terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, July 26, 2009

KRITERIA-KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

KRITERIA-KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM
REKA BENTUK BERPUSATKAN SUBJEK

Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada 4 bahagian:
Reka bentuk matapelajaran
Reka bentuk disiplin
Reka bentuk bersepadu
Reka bentuk korelasi


Reka bentuk mata pelajaran Reka bentuk ini kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu disusun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.


2. Reka bentuk disiplin
Setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu yang
tersendiri.
Disiplin adalah cara atau proses sesuatu mata
pelajaran.
Reka bentuk ini menekan isi kandungan dan proses
disiplin sesuatu ilmu. Contohnya: mata pelajaran
pendidikan jasmani, selain kemahiran, guru perlu
mengajar sesuatu disiplin sesuatu permainan.
Pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam
permainan tetapi disiplin berkaitan kemahiran.
Reka bentuk ini dibina berdasarkan proses
mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu
subjek atau proses yang terlibat menjana ilmu
dalam sesuatu bidang.


3. Reka bentuk bersepadu
Reka bentuk ini menyatukan 2 atau lebih subjek yang menjadikan mata pelajaran yang bersepadu.
Reka bentuk ini membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing.
Reka bentuk ini menghilangkan sempadan mata pelajaran dengan disiplin.
Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Contoh matapelajaran Sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains


4. Reka bentuk korelasi
Reka bentuk ini mengaitkan maklumat dengan satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara satu subjek. Sebagai contoh, guru Pendidikan Jasmani boleh bekerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dari zaman penjajah hingga ke sekarang.
Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu bekerjasama dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mngaitkan maklumat dari subjek-subjek yang berlainan.


Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidik. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falasafah prongressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
Reka bentuk berpusatkan pelajar
Reka bentuk berpusatkan pengalaman
Reka bentuk berpusatkan humanistik


1. Reka bentuk berpusatkan pelajar
Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar.
Reka bentuk ini menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di beri peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar.
Contohnya oleh kerana sifat kanak-kanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani dibina setelah pendidik mengenali pelajar.


REKA BENTUK BERPUSATKAN MASALAH

Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.

Reka bentuk situasi kehidupan
Reka bentuk semula masyarakat


Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.

Reka bentuk situasi kehidupan
Reka bentuk semula masyarakat


Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.

Reka bentuk situasi kehidupan
Reka bentuk semula masyarakat

1. Reka bentuk situasi kehidupan

Reka bentuk ini mirip dengan teori konseptual. Reka bentuk situasi berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu diaplikasikan dalam kehidupan secara terus.

Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk ini. Oleh itu, kurikulum perlu dibina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain, kurikulum yang terbentuk dalam mengambil kira isu-isu semasa yang berlaku pada masa ini.


2. Reka bentuk semula masyarakat

Reka bentuk ini berorientasikan masyarakat, reka bentuk ini mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi.

Kurikulum dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam perubahan dalam masyarakat. Kurikulum ini meyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti.


KRITERIA-KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM GENERASI GEMILANG SEKOLAH RENDAH (KTGGSR)

Kandungan pelajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KGGSR ini amat menekan keupayaan dan perkembangan murid yang cergas dan aktif. Sukatan yang digubal berupaya memenuhi keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu:

Kecergasan
Kemahiran
kesukanan



Berdasarkan sukatan yang digariskan jelas dapat dilihat elemen pengulangan, kesepaduan, ansur maju, skop dan turutan telah diterapkan dalam pengubalan Kurikulum Generasi Gemilang Sekolah Rendah (KGGSR) ini. Berikut adalah objektif am bagi tahap 1 dan tahap 2:


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran tahap 1 iaitu tahun 1 hingga tahun 3, murid dapat:

Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardivaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan, dan ketangkasan.

Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan pelnagai variasi.

Dapat memupukkan kerjasama semasa melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

Mematuhi arahan serta peraturan semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatan diri, rakan, dan kumpulan.

Dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik terhadap rakan-rakan.



Pada akhir pengajaran dan pembelajaran tahap 2 iaitu tahun 4 hingga 6, murid dapat:

Memahami maksud kecergasan fizikal berkaitan dengan daya tahan kardivoskular, kelenturan, imbangan, ketangkasan daya tahan otot, kekuatan otot, masa tindak balas. Kelajuan, kuasa, komposisi badan.

Dapat melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan.

Dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik irama, dan gimnastik artistik dengan betul dan selamat.

Mengetahui dan mematuhi peraturan keselamatan semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatan.





Memahami dan mengamalkan sikap positif dalam bidang sukan yang diceburi.

Mengetahui kemudahan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti.

Mengetahui dan mengamalkan undang-undang dan peraturan dalam sukan dan permainan.

Dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik terhadap rakan-rakan dalam suasana yang menggembirakan.


Kurikulum Generasi Gemilang Sekolah Rendah ( KGGSR ) adalah berdasarkan falsafah rekonstrutionalisme. Falsafah rekonstrutionalisme ini menyatakan bahawa peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab sosial serta melahirkan masyarakat berilmu. Aliran ini juga berpendapat, manusia berupaya membina masyarakat baru melalui perubahan yang berkesan dalam pendidikan dan masyarakat. Falsafah rekonstrutionalisme amat sesuai bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan membantu mengatasi masalah sosial yang berlaku secara berleluasa pada masa kini.

No comments: