terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Thursday, May 7, 2009

pendahuluan gymnastik

PENDAHULUAN
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastikartistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya than otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.
Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik, ialah:
• Keupayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol.
• Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melomboldalam satu pergerakan.
• Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar.
• Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan.
• Keupayaan untuk menguasai kemahiran supayakeindahan pergerakan dapat dihasilkan
• Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

No comments: