terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Thursday, May 7, 2009

sejarah gymnastik

SEJARAH GIMNASTIK ARTISTIK

Sukan Gimnastik telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Aktiviti senaman bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradapan Cina 2000 tahun dahulu. Manakala tamadun India dan Persia dikatakan telah menggunakan senaman beramai awal seratus tahun daripada itu.
Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini dikenali sebagai gymnasium. Ahli Falsafah Greek terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan sahaja sebagai seni , malahan merupakan ilmu sains kemasyarakatan.

Gimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita.

Tidak seperti sukan-sukan yang lain seperti bola sepak ataupun badminton, sukan jenis ini memerlukan (required) para peserta membuat persembahan di hadapan para penonton. Sukan ini juga memerlukan daya ketahanan fizikal dan kemahiran (skill) yang cukup tinggi walaupun ketika membuat persembahan di peringkat asas. Latihan yang lebih diperlukan berbanding (compared) sukan jenis lain untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kemahiran diri.

Walaupun begitu, masih belum ramai lagi yang menceburi sukan ini kerana sukan ini dikenali sebagai sukan yang ‘mahal’. Manakan tidaknya, perbelanjaan (expenses) untuk membeli sut pakaian sahaja boleh menelan sehingga ribuan ringgit sehelai. Walaupun begitu, penyertaan peserta di dalam sukan gimnastik ini pada asasnya lebih menjurus kepada keseronokan dan kesihatan (fitness) berbanding kemenangan.

1 comment:

Unknown said...

thx ya gan infonya :), kalau di indonesia sendiri kapan ya ada senam artistik? trus apakah dulu kalau senam itu pakai baju senam wanita ?