terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

KUAK LENTANG

KUAK LENTANG
Rintangan
Keadaan badan dalam kuak lentang perlu berada dalam keadaan mendatar di permukaan air. Seperti dalam gaya bebas, tangan dan lengan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan kayuhan dan pergerakan dalam kuak lentang.
Kayuhan kaki dalam kuak lentang akan menstabilkan posisi badan supaya sentiasa berada dalam keadaan mendatar di permukaan air.
Rintangan hadapan akan terhasil dan menyebabkan keadaan tidak stabil dan pergerakan menjadi perlahan kerana jika posisi badan tidak berada dalam keadaan mendatar atau lurus. Bukaan kayuhan yang melebihi 30 sentimeter juga akan menyebabkan rintang terhasil.

Pendorong
Fasa pertama kayuhan iaitu dengan tangan dimasukkan dalam air untuk kayuhan adalah amat penting dimana jari kecil dimasukkan dahulu dan diikuti bahagian lengan yang lain. Tangan perlu dimasukkan dalam air pada keadaan jam 11 dimana bukaan itu dapat menghasilkan tujahan yang kuat dengan tenaga yang minima.
Kaki memainkan peranan amat penting dalam kuak lentang kerana bahagian kaki menyokong badan dalam menghasilkan kuasa dan kelajuan. Kayuhan kaki ke atas dan bawah menghasilkan panduan yang baik dengan tekanan yang dihasilkan melalui otot-otot kaki seperti otot kuardiseps.

No comments: