terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

REFLEKSI

5.0 REFLEKSI


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberi ini. Saya telah memilih soalan yang kedua yang memerlukan saya menjelaskan tentang peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang berkaitan dengan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak umur 6 – 12 tahun. Tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu En. Mohd. Din bin Haron.

Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa saya lalui dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Masalah masa, tidak memahami konteks soalan, dan sebagainya terus menghantui saya sejak awal lagi. Selain itu, banyak kerja kursus dan aktiviti lain yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya. Namun, sebagai bakal seorang pendidik saya melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk sama-sama menanganinya.

Sebagai langkah awal, saya mula bergerak untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan daripada internet, buku-buku falsafah dan sebagainya. Banyak maklumat dan data yang saya peroleh daripada bahan-bahan tersebut. Pembahagian masa amat penting ketika ini. Seterusnya, saya menyusun, mengedit dan memindahnya ke dalam bentuk yang dikehendaki.

Setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berasa sangat berpuas hati dengan usaha dan penat lelah saya selama ini kerana telah berjaya menyiapkan tugasan mengikut apa yang dikehendaki oleh pensyarah. Saya juga bersyukur kerana sedikit sebanyak pemahaman saya mengenai Perkembangan Kanak-Kanak ini bertambah dan ianya pasti amat berguna kepada saya suatu hari nanti.

No comments: