terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Thursday, May 7, 2009

laporan aktiviti kayak

LAPORAN AKTIVITI KAYAK
Ketua : Mohd. Nor Izwan b. Sulaiman
Pen. Ketua :
AJK :
Untuk melancarkan semua aktiviti yang dijalankan di Program Amali Pendidikan Luar di Pulau Perhentian, sebuah jawatankuasa telah dilantik untuk membantu pensyarah semasa di Pulau Perhentian kelak. Bagi aktiviti kayak, jawatankuasa ini telah dibentuk dengan keahlian daripada kumpulan PISMP PJ 1 dan PJ2. Beberapa mesyuarat antara kami dan juga perjumpaan dengan pensyarah penasihat telah diadakan untuk memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik. Semasa di IPGM, kami telah membuat senarai alatan yang perlu digunakan semasa aktiviti berkayak. Antaranya ialah ‘personal flotation device’ atau PFD, ‘first aid kit’, buoyant, tali dan minuman untuk peserta dan pensyarah. Manakala kayak akan disewa daripada pihak Pulau Perhentian.
Guru pelatih telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu PJ1 dan PJ2 untuk melakukan aktiviti kayak. Ini kerana bilangan kayak yang ada adalah tidak mencukupi. PJ1 telah melakukan ujian amali kayak pada hari kedua perkhemahan manakala PJ2 melakukannya pada hari ketiga. Sementara PJ1 membuat ujian amali kayak, PJ2 pula melakukan ujian amali bagi aktiviti abseiling. Pada malam sebelum hari aktiviti, ketua AJK ini telah berjumpa dengan pensyarah yang terlibat untuk taklimat. Dan keesokannya, selepas melakukan senaman pagi dan makan pagi, jawatankuasa ini telah mengumpulkan peralatan yang akan digunakan di suatu tempat. Setelah semuanya selesai, kami telah menjemput pensyarah untuk memulakan ujian amali.
Ujian amali bermula dengan ujian anatomi kayak. Kebanyakan para peserta dapat menjawab ujian ini dengan baik kerana telah mendapat pendedahan semasa melakukan aktiviti kayak di Pulau Melaka dengan kerjasama Persatuan Kenu Kelantan. Selepas itu, guru pelatih diuji dengan kemahiran mengangkat kayak yang betul. Semua guru pelatih dapat melakukannya dengan baik. Kemudiannya, guru pelatih diuji pula dengan kemahiran mendayung kayak yang asas. Guru pelatih dikehendaki membuat pusingan 8, pusingan 360 darjah, mengundur dan meletakkan kayak di tempat asal iaitu di pantai. Aktiviti ini agak mencabar kerana dijalankan secara individu. Malah cuaca yang agak berangin dan ombak yang agak kuat juga menambah kesukaran untuk mengawal kayak. Namun kebanyakan guru pelatih dapat melepasi ujian ini dengan baik cuma terdapat beberapa guru pelatih perempuan yang menghadapi masalah untuk mengendalikan kayak mereka. Seterusnya, ujian yang terakhir ialah ujian capsize di mana sebuah kayak akan capsize dan dua buah kayak lagi akan menyelamatkan mereka. Formation yang digunakan ialah H Formation. Dua kayak akan berada di hujung kayak yang capsize, dan setiap seorang dari kayak rescuer akan mengangkat kayak untuk membuang air sebelum membalikkannya ke kedudukan asal.
Apabila selesai ujian amali kayak, guru pelatih akan berehat, makan tengah hari dan solat Zohor. Pada pukul 2, guru pelatih akan bersiap sedia untuk melakukan ekspedisi kayak ke Air Berani. Kumpulan PJ 1 telah mengharungi kekuatan ombak yang tinggi semasa perjalanan ke Air Berani. Tetapi ini agak mudah diharungi oleh pelajar PJ1 Dengan tenang dan tidak panik, mungkin ini disebabkan tiada perempuan dalam kelas ini. Sampai di Air Berani kami mengambil masa yang lama untuk berehat di sini sambil bermandi-manda. Manakala PJ 2 tidak dapat meneruskan ekspedisi ke Air Berani oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan dan ombak yang besar. Jadi mereka hanya melakukan ekspedisi ke Pulau Perhentian Kecil. Kesabaran dan ketabahan kami juga diuji apabila kami mengadakan aktiviti berkayak dengan keadaan laut yang bergelora dengan ombak yang besar. Kami telah mendapat pengajaran bahawa walaupun menghadapi cabaran dan masalah yang besar ketika berada dalam arena perguruan nanti, kami tidak boleh mengaku kalah dan berhenti berjuang kerana kami perlu menunaikan amanah yang telah dijanjikan.
Perkara pertama dalam kayak ialah keberanian keyakinan pada diri sendiri. Tanpa keyakinan diri yang tinggi apabila melakukan aktiviti yang melibatkan air, kita akan menjadi cepat gelabah dan takut. Oleh itu, kita tidak dapat mengawal kayak dengan baik. Untuk berkayak dengan baik juga, kita haruslah menggunakan tenik yang betul seperti yang telah diajar oleh pensyarah. Ilmu lain yang saya perolehi untuk berkayak di laut ialah kita haruslah menghalakan “bow” kayak ke arah ombak, dengan kata lain berkayak melawan ombak. Cara ini bertujuan untuk memudahkan berkayak dan mengelakkan kayak daripada terbalik terutamanya apabila angin kuat.
Setelah selesai berekspedisi, kami telah menyusun kayak dan pedal dengan kemas selepas membuang air yang berada di dalam kayak. PFD juga telah dibilas dengan air paip dan disidai di tempat yang telah dikhaskan. Pengurusan yang baik adalah penting dalam melancarkan aktiviti ini. Sebelum melakukan aktiviti, ketua AJK telah membuat checklist peralatan yang akan digunakan dan membuat semakan terhadap penggunaan alatan dari semasa ke semasa. Malah, senarai peralatan yang diambil sebelum mengadakan aktiviti dan yang telah dipulangkan juga dibuat untuk mengelakkan kehilangan peralatan. Peralatan juga diperiksa sama ada mengalami kerosakan dan sebagainya.
Disiplin guru pelatih amat perlu semasa menjalani aktiviti kayak. Ini kerana apabila berada di laut yang luas guru pelatih akan terdedah kepada segala macam bahaya. PFD harus dipakai dengan baik untuk mengelakkan malang yang tidak berbau. Aktiviti rafting juga mengajar kami tentang nilai kerjasama antara ahli pasukan. Malah, kaum lelaki juga banyak memberikan kerjasama dan bantuan kepada kaum perempuan seperti ketika berkayak, mengangkat kayak dan sebagainya.
Ketika telah sampai di IPGM, segala peralatan perkhemahan termasuklah peralatan kayak telah disimpan di dalam stor PJ. Checklist barang telah dibuat untuk mengesan peralatan yang hilang atau rosak. Selain itu, kami juga perlu menyiapkan laporan tentang aktiviti ini untuk dimuatkan dalam post-mortem.
Kelemahan yang dapat dikesan semasa melakukan aktiviti kayak ialah gangguan luar iaitu terdapat sekumpulan pelancong yang melakukan aktiviti snorkelling di kawasan ujian amali kayak. Bot yang mereka gunakan juga diletakkan terlalu berhampiran dengan kawasan ujian. Ini menyebabkan gangguan kepada guru pelatih yang sedang berkayak. Perkara yang ingin dicadangkan ialah mengadakan penanda kawasan ujian seperti menanda dengan tali dan sebagainya agar ujian dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Disediakan oleh,
.............................
(MOHD. NOR IZWAN B. SULAIMAN)

No comments: