terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Sunday, June 28, 2009

addie assure

12. Kesedaran Dan Kesanggupan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengurusan Pendidikan di Malaysia
(Awareness and Willingness of Using Information And Communication Technology (ICT) In Educational Aministration in Malaysia)
Dr Foo Say Fooi
Universiti Putra Malaysia
Chan Yuen Fook
Institut Aminuddin Baki, Malaysia
Alaf baru akan menyaksikan transformasi masyarakat melalui saingan hebat global serta kuasa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan ini mempunyai banyak implikasi kepada pendidikan dan pengurusan pendidikan dalam sekolah bestari atau sekolah yang akan menjadi sekolah bestari dalam alaf yang baru ini. Kemahiran teknologi komputer menjadi satu kemestian bagi semua pendidik khususnya para pemimpin dan pengurus pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesedaran pengetua dan guru besar terhadap kewujudan ICT. Penyelidik juga berminat untuk melihat kesanggupan para pentadbir sekolah untuk menggunakan ICT dalam proses pembelajaran pelajar dan pengurusan pendidikan di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran pengetua dan guru besar terhadap kewujudan ICT masih berada pada tahap yang perlu dipertingkatkan. Kesedaran ini didapati menerima kesan dari kemudahan makmal komputer dan sistem jaringan yang ada di sekolah mereka. Responden kajian menunjukkan kesanggupan yang tinggi untuk mengguna ICT dalam aspek latihan, sistem jaringan dan pembelajaran di bilik darjah.

[The new millennium will witness the transformation of the society through a keen global competition and the effect of information technology and communication (ICT). This development has immense implication on education and educational administration in smart schools or smart schools to be. Computer technology competency is a must for all educationists especially educational administrators. The objective of this study is to investigate the awareness of school administrators towards the existence of ICT. This paper also looks at the willingness of school administrators in using ICT in students’ learning processes and school administration. The findings indicate that the awareness of school administrators on the existence of ICT is still lacking. The level of awareness is influenced by the existence of computer labs and networking system in the schools they served. The respondents have shown a keen willingness to adopt ICT in areas such as training, networking and learning in the classrooms.]
Photobucket

No comments: