terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

SISTEM RANGKA

SISTEM RANGKA
JENIS-JENIS SENDI
Sendi adlah tempat penemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan (sinatrosis), sendi yang boleh digerakkan sedikit (amfiartrosis) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diartrosis).
Jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi:










Rajah 2.20 Jenis-jenis sendi
Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi.
Rajah (a) jenis sendi tanpa gerak (sinatrosis).
Rajah (b) dan (c) jenis sendi gerakan terhad (amfiartrosis)
Rajah (d), (e)vdan (f) jenis sendi gerakan bebas (diartrosis)


JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN STRUKTUR
Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan semakn kuat sendi itu walaupun pergerakan sendi tersebut agak terbatas atau terhad.
Sebaliknya, sendi yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan, semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti ini mudah mengalami dislokasi atau terkehel.Pergerakan sendi, ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligament, otot dan tendon.

Jadual 2.1 jenis-jenis sendi berdasarkan struktur
Jenis sendi Struktur Contoh


Sendi fibrous Pada sendi fibrous tulang bercamtung dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan.


Sendi cartilangenous Pada sendi cartilangenous tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligament. Jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad.





Sendi sinovial Sendi synovial diselaputi oleh membrane synovial yang merembeskan cecair synovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antar tulang-tulang.










Rajah 2.21 jenis-jenis sendi sinovial
Terdapat beberapa jenis sendi yang dikategorikan sebagai sendi synovial. Sendi-sendi tersebut ialah:
a) Sendi gelungsur (sendi antara karpal dan tarsal)
b) Sendi engsel (sendi siku)
c) Sendi paksi (sendi antara radius dan ulna)
d) Sendi kondil (sendi antara metacarpal da falang)
e) Sendi pelana (sendi antara metacarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal)
f) Sendi lesung (sendi bahu)
JENIS - JENIS PERGERAKAN
Terdapat dua posisi rujukan bagi pergerakkan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa merujud kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula rapat ke sisi dan tapak tangan menghala ke badan seperti yang ditunjukkan gambar foto 2.3 dibawah.







Gambar foto 2.3 kedudukan biasa
Kedudukan anatomi pula merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus da tegak dengan kedua-dua tapak menghala ke kanan dank ke kiri seperti gambar foto 2.4 di bawah.






Gambar foto 2.4 kedudukan anatomi
Kedudukan anatomi merupakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis-jenis pergerakan.
i. Pergerakan linear
Pergerakan linear ialah pergerakan yang belaku secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan. Sebagai contoh, pergerakan gelongsor.
ii. Pergerakan Putaran
Pergerakan putaran adlah pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran. Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada bahagian lengan.













Gambar foto 2.5 Pergerakan-pergerakan putaran.
iii. Pergerakan Bersudut
Pergerakan bersudut merupakan suatu prgerakan yang berkeadaan lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut ialah fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi dan sirkumduksi.











Gambar foto 2.6 Pergerakan-pergerakan bersudut.










iv. Pergerakan Khusus
Pergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua sendi sahaja. Antara pergerakan khusus ialah inverse, eversi, depresi, evelasi, dorsi-fleksi dan plantar-fleksi.









Gambar foto 2.7 Pergerakan-pergerakan khusus.

2 comments:

Kak Yong said...
This comment has been removed by the author.
Kak Yong said...

tQ..sy tlh gnkan nota di atas sbgai rjkn..