terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, June 28, 2009

model addie assure

Pembangunan Perisian Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik

Adakah anda merupakan seorang penerbit, pengurus projek, perekabentuk, pengaturcara, pendidik ataupun pelajar yang terlibat di dalam dunia pembangunan perisian multimedia ? Sekiranya ya, maka buku Pembangunan Perisian Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik ini merupakan sebuah buku yang perlu anda miliki. Buku ini ditulis khususnya bagi memberikan penerangan yang menyeluruh kepada pembaca mengenai isu-isu utama yang perlu diberi perhatian dalam sesuatu proses pembangunan perisian multimedia.

Antara penekanan yang diutamakan antaranya ialah fasa-fasa serta proses kerja yang terbabit, model-model rekabentuk, pengurusan projek, pengurusan perbelanjaan, pembentukan kumpulan kerja, penghasilan dan pengumpulan media, proses pengaturcaraan dan pengarangan, pembinaan prototaip, proses pengujian dan penilaian, kaedah penyimpanan dan penyebaran media, isu hakcipta dan banyak lagi. Buku ini sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami bidang pembangunan perisian multimedia tidak kira peringkat usia ataupun latarbelakang pendidikan.

No comments: