terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

PROSEDUR MENJALANKAN KAWAD KEBAKARAN DAN KECEMASAN

PROSEDUR MENJALANKAN KAWAD KEBAKARAN DAN KECEMASAN



1. Pengenalan

 Setiap premis digalakkan untuk menjalankan latihan kawad kebakaran dan kecemasan bagi menyediakan para pekerja dan pelajar jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

 Setiap kawasan akan dilantik seorang pegawai pengosongan bangunan dan pegawai ini akan diberi taklimat mengenai prosedur pengosongan bangunan.

 Adalah dicadangkan untuk menjalankan kawad kebakaran sekurang-kurangnya sekali setahun.

2. Tujuan

Kawad kebakaran dan kecemasan yang diadakan adalah bertujuan untuk :

 Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini penghuni yang terancam dengan bahaya dapat bertindak dengan tenang dan teratur.

 Menyediakan jalan keluar dan tangga keselamatan supaya dapat digunakan dengan kaedah yang dirancangkan.

 Menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan alatan keselamatan yang disediakan didalam sesebuah premis.


3. Perancangan

Terdapat beberapa aspek penting yang perlu dititik beratkan dalam perancangan kawad kebakaran iaitu:

 Jenis dan fungsi bangunan

o Jenis bangunan samada bertingkat atau tidak

o Fungsi dan aktiviti yang dijalankan di bangunan samada ianya digunakan untuk ruang pejabat atau makmal

 Penghuni

o Jumlah penghuni yang terdapat didalam bangunan

o Keadaan fizikal dan tahap kesihatan penghuni

o Aktiviti penghuni

 Pencegahan Kebakaran

o Jenis amaran

o Alat bantuan, salur Bantu mula dan pasukan melawan kebakaran

o Persediaan memanggil pasukan penyelamat dan jabatan keselamatan.

o Notis arahan

 Laluan Kecemasan

o Mengenalpasti laluan kecemasan

o Tempat perhimpunan yang selamat

o Lampu kecemasan dan tanda arah.

 Rekod

o Masa yang diambil untuk mengosongkan premis

o Masalah yang timbul ketika pengosongan


4. Persedian latihan

 Mewujudkan jawatankuasa bertindak pada setiap premis dan melantik

o Pegawai pengosongan bangunan dan penolong

o Ketua tingkat.

 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab jawatankuasa pengosongan bangunan

 Menyediakan rancangan tindakan

 Menentukan tempat perhimpunan.

 Memastikan laluan kecemasan tidak dihalangi

 Arahan petugas dan penghuni disediakan.


5. Tindakan semasa latihan

 Membunyikan loceng kecemasan atau membunyikanamaran kebakaran dan berteriak “API….API….API…”

 Ketua Blok atau Tingkat memanggil baris dan memeriksa kehadiran penghuni tingkat masing masing dan melaporkan pengosongan bangunan kepada pegawai pengosongan bangunan.

 Pegawai pengosongan bangunan membuat laporan kepada wakil jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.

6. Penutup

Latihan kawad kebakaran dan kecemasan merupakan persediaan bagi menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini yang mungkin boleh berlaku dipersekitaran. Dengan persediaan ini diharapkan dapat mengelakkan sebarang kehilangan nyawa kerana kebakaran mahupun kecemasan boleh berlaku pada bila-bila masa dan ianya datang tanpa diduga.

No comments: