terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, July 21, 2009

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH 2.1 ASPEK PENGURUSAN RUTIN BILIK DARJAH

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH

2.1 ASPEK PENGURUSAN RUTIN BILIK DARJAH

Tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah semakin kompleks apabila pendidikan semakin berkembang. Dalam masyarakat moden ini, kemajuan bidang pendidikan telah sampai ke tahap yang canggih sehingga tugas guru tidak terhad kepada mengajar sahaja, tetapi di tambah dengan tugas-tugas yang lain. Tugas-tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah tersebut bukan sahaja perlu, bahkan juga amat penting untuk menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lancar dan berkesan di bawah keadaan yang berdisiplin tanpa membazirkan masa.

Setelah saya membaca dan mengkaji serta meneliti petikan artikel,dapat disimpulkan bahawa Cikgu Umi Khaltum tidak menguruskan rutin bilik darjah dengan baik.Penyataan ini dapat disokong melalui petikan dalam artikel yang berbunyi “Cikgu Umi Khaltum mencatatkan tajuk pelajaran dipapan hitam dan memulakan tugas dengan tergesa-gesa.Beliau menerangkan pelajaran secara ringkas tentang kepentingan deria terhadap manusia”.

Jika saya sebagai cikgu Umi Khaltum saya akan memastikan pengurusan rutin bilik darjah berada dalam keadaan baik dan teratur sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari tersebut.Rutin bilikdarjah merujuk kepada aktiviti bilikdarjah yang hendak dilakukan pada hari persekolahan iaitu meliputi menanda jadual kedatangan,memantau prasarana bilikdarjah,mengurus jadual kerja dan memastikan peraturan-peraturan bilikdarjah dipatuhi.Disini Terlebih dahulu saya akan memastikan rutin bilikdarjah yang perlu dilaksanakan oleh pelajar dilakukan oleh pelajar saya.Saya akan memperuntukkan masa maksimum sekurang-kurangnya lima minit untuk murid-murid saya melakukan rutin mereka iaitu membersih dan memastikan keadaan bilik darjah berada dalam keaadaan ceria dan kondusif.Aktiviti ini termasuk mengemas bilik darjah,menyapu lantai,membersih papan hijau,menyusun meja dan mengemas ruang atau sudut pembelajaran.

Seterusnya,setelah keadaan kelas berada dalam keadaan yang ceria,bersih dan kondusif saya akan menyuruh murid berada ditempat duduk masing-masing dalam keadaan bersedia.Pada waktu ini saya akan mula mengambil kedatangan pelajar-pelajar saya dengan memanggil nama mereka serta bertanya kepada ketua kelas tentang murid yang tidak hadir pada hari tersebut (sekiranya ada murid yang tidak hadir).Sekiranya ada pelajar saya yang mempunyai masalah kesihatan pada masa ini jugalah saya akan merujuk kepada guru yang bertugas untuk membawa pelajar saya sama ada untuk ke bilik sakit di sekolah atau ke klinik dan hospital.

Apabila kesemua rutin diatas telah dilaksanakan,saya akan akan meneruskan kepada rutin pembelajaran.Untuk melaksanakan rutin ini saya akan memastikan pelajar saya memberi fokus kepada P&P yang akan saya lakukan.Saya juga akan menentukan garis panduan dan tingkahlaku serta interaksi yang sesuai semasa proses P&P.









2.2 ASPEK PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH
Di dalam bilik darjah, murid-murid yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Aktiviti dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik,teratur serta licin. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat di pertingkatkan dan segala tugas dapat di selesaikan mengikut jadual. Sikap tanggungjawab, tolong menolong, toleransi,kerajinan, kerjasama dan kebersihan dapat di pupuk dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Berdasarkan petikan yang telah saya kaji, saya mendapati bahawa masalah berkaitan disiplin yang berlaku terhadap Cikgu UMi Kalthum dapat dilihat apabila Cikgu umi Kalthum tidak memberi peraturan kepada murid-muridnya semasa ketiadaannya di dalam kelas dan menguruskan murid-murid yang nakal yang menjadikan kelas bising dan tidak terkawal.
Dari aspek pengurusan disiplin bilik darjah, teori disiplin yang boleh di aplikasikan ialah Model Kounin. Kounin ialah teori disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat teorinya ialah integrasi pengajaran dengan disiplin.Beliau berpendapat atribut yang di ingini, misalnya kemesraan dan pemahaman tidak akan dapat mengurus bilik darjah dengan berkesan. Mengikut situasi berdasarkan petikan yang di beri, murid dalam kelas Cikgu Umi Kalthum membuat bising kerana beliau tidak berjaya mengawal keadaan kelas tersebut. Menurut model Kounin, masalah ini dapat di atasi dengan teknik withitness iaitu salah satu daripada idea-idea asas model kounin. Melalui teknik ini, guru melakukan pemerhatian dan menyedari semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh kelas pada setiap masa. Dengan kata lain, guru mengawal keseluruhan kelas untuk mengelakkan tingkahlaku yang tidak diingini berlaku. Berpaksikan teori ini, Jika saya berada di tempat Cikgu Umi Kalthum, sebelum saya keluar untuk pergi ke bilik guru, saya akan pastikan keadaan kelas adalah dalam keadaan terkawal. Saya terlebih dahulu akan memberi arahan kepada ketua kelas supaya mengawal kelas supaya berada dalam keadaan aman dan tidak bising.Saya juga akan menggunakan kuasa saya sebagai guru dengan memberikan amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana murid yang bising dan tidak berdisplin semasa saya meninggalkan kelas tersebut.Melalui kaedah ini murid-murid agak berasa takut dan akan teragak-agak untuk melakukan kesalahan dan membuat bising sepeniggalan saya untuk mengambil bahan yang tertinggal.
Teknik kedua yang boleh di gunakan ialah teknik Kewaspadaan Kumpulan iaitu memusatkan perhatian semua murid lain apabila respon seorang murid sedang di berikan. Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap kumpulan mempunyai akauntabiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran optimal berlaku. Berdasarkan petikan dalam artikel yang berbunyi “dalam usahanya untuk meneruskan pembelajaran,beliau menyuruh murid-muridnya mencatat rasa setiap bahan yang diberi. Cikgu Umi Khaltum kemudiannya memeriksa setiap kumpulan,beliau mendapati hanya satu kumpulan sahaja yang membuat catatan manakala kumpulan lain nampak terpinga-pinga dan sesetengahnya cuba meniru daripada rakan-rakan yang lain”.
Jika saya sebagai cikgu Umi Khaltum,saya akan menggunakan teknik kewaspadaan kumpulan seperti yang dinyatakan diatas.Pertama sekali semasa saya memulakan proses pengajaran saya akan membuat satu penyataan atau pengumuman kepada murid saya supaya memberi perhatian kepada apa yang saya akan ajar.Saya akan memberi arahan tersebut dengan suara yang agak tegas yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian murid-murid yang nakal.seterusnya apabila saya sedang memberikan penerangan kepada satu kumpulan,saya akan mengarahkan kumpulan-kumpulan lain supaya memberikan perhatian terhadap penerangan yang saya berikan.Ini adalah bagi memastikan supaya setiap kumpulan dan semua pelajar saya turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan tersebut.Dengan cara tersebut juga kedaan akan menjadi lebih terkawal kerana setiap pelajar telah memberikan komitmen mereka terhadap apa yang saya ajar serta masalah bising dan gangguan dari pelajar yang nakal akan dapat dikawal.


2.3 ASPEK PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Selepas menganalisis dari artikel, saya dapat mengelompokkan masalah pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran atau bahan bantu mengajar daripada Cikgu Umi Kalthum. Ini dapat dibuktikan apabila Cikgu Umi Kalthum terlupa membawa gula sebagai bahan ujikajinya dan terpaksa meninggalkan kelas untuk mengambil gula di bilik guru.
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.Perancangan pengajaran perlulah dilakukan terlebih dahulu sebelum melakukan satu-satu aktiviti pembelajaran.Perancangan perlulah dilakukan bertujuan untuk memenuhi masa yang diperuntukkan,menepati kehendak serta objektif yang ditetapkan,menarik perhatian pelajar dan memberikan satu pengajaran yang berkesan kepada murid-murid.
Sekiranya saya sebagai Cikgu Umi Kalthum, saya akan membuat persiapan yang amat rapi sebelum memulakan satu-satu proses pengajaran.Saya akan mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam, memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai,merancang pengajaran yang merangkumi aspek membuat set induksi yang menarik untuk menarik minat pelajar serta memberikan kefahaman terhadap apa yang saya akan ajar,saya akan memperkembangkan P&P serta membuat penutup dan refleksi kepada sesi pembelajaran saya.Saya juga akan menentukan strategi P&P,menyediakan bahan bantu mengajar serta membuat penilaian.
Sebagai contoh dalam melaksanakan set induksi saya akan terlebih dahulu merangsang minda dan menarik minat murid saya terhadap pembelajaran deria rasa yang saya akan ajar.saya akan melakukan proses ini sama ada dengan menggunakan pendekatan bertanyakan soalan berkaitan,mengaitkan dengan pelajaran lalu,atau menyediakan gambar berkaitan dengan deria rasa.Masa yang akan saya peruntukkan untuk sesi ini sekurang-kurangnya lima minit. Setelah murid-murid saya faham dan mempunyai minat terhadap apa yang saya akan ajar saya akan terus memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran saya.Disini saya akan menekankan kepada isi penyampaian iaitu dari peringkat mudah ke susah dan dari konkrit ke abstrak.Sebagai contoh saya akan menunjukkan terlebih dahulu organ-organ deria rasa dan kemudiannya saya akan menerangkan fungsi-fungsi deria tersebut serta barulah melakukan eksperimen bagi membuktikan perkara tersebut.Sepanjang proses tersebut saya juga akan menerapkan teknik menyoal yang bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar saya.Di samping itu saya juga akan menggunakan teknik menggabungjalin di dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Kaedah ini bertujuan memberikan kefahaman serta mendedahkan perkara-perkara yang diluar bidang sains yang diajar saya semata-mata dan bertujjuan untuk menyuntik kefahaman yang lebih kepada pelajar saya.
Bagi aspek persediaan untuk alat bantu mengajar pula,saya akan memberikan komitmen yang lebih supaya penyampaian saya berkesan.Saya akan membawa semua alat bantu mangajar saya dan sentiasa mendisiplinkan diri bagi mengingatkan diri saya untuk sentiasa mengingati tentang alat bantu mengajar. . Selain itu, selain dari bahan ujikaji yang saya sediakan, saya juga boleh menyuruh setiap murid membawa bahan ujikaji sendiri. Contohnya setiap kumpulan mempunyai 8 orang ahli. Saya memerlukan 4 bahan ujikaji untuk deria rasa iaitu serbuk Nescafe, serbuk lada, limau nipis dan gula. Jadi saya akan arahkan dua orang dari setiap kumpulan untuk membawa satu bahan ujikaji. Perkara ini dapat mengelakkan kekurangan bahan untuk ujikaji. Jika seorang tidak membawa bahan tersebut, maka lagi seorang boleh membantu dan jika kedua-dua murid tidak membawanya, maka saya telah mempunyai bahan tambahan yang telah saya sediakan sehari sebelum masuk ke kelas.
Saya juga akan menggunakan modefikasi perlaku-sering (B-mod), di mana saya akan mengaplikasikan sistem “token-economy” kepada setiap murid yang dapat menyediakan bahan untuk ujikaji manakala bagi murid yang gagal membawanya tidak akan mendapat token tersebut. Teknik adalah satu teknik terapi yang sederhana. Murid-murid yang berjaya akan saya beri 1 token. Teknik ini menghentikan perilaku yang tidak diinginindengan cara menghilangkan penguat dan menggantikannya dengan perilaku yang dikehendaki dengan penguatan. Dengan cara ini murid-murid lebih bersemangat untuk menurut arahan kerana dengan mengumpul token-token tersebut, mereka boleh menukar kepada hadiah-hadiah yang saya sediakan berdasarkan jadual token-economy yang telah saya sediakan. untuk memastikan lagi murid-murid agar lebih mematuhi peraturan di dalam bilik darjah, sesiapa yang gagal mengikut arahan akan ditolak 1 token. Jadi murid-murid akan berasa takut untuk melanggar arahan atau peraturan di dalam bilik darjah.
Setelah tamat sesi pengajaran saya akan membuat rumusan.Pada waktu ini saya sekali lagi akan menegaskan isi-isi penting untuk mengingatkan murid saya tentang apa yang telah saya ajar.Setelah itu saya akan memberi cadangan dan panduan untuk murid saya meningkatkan kefahaman.Saya juga akan memberi cadangan tentang bahan-bahan yang boleh dirujuk oleh murid-murid untuk meluaskan ilmu.


(1648 patah perkataan)

No comments: