terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

PROSIDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PROSIDUR KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN
DISEDIAKAN OLEH :
DILULUSKAN OLEH :
AMIR BIN MOHAMED
NIDZAM BIN KAMARULZAMAN
TANDATANGAN :
TANDATANGAN :
TARIKH :
TARIKH :
01.02.2005
01.02.2005
NO. DOKUMEN :
CIAST-PKKP-03
NO. SEMAKAN : 0
NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.02.2005
MUKA SURAT : 1 DRP 9
TINDAKAN KECEMASAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
PROSIDUR KESELAMATAN NO. SEMAKAN : 0
DAN KESIHATAN PEKERJAAN NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.02.05
CIAST-PKKP-03
TINDAKAN KECEMASAN
KEBAKARAN DAN
PENGOSONGAN BANGUNAN MUKA SURAT :
2 DRPD 9
1. OBJEKTIF
1.1 Menjelaskan langkah-langkah semasa tindakan kecemasan kebakaran dan pengosongan bangunan yang berkesan bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang mungkin berlaku di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).
1.2 Meminimumkan kesan kemalangan ke atas manusia dan harta benda di dalam dan luar kawasan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).
1.3 Mensetempatkan kecemasan di dalam kawasan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) atau jika boleh membasminya; dan
1.4 Memenuhi keperluan undang-undang negara.
2. SKOP
2.1 Prosidur ini hendaklah digunapakai semasa tindakan kecemasan kebakaran dan pengosongan bangunan dijalankan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).
3. TANGGUNGJAWAB
3.1 Semua pegawai, kakitangan, kontraktor, pelawat dan pelatih hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tindakan kecemasan kebakaran dan pengosongan bangunan.
3.2 Unit Kecemasan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan hendaklah bertanggungjawab melaksanakan prosedur kecemasan kebakaran dan pengosongan bangunan.
4. DEFINASI DAN TERMINOLOGI
4.1 CIAST - Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran
Lanjutan.
4.2 PKK - Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
4.3 JKKP - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
PROSIDUR KESELAMATAN NO. SEMAKAN : 0
DAN KESIHATAN PEKERJAAN NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.02.05
CIAST-PKKP-03
TINDAKAN KECEMASAN
KEBAKARAN DAN
PENGOSONGAN BANGUNAN MUKA SURAT :
3 DRPD 9
5. PROSIDUR
AM
5.1 Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja di dalam satu-satu bangunan tanpa mengira masa. Oleh hal yang demikian, adalah wajar setiap kakitangan/pelatih/pelawat/kontraktor mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Semua kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/ pelawat adalah diingatkan supaya bertindak dengan tenang, jangan cemas apabila menghadapi keadaan begini.
5.2 Bersama prosidur ini menerangkan beberapa tindakan yang perlu di ambil sekiranya berlaku kecemasan kebakaran dan tindakan pengosongan bangunan. Satu salinan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan di semua bangunan.
TINDAKAN APABILA BERLAKU KEBAKARAN
5.3 Tindakan berikut boleh dijadikan prosedur tetap dan garis panduan apabila berlaku kebakaran.
5.3.1 Isyarat Kebakaran
Membunyikan sistem penggera kebakaran (alarm) dengan memecahkan “break glass” yang sedia ada di setiap paras bangunan.
TANDA BUNYI KEBAKARAN MENGANDUNGI BUNYI LOCENG YANG BERULANG - ULANG.
Sesiapa pun tidak dibenarkan memasuki bangunan apabila loceng kecemasan dibunyikan.
5.3.2 Memberitahu Pengawal Insiden/Pegawai-pegawai Insiden (sila rujuk No. Dokumen : BKKP-03-01) yang bertugas di kawasan tersebut atau menghubungi Pondok Pengawal Keselamatan sambungan telefon 131 atau Warden Asrama sambungan telefon 145. Pondok Pengawal Keselamatan dan Warden Asrama berfungsi 24 jam setiap hari.
PROSIDUR KESELAMATAN NO. SEMAKAN : 0
DAN KESIHATAN PEKERJAAN NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.02.05
CIAST-PKKP-03
TINDAKAN KECEMASAN
KEBAKARAN DAN
PENGOSONGAN BANGUNAN MUKA SURAT :
4 DRPD 9
5.3.3 Keluar Menyelamatkan Diri
Semua kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat hendaklah keluar daripada bangunan dan berkumpul di CHECK POINT (LAMPIRAN 03-01).
5.3.4 Panggilan Baris (Roll Call)
Semua kakitangan / pelatih / kontraktor / pembekal / pelawat adalah bertanggungjawab melaksanakan panggilan baris (roll-call) di “CHECK POINT” (LAMPIRAN 03-01) dengan segera apabila mendengar isyarat kebakaran.
5.3.5 Memadam Kebakaran
Pengawal Insiden/Pegawai-pegawai Insiden dan kakitangan yang terlatih sahaja dibenarkan untuk memadamkan kebakaran supaya ianya dapat dikawal.
Perhatian :
Jika anda memerlukan :
PANGGILAN KECEMASAN, sila dail 994.
Alamat penuh :
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST),
PETI SURAT 7012, JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
No. telefon :
03 55415736 atau 03 55415739
PROSIDUR KESELAMATAN NO. SEMAKAN : 0
DAN KESIHATAN PEKERJAAN NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.02.05
CIAST-PKKP-03
TINDAKAN KECEMASAN
KEBAKARAN DAN
PENGOSONGAN BANGUNAN MUKA SURAT :
5 DRPD 9
PERINGATAN:
Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat hendaklah;
a. Berhenti kerja.
b. Berhentikan semua mesin.
c. Matikan semua kuasa elektrik.
d. Tutup gas atau lain-lain bahan yang mudah terbakar dari terdedah.
e. Tutup semua tingkap dan pintu.
f. Keluar melalui lorong jalan yang mudah dan jangan menggunakan lif.
g. Jangan berlari.
h. Jangan tolak menolak antara satu sama lain.
i. Jangan sengaja buat bising.
j. Jangan buat tidak tentu arah dan kelam kabut (panik).
k. Jangan berpatah balik kebelakang untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
l. Jangan duduk di dalam tandas atau stor.
m. Mestilah bekerjasama dan ikut arahan.
PROSIDUR KESELAMATAN NO. SEMAKAN : 0
DAN KESIHATAN PEKERJAAN NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.02.05
CIAST-PKKP-03
TINDAKAN KECEMASAN
KEBAKARAN DAN
PENGOSONGAN BANGUNAN MUKA SURAT :
6 DRPD 9
5.3.6 Tindakan PEGAWAI-PEGAWAI INSIDEN
a. Menyiasat tempat kebakaran.
b. Bunyikan “alarm” atau “wisel” (jika “alarm” otomatik tidak berbunyi).
c. Sekiranya kebakaran berlaku diperingkat awal dan tidak mengancam keselamatan diri, padamkan segera.
d. Jika didapati kebakaran tersebut telah merebak dan ada penghuni di bangunan tersebut, beri arahan mengosongkan bangunan.
e. Arahkan kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat keluar melalui pintu kecemasan sahaja.
f. Arahkan kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat menutup pintu-pintu dan tingkap.
g. Arahkan kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat berkumpul di “CHECK POINT” (Lampiran 03-01).
h. Hubungi pegawai yang bertugas di pondok pengawal keselamatan untuk bantuan. Jika perlu hubungi Jabatan BOMBA secara terus.
i. Matikan semua suis elektrik.
j. Arahkan Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit/Warden Asrama/ Pengurus kantin membuat panggilan baris (roll-call) bagi kakitangan/ pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat di bawah kawalan masing-masing.
k. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang berkenaan sahaja.
l. Memberi maklumat kepada Pegawai BOMBA mengenalpasti keadaan di dalam bangunan.
5.3.7 Tindakan PENGAWAL INSIDEN
a. Hubungi pihak BOMBA sebaik sahaja mendapat maklumat daripada Pegawai-pegawai Insiden.
b. Sediakan alat memadam kebakaran.
c. Mengenalpasti tempat pili bomba.
d. Arahkan Pegawai-pegawai Insiden memadam kebakaran sebelum pihak BOMBA masuk.
e. Arahkan anggota untuk mengawal keadaan lalulintas untuk menyenangkan pihak BOMBA masuk.
f. Dapatkan maklumat tentang panggilan baris (roll-call) sekiranya ada yang tertinggal di dalam bangunan.
g. Bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.
h. Hubungi pihak ambulan bersiap sedia di satu tempat.
PROSIDUR KESELAMATAN NO. SEMAKAN : 0
DAN KESIHATAN PEKERJAAN NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.02.05
CIAST-PKKP-03
TINDAKAN KECEMASAN
KEBAKARAN DAN
PENGOSONGAN BANGUNAN MUKA SURAT :
7 DRPD 9
5.3.8 Tindakan Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit/Ketua Warden Asrama/Pengurus Kantin
a. Maklumkan segera kepada Pegawal Insiden/Pegawai-pegawai Insiden.
b. Arahkan kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat menutup pintu-pintu dan tingkap.
c. Arahkan kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat membuat panggilan baris (roll-call) di “CHECK POINT” (Lampiran 03-01).
d. Arahkan kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat keluar melalui pintu kecemasan sahaja.
e. Periksa kehadiran kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat yang berada di bawah kawalan dengan menggunakan SENARAI SEMAK KAKITANGAN/PENGHUNI (No. Dokumen : BKKP-03-02).
f. Maklumkan segera pada Pengawal Insiden/Pegawai-pegawai Insiden jika terdapat kakitangan/pelatih/kontraktor/pembekal/pelawat yang tidak hadir.
PERHATIAN:
Semua Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit/Ketua Warden Asrama /Pengurus Kantin adalah bertanggungjawab mengisi dan mengemaskini SENARAI SEMAK KAKITANGAN/PENGHUNI (No. Dokumen : BKKP-03-02) dari semasa ke semasa.
PANDUAN MENYELAMATKAN DIRI SEMASA KEBAKARAN (ASAP)
5.4 Cara-cara bergerak semasa terperangkap di dalam asap.
Di dalam sesuatu kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian;
a. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah.
b. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.
PROSIDUR KESELAMATAN NO. SEMAKAN : 0
DAN KESIHATAN PEKERJAAN NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.02.05
CIAST-PKKP-03
TINDAKAN KECEMASAN
KEBAKARAN DAN
PENGOSONGAN BANGUNAN MUKA SURAT :
8 DRPD 9
c. Jika terperangkap di dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat).
d. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan pemandangan. Dalam keadaan demikian, gunakan belakang tangan untuk raba jalan menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.
5.5 Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar
Jika anda terperangkap di dalam bangunan, semasa berlaku kebakaran anda hendaklah bertindak seperti berikut;
a. Dapatkan seberapa banyak pintu bertutup di antara anda dengan api. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda.
b. Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan asap dan bahang. Sumbat celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau sebagainya bagi mengelakkan asap masuk (pilih bilik yang bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan).
c. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan.
d. Buka tingkap sedikit di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih masuk.
e. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan baju, carpet atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan.
f. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benar-benar tidak ada jalan lain lagi.
6. LAMPIRAN
6.1 LAMPIRAN 03-01 - Tempat Berkumpul “CHECK POINT”
6.2 LAMPIRAN 03-02 - Carta Alir Kecemasan Kebakaran
Dan Pengosongan Bangunan
PROSIDUR KESELAMATAN NO. SEMAKAN : 0
DAN KESIHATAN PEKERJAAN NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.02.05
CIAST-PKKP-03
TINDAKAN KECEMASAN
KEBAKARAN DAN
PENGOSONGAN BANGUNAN MUKA SURAT :
9 DRPD 9
7. REKOD KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Bil.
Rekod
No. Dokumen
Lokasi
Tempoh Simpanan
1.
Senarai Nama Pengawal Insiden /Pegawai-pegawai Insiden
BKKP-03-01
Unit Kecemasan Kebakaran & Pengosongan Bangunan/ Jabatan /Bahagian/Unit /Ketua Warden /Pengurus Kantin
Sepanjang tahun
2.
Senarai Semak Kakitangan/Penghuni
BKKP-03-02
Jabatan /Bahagian/Unit /Ketua Warden /Pengurus Kantin
Sepanjang tahun

No comments: