terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, July 29, 2009

lompat tinggi

lompat tinggi Pictures, Images and Photos

acara lompat tinggi

lompat tinggi tinggi Pictures, Images and Photos

melompat dengan tanpa apa sebab

lompat tinggi Pictures, Images and Photos
lompat tinggi dengan teknik dengan betol

Peraturan

Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga. Ia adalah salah satu acara padang yang memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak.

Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang diletakkan. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang. Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.
Fail:Mens high jump world record progression.jpg
500px

[sunting] Gaya-gaya

Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat tinggi. Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana, dan gaya Fosbury Flop.

Dalam abad ke-19 , peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara membelakang. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta. Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara lompat tinggi. Biasanya atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai.

[sunting] Latihan dan Alat Bantu

Anda yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini, perlu berlatih untuk memantapkan gaya dan cara larian yang konsisten. Kemudian barulah anda boleh mempelajari pula fasa lonjakan(take-off), layangan, dan mendarat. Alat-alat bantu seperti tilam ketangkasan, tali menggantung bola (latih melonjak), skitel, tandaan, tali palang, dan tiang adalah sangat diperlukan untuk memberi daya keyakinan.

Anda perlu membuat latihan dengan aras ketinggian mula yang rendah, kerana latihan yang sedemikian akan meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang, dan mendarat.
Acara Lompat Tinggi Pictures, Images and Photos
[sunting] Gaya Fosbury

Dalam gaya Fosbury Flop misalnya, larian konsisten, kelembutan, lentikan, anjalan, dan koordinasi adalah perkara yang sangat dititikberatkan, untuk mencipta sesuatu lompatan yang lebih tinggi dan sempurna.

[sunting] Jaguh Negara Malaysia dan Kejayaan

Negara kita misalnya, memang sudah terkenal dengan jaguh-jaguh dalam acara lompat tinggi. Pelompat-pelompat seperti Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah, dan wanita seperti Glady Chai Ng Mei dan Shabana Khanum sudah dikira terkenal di Malaysia dalam acara ini.lompat tinggi Pictures, Images and Photos

Atlet negara, Shabana Khanum berjaya melepasi palang pada ketinggian 1.73 meter untuk meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi wanita, Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang tahun lalu.

Malaysia juga disegani di rantau Asia Tenggara dalam acara lompat tinggi. Sudah ramai atlet negara Malaysia yang telah berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi. Namun begitu, negara Malaysia masih lagi mencari bakat-bakat, yang dapat diketengahkan di peringkat kejohanan yang lebih tinggi, bagi mewarisi peninggalan atlet sekarang, pada masa hadapan.

No comments: