolehubah bebas didapati tidak mempengaruhi markah pembolehubah bersandar.



(iii) Berdasarkan kepada ujian-t pada aras P<0.05 didapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan guru bagi tiap-tiap pembolehubah bebas





ABSTRACT





The aim of this research paper is to study the main problems faced by the religious teachers in the usage of teaching aids (TA) in the teaching of Islamic Education in secondary schools in the districts of Hulu Langat, Gombak and the Federal Territory of Kuala Lumpur. To fulfill this aim two methods or approaches were used, namely historical and questionnaire. The researcher also suggested some views on several Islamic Education teaching approaches (models) based on the Islamic Teaching Philosophy in accordance to the Al-Quran in the `integration' and teaching the subject `across the curriculum'.



In this historical method a past-review of Islamic Education was considered. This review included various aspects focusing on the status of Islamic Education and its development in secondary schools. Another aspect taken into consideration was the problem concerning the effectiveness of Islamic Education which became issues in education in Malaysia . With this historical review it is hoped that it will become a guide in improving the quality of teaching of Islamic Education in Malaysia .



To understand the problems of TA usage among the religious teachers, 58 questions of pre-determined dependent variables in questionnaire form were constructed. The dependent variables used in this research were:



(i) The importance of using TA

(ii) Problems faced by the religious teachers in using TA

(iii) Problems related to the use of TA

(iv) Problems related to the availability and accessibility of TA faced by the religious teachers.

(v) Limited usage of TA





The dependent variables are studied from the following aspects: teaching experience, location of work and professional qualification. These are determinant factors influencing the usage problems of TA among the religious teachers.



This research paper has successfully shown that there are problems faced by the religious teachers in the usage of TA. The findings of the research have shown that:



(i) Usage of TA in the teaching of Islamic Education deems to be a major problem. The only expection is the using of simple TA like Charts and Roll-up Boards with the encouragement given by the school authority. This conclusion is based on the `mean total' of each problem used as the dependent variables.



(ii) There is no significant correlation between the independent and dependent variable.



(iii) The result of the t-test at P < 0.05 showed that there was no significant difference between the two groups of teachers used as independent variables.



[Kembali ke atas (back)]





SATU TINJAUAN TENTANG PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

SEKOLAH (PSS) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MALAYSIA (KBSM)

(Penyelia : Faridah Abd. Manaff)





56

SAMSIAH MUSTAFFA (1991)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK







Kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada bahan-bahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaannya, dan adakah penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) memberi kesan terhadap pencapaian dalam Bahasa Malaysia. Sampel kajian ini terdiri daripada 199 orang pelajar, 10 orang guru Bahasa Malaysia, dan 5 orang guru PSS dari 5 buah sekolah menengah di Kota Bharu. Maklumat kajian didapati melalui soal selidik dan juga temubual. Data dianalisis dengan menggunakan statistik kekerapan, peratus, korelasi, dan analisis varian.



Kajian ini mendapati hubungan yang positif wujud antara kekerapan penggunaan PSS dengan minat membaca dan kemahiran mengesan maklumat. Seterusnya, kajian ini mendapati hubungan tidak wujud antara kekerapan penggunaan PSS dengan pencapaian dalam Bahasa Malaysia dan tidak ada perbezaan kecenderungan penggunaan PSS antar pelajar pandai dan kurang pandai. Selain itu, pelajar Melayu didapati lebih kerap menggunakan PSS berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Kajian ini menunjukkan dorongan guru, rakan sebaya, dan ibu bapa mempengaruhi penggunaan PSS. Hasil kajian juga mendapati 27.0% pelajar menyatakan susunan bahan di PSS tidak sesuai, 41.3% menyatakan PSS kekurangan bahan rujukan dan bahan bacaan, 27.6% tidak ada kemahiran mencari bahan yang diperlukan di PSS, dan 27.1% masa dibuka tidak sesuai. Seterusnya, kajian ini menunjukkan pengajaran Bahasa Malaysia melalui pembacaan bahan-bahan di PSS merupakan salah satu daripada cara-cara bagi pelajar mempelajari nilai-nilai murni seperti berdikari, semangat kerjasama, bertanggungjawab, berani mengeluar pendapat, dan rajin serta tekun melakukan sesuatu.





ABSTRACT







This research was carried out to investigate whether the materials and services offered by School Resource Centre (SRC) were used in teaching and learning of Bahasa Malaysia , factors that influence its utilization. This research was also intended to investigate whether the utilization of SRC affected the achievement of secondary students in Bahasa Malaysia . The research sample comprized of 199 students, 10 Bahasa Malaysia teachers, and 5 SRC teachers from 5 secondary schools in Kota Bharu. The research data were gathered through questionnaires and interviews. The data were analysed using frequency, percentage, correlation, and analysis of variance.



This research revealed that there was a positive relationship between the frequency of using SRC with regarding interest and information skills knowledge. This research also found that there was no relationship between the frequency of using SRC and the achievement in Bahasa Malaysia , and there was no difference in the pattern of utilization of SRC between low and high achievers. Malay students were found using SRC more frequency then non Malay students. Encouragement given by teachers, friends, and parents influenced the utilization of SRC.



This research also found that 27.0% of the students felt that the arrangement of the materials in SRC was not suitable, 41.3% felt that SRC had insufficient reading and reference materials, 27.6% did not know how to find materials they were looking for, and 27.1% felt that the hours the SRC was opened were not suited to their convenience. This research showed that the teaching of Bahasa Malaysia through reading of materials at the SRC was one of the ways for students to cultivate such as being independent, team spirited, responsible, readiness in giving opinion and hardworking.



[Kembali ke atas (back)]



PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER PENDIDIKAN

NEGERI PAHANG : SATU KAJIAN MENGENAI

PANDANGAN DAN PENGGUNAAN MEDIA OLEH

GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KUANTAN

(Penyelia : Tuan. Hj. Ahmad Jaffni H.M. Hassan)





62

UIOP KASIM (1992)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAA MALAYSIA





ABSTRAK



Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pandangan guru-guru sekolah rendah di daerah Kuantan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kuantan, Pahang. PSPN di Kuantan ada menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan untuk membantu guru-guru menjalankan kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sampel 194 orang guru dari 11 buah sekolah di daerah Kuantan. Data ujian kajian ini dipungut dengan menggunakan soalselidik. Ujian `Likert' bersekala lima digunakan dalam kajian ini untuk mengukur pandangan guru-guru. Ujian ini digunakan untuk mengetahui:





1. Pandangan guru-guru terhadap perkhidmatan-perkhidmatan PSPN mengikut keutamaan.



2. Sikap guru-guru terhadap PSPN



3. Faktor-faktor yang menyebabkan guru kurang menggunakan kemudahan dan perkhidmatan PSPN



4. Kekerapan penggunaan media oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran.



5. Faktor-faktor yang menghalang guru-guru dari menggunakan media.





Keputusan soalselidik yang dijalankan telah menunjukkan:



1. Ada perbezaan keutamaan mengikut pandangan guru-guru terhadap perkhidmatan-perkhidmatan PSPN



2. Ramai guru tidak tahu secara lanjut mengenai PSPN



3. Ramai guru yang memilih menggunakan alat bantuan mengajar yang mudah.



4. Guru-guru sangat gemar menggunakan alat bantuan mengajar bukan elektronik.



5. Bilangan alat bantuan mengajar elektronik dan canggih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan guru-guru



Untuk meningkatkan lagi guru-guru memanfaatkan perkhidmatan-perkhidmatan PSPN beberapa cadangan telah dikemukakan dengan tujuan meningkatkan lagi penggunaan media dalam pengajaran.





THE SERVICES OF PAHANG STATE EDUCATIONAL RESOURCE

CENTRE : A STUDY ON THE PRIMARY SCHOOL TEACHERS'

PERCEPTION AND THE USE OF MEDIA





ABSTRACT



The aim of this study was to find out the perception of primary school teachers in he district of Kuantan, Pahang towards the services offered by the State Educational Resource Centre (SERC) in Kuantan. The SERC provided various facilities and services to accommodate the teachers need in carrying out the teaching and learning processes. The study was carried out with a sample of 194 teacehrs from 11 schools in the district of Kuantan. The data were collected through questionnaires. To measure the perception of teachers, the Likert test based on the scale of five was used. This test was used to find out:



1. Teachers' perceptions on the services offered by SERC according to their priority.



2. Teachers' attitudes toward SERC



3. Factors that keep teachers away form SERC



4. Frequency of media application by the teachers in teaching and learning processes.



5. Factors that hinder teachers from using the media







The results of the survey showed that:



1. There was a difference in the priority perceived by the teachers on the services of SERC



2. Many teachers did not know about SERC in detail



3. Many teachers prefered to use simple teaching aids





4. Non-electronics teaching aids were more popular among the teachers.



5. The number of electronics and sophisticated teaching aids were insufficient to meet the teachers' needs



In order to improve the use of the services offered by SERC, a number of suggestions were proposed to enhance the use of the media in teaching.

[Kembali ke atas (back)]





PERSEPSI PENGETUA DAN GURU PENYELARAS PSS

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI TERENGGANU

DAN KELANTAN TERHADAP PERANAN PUSAT

SUMBER PENDIDIKAN NEGERI

(Penyelia : Encik Ahmad Jaffni H.M. Hassan)





63

WAN MOHD ABDULLAH (1993)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK



Kajian persepsi pengetua dan guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekolah-sekolah menengah di Terengganu dan Kelantan terhadap peranan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan penilaian responden terhadap kejayaan PSPN melaksanakan peranannya sebagai sebuah pusat kursus dalam perkhidmatan; pusat perlaksanaan kurikulum; pusat kegiatan profesional guru; pusat sumber dan perkhidmatan; pusat pameran dan sumber maklumat pendidikan; dan pusat perkembangan sosial guru-guru. Semua pengetua dan guru penyelaras PSS sekolah-sekolah menengah di Terengganu dan Kelantan menjadi responden kepada kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa PSPN telah berjaya memainkan peranannya sebagaimana yang dinyatakan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa responden kajian amat mengharapkan PSPN mengutamakan peranannya sebagai pusat pameran dan sumber maklumat pendidikan dan sebagai pusat kursus dalam perkhidmatan. Peranan lain yang perlu diberi perhatian ialah sebagai pusat perlaksanaan kurkulum; pusat kegiatan profesional guru; pusat sumber dan perkhidmatan dan pusat perkembangan sosial guru. Adalah dicadangkan supaya pihak PSPN menilai semula peranannya dengan berdasarkan hasil kajian ini.





THE PERCEPTION OF THE PRINCIPAL AND THE TEACHER

COORDINATOR OF SRC IN THE SECONDARY SCHOOLS

OF STATE EDUCATIONAL RESOURCE CENTRE





ABSTRACT





This research on the perception of the principal and the teacher-coordinate of School Resource Centre (SRC) in the secondary schools of Terengganu and Kelantan on the roles of State Educational Resource Centres (SERC) is to find out the respondent's evaluation on the success of the SERC in carrying out its roles as an in-service course centre; curriculum implementation centre; teacher's professional activity centre; resource and service centre; educational display and information centre; and teachers social development centre. The respondents of this research are all the principals and teacher-coordinators of SRC in the schools of Terengganu and Kelantan. The result of this researcg shows that SERC is quite successful in carrying out its roles as mentioned. The result of this research also shows that the respondents really hoped that the SERC will give the priority of its roles as an educational display and information centre and in-service course centre. Other roles which should be considered are as a curriculum implementation centre; teachers professional activity centre; resource and service centre and teacher's social development centre. It is recommended that the SERC will re-evaluate its roles based on this research.



[Kembali ke atas (back)]





PERSEPSI PARA PENSYARAH DAN GURU-GURU PELATIH

TERHADAP KURSUS TEKNOLOGI SISTEM PENGAJARAN

DI MAKTAB-MAKTAB PERGURUAN DI MALAYSIA

(Penyelia : Encik Abdul Mutalib Rani)



70

MOHD. AROP MOHD MUZIR (1993)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK



Kajian ini bertujuan menyelidiki persepsi para pensyarah dan guru-guru pelatih terhadap kursus Teknologi Sistem Pengajaran (TSP), salah satu kursus wajib di institusi/maktab perguruan di Malasyia. Aspek-aspek persepsi yang diselidiki ialah objektif, kandungan, strategi pengajaran-pembelajaran, dan penilaian kursus. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk mengumpulkan data. Respondennya terdiri daripada 75 orang pensyarah TSP dan 625 orang guru pelatih dari 25 buah maktab. Satu hipotesis primer dan tiga hipotesis sekundar telah dibentuk dan diuji dengan Ujian-t dan Analisis Varians Sehala. Di samping itu, tiga persoalan kajian yang menyentuh golongan pensyarah sahaja, cuba dihuraikan juga secara deskriptif. Antara lain, kajian ini mendapati perkara-perkara berikut:



a. Perbezaan persepsi terhadap kursus TSP, di antara para pensyarah dan guru-guru pelatih adalah signifikan.



b. Persepsi terhadap kursus TSP di kalangan guru-guru pelatih kesan pembolehubah-pembolehubah jantina, ras dan kelulusan akademik menampakkan adanya persamaan dan perbezaan yang signifikan menurut aspek-aspek tertentu.



c. Persepsi terhadap kursus TSP di kalangan para pensyarah berkait dengan pembolehubah kategori dan bidang pengkhususan kursus itu, menunjukkan beberapa kesan yang menarik untuk difikirkan.



Berdasarkan dapatan-dapatan kajian ini, pengkaji menyarankan antara lain, perkara-perkara berikut:



a. Agar satu seminar diadakan untuk mempertingkatkan kursus TSP ini. Beberapa aspek persepsi yang berkait dengan beberapa pembolehubah perlu dijadikan teras penulisan kertas-kertas kerja dalam seminar tersebut.



b. Agar satu kajian lanjut dijalankan untuk menilai keberkesanan pengendalian kursus ke atas dua kumpulan guru pelatih: pertama, yang diajar oleh dua golongan pensyarah (Pensyarah TP dan Pensyarah SP); dan kedua, yang diajar oleh golongan pensyarah yang menguasai kedua-dua bidang TP dan SP.



THE PERCEPTION OF LECTURERS AND TRAINEE TEACHERS

TOWARDS THE TECHNOLOGY OF INSTRUCTIONAL SYSTEM

COURSE IN THE TEACHER TRAINING COLLEGES





ABSTRACT



The purpose of this research was to study the perception of lecturers and trainee teachers towards the Technology of Instructional System (TIS), one of the compulsory course in the teacher training colleges in Malaysia . The Aspects of perception studies were the objectives, contents, teaching and learning strategies, and the evaluation of the course.



The researcher had used questionaires to collect the data needed. The respondents consisted of 75 TIS lecturers and 625 trainee from 25 colleges. A premier hypothesis and three secondary hypothesis had been constructed and tested with the t-Test and one way ANOVA. Apart from that, two research subjects which concern the lecturers only, were illustrated descriptively.





This research came up with these conclusions:



a. The difference of perception towards the TIS course, between the lecturers and trainee teachers is significant.



b. The perception towards the TIS course amongst the trainee teachers, realted to these variables: sex, race and academic qualification shows a similar and distinct effects according to the particular aspect.



c. Perception towards TIS course amongst the lecturers related to these varables: category and course fields, shows some interesting effects.



Based on the results of this research, a few recommendations had been made as follows:



a. A seminar should be orgaised to improve the TIS course. A few perception aspects which are related to a few variables need to be considered as a foundation to write the working papers.



b. An advanced research could be conducted to evaluate the effectiveness of the TIS course amongst two groups of trainees: The first group that been thought by the two groups of lecturers (Educational Technology and Library Science Lecturers); and the second group that had been thought by the group of lecturers who are mastering both Educational Technology and Library Science fields.





[Kembali ke atas (back)]



PENCARIAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN PANGKALAN

DATA CD-ROM: EKSPEKTASI DAN KEPUASAN PENGGUNANYA

DI PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG, UKM.

(Penyelia : Dr. Mohd. Amin Embi)





110

KAMARUDDIN TAIB (1998)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK





Kajian ini bertujuan meninjau ekspektasi dan kepuasan pengguna pengkalan data CD-ROM di kalangan pelajar calon Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM. Aspek yang difokuskan ialah jenis pangkalan data, tahap keyakinan terhadap kemahiran menggunakan pangkalan data CD-ROM, keperluan latihan dan tahap kepuasan mereka terhadap perkhidmatan pangkalan data CD-ROM di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia . Alat kajian yang digunakan diubahsuai daripada kajian yang telah dijalankan oleh McCarthy, Krausse dan Little (1997). Sampel kajian ini terdiri daripada 174 orang pelajar calon Sarjana Pendidikan, UKM yang berdaftar pada sesi Julai 1996/97 hingga Disember 1997; secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Kajian ini mendapati hanya sembilan jenis pangkalan data sahaja yang kerap digunakan oleh responden. Tahap keyakinan mereka bertambah mengikut semester pengajian. Majoriti responden masih memerlukan latihan dalam beberapa bidang khusus mengenai kemahiran mencari maklumat daripada pangkalan data CD-ROM. Kebanyakan beranggapan latihan mengenai penggunaan pangkalan data CD-ROM yang mereka ikuti tidak berkesan. Tahap kepuasan responden terhadap perkhidmatan pangkalan data ini adalah memuaskan dan meningkat mengikut semester pengajian.







INFORMATION RETRIEVAL USING CD-ROM DATABASES:

EXPECTATIONS AND SATISFACTION OF ITS USER

AT THE LIBRARY OF TUN SERI LANANG, UKM





ABSTRACT





The purpose of this research is to examine the expectation and satisfaction of CD-ROM database users among candidates of Masters of Education students at the Faculty of Education, UKM. Aspect focused are types of database, level of confidence in the skills of using CD-ROM database, the needs for training and the level of satisfaction when using CD-ROM database services at the Tun Seri Lanang Library, Universiti Kebangsaan Malaysia. The research instrument used in this study is modified from the one used by McCarthy, Krausse and Little (1997). The research samples are composed of 174 candidates of Masters of Education students, UKM who registered from July 1996/97 to Disember 1997, either as a full-timer or part-timers. The study showed that only nine databases are frequently used by the respondents. Their level of confidence in using the database increased according to the number of semester studied in UKM. The majority of the respondents still require trainings in various aspects, especially those concerned with information searching skills from CD-ROM databases. Most of them perceived their training on the using of CD-ROM databases as not effective. The level of respondents' satisfaction on the database services are satisfactory and increased according to the numbers of semester they have studied in UKM.



[Kembali ke atas (back)]



PEMBANGUNAN SISTEM CAPAIAN TERJEMAHAN DAN

TILAWAH AL-QURAN TINGKATAN SATU

(Penyelia : Aidah Abdul Karim)





148

CHE SABARIAH ABDUL KADIR (2002)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK



Kajian ini bertujuan membina sistem pangkalan data yang bertajuk Sistem Capaian Terjemahan dan Tilawah Al-Quran (SCTTAQ) untuk pelajar tingkatan satu. SCTTAQ ini dibangunkan dengan menggunakan program Visual basic versi 5.0 dan Microsoft Access versi 7.0 SCTTAQ merupakan suatu bentuk sistem pangkalan data yang menggunakan kaedah penyimpanan dan capaian terjemahan ayat-ayat Al-Quran dalam fail storan. Pembinaan SCTTAQ ini merupakan suatu usaha untuk menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer bagi subjek Pendidikan Agama Islam tingkatan satu. SCTTAQ ini membolehkan pelajar tingkatan satu mengakses ayat serta terjemahan Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Kahfi. Isi kandungan sistem yang digunakan adalah berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Agama Islam tingkatan satu. Dapatan kajian menunjukkan SCTTAQ boleh mempercepatkan proses pencarian terjemahan ayat-ayat Al-Quran di samping menarik minat para pelajar mempelajari terjemahan dan tilawah Al-Quran dalam persekitaran yang mesra pengguna. Semoga dengan penghasilan sistem ini akan menjadi pendorong kepada yang lain untuk menghasilkan perisian pendidikan yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pendidikan dan kehendak para pelajar serta guru-guru dalam zaman millenium ini khasnya bagi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam.





SISTEM CAPAIAN TERJEMAHAN DAN TILAWAH

AL-QURAN TINGKATAN SATU (SCTTAQ)



ABSTRACT



The development of "Sistem Capaian Terjemahan dan Tilawah Al-Quran" (SCTTAQ) is an effort to produce Islamic Education computer based teaching aid for students of Form 1. This system has been developed using Visual Basic version 5.0 programme and Microsoft Access version 7.0. SCTTAQ is a database system and offers information storage and retrieval translation of Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Kahfi to the students. The content is based on Form One's Islamic Education syllabus. SCTTAQ also provides easier access to the surah's translation and arise students' interest in learning this topic under a user friendly environment. In addition, the system hopefully can inspire others to develop a better educational software to fulfil the educational needs of students and teachers in this millenium particularly in Islamic Education subject.



[Kembali ke atas (back)]



PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

BAGI TAJUK PECAHAN

(Penyelia : Prof. Madya Khalid Abdullah)





150

MOHD. NAZARUDDIN HASSAN (2002)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK





Tujuan utama kajian ini adalah untuk membina satu perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (KBKK) dalam tajuk Pecahan. Perisian PPBK ini membantu pelajar-pelajar mempelajari penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian pecahan melalui cara interaksi dengan komputer. Alat pengarangan Macromedia Authorware 5.1 (Attain) telah digunakan untuk membangunkan perisian ini. Perisian yang dibangunkan ini mengandungi set induksi pecahan, konsep pecahan dan kuiz. Tujuan set induksi pecahan diperkenalkan adalah untuk mengaitkan konsep pecahan dengan fenomena alam ini. Seterusnya pelajar-pelajar didedahkan dengan operasi asas pecahan dan cara penyelesaiannya. Kuiz dalam bentuk soalan-soalan aneka pilihan bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar-pelajar mengenai operasi pecahan. Skor yang dipaparkan mengukur tahap pencapaian dan kefahaman pelajar-pelajar. Perisian PPBK ini membolehkan pelajar belajar mengikut masa dan keupayaan diri masing-masing. Kajian ini juga bertujuan unuk menilai keberkesanan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang dibangunkan. Kaedah penilaian yang dijalankan meliputi soal selidik, temubual dan pemerhatian. Hasil penilaian menunjukkan bahawa perisian PPBK ini adalah sesuai digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran matematik dalam tajuk pecahan untuk tingkatan satu.





THE SOFTWARE DEVELOPMENT OF COMPUTER AIDED

INSTRUCTION AND LEARNING FOR THE [Kembali ke atas (back)]IC

OF FRACTION





ABSTRACT





The main aim of this research was to develop a Computer Aided Instruction and Leaning (CAI/L) software for the topic of Fraction. This CAI/L software helps students to study addition, subtraction, multiplication and division of fraction by interacting with the computer. The development of this software was done using Macromedia Authorware 5.1 (Attain). This software consists of an induction set of Fraction, the concept of Fraction and a quiz. The purpose of introducing the induction set is to show the relevance of the concept of Fraction to the natural phenomenon. The basic method of solving the problems of the operation of Fraction is also shown in this software. The multiple-choice quiz is to test the understanding of students on the operation of Fraction. The score given is to measure the students understanding and achievement. This software allows self-access, self-directed and self-paced learning. The other aim of this research was to assess the effectiveness of the computer aided instruction and learning software. The assessment was done using questionnaires, interviews and observation. The results showed that this CAI/L software is suitable for teaching and learning mathematics on the topic of Fraction in form one.





[Kembali ke atas (back)]





PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER :

PERISIAN AUTOCARD R14 PERINGKAT ASAS

(Penyelia : Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin)





151

MOHD MAWARZI HASSAN (2002)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK





Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) - belajar mengenai perisian AutoCAD R14 Peringkat Asas. Pendekatan PPBK yang mendasari pembangunan perisian ini adalah gabungan tutorial, simulasi dan penyelesaian masalah. Penghasilan perisian PPBK ini adalah penting untuk pelajar dan guru dalam bidang reka cipta dan kejuruteraan untuk mempelajari cara menggunakan perisian AutoCAD R14 dengan lebih mudah, berkesan dan menyeronokkan. Metodologi pembangunan perisian ini adalah berasaskan model yang dicadangkan oleh Hannafin dan Peck (1997) dan Bostock (1998). Ianya terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa pelaksanaan. Alat pengarangan utama yang digunakan adalah terdiri daripada perisian AutoCAD R14, Microsoft Frontpage 2000, Macromedia Flash versi 4.0, Capture Eze 97, Netscape Navigator versi 4.0 dan Internet Explorer versi 4.0. Untuk mempastikan penghasilan perisian PPBK ini menepati spesifikasi yang ditetapkan, maka penilaian secara formatif sentiasa dilaksanakan pada setiap peringkat seperti yang dinyatakan. Manakala penilaian secara sumatif pula dilaksanakan setelah perisian PPBK ini selesai dibangunkan. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perisian berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan. Aspek-aspek yang diberi penekanan ialah dari sudut penerapan teori dan strategi pembelajaran yang telah dinilai oleh pelajar sarjana pendidikan (Pendidikan komputer) UKM. Seterusnya dari sudut pengajaran oleh guru sekolah dan pensyarah politeknik, manakala dari sudut pembelajaran pula oleh pelajar Reka Cipta dan Lukisan Kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian PPBK ini telah berjaya dibangunkan mengikut keperluan spesifikasi yang telah ditetapkan.







THE DEVELOPMENT OF COMPUTER-AIDED INSTRUCTION

TEACHING AND LEARNING SOFTWARE :

THE AUTOCAD R14 - BASIC LEVEL





ABSTRACT





The purpose of this study is to develop a computer-aided instruction and learning (CAIL) software - learning about AutoCAD R14 at Basic Level. The CAIL approach, which forms the base of the development of this software, is a combination of tutorial, simulation and problem solving. The production of this software is significant for the teachers and students in the fields of design and engineering as it enables them to learn how to use the AutoCAD R14 software more easily, effectively and enjoyable. The development methodology of this software is based on the models proposed by Hannafin and Peck (1997) and Bostock (1998). It was divided into three phases; analysis, design and implementation. The main publishing tools used comprised the following software : AutoCAD R14, Microsoft FrontPage 2000, Macromedia Flash ver. 4.0, Capture Eze 97, Netscape Navigator ver 4.0 and Internet Explorer ver 4.0. Formative evaluations were carried out throughout all the phases to ensure that the production of this CAIL software met specifications set. Summative evaluations, on the other hand were applied after the software was fully developed. This was carried out with the sole purpose of identifying the strengths and weaknesses of the software, based on the set specifications. The incorporation of theory and learning strategies was stressed, assessed by students of the Masters program in Computer Education in UKM. School teachers and polytechnic lecturers gauged the software's teaching approach, while Design and Technical Drawing students tested its learning angle. The results show that the CAIL software has successfully been developed according to the set specifications.



[Kembali ke atas (back)]



PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER : MACROMEDIA FLASH 4

PERINGKAT PERMULAAN

(Penyelia : Hajah Cik Siti Fatimah Mohd Yassin)





152

MOHAMED SHARIFF SALEHUADIN (2002)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK





Tujuan kajian ini adalah untuk membina satu perisian prototaip pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) bertajuk 'Macromedia Flash 4 Peringkat Permulaan' untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek Teknologi Maklumat Peringkat SPM. Perisian kursus ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash 4 dan Microsoft Frontpage 2000. Unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik dan animasi telah digabungkan dalam pembinaan perisian ini supaya dapat menghasilkan satu perisian yang memotivasikan dan mempunyai antaramuka pengguna yang menarik. Gabungan kepelbagaian unsur multimedia memberi kelebihan kepada pengguna untuk memahami cara menggunakan perisian alat pengarangan Macromedia Flash 4 peringkat permulaan. Selain menggunakan bahasa Melayu, perisian ini juga menerapkan nilai-nilai murni dan pembudayaan tempatan. Perisian ini menggabungkan tiga pendekatan iaitu pendekatan tutorial, latih tubi dan simulasi. Perisian ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara pembelajaran kendiri selain mengutamakan konsep interaktif yang membolehkan pengguna mengawal perisian dan mempunyai kebebasan memilih tajuk yang disukainya. Dengan penilaian dan pembaikan yang dibuat semasa peringkat pembinaan diharapkan dapat memberikan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar-pelajar.





THE DEVELOPMENT OF COMPUTER-ASSISTED INSTRUCTION

AND LEARNING SOFTWARE FOR THE SUBJECT MACROMEDIA

FLASH 4 BEGINNING LEVEL





ABSTRACT



The objective of this study is to develop a Computer Assisted Instruction and Learning prototype courseware entitled "Mari Belajar Macromedia Flash 4 Peringkat Permulaan" (Let's learn the Beginning Level of Macromedia Flash 4) for the teaching and learning of form 4 students who take Information Technology subject in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). This courseware is developed using Macromedia Flash 4 and Microsoft Frontpage 2000 which allow a combination of multimedia element such as texts, graphics, image and animation in order to produce an interesting and an attractive user interface. The incorporation of the various elements of the multimedia help the user to better understand in using the Macromedia Flash 4. Instead of using the Malay language, this courseware also been incorporated with moral values as well as local culture. This software is a combination of 3 approaches such as tutorial, drill and simulation. It helps students to enhance their skill and knowledge by self-learning instead of majoring in interactive concept which enable users to control and choose their favourite topic from the software freely. With this evaluation and improvement that have been made during the development level, it is hoped that it will provide an effective teaching and learning environment for the students.



[Kembali ke atas (back)]





PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS BELAJAR

MENGENAL ALGORITMA PENYELESAIAN

MASALAH PENGATURCARAAN

(Penyelia : Hajah Cik Siti Fatimah Mohd Yassin)





159

MAZALAH AHMAD (2002)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK



Tujuan kajian ini adalah untuk membina satu prototaip perisian Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer (PPBK): Belajar Mengenai Algoritma Penyelesaian Masalah Pengaturcaraan. Perisian kursus ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Director 8. Unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi telah digabungkan dalam pembinaan perisian ini supaya dapat menghasilkan satu perisian yang menepati tujuan dan objektif pembinaannya disamping memenuhi persoalan kajian yang ditetapkan. Gabungan kepelbagaian unsur multimedia memberi kelebihan kepada pengguna untuk memahami cara pembinaan Algoritma Penyelesaian Masalah Pengaturcaraan. Metodologi pembangunan perisian kursus ini berasaskan "Model Reka Bentuk Hannafin dan Peck". Model ini membahagikan aktiviti pembangunan perisian kepada tiga fasa iaitu Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk dan Fasa Pelaksanaan. Penilaian Formatif dilaksanakan pada setiap fasa untuk memastikan perisian yang dibangunkan menepati objektif pembinaannya. Perisian ini menggabungkan tiga pendekatan iaitu pendekatan tutorial, simulasi dan penyelesaian masalah. Dapatan Penilaian Sumatif menunjukkan bahawa perisian ini telah berjaya dibangunkan mengikut persoalan kajian yang telah ditetapkan.





THE DEVELOPMENT OF EDUCATIONAL SOFTWARE

LEARNING ABOUT PROGRAMMING ALGORITHM





ABSTRACT



The purpose of this study is to develop an educational prototype software - Learning About Programming Algorithm. This courseware is developed using Macromedia Director 8, which allows a combination of multimedia element such as texts, graphics, audio and animation in order to produce an interesting and an attractive user interface. The incorporation of the various elements of the multimedia helps the user to better understand the development of an algorithm. The development of this software is based on "Hannafin and Peck Design Model" which divides the development activities to three phases: analysis, design and implementation. The Formative Evaluations were carried out throughout all the phases to ensure that the production of this courseware is in line with its development objectives. This courseware is a combination of three approaches such as tutorial, simulation and problem solving. The result of the Summative Evaluation shows that the courseware has successfully been developed according to the research questions.



[Kembali ke atas (back)]



PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER :

GARIS DAN SATAH DALAM TIGA MATRA

(Penyelia : Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd. Yassin)







164

IHSAN HAJI ISMAIL (2002)

FAKULTI PENDIDIKAN





ABSTRAK





Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu perisian prototaip Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) bagi mata pelajaran matematik yang bertajuk Garis dan Satah Dalam Tiga Matra. Tujuan perisian ini dibangunkan ialah untuk memudahkan pelajar mengenal pasti normal, unjuran ortogon dan sudut antara garis dengan satah yang merupakan teras kepada topik tersebut. Di samping itu, perisian ini diharap dapat menarik minat dan menambahkan motivasi pelajar untuk mempelajari topik tersebut. Selain itu, perisian ini juga cuba menerapkan nilai-nilai murni dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif kepada pelajar. Perisian PPBK Matematik ini dibina dengan menggunakan perisian Macromedia Flash 5, Macromedia Dreamweaver 4 dan Macromedia Firework 4. Pembinaan perisian ini adalah berasaskan kepada model reka bentuk Hannafin dan Peck yang melibatkan proses tiga fasa. Dalam fasa pertama, taksiran keperluan dijalankan. Ini diikuti dengan fasa kedua iaitu fasa reka bentuk dan seterusnya dalam fasa ketiga, perisian dibangun dan dilaksanakan. Semua fasa dalam model ini melibatkan proses penilaian dan revisi yang dijalankan dari semasa ke semasa mengikut peringkat fasa yang dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan respon bersetuju bahawa perisian PPBK yang dibangunkan ini telah berjaya membantu pelajar memahami topik Garis dan Satah Dalam Tiga Matra dengan lebih mudah dan mereka juga lebih tertarik dan bermotivasi untuk mempelajari topik tersebut.





THE DEVELOPMENT OF COMPUTER-ASSISTED

INSTRUCTION AND LEARNING SOFTWARE :

LINE AND PLANE IN THREE DIMENSIONS





ABSTRACT





The objective of this research is to develop a Computer Assisted Instruction and Learning (CAIL) prototype software for the subject of mathematics entitled "Line and Plane in Three Dimensions". The purpose of this software is to assist the students in identifying normal, orthogonal projection and angle between line and plane, which is the core of this topic. It is hoped that this software will attract students' interest and increase their motivation to learn this topic. Besides that, this software is also trying to adopt good values as well as creative and critical thinking skill to the students. This software is being developed by using authoring tool such as Macromedia Flash 5, Macromedia Dreamweaver 4 and Macromedia Firework 4. The development of this software is based on the Hannafin Peck Design Model that involved a three-phase process. In the first phase, a needs assessment is performed. This phase is followed by a design phase. In the third phase, instruction is developed and implemented. In this model, all of the phases involve a process of evaluation and revision that was done from time to time according to the phases stated. The outcome of this research shows that this CAIL software has successfully assist the students in learning this topic and being more interested and motivated to learn this topic.



[Kembali ke atas (back)]



PEMBINAAN DAN PELAKSANAAN MODUL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MENGENAI LAMAN WEB YANG DISEPADUKAN
SUBJEK GEOGRAFI FIZIKAL
(Penyelia : Hajjah Cik Siti Fatimah Mohd Yassin)





169

NORMAH ZAINAL (2002)

FAKULTI PENDIDIKAN




ABSTRAK




Tujuan kajian ini adalah untuk menyepadukan atau menggabungjalinkan pengetahuan dalam subjek Teknologi Maklumat dengan subjek Geografi Fizikal kerana kurang usaha dibuat untuk menyepadukan pengajaran dan pembelajaran subjek Teknologi Maklumat dengan subjek Geografi Fizikal. Matlamat dan objektif kajian ini dinyatakan dalam penulisan tesis ini. Dalam kajian ini sebanyak 3 modul disediakan iaitu modul 1 : Belajar Mengenai Melayari Laman Web dan Bahasa HTML. Modul 2 : Belajar Mengenai Melayari Laman Web dan bahasa HTML yang disepadukan dengan subjek Geografi Fizikal Topik Ekosistem dan Modul 3: Pembinaan Laman Web oleh Pelajar. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk kajian Tindakan bagi pelaksanaan modul-modul yang dibina yang dijalankan di sekolah pengkaji. Alat kajian yang digunakan ialah menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah peratusan digunakan bagi menganalisis data yang dikumpulkan. Seramai 16 orang pelajar terlibat dan 4 orang guru menilai modul-modul yang dihasilkan. Dapatan kajian mendapati modul pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan dibina telah berjaya membuat penyepaduan atau gabungjalin antara subjek Teknologi Maklumat (komputer) dengan subjek Geografi Fizikal berdasarkan hasil produk pelajar iaitu laman web yang dibina seperti dalam Modul 3. Manakala Modul 1 dan Modul 2 pula telah memenuhi sebahagian besar sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Aktiviti-aktiviti dan tugasan dalam modul kajian ini juga telah berjaya meningkatkan minat dan menimbulkan keseronokan pelajar belajar terutamanya semasa menyiapkan tugasan yang diberi.







THE DEVELOPMENT AND IMPLEMENTATION OF TEACHING AND

LEARNING MODULE ABOUT WEB WHICH IS INTEGRATED WITH

PHYSICAL GEOGRAPHY





ABSTRACT




The aim of this study is to integrate knowledge from Information Technology with that of Physical Geography due to the insufficient effort of integration of the teaching and learning of both the subjects. The aim and objective for such purpose will be highlighted in this thesis. In this study, three proposed modules will be prepared. Module one consists of Teaching and Learning Computer Subject and Information Technology, that is learning how to browse websites and HTML Language. The second module comprises of Teaching and Learning Computer Integrated with Information Technology, that is Learning Website Browsing and HTML Language integrated with Physical Geography KBSM from 4 subject. The third module is Website Building by the students. The Action Research design were used for implementation of modules built, carried out in the researcher’s school. The instrument used is through questionnaires. Percentage method is used to analyse data gathered. Sixteen students and four teachers were involved to evaluate the modules proposed. Based on the evaluation made, module 3 is said to have successfully integrated the Information Technology subject and Physical Geography subject based on the website by the students. Teacher agreed that module 1 and 2 fulfilled most of the syllabus made by Ministry of Education Malaysia. More over, the module is seen to be enjoyable and enables the students to collaborate among them when they prepare their assignment.



[Kembali ke atas (back)]







PEMBINAAN DAN PELAKSANAAN MODUL PENGAJARAN

PEMBELAJARAN MENGENAI WEB YANG DISEPADUKAN

DENGAN SUBJEK SEJARAH DUNIA TAJUK TAMADUN

AWAL MANUSIA

(Penyelia : Hajah Cik Siti Fatimah Mohd. Yassin)





170 (2002)

MAZIYAH MOHAMAD

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





ABSTRAK



Kajian ini bertujuan untuk membina dan melaksanakan satu modul P&P berasaskan laman web yang disepadukan dengan subjek Sejarah Dunia bagi tajuk Tamadun Awal Manusia untuk pelajar tingkatan 4. Kajian ini dibuat dengan menekankan penggunaan Bahasa HTML semasa membina laman web dengan gabungjalinan subjek Sejarah Dunia. Modul yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan hanya menekankan kepada pembelajaran membina laman web sekolah bukan membina laman web yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari di dalam bilik darjah. Kajian ini juga adalah untuk menambahkan lagi laman web pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu terutama bagi subjek Sejarah. Kajian ini menggunakan model Kajian Tindakan mengikut tatacara Kemmis dan McTaggart (1988) manakala model reka bentuk pengajaran berasaskan model Hanaffin dan Peck (1997). Model-model ini dipilih kerana bersesuaian dengan objektif dan tujuan kajian. Terdapat tiga modul utama di dalam kajian ini iaiatu Modul 1, P&P Subjek Komputer dan TM, Modul 2, P&P Subjek Komputer dan TM Disepadukan dengan Subjek Sejarah Dunia dan Modul 3, P&P Subjek Komputer dan TM Disepadukan dengan Subjek Sejarah iaitu penghasilan produk pelajar (laman web pelajar). Ketiga-tiga modul ini dipecahkan kepada beberapa submodul-submodul yang lain. Modul ini dinilai oleh 6 orang guru dan 24 orang pelajar di Sek. Men. Keb. Seri Tanjung, Melaka dengan menggunakan instrumen senarai semak. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru dan pelajar-pelajar bersetuju bahawa modul ini dapat menghasilkan kemahiran yang tinggi dalam melayari laman web dan penggunaan Internet. Penghasilan produk pelajar dalam membina laman web berunsur Sejarah mewujudkan satu penyepaduan yang sangat bererti di dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Modul ini juga dapat mengaplikasikan pelbagai teori dan strategi pembelajaran terutama pembelajaran koperatif serta menggunakan kaedah pengajaran bermodul dengan berkesan.













THE DEVELOPMENT AND IMPLEMENTATION OF TEACHING

AND LEARNING ABOUT WEB WITH WORD HISTORY SUBJECT

ON THE [Kembali ke atas (back)]IC OF EARLY CIVILIZATION





ABSTRACT



The objective of this study is to develop and implement a module about a website which is integrated with World History Subject for the form four students with the topic, Early Human Civilization. This study is done with the emphasis in using HTML Language in creating the website which integrated with the World History Subject. The module which has been set up by the Minister of Education emphasis in teaching of creating the school website and not creating the website which concerns the subject teaching in classroom. This study is also to add educational website which used the Malay Language especially in History Subject. It is also using the Plan of Actions Model according to Kemmis and Mc Taggart (1988) while the teaching design model is according to Hannafin and Peck (1997) Model. These models are chosen because they are appropriate with the objectives and the aims of this study. There are three main modules used in this study. There are Module 1, Teaching and Learning Computer Subject and Information and Communication Technology (ICT), Module 2, Teaching and Learning Computer and ICT integrated with World History Subject and Module 3, Teaching and Learning Computer and ICT integrated with History subject specifically student’s product (student’s website). The three modules are divided into other submodules. By using a checklist this module is evaluated by 6 teachers and 24 students in SMK Seri Tanjong, Tanjong Kling, Melaka. The finding of this study shows that teachers and students agreed that this module produces a higher learning skill and surfing the website and the usage of the Internet. The student’s product in creating website which has the historical criterias promotes and an integration which is important in the process of teaching and learning in the classroom. This module also applies various theories teaching and learning strategies especially cooperative learning and also using the module teaching method successfully.



[Kembali ke atas (back)]



APLIKASI PRINSIP ASAS REKABENTUK INSTRUKSI

DALAM PEMBANGUNAN PERISIAN PENDIDIKAN

MULTIMEDIA FIZIK TINGKATAN 4 MENGENAI

SINAR-X BERASASKAN WEB

(Penyelia : Encik Mohd. Ariff Hj. Ismail)



171 (2002)

MOHAMAD SHAIEDI ISHAK

FAKULTI PENDIDIKAN





ABSTRAK





Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Multimedia yang bertulangbelakangkan sistem dan rangkaian komputer membolehkan aplikasi dalam bidang pendidikan. Sebuah prototaip perisian pendidikan multimedia mengenai subjek Fizik Tingkatan 4 : Sinar-X dibangunkan dengan mengaplikasikan prinsip asas rekabentuk instruksi seperti set induksi, pengetahuan asas atau latar belakang, pengembangan, penglibatan pelajar, penilaian, pengayaan dan rumusan. Prinsip asas rekabentuk instruksi ini merupakan langkah-langkah pengajaran yang biasa digunakan oleh guru-guru dalam bilik darjah dan juga dalam langkah-langkah rancangan mengajar harian guru. Terdapat pelbagai model rekabentuk instruksi yang telah dicadangkan seperti Model Gerlach dan Ely, Model Dick dan Reiser, Model Kemp, Model Van Paten, Model Leshin, Pollock dan Reigeluth, Model Bergman dan Moore, Moedl IDI, Model IPISD, Model Dick dan Carey, Model Seels dan Glasgow dan Model Diamond. Prinsip asas dalam model-model ini adalah sama sahaja seperti mengenalpasti kerpeluan dan ciri-ciri pelajar, memantapkan objektif pembelajaran bagi tajuk yang dipilih, mengenalpasti isi pengajran dan analisa tugasan yang sesuai, set induksi, perkembangan persembahan aktiviti-aktiviti pengajaran, pengulangan dan peneguhan, pengayaan, penutup dan tugasan tambahan Pembangunan prototaip perisian pendidikan multimedia ini melibatkan tiga fasa iaitu Fasa 1-Pembangunan Isi Kandungan, Fasa 2-Pemprograman, dan Fasa 3-Penilaian Terhadap Isi Kandungan dan Aspek Teknikal prototaip. Dapatan daripada penilaian yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan kekurangan yang boleh dipertimbangkan untuk tujuan pembaikan dan peningkatan taraf prototaip yang dibina.





THE APPLICATION OF BASIC INSTRUCTIONAL DESIGN PRINCIPLES

IN THE DEVELOPMENT OF WEB-BASED MULTIMEDIA FORM 4

PHYSICS COURSEWARE ON X-RAYS



ABSTRACT



The advancement of Information and Communication Technology (ICT) and Multimedia back-boned by computer systems and networking makes application in education possible. A multimedia courseware prototype was developed for From 4 Physics focusing on a topic about X-rays. The prototype was developed based on basic instructional design principles such as induction set, prior knowledge, development and content presentation, student’s participation, evaluation, enrichment and summarization. The basic instructional design principles refer to normal instructional steps used by teachers in classrooms and their daily teaching plan. There are many proposed instructional design models such as Gerlach & Ely Model, Dick and Reiser Model, Kemp Model, Van Patten Model, Leishin, Pollock & Reighluth Model, Bergman & Moore Model, IDI Model, IPISD Model, Dick & Carey Model and Seels & Glasgow Model. The basic instructional principles of all models are the same such as needs and criteria analysis, set learning objectives, content and task analysis, set induction, development and presentation of content, repetition and reinforcement, enrichment, closure and extra task or assignment. The development of the prototype involves three phases : Phase 1 – Content Creation, Phase 2 – Programming and Integration, and Phase 3 – Evaluation of Content Relevance and Technical Aspect. The results show that there are some strength and weaknesses, which can be seriously considered for future reparation and enchancement of the prototype.



[Kembali ke atas (back)]



PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS MULTIMEDIA INTERAKTIF

ACAD R14 : PENGHASILAN LUKISAN PERSEMBAHAN

(Penyelia : Encik Mohd. Arif Hj. Ismail)





174 (2003)

ISHAM SHAH HASSAN

FAKULTI PENDIDIKAN





ABSTRAK





Kajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menilai sebuah perisian kursus multimedia interaktif untuk mengajar kaedah menggunakan perisian ACAD R14 dalam proses penghasilan lukisan persembahan dan penilaian terhadap kualiti produk yang telah dibangunkan melalui persepsi pelajar dan pakar. Proses pembangunan perisian kursus berasaskan rangka model Hannafin & Peck. Kaedah penilaian perisian kursus ialah dengan kaedah tinjauan dengan soal selidik dijadikan instrumen kajian. Responden kajian yang menilai perisian kursus ini adalah terdiri dari 160 pelajar kursus seni bina dari empat buah politeknik serta 12 orang pakar yang terdiri dari pensyarah politeknik, guru dan kakitangan swasta. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran frekuensi, min dan sisihan piawai untuk dapatan data penilaian pelajar dan pakar. Statistik inferensi melibatkan Pekali Korelasi Pearson pada aras kesignifikanan p = 0.01 untuk dapatan data penilaian pelajar sahaja. Ujian rintis telah dilakukan ke atas semua item yang terdapat di dalam soal selidik dengan nilai pekali alpha yang diperolehi adalah 0.88. Untuk penilaian pelajar aspek yang dinilai ialah isi kandungan, kepuasan pengguna, reka bentuk persembahan, reka bentuk interaksi dan pelantar teknikal. Untuk penilaian pakar pula aspek yang dinilai ialah strategi pengajaran, reka bentuk persembahan, dan reka bentuk interaksi. Analisa data deskriptif menunjukkan perisian kursus multimedia interaktif ini telah dapat diterima dengan baik oleh pelajar kursus seni bina dan pakar kerana nilai min untuk semua aspek yang dinilai berada di antara 4 dan 5 iaitu di antara skala setuju dan sangat setuju. Statistik inferensi untuk penilaian pelajar menunjukkan wujud korelasi yang signifikan di antara aspek kepuasan hati subjek kajian dengan isi kandungan perisian kursus dengan nilai r = 0.745 dan p<0.01. Korelasi yang signifikan juga wujud di antara aspek kepuasan hati subjek kajian dengan reka bentuk persembahan dengan nilai r = 0.678 dan p < 0.01. Analisa juga menunjukkan wujud korelasi yang signifikan di antara aspek kepuasan hati subjek kajian dengan reka bentuk interaksi dengan nilai r = 0.675 dan p<0.01. Korelasi yang signifikan juga wujud di antara aspek kepuasan hati subjek dengan aspek teknikal perisian kursus dengan nilai r = 0.615 dan p<0.01. Korelasi ini menunjukkan perisian kursus ini telah diterima dengan baik oleh pelajar dan pakar disebabkan pengkaji telah dapat menyediakan isi kandungan yang mantap, skrin persembahan yang berkesan, wujud interaksi skrin yang baik dan pelantar teknikal yang sesuai untuk perisian kursus yang dibina.





DEVELOPMENT OF MULTIMEDIA INTERACTIVE COURSEWARE

ACAD R14 : PRODUCING A PRESENTATION DRAWING





ABSTRACT





The purpose of this research is to develop and to evaluate an interactive multimedia course software using ACAD R14 when producing presentation drawings and the evaluation on the product quality was made from the perception of students and experts. The development of this course software based on the Hannafin & Peck model frame. The evaluation process of this course software is through the observation method with questionnaires as the research instrument. The respondents to the questionaires comprised of 160 architectural students from four polytechnics and 12 experts including polytechnic lecturers, teachers and staff from the private institutions. Descriptive statistics was used to measure frequency, mean and standard deviation for the students and experts evaluation data. Inferential statistic with Pearson Correlation Coefficient at a significant level of p = 0.01 was used for the students evaluation data only. A pre test on all the items in the questionaires give the alpha coefficient value of 0.88. The student questionnaires evaluate content, research subject satisfaction, screen presentation design, screen interactive design and technical aspect. The experts questionaires evaluate teaching strategies, screen presentation design and screen interactive design. The descriptive data analysis showed that the interactive multimedia course software is well accepted by the architectural students and experts since all aspects evaluated have the mean value between 4 and 5. Inferential statistic for students evaluation showed significant correlation between the satisfaction aspect of the research subject and the course software content with the value of r = 0.745 and p<0.01. Significant correlation was also seen between the satisfaction aspect of the research subject and the design presentation with the value of r = 0.678 and p < 0.01. The analysis also showed a significant correlation between the satisfaction aspect of the research subject and the interactive design with the value of r = 0.675 and p< 0.01. There was also a significant correlation between the satisfaction aspect of the research subject and the technical aspects of the course software with r = 0.615 and p < 0.01. These correlations showed a course software is accepted by students and experts since the researcher has been able to prepare a through course content, developing screen presentation effectively, good screen and information interaction development and the building of appropriate technical base for the course software.



[Kembali ke atas (back)]



PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KIMIA (ELEKTROLISIS) BERASASKAN WEB

(Penyelia : Prof. Madya Khalid Abdullah)





176 (2003)

MD. YUSOFF DAUD

FAKULTI PENDIDIKAN





ABSTRAK



Satu perisian pengajaran dan pembelajaran kimia (elektrolisis) berasaskan web berjaya dibangunkan bertujuan untuk menyediakan satu kaedah pembelajaran interaktif bagi memenuhi keperluan guru dan pelajar kimia tingkatan empat di sekolah. Elemen-elemen seperti grafik, animasi, warna dan hiperteks digunakan di dalam perisian untuk mewujudkan keadaan yang sebenar proses elektrolisis yang berlaku. Perisian pengajaran dan pembelajaran ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 4.0. Grafik dan animasi dibangunkan dengan menggunakan perisian tambahan seperti Macromedia Flash 4.0 dan Ulead 3D. Perisian ini dibangunkan dalam tiga fasa (a) Fasa pertama ialah menganalisis masalah pengajaran dan pembelajaran kimia (elektrolisis) melalui temubual dengan seorang guru yang mempunyai pengalaman mengajar kimia selama sembilan tahun (b) Fasa kedua ialah mereka bentuk perisian yang memenuhi keperluan dan objektif pembelajaran elektrolisis dan (c) Fasa ketiga ialah pelaksanaan perisian bagi membolehkan pelajar menggunakan laman web bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini digunakan dan dinilai oleh tiga orang guru kimia dan lima orang pelajar tingkatan empat dari sekolah SMK Za’aba Kuala Pilah. Hasil dari penilaian didapati semua guru dan pelajar bersetuju bahawa perisian bagi tajuk elektrolisis yang dibina didapati sesuai dan boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aperisian pengajaran dan pembelajaran berasaskan web boleh diguna pakai untuk kaedah pembelajaran interaktif di kalangan pelajar tingkatan empat.





WEB-BASED COURSEWARE FOR THE TEACHING

AND LEARNING OF CHEMISTRY (ELECTROLYSIS)





ABSTRACT





A teaching and learning of chemistry (electrolysis) software based on the web was successfully developed with the aim of providing an interactive learning method in order to fulfils the needs of form four chemistry teachers and students in schools. Elements such as graphics, animation, colour and hypertext were used in the software to simulate the process of electrolysis. This teaching and learning software was developed using the Macromedia Dreamweaver 4.0 software. The graphics and animation were developed using additional software namely Macromedia Flash 4.0 and Unlead 3D. the software was developed in three phases; a) Phase one was analysing the problems in the teaching and learning of chemistry (electrolysis) through an interview with a teacher who had nine years of experience in teaching chemistry, b) Phase two was designing a software that would fulfils the needs and objectives of the learning of electrolysis and c) Phase three was using the software to allow students to use websites for the purpose of teaching and learning. The software was used and evaluated by three chemistry teachers and five form four students from SMK Za’aba Kuala Pilah. The result of the evaluation showed that all the teachers and students agreed that the developed software for electrolysis was suitable and can create an interactive learning environment. The implications of this study showed that a teaching and learning software based on the web can be utilised as an interactive learning method among form four students.



[Kembali ke atas (back)]







PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

“BERIMAN KEPADA RASUL”

(Penyelia : Dr. Abdul Halim Tamuri)





178 (2003)

ZAINAH RAMLI

FAKULTI PENDIDIKAN





ABSTRAK



Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer (PBK) bertajuk “Beriman Kepada Rasul” adalah sesuai untuk mata pelajaran Pendidikan Islam menengah rendah. Tujuan perisian ini dibina ialah untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya bertajuk “Beriman Kepada Rasul”. Perisian ini dibangunkan menggunaan perisian Front Page 2000. penggunaan teknologi multimedia telah digabungkan di dalam perisian ini seperti teks, animasi, grafik dan bunyi untuk menghasilkan perisian yang berkesan, menarik, bersifat interaktif dan mesra pengguna. Isi kandungan perisian adalah disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendekatan Pengajaran Berbantu Komputer (PBK) ini menggunakan kaedah tutorial, pandang dengar (audio visual), ulangan, bercerita-cerita teladan dan latih tubi. Reka bentuk pembangunan perisian pula menggunakan model ASSURE. Penilaian penggunaan perisian ini telah dijalankan ke atas dua golongan sasaran utama iaitu guru dan murid di sekolah pengkaji bertugas iaitu di daerah Sepang, Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa perisian ini adalah sesuai dijadikan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam dan juga sebagai bahan pengayaan dan pengukuhan. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk membina perisian yang lebih baik kepada pembangun-pembangun perisian di masa akan datang.





A COMPUTER ASSISTED SOFTWARE DESIGNED FOR LEARNING

AND TEACHING ENTITLED “BERIMAN KEPADA RASUL”

(FAITH AND PROPHET)





ABSTRACT



A computer Assisted Software designed for learning and teaching entitled “Beriman Kepada Rasul” (Faith in Prophet) was suitable for Islamic Study at Lower Secondary School . The purpose of the software was to gain interest of students in learning the subject specifically related in having faith in the prophet. The software was developed using Front Page 2000 software based on ASSURE model. This teaching tool was using a tutorial approach via intensive visual and listening session, drill and stories in good deeds. The evaluation of the software was done on two target groups namely teacher and students at Sepang, Selangor. The result showed that the software was suitable as a teaching aid to enrich and consolidate Islamic knowledge. A few suggestions were offered to future software designers in producing better software.



[Kembali ke atas (back)]



PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA:

KOMPONEN KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS

TINGKATAN SATU (THE LAKE ISLE OF INNISFREE)

(Penyelia : Encik Mohd. Arif Hj. Ismail)



179 (2003)

ZURAIDA YUSOF

FAKULTI PENDIDIKAN





ABSTRAK





Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan dan menilai satu perisian multimedia interaktif berbentuk tutorial bagi pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Bahasa Inggeris tingkatan satu. Tajuk yang dipilih ialah satu daripada tiga puisi bagi tingkatan satu iaitu “The Lake Isle of Innisfree” oleh William Butler Yeats. Perisian ini dibina menggunakan alat pengarangan “Macromedia Authorware 5.0”. Beberapa aspek diberi perhatian dalam membangunkan perisian kursus ini seperti isi kandungan, pedagogi dan aspek-aspek teknikal. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik dijadikan instrumen kajian. Soal selidik ini telah diubahsuai daripada borang soal selidik yang digunakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan bagi menilai perisian yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan menggunakan skala likert 4 poin; skor 1 bagi `Tidak Memuaskan’, skor 2 bagi `Kurang memuaskan’, skor 3 bagi `Memuaskan’ dan skor 4 bagi `Sangat memuaskan’. Satu ujian rintis telah dilakukan ke atas instrumen kajian untuk menguji kesahihan instrumen sebelum kajian sebenarnya dijalankan. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi bagi instrumen kajian ini adalah 0.8643. Bagi penilaian sumatif, responden kajian (sampel penilai) yang menilai perisian ini adalah terdiri daripada sepuluh orang guru SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (lima orang guru Bahasa Inggeris, penyelaras pusat sumber sekolah, penyelaras Bestari/IT dan tiga guru kanan mata pelajaran Bestari) dan sembilan orang pegawai daripada pasukan pembangunan perisian multimedia bahagian Pahang (tujuh orang pegawai PKG dan dua orang pegawai PSPN). Data yang diperolehi telah dianalisa menggunakan perisian SPSS 10.0 for Windows. Statistik deskriptif digunakan dalam menilai data perisian multimedia yang dibangunkan ini. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya perisian ini adalah memuaskan dengan skor min adalah 3.4841 dan sisihan piawainya adalah 0.3353. Analisa deskriptif data juga menunjukkan setiap aspek dalam perisian ini adalah di antara julat `Memuaskan’ (3.00) dengan `Sangat memuaskan’ (4.00) di mana skor min aspek isi kandungan adalah 3.4649, skor min aspek pedagogi adalah 3.3947 dan skor min aspek teknikal adalah 3.5925. Diharap melalui kajian ini, bilangan perisian multimedia terutamanya dalam komponen kesusasteraan Bahasa Inggeris dapat membantu memperbanyakkan dan memperkembangkan kaedah pengajaran pembelajaran Bahasa Inggeris secara PBK di sekolah-sekolah di Malaysia .





DEVELOPMENT AND EVALUATION OF MULTIMEDIA

COURSEWARE : THE FORM ONE ENGLISH LANGUAGE

LITERATURE (THE LAKE ISLE OF INNISFREE)





ABSTRACT





The purpose of this research is to develop and evaluate a tutorial interactive multimedia courseware in teaching and learning form one English Literature. The chosen topic for this courseware was one of the poems in form one English Literature syllabus which was “The Lake Isle of Innisfree” by William Butler Yeats. The courseware was developed using Macromedia Authorware 5.0. Some aspects like contents, pedagogy and technical aspects had been heeded in d eveloping this courseware. This is a quantitative research using questionnaires as the research instrument whereby this instrument had been modified from Educational Technology Department’s (BTP) questionnaires. The four point likert scale used were score 1 as `Not satisfactory’, score 2 as `Less satisfactory’, score 3 as `Satisfactory’ and score 4 as `Very satisfactory’. One pilot test was carried out to measure the validity of the instrument before conducting the real research. The Alpha Cronbach value of 0.8643 showed the instrument was valid to be used. Summative evaluation was conducted to evaluate the courseware in the aspects of contents, pedagogy and technical aspects. Those involved in this evaluation were ten SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang teachers (five English teachers, resource center coordinator, IT/BESTARI coordinator and three senior BESTARI teachers); and nine officers from Pahang multimedia courseware development team (seven officers from PKG and two officers from PSPN). Data collected was analyzed using SPSS 10.0 for Windows. Descriptive statistics was used to measure the data. The research findings showed the developed courseware was satisfactory with a mean value of 3.4841 and a standard deviation value of 0.3353. The descriptive analysis also showed each of the aspects evaluated was between “Satisfactory” (3.00) and “Very satisfactory” (4.00) with a mean value for contents was 3.4649, a mean value for pedagogy was 3.3947 and a mean value for technical aspects was 3.5925. With this research, hopefully it will help increasing the number of multimedia courseware especially in the English Literature; thus teachers will have more materials to vary their method of teaching in English literature using Computer – Aided Instruction (CAI)/Computer – Aided Learning (CAL).



[Kembali ke atas (back)]





PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM

MATA PELAJARAN MATEMATIK DI SEBUAH

SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES

(Penyelia : Dr. Ramlee Mustapha)





181 (2003)

FARIDAH HANIM OMAR

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pembelajaran koperatif di kalangan guru matematik di sebuah sekolah menengah. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan sebagai kaedah kajian. Secara spesifik kajian ini meneroka faktor-faktor yang mendorong guru matematik mengamalkan pembelajaran koperatif di samping mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Kekerapan dan strategi serta penerapan elemen-elemen pembelajaran koperatif juga dikesan dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru matematik perempuan yang berpengalaman. Dapatan kajian ini menunjukkan lima faktor yang mempengaruhi guru matematik mengamalkan pembelajaran koperatif iaitu pelajar, guru, kemudahan fizikal, kumpulan sokongan dan budaya sekolah. Tujuh masalah yang telah dikenal pasti menyulitkan pelaksanaan pembelajaran koperatif adalah pelajar, guru, masa, sumber pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, latihan dan kandungan pelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru matematik mempunyai pengetahuan yang sederhana mengenai pelaksanaan pembelajaran koperatif di dalam kelas masing-masing. Antara strategi dan kaedah yang kerap digunakan oleh mereka ialah kaedah berstruktur, Jigsaw dan Teams-Games-Tournaments. Hampir kesemua elemen dalam pembelajaran koperatif diterapkan dalam pengajaran kecuali kemahiran sosial dan refleksi kumpulan.





THE IMPLEMENTATION OF COOPERATIVE LEARNING

IN MATHEMATICS AT A SECONDARY

SCHOOL : A CASE STUDY

ABSTRACT


The purpose of this qualitative study was to explore the implementation of cooperative learning among secondary mathematics teachers. A case study method was utilized in this study. Four experienced mathematics teachers from a secondary school that implements cooperative learning were chosen as subjects for the study. The data obtained was analyzed using the narrative method from the in-depth interviews. Additional data was collected through observations and document analysis. Five main factors that were found to influence the teachers in using cooperative learning methods are their students, the teachers themselves, facilities, support group and the school culture. Problems that hindered the implementation of cooperative learning as cited by the teachers were the students, teachers, time constraints, teaching and learning resources, classroom management, training and curriculum content. The findings of the study also showed that the teachers were capable of implementing some of the techniques in cooperative learning. They often use the structural approach, Jigsaw and Teams-Games-Tournaments in their classrooms. The teachers were found to structure their lessons with the basic elements already incorporated in the techniques except the social skills and the group processing.



[Kembali ke atas (back)]



LAMAN WEB GUNUNG BERAPI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3 :

PEMBINAAN SUMBER P&P GEOGRAFI DALAM TALIAN

(Penyelia : Cik Aidah Abdul Karim)





183 (2003)

AFIZAH MD. KHALID

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA







ABSTRAK




Perkembangan teknologi maklumat telah memberi kesan kepada bidang pendidikan di Malaysia . Penggunaan komputer, Internet dan pelbagai perisian multimedia telah mula diserapkan sebagai salah satu media pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dalam usaha memperluaskan lagi konsep sekolah bestari. Selaras dengan itu, pengkaji cuba mengetengahkan persoalan kajian iaitu bagaimana untuk membangunkan Laman web Gunung Berapi yang mengikut huraian sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 3. Selain itu, pembangunan laman web ini bertujuan untuk membanyakkan lagi sumber pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk multimedia yang menggabungkan unsure teks, grafik, animasi, audio dan video. Metodologi kajian ini melibatkan empat fasa berdasarkan model sequential linear iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Sehubungan itu juga, pengkaji menggunakan Mocrosoft Frontpage 2000 untuk membangunkan laman web Gunung Berapi ini dan disokong dengan beberapa perisian lain. Isi kandungan laman web ini juga disusun mengikut huraian sukatan Geografi Tingkatan 3. Secara umumnya, hasil daripada dapatan kajian, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dilihat dari sudut pendidikan dan teknikal. Kekuatan laman web Gunung Berapi ini dilihat dari sudut pendidikan ialah ciri-ciri interaktif yang membolehkan pelajar meneroka laman web ini dengan mudah mengikut kehendak mereka pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Di samping itu juga, gabungan unsure multimedia seperti teks, warna, grafik, audio dan video memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar. Kelemahan dalam laman web ini dilihat dari sudut pendidikan ialah isi kandungannya hanya memaparkan maklumat sahaja tanpa latihan pengukuhan bagi pelajar menilai sejauhmana pemahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari. Namun, kekuatan dan kelemahan ini diharapkan akan dapat dijadikan panduan oleh pengkaji untuk membangunkan laman web yang lebih mantap lagi pada masa depan. Penghasilan laman web ini diharapkan dapat memberi satu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan pelajar di samping menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi.





GEOGRAFI ONLINE TEACHING AND DEVELOPMENT :

VOLCANO WEBSITE FOR FORM THREE STUDENTS





ABSTRACT


The development of Information Technology has influenced education in Malaysia . The use of computers, the Internet and various multimedia software has further enhanced efforts in widening the scope and the concept of smart school in Malaysian context. Bearing the above considerations in mind, the researcher has aspired to the following proposal which is the development of The Valcano Website in accordance with the Form Three Geography Syllabus, to further enrich and enhance existing sources of multimedia educational tools, which of necessity combines textual and graphical elements with animation involving audio video composites. The methodology of this research is based on the four phases of the linear sequential model involving analysis, design, application and assessment and the researcher has used Microsoft Frontpage 2000 and various related software to further develop The Volcano Website. The contents has been arranged accordingly to conform with the Form Three Geography Syllabus. In general, there are strengths and weaknesses in this website from an educational and technical viewpoint, based on results obtained during the course of research. The strength of the Volcano Website from the educational viewpoint are the interactive factors which enable students to explore the website easily at their own convenience and at anytime they feel appropriate. The combination of multimedia elements such as texts, colors, graphics, audio and video, also creates a new experience for the students. The weakness of this website from the educational viewpoint is that the content only shows information without any exercises to help students evaluate their understanding of the topic that they are learning. The researcher hopes that these strengths and weaknesses to be of some guidance towards developing more complete website in the future. It is also hoped that the present work has contributed towards creating an educational environment which is more exciting besides attracting students’ interest toward Geography as a subject.



[Kembali ke atas (back)]







KESAN PENGAJARAN KOMPUTER DISEPADUKAN BAHASA

INGGERIS TERHADAP PENCAPAIAN BAHASA INGGERIS

DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER

DI SEKOLAH RENDAH

(Dr. Abd. Razak Habib)





184 (2003)

BUSHRO ALI

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pengajaran komputer disepadukan Bahasa Inggeris ke atas pencapaian Bahasa Inggeris dan sikap pelajar terhadap penggunaan komputer di sekolah rendah. Seramai 105 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah pengajaran komputer disepadukan Bahasa Inggeris (PKSI) terdiri daripada 47 orang pelajar sementara kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah biasa terdiri daripada 58 orang pelajar. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor. Ujian pencapaian dan soal selidik sikap telah digunakan sebagai alat kajian. Kajian ini mendapati pencapaian pelajar yang mengikuti kaedah PKSI adalah lebih baik daripada kaedah biasa. Kajian ini juga mendapati pencapaian pelajar yang berkeupayaan rendah adalah sama dengan pelajar yang berkeupayaan tinggi. Selain itu, sikap pelajar terhadap komputer telah bertambah baik setelah pelajar didedahkan dengan kaedah pengajaran komputer disepadukan Bahasa Inggeris. Pelajar yang berkeupayaan tinggi didapati mempunyai sikap yang lebih positif terhadap komputer setelah sesi pengajaran dilakukan. Kajian ini juga mendapati, sikap pelajar terhadap perisian yang digunakan dalam kajian ini adalah pada tahap yang tinggi di mana pelajar sangat bersetuju bahawa perisian ini memberikan banyak latihan dan penilaian markah terus, pelajaran yang sampaikan teratur seperti seorang guru, perisian ini menarik dan merangsang minat mereka untuk belajar dan perisian ini dilengkapi dengan muzik, teks, grafik dan gambar yang menarik. Pelajar juga sangat menyukai proses pengajaran komputer disepadukan Bahasa Inggeris kerana mereka dapat menguasai banyak maklumat tentang pelajaran ini dengan menggunakan komputer. Adalah diharapkan kaedah PKSI dapat diperluaskan penggunaannya di seluruh sekolah yang merangkumi semua tahap pelajar. Perisian yang terdapat di pasaran hendaklah sentiasa dipantau supaya menepati ciri-ciri perisian yang baik dan dapat menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.





THE EFFECTS OF COMPUTER INTERGRATED LEARNING IN ENGLISH

ON STUDENT’S ACHIEVEMENTS IN ENGLISH AND ATTITUDES

TOWARDS COMPUTER USAGE IN PRIMARY SCHOOL





ABSTRACT


The purpose of this study was to examine the effect of integrating English in the teaching and learning of computer on student’s achievements in English and attitudes towards computer usage in primary school. The study involved 105 students from Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor. The experimental and control groups consisted of 47 students and 58 students respectively. The study was conducted in Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor. Achievement test and questionnaires were used as the instrument. The study found that the achievement of the experimental group was better than the control group. This study also found that there was no difference between the achievement of the high achievement group and the low achievement groups. The students’ attitudes towards computers also changed after using the computer. The high achievement groups had shown positive attitude towards computers after the learning process. This study also found that the students have shown a positive attitude towards the software because it gave plenty of tests and the marks were given on the spot. The lessons were like being taught by a teacher. The software was also interesting and it developed student’s interest to learn. Besides, the software has music, text, graphics and interesting pictures. The students like the learning process because they can get losts of information about the subject. It is hope that this method of learning can be implemented at all levels in school. The Ministry of Education should check the contents of the software in the market so that it can attract the student’s interest and increase their performance.



[Kembali ke atas (back)]





KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN HELAIAN

HAMPARAN (PPH) DENGAN PROGRAM EXCEL DAN

PERISIAN BERBANTUKANKOMPUTER (PBK) DALAM

PEMBELAJARAN FIZIK
(Penyelia : Dr. Kamisah Osman)





187 (2003)

NOR LIYA ISMAIL



ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian helaian hamparan (PPH) dengan program Excel dan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) berbanding dengan kaedah konvensional dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran fizik. Keberkesanan merujuk kepada persepsi pelajar terhadap penggunaan PPH dengan program Excel dan perisian PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga pencapaian akademik pelajar. Satu kajian telah dijalankan terhadap 96 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. Set soal selidik yang berbeza digunakan untuk mengukur persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan PPH dengan program Excel dan keberkesanan penggunaan perisian PBK. Manakala satu set ujian sumatif digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk factorial (3x2x2) di mana faktor pertama mengandungi aspek kaedah pengajaran, faktor kedua mengandungi aspek jantina dan faktor yang ketiga mengandungi aspek jenis soalan (kognitif tinggi dan kognitif rendah). Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik diskriptif untuk melihat kekerapan, peratusan, purata dan sisihan piawai, sementara statistik inferensi yang melibatkan analisis varians untuk menguji hipotesis pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya, pelajar kumpulan PHH menunjukkan persepsi yang positif terhadap penggunaan PHH dalam pembelajaran Fizik, begitu juga dengan pelajar kumpulan PBK, tetapi dengan peratus persetujuan yang lebih rendah. Seterusnya hasil kajian mendapati penggunaan ICT dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Fizik, di mana skor min kumpulan pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran menggunakan PHH dengan program Excel (62.4) dan menggunakan perisian PBK (60.0) adalah lebih baik berbanding dengan kaedah konvensional (52.4). Didapati juga skor min soalan kognitif tinggi kumpulan PHH dengan program Excel (67.50) dan perisian PBK (61.25) adalah juga lebih baik berbanding dengan kaedah konvensional (55.53). Disarankan agar guru-guru, pihak pengurusan pendidikan dan pihak pentadbiran sekolah mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mempertingkatkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.



THE EFFECTIVENESS OF USING SPREADSHEET COURSEWARE

IN EXCEL PROGRAM AND COMPUTER ASSISTED LEARNING

COURSEWARE IN LEARNING PHYSICS



ABSTRACT





This research is aimed to observe the effectiveness of spreadsheet courseware in Excel program and Computer Assisted Learning (CAL) courseware in teaching and learning process of Physics, compared to the conventional method. Effectiveness is referred to student’s perception towards the use of spreadsheet courseware and CAL courseware in teaching and learning process and also in students’ academic performance. A study was conducted on 96 form four students of Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. Different sets of questionnaires were used to evaluate student’s perception toward the effectiveness of using spreadsheet courseware and CAL courseware. A set of summative test was used to evaluate students academic performance. Factorial design (3x2x2) was used in this study. The first factor consists of teaching techniques, second factor is the gender aspect and third factor is the types of questions (low and high cognitive level). Two different statistics were used, descriptive statistics that shows the frequency, percentage, means and standard deviation and inferential statistics that uses variant analysis to test the hypotheses at 0.05 significant level. The result as a whole shows that students using spreadsheet courseware responded positively towards usage of spreadsheet in learning Physics, the same goes with students using CAL courseware, but with a lower degree of acceptance. The study also revealed that ICT usage could increase effectiveness in Physics’ teaching and learning process. Mean scores of students’ using spreadsheet courseware is 62.4 and those using CAL courseware is 60.0 respectively. These are better compared to conventional method that has the mean score 52.4. The findings also showed that mean scores of high cognitive questions for students’ using spreadsheet courseware (67.50) and CAL couserware (61.25) is better compared to the students’ using conventional method (55.53). It is suggested that teachers, educational and school administrators to be more pro-active on increasing ICT usage in the teaching and learning process in schools especially in subjects such as Science and Mathematics.



[Kembali ke atas (back)]



AN EVALUATION OF A SELECTED

MALAYSIAN-BASED ESL WEB SITE

196 (2003)

AZMI ABDUL LATIF

FAKULTI PENDIDIKAN

(Penyelia : Dr. Mohd. Amin Embi)



ABSTRAK





This study is designed to investigate learners’ and teachers’ perception of the criteria of a credible ESL Web site and of a Malaysian-based ESL Web site known as E-Learn in terms of its i) reliability ii) user-friendliness iii) interactivity iv) attractiveness v) usefulness and v) suitability. Besides, the study also investigates the teachers’ and learners’ perception of the main components of the chosen Web site which is also an online learner-training model. A total of 80 learners and 15 teachers from two schools in the state of Negeri Sembilan responded to a self-report questionnaire. The questionnaire comprises of three parts. Part A contains items that generally ask about the respondents’ background and familiarity with the use of Internet and WWW. The items are also designed to find out their experience and opinion about Web site evaluation. Part B containts 40 Likert-scale items that guide respondents to evaluate the reliability, user-friendliness, interactivity, attractiveness, usefulness and suitability of E-Learn. Part C contains 15 Likert-scale items that guide respondents to evaluate the components of E-Learn. A descriptive statistic using frequency count and mean score is used in analysing the collected data. Analysis of responses from the teachers and students shows that the respondents agree that a credible ESL Web site should possess certain criteria such as accuracy of content, correctness of spelling and grammar, use of easy of understand English language and so on. Furthermore, the teachers also find that E-Learn is reliable (mean=2.10), user-friendly (mean=2.11), interactive (mean=2.34), attractive (mean=2.11), useful (mean=1.85) and suitable (mean = 2.12). The students, on the other hand, show positive responses to all the features of the online model except the `interactivity’ aspect in which they show slight uncertainty about it (mean = 2.56). Finally, the r espondents also show positive reactions towards all E-Learn components.





ABSTRAK





Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar dan guru terhadap kriteria pada sesuatu laman Web ESL berkredibiliti serta persepsi mereka terhadap sebuah laman Web ESL yang dikenali sebagai E-Learn. Persepsi terhadap laman Web berkenaan dilihat dari aspek i) kebolehpercayaan, ii) mesra pengguna, iii) interaktif, iv) menarik, v) kemanfaatan dan v) kesesuaian. Kajian ini juga melihat persepsi guru dan pelajar terhadap komponen utama pada laman Web berkenaan yang merupakan sebuah model `latihan belajar’ atas talian. Seramai 80 pelajar dan 15 guru dari dua sekolah di Negeri Sembilan telah dipilih sebagai responden kajian. Borang soalselidik mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mempunyai item yang secara umumnya menyentuh tentang latarbelakang responden dan tahap kebiasaan mereka dalam menggunakan Internet dan WWW. Item-item dalam bahagian ini juga digunakan untuk mengetahui pengalaman dan pendapat responden mengenai penilaian laman Web. Bahagian B pula mengandungi 40 item skala Likert yang membantu responden menilai aspek-aspek kebolehpercayaan, mesra pengguna, interaktif, menarik, kemanfaatan, dan kesesuaian pada E-Learn. Bahagian C pula mengandungi 15 item skala Likert yang membantu responden untuk menilai komponen-komponen utama pada E-Learn. Statistik deskriptif yang menggunakan pengiraan frekuensi dan skor min digunapakai dalam menganalisis data. Analisis ke atas respon daripada guru dan pelajar mendapati responden bersependapat bahawa sesuatu laman Web ESL yang berkredibiliti seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti ketepatan isi, ketepatan ejaan dan tatabahasa, penggunaan Bahasa Inggeris yang mudah dan lain-lain lagi. Respon daripada guru juga menunjukkan bahawa E-Learn merupakan sebuah laman Web yang mempunyai ciri-ciri i) kebolehpercayaan (min = 2.10), ii) mesra pengguna (min = 2.11), iii) interaktif (min = 2.34), iv) menarik (min = 2.11), v) bermanfaat (min = 1.85) serta v) kesesuaian (min = 2.12). Para pelajar juga menunjukkan respon positif ke atas semua aspek pada model atas talian ini kecuali aspek `interaktif’ di mana mereka menunjukkan rasa sedikit kurang pasti terhadap ciri berkenaan (min = 2.56). Akhir sekali, responden juga menunjukkan reaksi positif terhadap semua komponen E-Learn.





[Kembali ke atas (back)]



PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN

KURSUS MULTIMEDIA MENGGUNAKAN

PERISIAN PENGARANGAN COMIL BAGI

SUBJEK PENGAJIAN AM BERTAJUK

“YANG DIPERTUAN AGONG”

(Penyelia : En. Mohd. Jasmy Abd. Rahmn)

197 (2003)

MOHD AZMAN MOHD AKHIR

FAKULTI PENDIDIKAN





ABSTRAK





Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kesesuaian dan kebolehgunaan perisian kursus multimedia bertajuk “Yang Di Pertuan Agong” dalam subjek Pengajian Am STPM. Perisian kursus telah dibangunkan menggunakan Perisian Pengarangan ComIL Zamrud 2 dan berdasarkan Model Reka Bentuk Hannafin Peck dan Model ASSURE. Perisian ini berbentuk tutorial dengan memuatkan imej, grafik, teks, audio, animasi dan video di dalamnya. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik Skala Likert 5. Sampel kajian adalah 80 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah di SMK Telok Datok dan SMK Sungai Manggis, Banting, Selangor. Terdapat juga 30 orang pakar yang terdiri daripada 5 orang pakar perisian di MIMOS BERHAD, 5 orang pensyarah komputer di UKM, 4 orang guru komputer dan 8 orang guru pakar mata pelajaran Pengajian Am dan 8 agensi swasta. Data terkumpul dianalisa menggunakan perisian SPSS (ver 11.0). Ujian Rintis telah dilakukan ke atas semua item yang terdapat di dalam soal selidik Set Satu dan Set Dua dengan nilai `Alpha Cronbach’ . 9497 dan .9312. Analisa data deskriptif pula menunjukkan perisian kursus ini mendapat reaksi yang baik, positif dan diterima dalam semua aspek. Nilai min bagi penilaian pelajar dalam aspek isi kandungan 4.28, aspek kepuasan hati pelajar 4.24, aspek rekabentuk persembahan 4.08, aspek rekabentuk interaksi 4.28 dan aspek teknikal 3.96. Nilai min bagi penilaian pakar pula dalam aspek isi kandungan 4.16, aspek rekabentuk persembahan 4.15, aspek rekabentuk interaksi 4.28, aspek teknikal 3.97, aspek rekabentuk strategi pengajaran 4.21 dan aspek dokumentasi 4.07. Didapati aspek rekabentuk interaksi mempunyai nilai min tertinggi dan aspek teknikal yang terendah. Hasil dapatan Ujian-t pula membuktikan tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dari segi penilaian perisian dalam aspek kepuasan hati antara pelajar yang mempunyai komputer di rumah dan antara pelajar yang ada pengetahuan tentang Sistem ComIL





DEVELOPMENT AND EVALUATE A MULTIMEDIA

COURSE SOFTWARE IN GENERAL KNOWLEDGE

SUBJECT USING COMIL AS AN AUTHORING TOOLS

TITLE “YANG DI PERTUAN AGONG”





ABSTRACT





This research attempts to develop and evaluate a multimedia course software. The title of this tutorial software is “Yang Di Pertuan Agong” and is use in “Pengajian Am” or General Knowledge subject in Lower Six’s Form. This course software which is develop using ComIL Zamrud 2 as an authoring tools and are base on Hannafin & Peck and ASSURE Model, Image, graphic, texts, audios, animations and videos are presented in this course software. The research is quantative using observation method with 5 point Likert scale questionnaires as research instrument. The respondents of the questionnaires comprised of 80 Lower Six’s student from two different school which are SMK Telok Datok and SMK Sungai Manggis, Banting, Selangor. Also involve are 30 experts which are 5 from MIMOS BERHAD, 5 UKM computer lecturers, 4 computer teachers, 8 subject teachers and 8 privite agencies. Data collected was analyzed using SPSS (ver 11.0) for Windows. Before the real observation was carried out a temporary survey on 2 sets of questionaires was tested with a Alpha Cronbach of .9497 and .9312. The descriptive data showed that the course software is suitable and has a satisfaction in all aspect tested. Descriptive statistics for students evaluation showned a mean value of 4.28 for content, 4.24 fro students satisfaction. 4.08 for presentation design, 4.28 for interactive design and 3.97 for technical aspect. The descriptive statistics for experts evaluation showned a mean value of 4.16 for content, 4.15 for presentation design, 4.21 for teaching strategies, 4.28 for interactive design, 3.97 for technical aspect and 4.07 for documentation aspect. The t-test result also showned that there was no significant in the satisfaction aspect students having computers at home or have knowledge in ComIL System.



[Kembali ke atas (back)]



P409. Suriani Shaari – Ustaz Shahrin Awaludin

SATU kajian tentang pembentukan akhlak pelajar menurut pandangan Imam al-Ghazali.



Abstrak



Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau aspek-aspek dan ciri-ciri pembentukan akhlak serta pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam membentuk akhlak pelajar. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu kajian perpustakaan dengan membuat rujukan daripada hasil-hasil karya penulisan Imam al-Ghazali dan rujukan bahan penulisan yang berkaitan dengan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa akhlak menurut Imam al-Ghazali adalah sesuatu tindakan atau perbuatan yang lahir dari keadaan dalaman (rohani) seseorang. Sesuatu perbuatan atau tingkah laku hendaklah dilakukan secara berterusan sehingga menjadi satu kebiasaan dalam diri seseorang. Manakala pembentukan akhlak pula adalah proses mengubah sifat daripada yang buruk kepada sifat yang baik. Akhlak terhadap Allah dan Rasul, akhlak terhadap ibu bapa, akhlak terhadap guru dan akhlak terhadap kehidupan seharian merupakan aspek-aspek utama pembentukan akhlak pelajar. Manakala kesopanan dan kesederhanaan, kesopanan dan disiplin dalam pergaulan, menjauhi perbuatan tercela dan mempelajari syariat agama Islam adalah ciri-ciri pembentukan akhlak yang ditekankan oleh beliau. Hasil kajian juga telah mendapati tiga pendekatan utama telah dianjurkan iaitu kaedah latihan, kaedah pemerhatian dan pergaulan dan kaedah muhasabah diri. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan idea dan cadangan kepada pihak-pihak tertentu termasuk pelajar sendiri, ibu bapa, guru dan masyarakat untuk menangani masalah kemerosotan akhlak di kalangan pelajar hari ini. Justeru, usaha untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia akan tercapai selaras dengan matlamat utama Pendidikan Islam.





A STUDY on students’ moral development according to Imam Al-Ghazali



Abstract



The purpose of this research is to study the concept of students’ moral development as perceived by Imam al-Ghazali. This study also looks into aspects and features of moral development including approaches that are applicable in developing students’ moral values. This is descriptive in nature, that is, via library research, particularly through the writings of Imam al-Ghazali and other pertinent literature related to the study. The study shows that a moral value according to Imam al-Ghazali is an action or a deed born from an individual’s spiritual condition. Any action or deed must be practiced continuously until it eventually becomes intrinsic and an integral part of the individual. The moulding of moral values is a process of changing student’s behaviour for the better. The main aspects in the development of students’ moral value consist of relationship, which include that of the students and Allah and His Messenger, his parents, his teachers and his daily life. Among the features of moral development that is emphasized by Imam al-Ghazali are politeness and moderation, politeness and discipline in interaction with others, staying away from unsavoury deeds and learning the tenets of the religion. The findings of this study reveals three main approaches recommended, that is, exercise, observation and interaction, and self-evaluation. It is hoped that this finding will be of value to those concerned in helping to generate ideas and giving suggestions to students, parents, teachers and the community at large in handling the problem of deteriorating moral values among the students of today. Thus, the endeavour to produce students with strong moral fibre will be successful, in line with the main objective of Islamic Education.







P22. Janudin Awang (Tiada dalam simpanan)

KEKERAPAN penggunaan teknologi pendidikan oleh tenaga pengajar di sekolah menengah dalam kem angkatan tentera



- tiada abstrak



[Kembali ke atas (back)]



P25. Kamarudin A. Bakar (Penyelia : Puan Faridah Abd. Manaf)

SATU penerbitan video mengenai sistem pengelasan perpuluhan dewey (SPPD)



Abstrak



Video yang dihasilkan ini adalah bertajuk Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (SPPD). SPPD ini merupakan salah satu daripada sistem pengelasan bahan-bahan di Pusat Sumber atau Perpustakaan yang telah digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Tajuk video ini (SPPD) telah dipilih kerana penerbit mendapati belum ada lagi video berkenaan diterbitkan di mana-mana termasuk di Perpustakaan Negara Malaysia dan khususnya di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Jangka masa tayangan video ini adalah lebih kurang 17 minit. Video ini mengandungi penerangan tentang alat-alat yang diperlukan untuk mengelaskan bahan-bahan mengikut cara yang digunakan dalam SPPD dan cara-cara atau langkah yang perlu diikuti dalam proses mengelaskan bahan secara umum. Cara mengelaskan bahan mengikut SPPD di mana penerangan tentang senarai nombor yang digunakan dan beberapa contoh pengelasan buku telah diberi. Matlamat utama penghasilan video SPPD ini ialah untuk menjadi suatu bahan pengajaran kepada guru-guru pelatih khususnya yang mengambil kursus berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah, guru-guru Pusat Sumber, pembantu Pusat Sumber, dan mereka yang terlibat di dalam pengurusan Pusat Sumber. Selepas menonton video ini adalah diharapkan mereka akan dapat memahami SPPD dan berkemahiran serta berkeupayaan mengelas bahan-bahan di Pusat Sumber. Bersama-sama video ini disertakan penerangan lengkap dan langkah-langkah yang telah dilalui oleh penerbit dalam proses penghasilannya serta skrip sebagai panduan kepada penonton.



THE DEWEY decimal classification system (DDCS) a video production



Abstract





The title of this video is The Dewey Decimal Classification System (DDCS). The DDCS is one of the classification systems that is widely used in classifying resource materials in Resource Centres and Libraries. This topic (DDCS) was chosen because it has never been produced before, not even by the National Library of Malaysia or the Faculty of Eduction, Universiti Kebangsaan Malaysia . The duration of the video is approximately 17 minutes. This video contains information/knowledge necessary to classify library books and other materials found in libraries. The use of numbers and examples on the classification of books have been included. This video was produced primarily help tranee teachers (especially those who specialize in School Resource Centres). It is hoped that after viewing this presentation they would have skills to process materials in the Resource Centre. This video includes explanation of the script for production of the video.



[Kembali ke atas (back)]



P31. Nor Azan Hj. Mat Zin (Penyelia : Puan Faridah Abd. Manaff)

PANDUAN menggunakan sistem inventori Pusat Maklumat

- Tiada disertakan Abstrak


[Kembali ke atas (back)]



P32. Nor Azan Hj. Mat Zin (Penyelia : Puan Faridah Abd. Manaff)

PANDUAN menggunakan internet untuk pengajaran dan pembelajaran





Abstrak
Internet ialah satu rangkaian komputer global yang menggunakan teknologi telekomunikasi dan maklumat yang canggih bagi membolehkan perhubungan global antara manusia dan pencapaian maklumat terkini pada kadar segera. Sebagai sumber pendidikan, ia mempunyai banyak kelebihan termasuk membolehkan pembelajaran tersendiri serta melatih kemahiran berfikir dan kemahiran maklumat para pelajar. Pelbagai aktiviti pendidikan boleh dilaksanakan, sama ada aktiviti pengumpulan maklumat di mana pelajar mencari dan mencapai sumber-sumber pendidikan melalui Internet atau projek-projek kolaborasi di antara sekolah-sekolah dalam negeri atau di peringkat antarabangsa. Pengetahuan dan kemahiran menggunakan alat-alat Internet seperti e-mel, ftp, gopher, World Wide Web (WWW) dan lain-lain adalah pra-syarat kepada penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran.



A GUIDE to using the internet for teaching and learning

Abstract



Internet is a global network of computers that utilizes sophisticated telecommunications and information technologies to enable global communications between people and access to the latest information at a fast rate. As a source of education, it has many advantages such as enabling the advancement of self learning and the development of the thinking and information skills among students. Various educational activities can be carried out, information access activities whereby students search and retrieve educational resources on the Internet of collaborative projects between schools in a state or at international level. Knowledge and skills in using Internet tools such as e-mail, ftp, gopher, World Wide Web (WWW) and others are pre-requisites to using the Internet for teaching and learning.



[Kembali ke atas (back)]



P62. Hj. Kamarudin b. Hj. A. Bakar (Penyelia : Puan Faridah Abd. Manaff)

KEBERKESANAN Pusat Sumber Elektronik (Sistem Munsyi) dari persepsi guru Pusat Sumber



Abstrak



Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan Pusat Sumber Elektronik ( Sistem Munsyi ) dari persepsi guru Pusat Sumber. Tumpuan penyelidikan ialah untuk mengkaji tercapai atau tidak objektif Projek Rintis Pusat Sumber Elektronik ( PSE ) ini. Antara objektif projek PSE ini ialah untuk melahirkan guru dan pelajar yang celik komputer, guru dan pelajar yang berilmu dan bermaklumat, guru berupaya menghasilkan perisian untuk bahan pengajaran, guru dan pelajar dapat menyediakan dan mangimput maklumat serta data sekolah untuk disebarkan melalui internet, guru dan pelajar berupaya mengumpulkan maklumat melalui pencarian dalam internet dan menjalin hubungan yang rapat antara sekolah-sekolah projek untuk bertukar-tukar maklumat. Kajian cuba mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi oleh guru-guru yang terlibat dengan projek PSE ini. Kajian ini menggunakan 3 pendekatan untuk mendapatkan ata dan maklumat iaitu secara soalselidik yang dikirimkan kepada responden, temubual dan perbincangan melalui telefon. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang guru yang terlibat dalam pengendalian PSE di empat daripada 14 buah Sekoilah Menegah yang menjalankan projek PSE di seluruh Negara. Data yang diperolehi telah dianalisis dalam bentuk min dan peratus. Hasol utama kajian mendapati projek rintis Pusat Sumber Elektronik (Sistem Munsyi) belum mencapai sepenuhnya objektif yang ditetapkan. Beberapa masalah yang dihadapi oleh guru-guru penyelaras PSE. Antaranya ialah bilangan waktu mengajar yang banyak, guru terlibat dengan banyak tugas lain sekolah, jumlah komputer yang ada tidak dapat menampung pelajar yang ramai, gangguan talian untuk mengakses maklumat melalui internet yang kerap berlaku, peralatan PSE yang berkeupayaan rendah, kekurangan guru mahir dalam aspek penyelenggaraan komputer serta sistem maklumat dan masalah kewangan untuk menambah peralatan. Implikasi daripada masalah tersebut menyebabkan keberkesanan Projek Rintis PSE belum mencapai tahap yang diharapkan. Oleh yang demikian pihak-pihak yang terlibat menjalankan projek rintis PSE ini perlulah menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi bagi menjamin keberkesanannya.



THE effectiveness of the electronic resource center (Munsyi System) from the perception of the resource center teacher



Abstract

This research aims at revealing the effectiveness of Electronic Resource Centre (Munsyi System) from the resource teacher's perception. If focuses on investigating the successfulness of the desired Pioneer Project of Electronic Resource Centre's objectives. The objectives of Electronic Eesource Center (ERC) include generating teachers and students who are computer literate; knowleadgeable and informative; teachers who are able to produce software for teaching aids, able to provide input on school data and other information which will later be meant to be distributed through internet; able to retrieve information through internet search and to foster closer ties and exchange information between the project schools. This research also aims at identifying the obstacles encountered by the teachers involved in the operation of ERC project. This research adopts 3 approaches. Sending questionnaire to respondents, conducting interview and holding telephone converstion with some respondents. The respondents in this study are 40 ERC teachers who are involved and implementing the Electronic Resource Centre's Pioneer Project. They are from 4 out of 14 Secondary School who are implementing this ERC project nationwide. The data obtained is then analysed and converted into means and percentages. The feedback obtained, reveals that the desired objectives of ERC Pioneer Project are only partially achieved. Several setbacks are encountered by the ERC teachers. The setbacks are namely; teacher faces a heavy load of teaching hours; having to perform various duties and school activities, insufficient number of computers to meet the devasting number of students, inability to access information thorugh internet due to frequent line disturbance, lower capacities of ERC hardwares, scarcity of skilled teachers in the maintenance of computers, information sytem and financial problems in expanding the equipment. The impact from these setbacks thus causing the ERC Pioneer Project not achieving the set level of achievement. Hence, the parties involved in the operation of ERC Pioneer Project is required to do monitoring from time to time to identify closely the setbacks faced.



[Kembali ke atas (back)]



P88. Kamal Rusdi (Penyelia : Encik Warnoh Katiman)

PERSEPSI guru-guru Pusat Sumber terhadap kursus dalam perkhidmatan. Tinjauan di Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor





Abstrak





Kajian ini dijalankan ke atas 50 orang guru Pusat Sumber Sekolah di empat puluh buah sekolah rendah dalam Daerah Hulu Selangor. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi mereka terhadap lima aspek berkaitan pelaksanan program kursus yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia , Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. Aspek-aspek berkaitan dengan kursus yang dijadikan persoalan kajian ini ialah mengenai objektif latihan, perancangan dan pelaksanaan kursus, kurikulum kursus, suasana pembelajaran dan penilaian kursus. Maklumat di dalam kajian ini dikumpulkan secara tinjauan persepsi dengan menggunakan borang soalselidik di samping pengkaji memerhati dan melihat kesan kursus ini kepada peserta. Kajian ini mendapati bahawa aspek objektif latihan, perancangan dan pelaksanaan kursus, suasana pembelajaran dan penilaian kursus adalah penting dan berjaya. Pemerhatian pengkaji ke sekolah mendapati PSS telah mengalami banyak perubahan. Ini jelas menunjukkan guru PSS telah mengamalkan dan mengaplikasi kursus yang dihadiri. Guru PSS telah menunjukkan komitmen ke arah pengurusan PSS yang berkesan dan positif. Kursus ini telah berjaya membantu peserta dalam mengurus PSS. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian kecil daripada responden yang membuat persepsi yang melambangkan ketidakpuasan terhadap sebahagian daripada dimensi yang terdapat di dalam aspek perancangan kursus, kurikulum kursus dan penilaian kursus. Kajian ini mencadangkan kepada pihak pengurusan kursus agar dapat memberi perhatian dan seterusnya diambil tindakan terhadap beberapa perkara yang terdapat dalam dimensi perancangan kursus, kurikulum kursus serta menilai kembali borang penilaian kursus. Pengkaji mencadangkan guru-guru yang menghadiri kursus diselia dan dilihat hasil kerjanya di sekolah. penyeliaan hendaklah dibuat lebih kerap ke sekolah. Cara ini akan memperlihatkan PSS itu sentiasa beroperasi dan pengurusannya sentiasa kemas kini mengikut tatacara yang dikehendaki dalam kursus. Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa peka dalam menyelia PSS dan mengambil tindakan segera di atas kelemahan-kelemahan yang wujud. Sekiranya perkara negatif telah diatasi, maka usaha untuk membawa PSS yang berkesan dan berjaya. Guru-guru PSS hendaklah sentiasa menerima maklumat baru dan membuat perubahan dari masa kesemasa bagi menarik minat murid, guru dan pengguna lain menggunakan PSS. Ini akan membantu sekolah ke arah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan PSS yang berkesan.



PERCEPTION towards in service courses school resource centre teachers: a survey in primary schools in the district of Hulu Selangor



Abstract

This research was carried out on fifty teachers from School Resource Centre of fourthy primary schools in the District of Hulu Selangor. The main objective of the study about perceptions of the teachers regarding five aspects in the implementation of programme courses carried out by the Ministry of Education, State Education Resource Centres and the Hulu Selangor District Education Office. The related aspects of study are the course objectives, planning and course implementation, curriculum courses and evaluation were the main study of this case. Data was gathered using questionaires self-administreted learning environment and course evaluation. The research found that respondents perception towards course objective, training planning process, curriculum, learning environment and evaluation were important and successfully implemented. These courses have successfully helped respondents to managen the PSS. However, a minority of the respondents' revealed their dissatisfaction with some dimensions of the training planning process, curriculum and evaluation courses. The research recommended that course managers should place more emphasis on some dimensions of the training planning process, curriculum course and reevaluate the training evaluation. It is recommended that teachers who had attended the courses should evaluate their performance and work in school. This will help schools to improve their teaching and learning strategies and the effectiveness using of the PSS. School administrators should always be sensitive in the supervision of the Resource Centre. Immediate action must be taken over the existing weaknesses. If only the negative elements have been overcome, the effort of having an effective resource centre will be successful. Resource Centre teachers should from time to time receive have information and be able to make changes in order to attract students and teachers interest to use the resource centre. This will help schools towards the effective teaching and learning. Simultaneously the resource centre is also use effectively.



[Kembali ke atas (back)]



P129. Rabaishah Azirun (Penyelia : Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Noordin)

TAHAP penggunaan multimedia di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di Melaka Tengah, Melaka.





Abstract





Kajian ini merupakan kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan multimedia di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah di Melaka Tengah, Melaka. Antara aspek yang dilihat ialah tahap kesedaran terhadap penggunaan multimedia, pengetahuan tentang komputer, sikap terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan kekangan-kekangan yang dihadapi dalam penggunaan teknologi berkenaan. Tinjauan yang dilakukan menggunakan soal selidik terhadap 100 responden. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Pendidikan Islam sekolah menengah mempunyai kesedaran terhadap kepentingan penggunaan multimedia dalam pengajaran. Kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan menggunakan komputer tetapi pada peringkat yang paling asas. Mereka bersifat positif dan sedia menggunakan komputer dalam pengajaran sekiranya kemudahan tersebut dapat dibekalkan di sekolah-sekolah dengan bilangan yang lebih banyak. Melalui kajian ini beberapa tindakan boleh diambil untuk meningkatkan kemahiran berkomputer kepada mereka di antaranya dengan memperbanyakkan kursus-kursus kemahiran komputer seperti kursus intensif, bengkel dan sebagainya serta mereka perlu berusaha mengatasi halangan mental.





THE LEVEL of the use of multimedia among teachers who teach islamic eduction in secondary schools in the central district of Melaka.





Abstract





This survey reflects a research in the levels of the use of multimedia among teachers who teach Islamic Education in secondary schools in the Central District of Melaka. A cross-section of the aspects that were seen in regards to awareness of the use of the multimedia, computer literacy, attitudes towards the use of computer in teaching and the restriction that are faced in computer technology. This survey was carried out with a questionnaire to a 100 respondents. The analysis obtained from this survey reflects that teachers who teach Islamic Education in secondary schools are aware of the importance of using multimedia in their teaching. A majority possess computer literacy which is a very basic level. Their positive attitudes and readiness to use computer in the teaching and learning if every school is equipped with this facilities in abundance. As a result of this survey a number of actions could be taken to raise computer skills among which some of them could be to increase the number of courses in computer skills, intensive courses, workshops and similarly they need to work hard to upgrade and overcome mental blocks in this respect.



[Kembali ke atas (back)]





P131. Ramlah Abdul Aziz (Penyelia : Puan Puteh Mohamed)

PENGGUNAAN teknologi pendidikan di kalangan guru-guru geografi di daerah Muar



Abstrak





Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi. Fokus kajian ditumpukan kepada tiga aspek, iaitu tentang persepsi guru-guru Geografi terhadap kepentingan teknologi pendidikan, penggunaan teknologi pendidikan dan masalah penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi. Lima jenis media diberi tumpuan dalam kajian ini, iaitu komputer, internet, slaid, model dan OHP serta transparensi. Lokasi kajian adalah di dua puluh satu buah sekolah menengah di daerah Muar. Sejumlah 66 orang guru Geografi dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima terlibat dalam kajian. Kaedah kajian adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Program Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) atau Sistem Statistik Pukal Sains Sosial digunakan dalam menganalisis data. Data dianalisis dalam bentuk bilangan, peratusan dan min. Hasil analisis dari segi persepsi guru-guru terhadap kepentingan teknologi pendidikan, didapati guru-guru berpendapat teknologi pendidikan penting digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi. Ini didasarkan kepada hampir semua kenyataan dalam soal selidik mencapai skor min lebih daripada 4. Guru-guru juga berpendapat kelima-lima jenis media yang dikaji sesuai dan penting digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi. Analisis terhadap penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi pula, didapati skor min bagi setiap kenyataan dalam soal selidik mencapai skor min antara 1 hingga 3 sahaja. Ini menunjukkan skor min yang rendah. Dari segi penggunaan kelima-lima jenis media, didapati guru menggunakan lebih OHP dan transparensi, iaitu sebanyak 83.3%, diikuti oleh penggunaan model iaitu sebanyak 77.2%, penggunaan slaid sebanyak 42.4%, penggunaan komputer sebanyak 15.1%, dan penggunaan internet cuma sebanyak 6.0%. Berkaitan dengan masalah penggunaan teknologi pendidikan pula, didapati guru-guru menghadapi beberapa masalah. Antara masalah yang dinyatakan adalah seperti menghasilkan media pengajaran; kekurangan kemudahan dan peralatan di sekolah, kurang galakan daripada pentadbir sekolah; kurang mahir mengendalikan teknologi pendidikan; dan kurang berpeluang untuk menghadiri kursus dan latihan tentang teknologi pendidikan.





UTILIZATION of educational technology among geography teachers in Muar





Abstract



The purpose of this study is to examine at the utilization of educatinal technology in the teaching and learning of Geography. The study focus on three aspects, that is on Geography teacher's perception toward the importance of educational technology, usage of educational technology and problems related to the usage of educational technology in the teaching and learning of Geography. This study focuses on five types of media that is computer, internet, slide, model and overhead projector (OHP) with transparency. The study was carried out in twenty one secondary schools in Muar district. A total of 66 Geography teachers from Forms 1 to 5 were involved in the survey. This study involve a survey method using questionnaires. By using Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) Program, the data were analysed in the form of quantity, percentage and mean. The analysis result in terms of teacher's perception toward the importance of educational technology, it was found that they were of the opinion that educational technology is very important in the teaching and learning of Geography. This is based upon on almost all item reach a mean score of more than 4, resulted from the responses by the teacher on the questionaires. Teachers were also of the opinion that all the five media are suitable and important to be used in teaching and learning of Geography. Analysis on usage of educational technology in teaching and learning of Geography, shows on every item in the questionnaires reach a mean score of between 1 to 3. This shows a low of mean score. In terms of usage of five media, it was found that teachers used more OHP dan transparencies, which is 83.3%, followed by the use of model is 77.2%, the use of slides is 42.4%, the use of computer is 15.1%, and use of internet is only 6.0%. With regard to the problems related to the use of educational technology it is found that the teachers seems to face a number of problems such as to produce instructional media; lack of facilities and equipment in schools; lack of encouragement from school administrators; lack of skills in the use of educational technology; and the lack of in services courses and trainings in educational technology.



[Kembali ke atas (back)]



P154. Ismail Che Ku (Penyelia : Al-ustaz Mohd. Isa Hamzah)

KEMAHIRAN dan sikap pensyarah pendidikan islam terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran di Maktab Perguruan Islam Bangi.





ABSTRAK



Penyelidikan ini dibuat mengikut kaedah `Survey' dengan tujuan mengkaji sejauh mana kemahiran menggunakan komputer di kalangan pensyarah Pendidikan Islam di Maktab Perguruan Islam Bangi, Selangor Darul Ehsan, dalam melaksanakan Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan sikap mereka terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan tugas harian. Beberapa persoalan tentang kemahiran dan sikap pensyarah Pendidikan Islam terhadap penggunaan komputer dikemukakan sebagai instrumen dalam soal-selidik ini. Soal-selidik kajian yang digunakan sebagai instrumen penyelidik adalah diambil dari CODE 77 SKILLS RUBRLES oleh Dough Johnson. Ini sangat bertepatan apabila dilihat pada minat mereka yang berada pada min 2.47 iaitu tahap yang menuju ke tahap positif dan berminat. Pihak maktab sendiri khususnya dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) seharusnya mengambil inisiatif ke arah melatih mereka sebagai tenaga mahir dalam menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.





THE SKILL and attitude of lecturers of Islamic Religious studies at Maktab Perguruan Islam Bangi towards the use of computers in teaching





ABSTRACT





The research was carried out using the survey method with the aim to find out the computer skills among the lecturers of Religious Education in the Islamic Teachers' Training College , Bangi. It was carried out to identify the lecturers' skills and competency in implementing Computer Aided Instruction and their attitude towards the use of computers in teaching and daily routine. A questionaire adapted from CODE 77 SKILLS RUBRLES by Dough Johnson was used as research instrument. In the questionaire, several questions were posed to the research respondents on their skills and attitude towards the use of computers. Research data collected were then coded using the SPSS-X statistical package. Results showed that the lecturers' skill in computer was at mean 1.99. While their interest in computers was at mean 2.47. This research proposes that steps should be taken to help enhance the use of computers in instruction and personal use. The teachers Training Division should take initiative in training its staff to become skilled lecturers in using computer in teaching and learning.





[Kembali ke atas (back)]



P160. Khir Jauhari Alias (Penyelia : Encik Mohd. Arif Hj. Ismail)

PEMBANGUNAN dan penilaian perisian multimedia pendidikan interaktif sains rendah : kemandirian spesies perlindungan haiwan



ABSTRAK



Bidang pengajaran dan pembelajaran bercirikan multimedia sebagai media dan reka bentuk pengajaran-pembelajaran merupakan hala tuju pendekatan dan kaedah pengajaran masa kini. Teknologi ini dianggap sebagai pemangkin kepada pembudayaan teknologi maklumat di sekolah selaras dengan pelaksanaan "Sekolah Bestari". Penghasilan perisian multimedia tempatan yang menepati kurikulum dan sukatan pelajaran perlu diberi perhatian sewajarnya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah perisian multimedia pendidikan interaktif dan penilaian terhadap perisian tersebut untuk mengetahui tahap kualiti produk yang telah dibangunkan. Hasil kajian dapat membantu pihak pembangunan perisian untuk proses pemurnian dan pemantapan pada bahagian-bahagian tertentu dalam perisian. Kerja-kerja penambahbaikan ini dapat dilakukan berdasarkan kepada input-input dan saranan-saranan yang telah diberi agar produk yang dihasilkan lebih berkualiti dan dapat memberi manfaat kumpulan sasaran. Di samping itu kajian ini juga dapat memberi panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang ingin terlibat dalam proses pembangunan perisian multimedia serta mendapat pengetahuan tentang bagaimana hendak menilai sesebuah perisian dan aspek-aspek yang perlu dinilai. Dapatan menunjukkan produk yang dibangunkan boleh dan bersesuaian digunakan oleh para pelajar dalam proses pembelajaran.





DEVELOPMENT and evaluation in interactive multimedia educational software



ABSTRACT



The teaching and learning field which is based on multimedia is the latest development in todays teaching. This technology is regarded as a catalyst toward on information technology culture in schools in accordance with the enforcement of the " Smart School ". The attention should be given to the production of local multimedia courseware. Which suit the education curriculum and syllabous. The purpose of the research is to develop interactive educational software multimedia courseware and to evaluate the quality of the product. This research aims to help and upgrade the software development sector in certain programmes. The process is done based on the required inputs to ensure the product are of a good quality and beneficial to the target groups. It is hoped that this research can be a reference for further research in software multimedia development process and will give some knowledge on software evaluation. The findings of this research show that the products are suitable for students in the educations process.

[Kembali ke atas (back)]



P196. ABDULLAH HAJI MOHD SARIF

APLIKASI multimedia dalam modul pengajaran geografi (Penyelia : Mohd. Arif Hj. Ismail)



ABSTRAK



Kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif, iaitu pertama; membangunkan sebuah perisian pendidikan interaktif multimedia di bawah tajuk "Industri Pelancongan di Malaysia". Perisian atau modul ini menggunakan konsep 'Pembelajaran Berbantukan Komputer' yang dibangunkan melalui perspektif 'constructivisme' dengan kombinasi kaedah 'hypertext', 'hypermedia' dan 'simulasi'. Objektif kedua; untuk melihat bagaimanakah gabungan unsur-unsur multimedia seperti grafik berwarna warni, kesan bunyi, muzik iringan, suara latar, lagu dan klip video dapat menyumbang ke arah 'keseronokan' dan meningkatkan 'minat' belajar di kalangan pelajar. Objektif ketiga; untuk melihat kepentingan media dalam bentuk 'visual' bergerak dan 'audio' di dalam sebuah perisian. Kajian untuk mendapatkan maklum balas dari guru dan pelajar dilakukan dengan kaedah 'kualitatif' yakni secara temubual selepas menggunakan perisian. Hasil dari kajian jelas menunjukkan bahawa gabungan unsur-unsur multimedia telah menjadikan situasi pembelajaran amat menyeronokkan selain daripada dapat meningkatkan minat belajar di kalangan pelajar. Guru-guru pula sependapat mengatakan bahawa perisian ini dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan motivasi pelajar-pelajar. Penerapan media dalam bentuk 'visual' bergerak dan adunan 'audio' yang sesuai amat penting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang hidup dan tidak membosankan terutamanya di dalam sebuah persembahan berunsurkan multimedia.



ABSTRACT





This research aims to achieve three objectives. Firstly, to develop an interactive educational multimedia software entitled 'Tourism Industry in Malaysia '. This modul applies the 'Computer Aided Learning' concept which is developed through the perspective of constructivism with a combination of hypertext, hypermedia and simulation methods. The second objective is to see how the combination of multimedia elements like colorful graphics, sound effect, background music, songs and video clips can contribute to excitement and fun and thus increase the study interests among students. The third objective is to identify the importance of media in the form of visual movement and audio in a software. Research to get feetback from teachers and students was done using the qualitative method, i.e. interview after trying the software. Results of the survey clearly show that the combination of multimedia elements has made the learning situations very enjoyable, fun and very interesting besides being able to improve learning interest among students. Teachers too agree that this program is able to improve learning effectiveness and students' motivation. The implementation of media in the form of visual movement and suitable audio mixture is important to create a lively and unboring learning environment especially in a multimedia oriented presentation.



[Kembali ke atas (back)]



P215 ROSNAH ZAKARIA

TAHAP penggunaan komputer di kalangan pensyarah di Fakulti Sains, UiTM Shah Alam, Selangor (Penyelia : Prof. Madya Rashidi Azizan)





ABSTRAK





Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan komputer di kalangan pensyarah Fakulti Sains, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor. Sehubungan itu, kajian ini juga meninjau tahap kemahiran dan minat para pensyarah di samping menentukan prasarana serta peralatan komputer di Fakulti Sains, UiTM. Seramai 71 orang pensyarah sains dan matematik telah diambil sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu profil responden, tahap penggunaan komputer, dan persepsi dan penilaian pensyarah tentang penggunaan komputer. Data yang diperolehi diproses menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS). Hasil kajian ini mendapati kebanyakan pensyarah menggunakan komputer untuk memproses perkataan, merekodkan kedatangan dan markah pelajar dan menjalankan penyelidikan. Terdapat perbezaan tahap penggunaan komputer di kalangan pensyarah Fakulti Sains yang signifikan mengikut jantina, kelulusan dan mata pelajaran yang diajar. Mereka mempunyai kemahiran menggunakan komputer tetapi kurang memberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Minat mereka timbul setelah berpengalaman dalam mengajar sesuatu mata pelajaran dan menghadiri kursus tertentu. Oleh itu, tahap pengetahuan mereka terhadap penggunaan komputer adalah baik. Kemahiran dan minat pensyarah Fakulti Sains, UiTM ini berbeza mengikut jantina, kelulusan dan mata pelajaran yang diajar. Kemudahan yang disediakan oleh pihak pentadbir hanya mencukupi di makmal-makmal khas sahaja.





THE LEVEL of computer usage among lecturers at Faculty of Science, University of Technology MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor





ABSTRACT



The study is to survey the level of computer usage among lecturers at the Faculty of Science, University of Technology MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor. The study sample comprised of 71 science and mathematics lectures. This survey is divided into three parts, respondence profiles, the level of computer usage, and lectures perception and evaluation about computer usage. Collected datas then were processed using Statistical Package for Social Science (SPSS). Survey results shows most lecturers are skilled enough to use computer but do not emphasize on teaching and education purposes. On average, the lecturers use computers for word processing, recording students' attendance and marks and doing research. There is significant level of computer usage between sexes, qualifications, and the subject teached. They have skills of computer usage but less emphasize on teaching and learning. Their interest appears after having experience in teaching certain subjects and attending certain courses. Therefore, it's shows that their knowledge level is good. The skills and interests of lecturers in Faculty of Science, University Technology MARA (UiTM), differs between sexes, qualifications, and the subject teached. Facilities provided by the administration is only available at speciall laboratories.



[Kembali ke atas (back)]



P216 ROSNI ADOM

PEMBANGUNAN perisian multimedia ekonomi asas bagi tajuk "pengenalan kepada ekonomi" (Penyelia : Dr. Nor Aishah Buang)





ABSTRAK



Pembelajaran menggunakan komputer merupakan satu cara pembelajaran yang semakin penting dalam era digital kini. Menggunakan pelbagai jenis perisian untuk memperkayakan pembelajaran, sudah menjadi satu lumrah dalam sistem pendidikan kita. Pelbagai perisian yang boleh membantu pelajar dan guru untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat dan ilmu yang diperlukan boleh didapati dengan mudah di mana-mana sahaja. Pada masa ini, pihak Kementerian Pendidikan hanya memberi perhatian kepada pembangunan perisian empat subjek utama sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Oleh itu penulis merasakan perlu untuk menambah satu lagi perisian sebagai alternatif kepada pelajar dan guru. Perisian yang dimaksudkan ialah subjek Ekonomi Asas. Matlamat dan objektif subjek ini dijelaskan dalam penulisan ini. Dalam penulisan ini, pendekatan pembelajaran yang digunakan ialah pendekatan penceritaan, tutorial dan latih tubi. Langkah-langkah yang diikuti dalam pembangunan perisian ini ialah seperti membuat pemetaan kurikulum dan juga membuat papan cerita. Pembangunan perisian ini menggunakan alat pengarangan Authoware Profesional 4.0. Perisian ini dinilai oleh 10 orang guru, 20 orang pelajar dan 4 orang pegawai penilai dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka. Daripada penilaian yang dibuat guru-guru bersetuju bahawa perisian Ekonomi Asas bagi tajuk "Pengenalan Kepada Ekonomi" ini memenuhi sebahagian besar Sukatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan. Manakala pelajar-pelajar berpendapat perisian ini boleh digunakan untuk pembelajaran kendiri dan ia adalah interaktif. Pegawai-pegawai penilai aspek teknikal juga berpendapat perisian ini memenuhi beberapa ciri teknikal dari segi keperluan asas teknikal, ramah pengguna dan juga menggunakan unsur-unsur multimedia seperti audio dan video.





MULTIMEDIA courseware development in economy for "introduction to economy"



ABSTRACT



Learning using computer is an important method of learning in this digitized era. Educational softwares, are commonly used in our educational system as an alternative means to acquire new information and knowledge. At this juncture, the Education ministry is focusing on the development of coursewares for a limited numbers of subjects. The four subjects which have been given priority are Malay language, English language, Science and Mathematics. Consequently, the writer strongly feels that there is need to develop appropriate courseware for the teaching of economics to facilitate the process of teaching and learning in Malaysian schools. The details of the subject objectives and goal together with the KBSM principles and its implication on the subject are explained in the thesis. In this project the writer used the story telling approach as a primary method in developing this courseware. The writer also used the tutorial and drills methods. The courseware was developed using "Authoware 4.0" and tested by 10 economics teachers, 20 Form 4 students from SMK Seri Tanjong and 4 officers from Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka. In conclusion, teachers have come to a consensus that the courseware fulfilled the requirements stimulated in the syllibus from the Education Ministry. In addition, the students are of the opinion that the courseware was suitable for self-access learning and interactive learning. The technical evaluation officers had stated that the courseware fulfilled certain technical requirements, i.e. the courseware was user friendly and the presentation was made more interesting as it used multimedia such as audio and video.



[Kembali ke atas (back)]



P220 WAN MOHD HUJJATULLAH WAN GHAZALI

PEMBINAAN laman web untuk program pendidikan islam, Fakulti Pendidikan UKM (Penyelia : Ustaz Shahrin Awaluddin)





ABSTRAK



Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah laman web Pendidikan Islam. Kajian ini penting untuk memperkayakan laman web Pendidikan Islam di internet. Laman ini menyedia maklumat pembelajaran multimedia interaktif yang memenuhi keperluan era teknologi maklumat masa kini. Objektif laman ialah untuk memuatkan maklumat berkait dengan Pendidikan Islam sebagai sumber rujukan. Laman web ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Yahoo Page Builder yang ditawarkan oleh Geocities.com di dalam internet. Laman ini boleh dilawati di URL www.geocities.com/pendislam. Laman ini menyenaraikan 7 menu utama sebagai rujukan berkait dengan Pendidikan Islam iaitu Pengenalan, Falsafah, Kurikulum dan Methodologi, Sumber-Sumber Pendidikan, Sejarah dan Tamaddun, Isu-Isu Pendidikan serta Tesis dan Penyelidikan. Di bawah klasifikasi maklumat Pendidikan Islam ini dimuatkan kertas-kertas seminar untuk rujukan pelajar. Sasaran laman ini ialah pelajar Program Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan UKM. Penilaian laman telah dilakukan ke atas 20 pelajar Program Pendidikan Islam melalui instrumen soalselidik bagi menentukan penilaian mereka terhadap laman web ini dari segi teknikal dan pedagogi. Data-data dinilai dan diproses dengan menggunakan statistik diskriptif. Nilai min skor melebihi 3 markah menunjukkan persepsi yang positif. Purata min skor dari segi teknikal ialah 4.20 dan dari segi pedagogi ialah 4.08. Kajian ini menunjukkan bahawa laman web yang dibina secara keseluruhannya adalah baik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Laman ini diharap akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan dipertingkatkan lagi pada masa yang akan datang.





DEVELOPING islamic education web site for islamic education programme in the education Faculty UKM





ABSTRACT



The purpose of this research is to develop a web page on Islamic Education. This research is important in enriching the web pages on Islamic on the internet. This particular web page provides interactive multimedia educational information to meet the needs of the present era of information technology. The objective of the web page is to store information related to Islamic Education to be used as a source of reference. This web page was develop using Yahoo Page Builder software made available on the internet by Geocities.com. This web page can be surfed at URL www.geocities.com/pendislam on the internet. This web page has on its list 7 main menu as a reference related to Islamic Education that is Introduction, Philosophy, Curriculum and Methodology, Educational Sources, History and Civilization, Educational Issues and Thesis and Research. Under the classification of the Islamic Knowledge information seminar papers will be made available for students references. The target users of this web page are students in the from Education Faculty of the National University of Malaysia who are doing the Islamic Education Programme. Evaluation of the web page was carried out on 20 students of the Islamic Education Programme using the questionnaires instruments to state their evaluation on the web page from the technical and pedagogy perspective. Data are assess and process using the descriptive statistics. Mean score value above 3 marks show a positive perception. Average mean score from technical point of view is 4.20 and from pedagogy point of view is 4.08. This research shows on the whole that web page built was good and suitable for teaching and learning. It is hope that this web page will be updated from time to time and improved further in the future.

[Kembali ke atas (back)]



P222. ZUHAIRUSNIZAM MD. DARUS

SIKAP pensyarah dan pelajar Fakulti Sains UTM (UiTM) terhadap penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran (Penyelia : Prof. Madya Rashidi Azizan)



ABSTRAK





Penggunaan Internet dalam pendidikan telah mendapat perhatian di Malaysia terutama di sekolah dan universiti yang berminat terhadap penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji sikap dan tanggapan pensyarah serta pelajar Fakulti Sains, Universiti Teknologi MARA terhadap penggunaan internet sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Satu soal selidik yang mengandungi 31 item telah diedarkan kepada 42 pensyarah dan 119 pelajar. Data yang didapati telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Frekuensi dan peratus digunakan untuk menerangkan profil responden. Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan sikap terhadap penggunaan Internet sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah dan pelajar menyatakan WWW adalah aspek/aplikasi internet yang paling berguna sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga perbezaan yang signifikan antara tanggapan pensyarah dan pelajar terhadap minat untuk menggunakan internet sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan pensyarah dan pelajar juga mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan internet dalam menggantikan buku rujukan sebagai bahan bantu pengajaran. Pensyarah menyatakan internet tidak boleh menggantikan buku rujukan sebagai bahan bantu pengajaran sepenuhnya. Kajian ini menunjukkan pensyarah dan pelajar mendapati internet adalah berguna, efektif dan, mereka suka untuk menggunakan internet sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.





ATTITUDES of lecturers and students of the faculty of science (UiTM) on the use of internet in the teaching and learning





ABSTRACT



The use of Internet in education is gaining close attention in Malaysia as more schools and universities emphasize on computer usage and information technology in the teaching and learning process. The main objective of this research is to study the attitudes and the perception of lecturers and student of the Faculty of Sciences, University of Technology MARA on the use of the Internet as a teaching and learning tool. A 31-item questionnaire was administered to 42 lecturers and 119 students. The data were analyzed using the Statistical Package for the Social Science (SPSS). Frequencies and percentage were used to describe the profile of respondent. The t-test was used to examine the difference in attitude toward the use of Internet a teaching and learning tool. The findings indicated that the lecturers and students found WWW as the most useful aspect of the Internet as a teaching and learning tool. There was a significant different between lecturers and students perception that the Internet is more interesting as a teaching and learning tool. The perception of lecturers and student differed significantly regarding the use of the Internet to replace textbooks as a teaching and learning tool. Lecturers felt that the Internet cannot totally replace textbooks. In conclusion, this study indicated that lecturers and students find Internet to be and useful, effective and hence, prefer to use it as a teaching and learning tool.



[Kembali ke atas (back)]





P330. Ab. Malek Kasim – Dr. Muhammad Hussin

PENGGUNAAN komputer di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Gemas Negeri Sembilan

Abstrak



Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru-guru terhadap penggunaan komputer serta mengenal pasti perbezaan sikap terhadap komputer berdasarkan aliran mata pelajaran yang diajar, jantina dan pemilikan komputer peribadi. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru-guru yang mengajar mata pelajaran aliran Kemanusiaan dan aliran Teknik dan Vokasional di tujuh buah sekolah menengah di daerah Gemas. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan satu set soal selidik yang telah digunakan oleh Robertson (1995) yang mengandungi 50 item subskala sikap terhadap komputer. Penganalisisan data kajian untuk mengenal pasti sikap guru terhadap komputer dilakukan secara deskriptif min. Manakala Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan sikap terhadap komputer antara aliran mata pelajaran, jantina dan pemilikan komputer peribadi. Dapatan kajian menunjukkan tahap sikap positif yang tinggi terhadap komputer terutama pada aspek tingkah laku (min=3.84), kecekapan (min=3.80) dan penggunaan komputer (min=4.00). Sementara itu, dapatan kajian juga menunjukkan sikap positif yang sederhana terdapat pada aspek kognitif (min=3.64) dan sikap kesukaan (min=3.60). Manakala aspek keyakinan menunjukkan sikap positif yang rendah iaitu (min=3.40). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara dua kumpulan aliran mata pelajaran. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara aspek pemilikan komputer peribadi. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan perempuan dari aspek penggunaan terhadap komputer (t=2.90;p<0.05).





THE usage of computer among secondary school teachers in Gemas, Negeri Sembilan

Abstract



The aims of this research are to identify the attitude of the teachers toward computers, and also to identify the difference of their attitude towards computers based on the group subject taught, gender, and computer ownership. 120 teachers teaching different elective subjects humanities and technical and vocational from seven secondary schools in Gemas, Negeri Sembilan participated in this study. Data collection was done with a set of questionnaire used by Robertson (1995) containing 50 sub-scales attitude item toward computer. The data collected were analysed for the attitude of the teachers using the descriptive mean. T-tests were used to identify the difference of the attitude of the teachers towards computers. Generally, the findings showed the positive attitude towards computers among the respondents especially in the behavioral (mean=3.84), competency (mean=3.80) and computer usage aspects (mean=4.00). It also recognised the cognitive attitude (mean=3.64) and desire for computers attitudes (mean=3.56) as being the middle positive attitudes. Meanwhile the confidence aspects is showed to be the least positive attitude (mean=3.40). The findings showed that there was not significant difference between the two groups subject. The results also indicated that there was no significant difference in attitude toward computers between teachers who own computers and those who do not. It however indicated significant difference between male and female teachers in the computer usage aspects (t=2.90,p<0.05).



[Kembali ke atas (back)]





P332. Abdul Rahman Muhammad – Dr. Muhammad Hussin

TAHAP faktor yang mempengaruhi penggunaan overhead projektor (OHP) dalam pengajaran. Satu tinjauan



Abstrak



Overhead Projektor (OHP) merupakan salah satu alat media yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah. Dunia pendidikan semakin berkembang oleh itu dalam proses pengajaran alatan sokongan ini penting bagi memastikan maklumat-maklumat pengajaran dan pembelajaran diperolehi dengan terang dan jelas. Oleh yang demikian tinjauan dibuat di dua buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka dan Maktab Rendah Sains Mara Jasin, Melaka bagi melihat tahap faktor-faktor seperti kemudahan, sikap guru dan kekangan yang mempengaruhi tahap penggunaan OHP serta membandingkan tahap di dua buah sekolah yang dikaji. Walaupun kini teknologi pendidikan semakin canggih tetapi peralatan OHP tetap penting dalam proses pengajaran kerana inilah satu-satunya alat yang sesuai dan mampu disediakan serta mudah dikendalikan oleh guru-guru dalam pengajaran. Namun begitu didapati masih terdapat banyak masalah bagi menyediakan prasarana ini walaupun kosnya murah. Oleh yang demikian pihak sekolah, guru-guru, Jabatan Pendidikan Negeri serta Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memberi perhatian kepada masalah ini.





THE factors which influence the use of overhead projector in teaching. A survey



Abstract



Overhead Projector (OHP) is one of the most important media which enhance the teaching and learning process especially to the students in school. This supportive equipment is significant in this developing educational world as it ensures the facts conveyed in the teaching and learning process being clearly accepted. Therefore a survey has been carried out in two schools. They are Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal (SMKDT), Melaka and Mara Junior Science College (MRSM) Jasin, Melaka. The factors that influence the use of OHP such as facilities, teachers attitude and other constraints are taken into consideration in this survey. The use of OHP between these two schools are compared too. OHP is still regarded an important media in the teaching process although the educational technology has become more advanced. This is because it is suitable, affordable and easily operated by teachers. However, problems in providing this equipment to schools still exist despite its low cost. Therefore schools, teachers, education department as well as Ministry of Education should consider and take measures to overcome this problem.

[Kembali ke atas (back)]



P357. Siti Hajar Md Noh – Dr. Abdul Rashid Johar

TAHAP penggunaan multimedia di kalangan gugu sains dalam pengajaran sains KBSM





Abstrak


Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan multimedia di kalangan guru-guru sains di sekolah-sekolah menengah di daerah Port Dickson. Kajian yang berbentuk tinjauan ini melibatkan 61 orang responden yang terdiri daripada 15 orang guru lelaki dan 46 orang guru perempuan. Daripada jumlah ini 48 orang adalah guru siswazah dan selebihnya 13 orang adalah guru bukan siswazah. Antara aspek yang dikaji ialah tahap penggunaan multimedia, tahap kemahiran penggunaan multimedia, sikap terhadap penggunaan multimedia dan masalah yang dihadapi dalam penggunaan multimedia dalam pengajaran sains. Analisis data dijalankan secara deskriptif dan inferens. Soal selidik yang digunakan terdiri dari 5 bahagian iaitu maklumat tentang responden, maklumat penggunaan komputer dan multimedia, tahap kemahiran penggunaan multimedia, sikap guru terhadap penggunaan multimedia dan masalah dalam penggunaan multimedia. Dapatan kajian menunjukkan (i) guru lelaki, guru yang berpengalaman dan guru siswazah mempunyai tahap penggunaan komputer yang lebih tinggi, (ii) tahap kemahiran bagi guru-guru sains dalam penggunaan multimedia adalah sederhana, (iii) guru sains menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran sains. Dapatan kajian juga mendapati masalah yang dihadapi oleh responden dalam penggunaan multimedia ialah dari segi masa yang banyak diperuntukkan, kekurangan kemahiran, kemudahan yang tidak mencukupi, kurang galakan dari pihak sekolah, kawalan pelajar dan kurang interaksi antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Di samping itu terdapat perbezaan di antara kursus komputer dengan tahap kemahiran menggunakan multimedia. Juga didapati terdapat perbezaan di antara umur dengan masalah menggunakan multimedia. Implikasi kajian ini ialah lebih kurang 60% di kalangan guru sains masih memerlukan kursus komputer dan multimedia bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam proses pengajaran di sekolah menengah di daerah Port Dickson.





LEVEL of multimedia utilization among science teachers in teaching KBSM science



Abstract


The purpose of this study is to examine the level of multimedia utilization among science teachers at secondary schools in Port Dickson. The study adopts the survey method and was conducted on 61 respondents, 15 males and 46 females. From this total 48 are graduate teachers and the rest 13 are nongraduate teachers. The aspects studied are the level of use of multimedia, skill on using multimedia, attitudes towards using multimedia, and problems faced in science teaching in the use of multimedia. Data analysis is implemented by descriptive and inference method. A questionnaire was distributed to the participants to elicit information which included the respondent biodata, the use of computer and multimedia, teachers’ attitude towards the use of multimedia and problem in the use of multimedia. The results of the study show that (i) male teachers, experience teachers and graduate teachers have higher level of use of computer (ii) the skill level on using multimedia as a whole were average (iii) science teachers have a positive attitude towards use of multimedia in science teaching. Also the study showed the problems that were ancountered by respondents in the use of multimedia were much time was spent in the usage of multimedia, lacking in skills and facilities of using multimedia, less encouragement from schools, the student-control and less interaction between teacher and student and among students. There exist a difference between course taken on computer with level of skills of use of multimedia. There is also difference between age and problems they face when using multimedia. The implication of this study is that approximately 60% of science teachers still need the course on computer and multimedia to raise their skills in the process of teaching in secondary schools in Port Dickson.



[Kembali ke atas (back)]



P361. Zainon Ahmad Zahari – Encik Warnoh Katiman

PENGURUSAN Pusat Sumber sekolah yang berkesan di kalangan penyelaras Pusat Sumber Sekolah daerah Kampar dan Malim Nawar Perak



Abstrak


Tujuan utama kajian ini ialah untuk meninjau pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di kalangan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah daerah Kampar dan Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan. Focus kajian ialah aspek keberkesanan pengurusan PSS di bawah Penyelaras PSS yang dilihat dari aspek pengelolaan, penyediaan perkhidmatan media pendidikan, aspek perancangan serta aspek halangan terhadap keberkesanan pengurusan PSS. Seramai 180 orang guru terlibat sebagai sampel kajian ini dan mereka dipilih secara rawak daripada lima buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kampar dan Malim Nawar Perak. Alat yang digunakan dalam kajianini adalah soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian utama dan berdasarkan kepada skala lima mata Likert serta kaedah temubual dengan pengetua dan Penyelaras PSS sekolah-sekolah yang terbabit. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi skor min dan peratusan serta statistik inferensi yang melibatkan ujian-t dengan bantuan perisian komputer melalui program Statistical Package of Social Sciences (SPSS), Versi 10.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan sampel guru berkenaan bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang dikemukakan berkaitan dengan pengurusan PSS yang berkesan. Pengurusan PSS yang sistematik penting bagi memastikan wujudnya proses persekitaran P&P yang kondusif bagi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan. Kajian ini mencadangkan agar guru pusat sumber yang benar-benar berminat dan mahir dalam selok-belok PSS serta mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang media pendidikan sahaja yang dilantik untuk menguruskan PSS. Pihak sekolah juga perlulah memastikan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber Sekolag (JPPSS) dan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah (JKPSS) yang diwujudkan adalah benar-benar berfungsi.

Pihak pengurusan PSS juga harus memastikan PSS yang dibina dapat dilengkapkan dengan kemudahan yang mencukupi dan terkini dari segi ruang, lokasi, peralatan dan koleksi PSS yang pelbagai. Pengurusan PSS perlu merapatkan hubungan dan kerjasama yang lebih erat dengan semua pihak termasuklah pihak pentadbiran, PIBG, masyarakat setempat dan institusi kerajaan seperti Perpustakaan Negara, Perpustakaan Awam, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan sebagainya.





THE effectiveness of the management of school resource centre among the supervision of the resource center heads in the district of Kampar and Malim Nawar Perak.



Abstract


The main purpose of this study is to conduct a survey on the management of School Resource Centre (SRC) among the Supervision of the Resource Centre in the district of Kampar and Malim Nawar Perak. This study is focused to look into the effectiveness of SRC management under the Supervision of the Resource Centre Heads from the aspect of managing, preparing of educational media, planning and aspects that may block the effectiveness of SRC’s management. A total of 180 teachers were selected randomly from five national secondary schools from the district of Kampar and Malim Nawar Perak. The questionnaire which contains two major parts and based on five-point Likert Scale and also interview with the principal and the Supervision of the Resource Centre Heads from schools that involved was used as research instrument. Data obtained were analyzed descriptively by using frequency, mean score and percentage as well as statistical inferences that involved T-test with the aid of computer program that is Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Version 10.0 for Windows. The outcome of the study shows majority of the samples agree with the statements given regarding the effective management of SRC. The management of SRC that is done systematically is vital to ensure the condusiveness of teaching and learning environment to upgrade the standard and quality in education. This study suggests that only teachers who have deep interest, skills in managing SRC with sufficient knowledge in educational media be elected to manage SRC. The school has to make sure that The Committee of SRC management and The Working Committee of SRC that are formed are truly effective. The management of SRC has to be certain that the current SRC is fully equipped with sufficient and up-to-date in its spaciousness, location, facilities and variety of SRC’s collection. SRC’s management has to make sure that the relationship and cooperation with all parties including school administration, Parents-Teachers Association, Local Community and Governmental Institution such as National Library, Public Library, State Educational Resource Centre, Centre for Teacher’s Activity and others is cordially good.



[Kembali ke atas (back)]



P362. Zarul Akmar Abu Bakar – Puan Rosseni Din

PEMBANGUNAN perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) mengenal papan induk



Abstrak


Matlamat kajian ini ialah untuk membangunkan satu perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang bertajuk Mengenal Papan Induk. Pengguna sasaran primer perisian PPBK ini adalah pelajar-pelajar Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik. Persoalan utama yang dikemukakan dalam kajian ini adalah bagaimana untuk membangunkan Perisian PPBK yang dapat menyediakan satu bahan pengajaran multimedia interaktif di dalam bahasa Melayu yang mengambil kira teori-teori dan strategi pembelajaran, penerapan nilai dan unsure KBKK serta menepati kehendak sukatan pelajaran. Metodologi pembangunan perisian PPBK ini adalah berasaskan model reka bentuk pengajaran Hanaffin dan Peck (1998) yang mempunyai empat fasa iaitu fasa analisa keperluan, fasa reka bentuk, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian dan pengulangan. Pendekatan pedagogi PPBK yang digunakan ialah Pendekatan Tutorial (Alessi & Trollip 1991). Sepuluh orang pelajar PKE dan tiga orang guru dari sekolah menengah teknik Lebuh Cator Ipoh terlibat dalam menjalankan penilaian formatif dan penilaian sumatif terhadap perisian PPBK yang dibangunkan ini. Penilaian perisian PPBK ini juga melibatkan beberapa aspek antaranya ialah penilaian pakar multimedia dan bahasa, penilaian kandungan, penilaian teknikal dan penilaian secara keseluruhan. Dapatan kajian dari penilaian sumatif menunjukkan perisian PPBK ini dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas dan cepat mengenai pelbagai komponen Papan Induk, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermotivasi dan menyeronokkan, pelajar dapat menggunakannya mengikut tahap penguasaan masing-masing serta dapat menggunakannya di kelas atau di rumah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa perisian PPBK ini telah berjaya memberikan maklumat mengenai Papan Induk dengan baik dan dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran tajuk ini. Dapatan kajian yang dikemukakan menunjukkan kajian ini telah berjaya menyelesaikan masalah kajian. Perisian PPBK ini dibangunkan menggunakan perisian pengarangan Macromedia Authoware 6.0 dan perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop 6.0, Macromedia Flash 4.0 dan Syntrillium Cool Edit 96. Implikasi kajian menunjukkan bahawa sebelum sesuatu perisian PPBK dibangunkan, perlu dikenalpasti terlebih dahulu aspek-aspek yang sangat memerlukan kepada perisian PPBK sebagai altenatif supaya pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.





Abstract



The goal of this study is to develop a Computer Asisted Teaching and Learning Courseware (CATL) entitled “Intorducation to the Motheboard”. The primary target users of this CATL courseware are students of Electric and Electronic Engineering Studies (PKE) in technical secondary schools. The underlining question of this study is how to develop a CATL courseware which would be able to provide an interactive multimedia resource tutorial in Bahasa Melayu that takes into consideration the learning strategies, theories, values, creative and critical thinking skills as well as to meet the requirement of the syllabus. The methodology of developing this CATL was based upon Hanaffin and Peck instructional design model which consists of four phase, that are need analysis phase, design phase, implementation phase and evaluation and interactive phase. The pedagogical approach used in this study is the Alessi & Trollip tutorial approach. Ten PKE students and three teachers from Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh were involved in the formative and summative evaluation of the courseware. The evaluation of the courseware included a language and multimedia evaluation, content evaluation, technical and overall evaluation. The findings from the summative evaluation shows that CATL courseware is capable to help students clearly and easily understanding about motherboard components thus creating, motivating and fun learning environment. Furthermore, students may utilize the courseware both at home or in the classroom at their own pace. The finding also shows that the courseware can provide information about motherboard appropriately and is able to assist both student and teachers in the learning and teaching process. The CATL courseware is developed using a ‘Macromedia Authoware 6.0’ as the authoring tool and other support software such as Adobe Photoshop 6.0, Macromedia Flash 4.0 and Syntrillium Cool Edit 96. The implication of this study shows that before a courseware is developed, it is important to determined all aspects and situations where CATL would likely to be beneficial.

[Kembali ke atas (back)]



P376. Gomathi a/p Govindaraju – Dr. Lilia Halim

PENGGUNAAN internet di dalam pengajaran dan pembelajaran sains : sikap, pengetahuan dan kemahiran guru-guru sains di sekolah luar bandar





Abstrak





Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau sikap, pengetahuan dan kemahiran guru-guru sains di sekolah luar bandar terhadap penggunaan Internet di dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Tujuan kedua adalah untuk melihat hubungan (a) sikap guru-guru sains dengan pengetahuan mengenai penggunaan Internet dan (b) sikap guru-guru sains dengan kemahiran menggunakan Internet. Sampel kajian ialah 80 orang guru-guru sains di 10 buah sekolah di daerah Tampin-Rembau, Negeri Sembilan. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat seperti profil responden, penggunaan Internet, sikap terhadap penggunaan Internet; pengetahuan mengenai Internet dan kemahiran menggunakan Internet. Soal selidik tersebut telah diubahsuai daripada kajian Zuhairusnizam (2001) serta kajian Mohd Safarin (1999). Bagi memantapkan lagi dapatan kajian 10 orang guru sains telah ditemuramah. Data yang didapati dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Analisis data dilakukan berdasarkan kepada frekuensi dan peratusan. Analisis pekali Korelasi Pearson digunakan untuk melihat pertalian antara sikap dengan pengetahuan dan sikap dengan kemahiran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sains bersikap positif (min skor 4.05) terhadap penggunaan Internet, kurang daripada 50.0% responden berpengetahuan mengenai aplikasi Internet di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains serta berkemahiran di dalam menggunakan Internet. Korelasi dapatan kajian ini mendapati hubungan boleh diabaikan iaitu r = 0.108 dan tiada perkaitan yang signifikan (p=0.341) di antara sikap guru-guru sains dengan pengetahuan mengenai penggunaan Internet. Manakala terdapat hubungan yang lemah (r = 0.227) dan perkaitan yang signifikan (p=0.043) di antara sikap guru-guru sains dengan kemahiran menggunakan Internet. Implikasi kajian menunjukkan perlu lebih banyak kursus penggunaan Internet dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains dan pendedahan kepada teknik mencari serta menilai maklumat bagi guru-guru sains. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap penggunaan Internet di kalangan guru-guru sains adalah kurang memuaskan. Pada masa yang sama tahap pengetahuan serta kemahiran guru-guru sains adalah rendah. Walau bagaimanapun mereka bersikap positif terhadap penggunaan Internet dan berpendapat Internet boleh membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.





A STUDY of the use of the internet in teaching and learning science : attitude, knowledge and skills in science teachers in rural schools



Abstract



The aim of this study was to survey science teachers’ attitude, knowledge and skills in rural schools towards the use of the Internet as a medium in teaching and learning science. Secondly, it is to find correlation between science teachers’ attitude and their knowledge about using the Internet; the correlation between science teachers’ attitude and their skills in using the Internet. A questionnaire was administered to 80 science teachers from 10 schools in the district of Tampin-Rembau, Negeri Sembilan. The questionnaire consisted of items on profile of the respondents, the use of the Internet, the teachers’ attitude toward the Internet, the teachers’ knowledge about the Internet and their skills on using the Internet. The questionnaire was adapted from studies by Zuhairusnizam (2001) and Mohd Safarin (1999). An interview was carried out on 10 science teachers randomly to obtain more information. The data analysis was carried out using Statistical Package For Social Science (SPSS). The descriptive analysis was based on frequencies and percentages. The Pearson Correlation Coefficient was used to analyse for any correlation that exists between science teachers’ attitude towards their knowledge and also towards their skills. This study found that science teachers show positive attitude (mean score 4.05) in using the Internet, less than 50.0% of the respondents have knowledge about the Internet and skills in using the Internet. Besides that, this study reveals very poor relationship (r=0.108) and a non-significant correlation (p=0.341) between the science teachers’ attitude and their knowledge about using the Internet. Nevertheless, there was a poor relationship (r=0.227) but a significant correlation (p=0.043) between the science teachers’ attitude and their skills in using the Internet. Implication of this study shows that science teachers should attend more courses on using Internet in teaching and learning science and also exposed to techniques in searching and evaluating information from the Internet. Overall, this study concluded that the use of the Internet was low among the science teachers. Furthermore, their knowledge about using the Internet and their skills in using the Internet are poor. Nevertheless, they showed positive attitude towards using the Internet in teaching and learning science.



[Kembali ke atas (back)]



P385. Lee Soo Heong – Cik Aidah Abdul Karim

PEMBANGUNAN perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) : Microsoft frontpage 2000 peringkat permulaan





Abstrak



Kajian ini bertujuan membina satu perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) bagi tajuk “Microsoft Frontpage 2000 : Peringkat Permulaan” untuk pelajar-pelajar tingkatan satu yang mengambil subjek Komputer Dalam Pendidikan (KDP). Perisian ini direka bentuk selaras dengan kehendak kandungan sukatan pelajaran literasi komputer. Metodologi pembinaan perisian PPBK ini adalah berasaskan model reka bentuk pengajaran Hannafin dan Peck (1988) yang mempunyai empat fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian dan pengulangan. Pendekatan pedagogi PPBK yang digunakan ialah pendekatan tutorial (Alessi & Trollip 1991). Teori pembelajaran seperti teori tingkah laku, kognitif, konstruktivism dan kecerdasan pelbagai diterapkan dalam perisian ini. Selain daripada itu strategi pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, anjal, aktif, reflektif dan penemuan berpandu diterapkan dalam perisian ini. Perisian PPBK ini dibina dengan menggunakan alat pengarangan Macromedia Director 8.5 sebagai pelantar utama dan perisian Microsoft Frontpage 2000. Dalam pembinaan perisian ini, nilai-nilai murni dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif diterapkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Tambahan pula antara muka yang mesra pengguna membolehkan pengguna menggunakan perisian ini dengan mudah. Perisian ini diharap dapat menarik minat dan memotivasikan pelajar untuk mempelajari pembinaan laman web dengan menggunakan perisian Microsoft Frontpage 2000 dalam keadaan yang selesa dapat mengakses secara kendiri. Penilaian perisian ini melibatkan beberapa aspek antaranya ialah penilaian kandungan perisian, gaya persembahan, penilaian teknikal dan penilaian secara keseluruhan. Dapatan kajian dari penilaian sumatif menunjukkan bahawa perisian PPBK ini dapat membantu pelajar dan guru memahami Microsoft Frontpage 2000 dengan lebih cepat dan jelas.





DEVELOPMENT of a computer assisted learning courseware : Microsoft frontpage 2000 for beginners



Abstract





The purpose of this study is to develop a Computer Assisted Learning (CAL) courseware known as “Microsoft Frontpage 2000 : Peringkat Permulaan” for Form One students taking Computer In Education (Komputer Dalam Pendidikan, KDP). This courseware is developed according to the syllabus and curriculum specifications of computer literacy. The methodology used in the development of this courseware is based on Hannafin and Peck (1988) instructional design which consists of four phases : namely, i) needs assessment, (ii) design, (iii) develop and implement and (iv) evaluation and revision. The pedagogical approach used in the development of this courseware is the tutorial approach (Alessi & Trollip 1991). The learning theories applied in the development of the couserware include behavourism, cognitive, constructional and multiple intelligence theories. The instructional strategies used in this courseware include cooperative learning, flexible, active, reflective and discovery skills. This courseware is developed using Macromedia Director 8.5 programming software and Microsoft Frontpage 2000 software. Moral values as well as creative and critical skills are incorporated in the development of the courseware. User friendly interface enables the user to use this courseware easily. This courseware also enables the user to learn Microsoft Frontpage 2000 on his/her own and according to his/her own pace. Information from the sumative evaluation carried out on teachers showed that this courseware is satisfactory in terms of content, pedagogy and technical aspects. It is hoped that this CAL Microsoft Frontpage 2000 courseware is beneficial to students and teachers.

[Kembali ke atas (back)]



P390. Mohd Nawi Yaacob – Cik Aidah Abdul Karim

TINJAUAN penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di kalangan pelajar tingkatan 4 di Mukim Tedong, Pasir Mas Kelantan.



Abstrak



Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan, pengurusan dan kemudahan pusat sumber sekolah (PSS) daripada perspektif pelajar tingkatan 4 di Mukim Tedong Pasir Mas Kelantan. Faktor lain yang turut dilihat dalam kajian ini ialah jantina, status SES, pencapaian akademik, pengurusan PSS, persekitaran PSS dan pengaruh ibu bapa terhadap penggunaan PSS. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan borang soal selidik sebagai alat kajian. Statistik deskriptif seperti min dan statistik inferensi seperti ujian t-test dan ujian korelasi Spearman Rho. Data telah dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS. Sampel kajian terdiri daripada 280 orang pelajar tingkatan 4 di Mukim Tedong Pasir Mas. Mereka telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan secara purata tahap penggunaan PSS di kalangan pelajar tingkatan 4 adalah baik. Pelajar berpendapat tahap pengurusan dan kemudahan PSS adalah baik. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan secara statistik terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan PSS di kalangan pelajar dengan pengurusan dan kemudahan PSS. Secara purata pelajar perempuan lebih tinggi tahap penggunaannya berbanding dengan pelajar lelaki. Kajian juga mendapati terdapat hubungan negatif yang signifikan antara penggunaan PSS di kalangan pelajar dengan status SES, pencapaian akademik dan pengaruh ibu bapa terhadap penggunaan PSS. Selain itu, terdapat juga hubungan signifikan yang negatif antara SES ibu bapa dan pengaruh ibu bapa terhadap penggunaan PSS ke atas anak-anak mereka. Dapatan kajian menunjukkan adalah penting pihak pengurusan pusat sumber sama ada di peringkat sekolah, Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari bahawa faktor-faktor seperti jantina, SES, pencapaian akademik, pengaruh ibu bapa, tahap pengurusan dan tahap persekitaran PSS yang sesuai dengan pelajar berpotensi menentukan gaya penggunaan PSS tersebut.





A SURVEY on the usage of school resource center (SRC) among form 4 students in Tendong District, Pasir Mas Kelantan



Abstract





The study is designed to explore students’ view on current usage, management and facilities of SRC (School Resource Centre) in Tendong district, Pasir Mas Kelantan. Others factors such as gender, SES (Social Economic Status), students’ academic achievements and parents’ reinforcement in using SRC upon their children will also be examined. The study employs a survey research design and use questionnaires as the research instruments. The research sample consists of 280 form 4 students in Tendong district. They were selected based on a simple random sampling technique. The study employs descriptive statistics such s frequency and percentage and inferential statistics such as t-test and Spearman Rho Correlation test. The data was analysis using SPSS package. It is observed that on average there is a high usage of SRC among students. Students also viewed that the management and the facilities of their SRC are good. The study indicates that girls use SRC more than boys. Statistically there is a significant positive relationship between SRC usage among students and SRC administration and facilities. However negative significant relationships have been observed in SRC usage among students with respect to their SES status, academic achievements and parents’ reinforcement in using SRC upon their children. Last but not least, the result of the study indicates a negative significant relationship between level of SES and parents’ reinforcement in using SRC upon their children. The study implicates that various factors such as SRC’s management, facilities, students gender, academic achievement level, students’ SES and parents’ reinforcement must be considered by SRC management, Department of Education and Ministry of Education, Malaysia in deciding ways to improve usage, management and facilities in SRC.

[Kembali ke atas (back)]



P426. Anandan a/l Kaniappan – Dr. Kamisah Osman

PERSEPSI guru-guru sekolah menengah mengenai spesifikasi perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains



Abstrak



Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengumpul maklumat mengenai tahap penggunaan komputer dan persepsi spesifikasi perisian multimedia di kalangan guru-guru sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Dalam kajian ini, penyelidik memfokus kepada perhubungan spesifikasi perisian multimedia dari aspek antaramuka, kesempurnaan kurikulum, kemudahgunaan dengan faktor jantina guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains di sekolah-sekolah Daerah Tampin/Rembau. Sampel kajian ini terdiri daripada 86 orang guru-guru sains terlatih dan berjawatan tetap daripada 14 buah sekolah menengah di daerah Tampin/Rembau, Negeri Sembilan. Data kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan satu set soal selidik. Instrumen yang telah digunakan untuk kajian ini telah dibahagikan kepada 5 bahagian. Data yang diperolehi telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS Version 11.0. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan pengukuran frekuensi dan peratusan, sisihan piawai dan skor min. Manakala statistik inferensi melibatkan ujian t pada tahap kesignifikanan p<0.05. Hasil dari analisis, didapati tahap penggunaan komputer; aspek antaramuka manusia dengan komputer; kesempurnaan kurikulum dan kemudahgunaan perisian adalah pada tahap tinggi. Dari segi perbezaan min-nya pula, hasil kajian menunjukkan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap penggunaan komputer mahu pun aspek antaramuka, kesempurnaan kurikulum dan juga kemudahgunaan perisian. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai peranan yang penting dalam mencorak sesuatu perisian yang akan dibangunkan. Oleh itu, dapatan kajian ini akan membantu perancang, agen perubahan dan pelaksana kurikulum di peringkat kementerian, negeri, daerah dan organisasi pendidikan untuk menjalankan tindakan susulan dan merancang program untuk memenuhi kehendak dan keperluan inovasi di dalam bilik darjah.





A study of teachers’ perception on specification of multimedia computer courseware for science subject in the secondary school



Abstract



The aim of the research is to identify the usage of the computer and the perception of the teachers about the specification of computer courseware as teaching aid for science subject in the secondary school. Secondly, is to find the relationship between teachers’ ability using the computer and courseware’s specification based on teachers’ gender. This research sample consists of eighty-six trained teachers from fourteen secondary schools in the Tampin/Rembau district of Negeri Sembilan. Questionnaires have been used as the research instrument. Items in the instruments were divided according to five sections. Descriptive analysis was used to analyze the data collected from the respondents. The descriptive analysis was carried out using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.0. The descriptive was based on frequencies and percentages, mean score and standard deviation. Whereas for inferential statistic, t-test with the significant of p<0.05 was used. The outcome of the research has proofed that teacher’s ability; the human interface with computer, curriculum aspect and instructions is high. The findings also indicated that there was no significant different between teachers’ ability, specification of the courseware towards teachers’ gender. Findings also show that the teachers’ have knowledge regarding the specification of software and playing major roles in developing software. Finding’s from the research has set criteria for software developer to develop science education software. It’s also will help the curriculum developer, planners and policy makers from the Ministry of Education, state and district level education department and also software developer to develop new software based on the specification given. In the era of the development of information technology, teachers need to change their teaching style in the classroom to attract the students to participate in the learning process. Consequently, the usage of educational courseware is an alternative way to make the teaching and learning process more effective in schools.

[Kembali ke atas (back)]



P454. Nor Ainun Mat @ Muhammad – P.M. Khalid Abdullah

PENILAIAN perisian matematik di sekolah bestari



Abstrak



Kajian ini dijalankan untuk menilai perisian yang dibangunkan oleh Telekom Smart School bagi mata pelajaran matematik di tiga buah Sekolah Bestari. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana perisian matematik ini dapat memenuhi aspek isi kandungan, pedagogi, teknikal dan motivasi mengikut perspektif pelajar. Topik-topik matematik yang dinilai dalam kajian ini ialah matriks, bentuk piawai, trigonometri dan penaakulan mantic. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan. Responden kajian adalah 138 pelajar tingkatan empat. Sekolah yang terlibat ialah SMK Putrajaya 1, SMK Seri Bintang Utara dan SMK Jalan 2, Bandar Baru Bangi. Alat kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 36 item. Data dianalisa secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi, peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan hasil penilaian yang sangat positif bagi aspek isi kandungan, sederhana positif bagi aspek pedagogi dan teknikal bagi keempat-empat topik. Manakala aspek motivasi bagi topik matriks dan bentuk piawai adalah sangat positif sedangkan bagi topik trigonometri dan penaakulan mantic adalah sederhana positif. Kesimpulannya, perisian yang disediakan ini berjaya memberi suasana yang berlainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelajar berpendapat pembelajaran menggunakan komputer lebih menarik daripada kaedah biasa.





EVALUATION of smart schools mathematics courseware



Abstract



The study is to evaluate the courseware for mathematics developed for the Smart Schools, from the student’s perspective. The objective is to determine how the students rate the courseware in terms of the suitability of its contents, technical, pedagogical and motivational aspects. This study evaluate topics such as matrix, standard form, trigonometry and logical reasoning. This is done through a quantitative survey involving 138 form four students from three Smart Schools , SMK Putrajaya 1, SMK Seri Bintang Utara and SMK Jalan 2, Bandar Baru Bangi. Students were asked to score 36 items in a questionare on the scale of 1 to 5 and data were analyses descriptively using frequency, percentage and mean score. The finding of the study indicate that for all topics, students find that the mathematical contents of the courseware is very suitable but the technical and pedagogical aspect of the courseware is average. Motivational aspect of the courseware were rated high for the topics matrix and standard form however for the topic trigonometry and logical reasoning are rated average. Overall students found that the courseware provide a more interesting way of learning the topics.

[Kembali ke atas (back)]



P463. Rohaya Hassan – Ustaz Hj. Shahrin Awaludin

TAHAP pengetahuan dan kemahiran komputer dari perspektif guru pendidikan islam di daerah Kuala Terengganu



Abstrak





Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dari perspektif guru pendidikan Islam di daerah Kuala Terengganu. Tumpuan kajian adalah untuk melihat tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer, tahap kemahiran penggunaan perisian komputer, tahap penggunaan komputer, tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan internet dan tahap masalah yang dihadapi dalam menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melihat perkaitan antara tahap penggunaan komputer dengan faktor demografi iaitu jantina, kumpulan perkhidmatan, pengalaman mengajar dan jenis sekolah. Kajian ini juga menentukan hubungan antara tahap penggunaan komputer dengan tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer, tahap kemahiran penggunaan perisian komputer, tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan internet dan tahap masalah yang dihadapi dalam menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang guru pendidikan Islam di daerah Kuala Terengganu. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan penganalisaan data dilaksanakan dengan perisian SPSS versi 10.0. Statistik deskriptif, ujian t dan korelasi digunakan untuk mengolah data dan menjawab hipotesis kajian. Umumnya hasil kajian mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dari perspektif guru-guru pendidikan Islam berada di tahap yang sederhana. Wujud hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan komputer dengan tahap pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer, tahap kemahiran penggunaan perisian komputer, tahap pengetahuan dan kemahiran menggunakan internet. Walau bagaimanapun, tidak wujud hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan komputer dari perspektif guru pendidikan Islam dengan masalah yang dihadapi dalam menggunakan komputer. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan komputer dari perspektif guru Pendidikan Islam berdasarkan jantina, kumpulan perkhidmatan dan pengalaman mengajar. Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan komputer dengan jenis sekolah.





LEVEL of knowledge and skills in computer utilization among Islamic education teachers in the district of Kuala Terengganu



Abstract





The purpose of the study was to determine the level of knowledge and skills in computer utilization among Islamic education teachers in the district of Kuala Terengganu. The main focus of the study was to identify the level of knowledge and skill in using computers, the level of skills in using computer software, the level of computer utilization, the level of knowledge and skills in internet utilization and the level of problems faced when using computers. This study was to find the relationship between the level of computer utilization and demographic factors like gender, service group, teaching experience and categories of schools. This study was also to find the relationship between the level of computer utilization and the level of knowledge and skill in using computers, the level of skills in using computer software, the level of computer utilization, the level of knowledge and skills in internet utilization and the level of problems faced when using computers. This study was conducted on 100 Islamic education teachers in the district Kuala Terengganu. A set of questionnaire was used as a research instrument for this study and the data collected were statistically analyzed using SPSS 10.0 version. Descriptive statistics, t-test and correlation analysis were use to interpreted the data and to answer the hypothesis of the study. In general, the study found that the level of knowledge and skills in using computer among Islamic education teachers were average. There was a relationship shown between the level of computer utilization and the level of knowledge and skill in using computers, the level of skills in using computer software, the level of knowledge and skills in internet utilization. However, there was no relationship between the level of computer utilization with the level of problems in using computers. There was no difference in the level of computer utilization with gender, service group and teaching experience, but there was a difference in the level of computer utilization with the categories of school.

[Kembali ke atas (back)]



P466. Rosmaria Mohd Sahat – Dr. Abd. Halim Tamuri

PEMBANGUNAN perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) : Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan



Abstrak



Matlamat kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian pengajaran dan pembelajaran bantuan komputer (PPBK) yang bertajuk Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan. Pengguna sasaran primer perisian PPBK ini adalah pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Metodologi pembangunan perisian PPBK ini adalah berasaskan model rekabentuk pengajaran Hannafin dan Peck (1988) yang mempunyai tiga fasa iaitu fasa analisa keperluan, fasa rekabentuk dan fasa pelaksanaan dan penilaian. Perisian PPBK ini dibangunkan menggunakan perisian pengarangan Micromedia Flash MX dan perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop 6.0, Micromedia Fireworks MX dan Swish 2.0. Pendekatan pedagogi PPBK yang digunakan ialah pendekatan tutorial Alessi dan Trollip 2001. 30 orang pelajar Tingkatan Satu dan lima orang guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Victoria Kuala Lumpur terlibat dalam menjalankan penilaian formatif dan penilaian sumatif terhadap perisian PPBK yang dibangunkan ini. Penilaian perisian PPBK ini juga melibatkan beberapa aspek antaranya penilaian kandungan, penilaian teknikal dan penilaian keseluruhan oleh penilai pakar yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Komputer. Dapatan kajian melalui penilaian sumatif menunjukkan perisian PPBK ini dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas dan cepat mengenai Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermotivasi dan menyeronokkan, pelajar dapat menggunakan mengikut tahap penguasaan masing-masing. Dapatan kajian juga menunjukkan perisian PPBK ini berjaya memberikan maklumat mengenai Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan dengan baik dan dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik ini.





SOFTWARE based development of teaching and learning (PPBK) : Ethic on preserving nature of man and women



Abstract



The main objective of this project is to develop learning software and computer added learning named Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan. The primary aim of this software is the Form One Students. The PPBK’s software development methodology is based on instructional design of Hannafin and Peck (1988), which includes three phases, which are need assessment phase, design phase and implementation and evaluation phase. The PPBK software is developed by using comprehensive software Micromedia Flash MX and other supporting software such as Adobe Photoshop 6.0, Micromedia Fireworks MX and swish 2.0. The PPBK pedagogy’s approach that had been used are tutorial by Alessi and Trolip 2001 approaches. There are 30 Form One Students and five Islamic Education teacher of Kuala Lumpur Victoria School involved in the formative and summative evaluation of this software. The software evaluation also includes several aspects, which are content evaluation, technical evaluation and overall evaluation by expert panels from Master Students of Computer Education. The result of the summative evaluation shows that this software helps the students to understand clearly the Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan, encourages the learning environment. The students can also use the software based on ther own ability. The result also shows that this software provides better information on Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan and helps student and teacher in teaching and learning process.

[Kembali ke atas (back)]



P467. Rosnah Alias – Puan Puteh Mohammed

PENGGUNAAN komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sejarah daerah Kluang, Johor



Abstrak





Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru Sejarah. Kajian yang berbentuk tinjauan ini melibatkan 94 orang guru-guru Sejarah daerah Kluang. Untuk memantapkan lagi dapatan kajian, 7 orang guru Sejarah telah dicerap. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah tahap kemahiran penggunaan komputer, tahap penggunaan komputer, sikap terhadap penggunaan komputer dan masalah yang dihadapi dalam penggunaan komputer dalam P&P Sejarah. Kajian ini juga melihat perkaitan antara kemahiran penggunaan komputer dengan tahap penggunaan, perkaitan antara kursus komputer dengan tahap penggunaan komputer dan perkaitan antara sikap guru dengan tahap penggunaan komputer dalam P & P Sejarah. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Statistik deskriptif dilakukan berdasarkan kepada kekerapan, peratusan dan min. Analisis pekali Pearson dan Spearman digunakan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Sejarah bersikap positif terhadap penggunaan komputer dalam P&P. Tahap kemahiran penggunaan komputer dan tahap penggunaan komputer guru-guru Sejarah adalah sederhana; penggunaan komputer dalam P&P Sejarah adalah rendah, masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sejarah dalam penggunaan komputer untuk P&P adalah mereka masih lemah menggunakan komputer dan kurangnya galakan daripada pihak pentadbir, terdapat hubungan antara kemahiran penggunaan komputer dengan tahap penggunaan komputer, terdapat hubungan antara sikap guru terhadap komputer dengan tahap penggunaan komputer dan tidak terdapat hubungan antara kursus komputer dengan tahap penggunaan komputer. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati tahap penggunaan komputer dalam P&P Sejarah adalah kurang memuaskan. Implikasi kajian ini adalah kursus komputer perlulah dirancang dengan lebih teliti agar dapat meningkatkan kemahiran guru, memotivasikan mereka dan seterusnya berjaya menerapkan IT dalam pendidikan.









THE USE of computer in teaching and learning among history teachers in the district of Kluang Johor



Abstract



The purpose of this study is to identify the level of computer utilization among history teachers. The study adopted the survey method and was conducted on 94 history teachers in Kluang districts in Johor. 7 history teachers were randomly observed to obtain more information. Among the aspects being studied were computer skill level, computer utilization level, attitudes towards using computer and problems faced in history teaching via computer. This study was intend to find correlation between the level of computer skill and the level of computer utilization, correlation between computer courses and the level of computer utilization and the correlation between history teachers’ attitude and the level of computer utilization. The data analysis was carried out using Statistical Package For Social Science (SPSS). The descriptive analysis was based on frequencies, percentages and mean. Two correlation test namely Pearson and Spearman were used to analyse the correlation between dependent and independent variables. The outcomes indicated that history teachers and positive attitude towards the use of computers in history teaching. The level of computer skill and computer utilization were average; problems faced by history teachers concerned lack of computer skill and encouragement from school administrators; there was relationship between the level of computer skill with the level of computer utilization, there was also relationship between attitude towards the computers with the level of computer utilization; there was in-significant correlation between computer course and their computer utilization. Overall, this study concluded, that the use of computer was low. The implication of this study is computer-training course should be well-planed to improve their motivation and skill.

[Kembali ke atas (back)]



LP194. Zulkernai Fauzi (Penyelia : Prof. Madya Dr. Abd. Razak Habib)

PROSES pelaksanaan kemudahan sistem dan teknologi maklumat pendidikan





ABSTRAK





Laporan praktikum ini disedia berdasarkan praktikum yang dijalankan di tiga (3) tempat yang berasingan, iaitu Perpustakaan Perubatan (UKM), Sektor Multimedia Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan) dan Sektor TV Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan). Objektif praktikum ini ialah untuk meneliti proses pelaksanaan kemudahan sistem dan teknologi maklumat pendidikan di Perpustakaan Perubatan dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia . Proses kerja di Perpustakaan Perubatan dijalankan berdasarkan bahagian-bahagian yang terdapat di Perpustakaan tersebut, yang terdiri daripada Bahagian Pembangunan Sumber, Bahagian Pengurusan Data dan Media, Bahagian Terbitan Bersiri dan Koleksi Khas dan Bahagian Pengguna dan Perkhidmatan Maklumat. Perisian multimedia pendidikan interaktif yang dinilai adalah berdasarkan peratusan mengikut mata pelajaran. Kekerapan siaran antara siaran pertama dengan siaran ulangan bagi program-program TV Pendidikan dikira mengikut mata pelajaran bagi tempoh sebulan siarannya, iaitu bagi bulan Oktober 1998. Dapatan praktikum ini menunjukkan proses kerja di Perpustakaan Perubatan banyak bergantung kepada komputer yang menggunakan Sistem Dobis/Libis. Peratusan perisian yang dinilai berdasarkan mata pelajaran adalah tidak seragam, di mana jurang peratus penghasilan antara mata pelajaran adalah sangat ketara. Siaran-siaran program TV Pendidikan pula menunjukkan terdapatnya perbezaan kekerapan siaran di antara siaran pertama dengan siaran ulangan, di mana siaran pertama lebih kerap ditayangkan berbanding dengan siaran ulangan.





THE IMPLEMENTATION process of educational information system and technology



ABSTRACT





This report is based on the practical training which was conducted in three (3) different sites, namely the Medical Library (UKM), Educational Multimedia Sector (Division of Educational Technology) and Educational TV Sector (Division of Educational Technology). The objective of this practical training was to examine the implementation process of educational information system and technology at the UKM Medical Library and Division of Educational Technology, Ministry of Education. The working process in the Medical Library was carried out in the various sections available in the library namely, Resource Development, Data and Media Management, Periodicals and Special Collection and Consumer and Information Service. The interactive educational multimedia softwares were evaluated according to the percentage of softwares for various school subjects. The recurrence between the 1st and repeated screening of the Educational TV programme was ascertained through films that were screened over the month of October 1998. Results of this practical training showed that the working process in the Medical Library depends on the Dobis/Libis computer system. The percentage of softwares evaluated according to subject was not uniform since the disparity between the subjects was great. The Educational TV programme screened showed that there were dissimilarities in rerurrance of the 1st and repeated screening of programmes, whereby 1st screening of programmes appeared more frequently as compared to the repeated screenings.

[Kembali ke atas (back)]

No comments: