terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

KAJIAN SOSIAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS KOTA BARU

JABATAN KAJIAN SOSIAL

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN
PISMP PENDIDIKAN JASMANI 1 AMBILAN JANUARI 2008 SEMESTER 3 / 2009

HUBUNGAN ETNIK
( WAJ 3106 )








NAMA GURU PELATIH
NAMA NO. KAD PENGENALAN
MOHD AMERUL AFIQ BIN MOHD NOOR 881219-03-5279
MOHD FAIDHY BIN ZULKARNAIN 870317-03-5551
MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN 861118-35-5865
MUHAMMAD NAIM BIN RAMLI 880729-08-6397


NAMA PENSYARAH MATAPELAJARAN
ENCIK ROSLI BIN MOHD YUSOFF
TARIKH HANTAR
22/3/2009






1.0 PENGENALAN












PENGENALAN


Malaysia merupakan sebuah Negara yang sedang membangun pada dewasa era ini. Malaysia merupakan sebuah Negara yang stabil dari pelbagai aspek selepas mendapat kemerdekaan sejak 50 tahun yang lalu. Kini Malaysia mempunyai visi dan misi tersendiri iaitu untuk mencapai wawasan 2020. Namun sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia seolah-olah telah hilang arah dengan mengabaikan hubungan etnik yang begitu utuh dahulu. Perkara ini terjadi selepas berlakunya rusuhan 13 Mei 1969 yang membangkitkan sentiment perkauman antara kaum di Negara Malaysia semakin hangat dan terbawa-bawa sehingga ke hari ini.
Hasil daripada peristiwa tersebut, pemimpin Negara seolah-olah telah terjaga dari tidur dan cuba untuk memulihkan keadaan yang semakin runcing itu. Ini kerana mereka berpendapat bahawa kemajuan sesebuah Negara amat bergantung kepada kestabilan politik dan sekaligus membolehkan ekonomi Negara menjadi stabil. Oleh itu rakyat di Negara Malaysia haruslah menikmati segala kemajuan itu dengan adil dan saksama. Persoalan kita pada hari ini adakah kesaksamaan itu dapat dikecapi oleh semua lapisan masyrakat di Malaysia dan sejauh mana perlaksanaannya nanti.?












2.0 MENGHASILKAN PETA MINDA BERKAITAN DENGAN DEFINISI KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN DAN KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

















































































































3.0 MENGHASILKAN CARTA ALIRAN BAGI MENJELASKAN UNSUR-UNSUR TRADISI YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA


































BAHASA KEBANGSAAN
























AGAMA PERSEKUTUAN



















PEMERINTAHAN BERAJA



















KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU & BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK























4.0 MENYEDIAKAN SATU LAPORAN LENGKAP TENTANG ISU-ISU SERTA ANALISIS YANG BERKAITAN DENGAN PERKARA 3, 32, 152 DAN 153 SERTA IMPLIKASINYA


















4.1 PERKARA 3











Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia adalah merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Ianya jelas terbukti bahawa agama Islam merupakan agama rasmi Negara Malaysia. Namun begitu agama lain juga boleh dianuti oleh rakyat di Negara ini dengan bebas dan tiada halangan. Perlembagaan juga telah memperuntukkan dalam perkara 11 (4) bahawa dakyah agama lain kepada umat islam adalah ditegah kerana ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi agama islam.

Namun sejak kebelakangan ini, banyak isu yang timbul berkaitan dengan agama Islam ini dan ianya sering dipertikaikan oleh rakyat di Negara Malaysia ini. Perkara sebegini sebenarnya tidak lagi timbul kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan. Timbul persoalan kenapa perkara ini wujud pada hari ini sedangkan kemerdekaan Negara kita sudah mencecah usia 50 tahun. Antara isu yang menjadi topik hangat sekarang ialah seperti berikut :-

Perkara 3
Isu Penggunaan Perkataan Islam bagi Agama Lain

Isu penggunaan perkataan Allah dalam terbitan bukan berkaitan agama Islam adalah isu terkini yang dibincangkan. Walaupun belum ada larangan mahkamah mengenai penggunaannya, golongan ini harus faham bahawa masyarakat Islam di negara ini tidak berpuas hati dengan penggunaan perkataan 'Allah' sewenang-wenangnya. Ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat islam Malaysia kerana menganggap telah mencemarkan perkataan suci islam. Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan memberi "amaran terakhir" kepada Majlis Peguam agar tidak memainkan isu penggunaan nama Allah.
Selepas dilarang penggunaan itu daripada jabatan perdana menteri, sekali lagi majlis peguam telah mengadakan undian orang ramai mengenai isu penggunan perkataan islam ini. Pengerusi baru badan profesional itu Ragunath Kesavan Majlis peguam bela mengenai tindakan mengadakan undian 'Allah' itu berkata beliau kecewa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi amaran kepada Majlis Peguam. "Rakyat sudah matang, bertanggungjawab dan mampu berdepan dengan sebarang perbezaan dalam isu kaum atau agama melalui perbincangan rasional dan membina, dengan menumpukan nilai-nilai bersama dan saling hormat-menghormati," katanya. "Majlis Peguam beriltizam terus berdialog dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan, NGO Muslim dan individu yang menyentuh kepentingan bersama."
Seperti yang dimaklumi, agama adalah antara perkara sensitif. Semua anggota masyarakat harus sedar bahawa setiap ajaran agama mempunyai teras-teras tertentu yang tidak boleh dilunturkan. Ini kerana agama itu sendiri mempunyai ikatan tertentu yang mungkin tidak boleh difahami oleh pengikut agama lain. Realiti mengenai peri penting kestabilan sosial, terutamanya dalam perkara berkaitan agama ini harus ditanam dalam fikrah setiap ahli masyarakat.
Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai". "Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.
Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini. Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Tambah pula sudah wujud Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam, suatu undang-undang yang digubal mengikut Perkara11(4) Perlembagaan Persekutuan di 10 negeri, yang terkandung larangan menggunakan kalimah 'Allah' oleh agama lain. Lagi pun, penggunaan perkataan 'Allah' yang dikehendaki oleh pihak agama lain itu hanya dalam keadaan terpilih dan bukan secara menyeluruh menterjemahkan perkataan 'God' kepada 'Allah'. Ini membayangkan motif tertentu termasuk bagi tujuan penyampaian kepada umat Islam.
Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu. Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.
Masyarakat Islam kuatir perkataan Islam itu jika tidak dipelihara, akan memberikan gambaran kefahaman bahawa Islam itu sendiri dikaitkan dengan kelemahan kepimpinan oleh parti politik dan NGO,oleh itu , perkataan Islam tidak seharusnya digunakan secara sewenang-wenang bagi mengelaknya daripada disalah tafsir oleh rakyat.
Majlis Amal Islami Malaysia (Maim), gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyokong larangan kalimah 'Allah' digunakan oleh agama lain. Penggunaan 'Allah' oleh agama lain menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam, terutama remaja dan belia. Maim juga berpandangan isu berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk hanya kepada Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dan paling layak memutuskan kes berkaitan agama Islam. Ia juga mengelakkan keresahan jika kes berkaitan Islam didengar oleh hakim yang tidak beragama Islam. Maim menyeru kerajaan, badan agama dan umat Islam supaya melipatgandakan usaha untuk mengukuhkan pemahaman Islam.








4.2 PERKARA 32












Perkara 32 dalam Perlembagaan Malaysia pula adalah perkara yang berkait dengan kuasa raja-raja Melayu. Perkara 32 dalam perlembagaan ini juga ada menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan individu yang terletak paling tinggi dalam hierarki Negara. Manakala di peringkat negeri pula Raja merupakan ketua negeri.
Dalam perlembagaan Negara perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak di bawah kuasa Majlis Raja-raja. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa kerajaan haruslah mengambil nasihat daripada Majlis Raja-raja. Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara.
Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.

Perkara 32
Isu di Perak antara Karpal Singh dan Sultan Perak
Isu ini berlaku akibat daripada kesan politik yang bergolak di negeri Perak dan bermula semasa pemindahan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan sekali lagi tercetus apabila Sultan Perak melantik Menteri Besar baru di negeri tersebut. Perkara ini mencetuskan pelbagai kontroversi dan telah menimbulkan spekulasi yang tidak enak didengari pada masa kini.


Kenyataan Karpal Singh

Karpal Singh merupakan peguam yang dianggap senior dalam Negara kita ini telah mengeluarkan kenyataan bersabit campur tangan pihak istana dalam urusan pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Nizar di negeri Perak. Perkara ini tercetus kerana dalam pentadbiran kerajaan Perak telah menunjukkan bahawa tiada keserasian ataupun kata sepakat dalam membuat sesuatu keputusan dan ini telah menjejaskan kelancaran pentadbiran negeri itu.
Beliau juga berkata bahawa dia tidak berniat untuk menghina Sultan Perak dan berkata pertukaran Datuk Jamry Sury itu adalah urusan pentadbiran kerajaan negeri Perak dan bertanyakan siapakah yang menulis titah ucapan baginda dalam siding pembukaan dewan rakyat. Beliau seolah-olah merendahkan martabat sultan dan merendahkan keupayaan sultan untuk berfikir sendiri.
Sumber dipetik daripada :-
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp
Sikap Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh ini mempertikaikan keputusan Sultan Perak secara terbuka ini memberi reaksi dalam pelbagai sudut. Apa yang dapat dilihat dalam soal ini ialah Karpal Singh sebenarnya tiada hak untuk masuk campur dalam urusan ini kerana ianya berkait dengan Pengarah jabatan Agama Islam Perak dan ini seolah-olah menggambarkan bahawa karpal Singh ini seolah-olah memperlekehkan kuasa raja ataupun ingin mencabar ketua negeri tersebut.
Perkara ini dilihat melampau apabila Karpal Singh ini sudah melebihi hak ataupun sudah jauh terpesong kerana kita dapat melihat bahawa Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar sendiri pun sudah memohon maaf kepada Sultan Perak. Karpal sebenarnya tidak harus campur tangan dalam soal yang berkaitan dengan orang islam di Perak. Dalam perlembagaan juga jelas menunjukkan bahawa Raja mempunyai hak dalam urusan yang berkait dengan isu agama.
Sultan dan Raja mempunyai kuasa terutama dalam bidang berkaitan dengan agama Islam dan orang Melayu. Raja melayu merupakan lambing Ketua Agama Persekutuan dan juga negeri-negeri Melayu yang lain. Jesteru itu, Institusi Beraja dan Pentadbiran Negara tidak boleh dipisahkan sama sekali dan ianya haruslah selari terutama soal-soal orang Melayu dan agama Islam.
Ini dilihat amat mustahil kalau dikatakan bahawa Karpal Singh itu tidak sengaja mengeluarkan kata-kata seperti itu kerana beliau dilihat veteran dalam bidang perundangan dan seharusnya dia telah arif tentang urusan berkaitan dengan agama ini yang membolehkan sultan campur tangan. Oleh itu, Karpal sepatutnya tidak mempunyai hak untuk mencampuri bidang ini melainkan dia mempunyai agendanya yang tersendiri dalam mencetuskan pelbagai polemik di Negara kita ini.
Perkara yang sedemikian berlaku jelas menunjukkan bahawa Karpal Singh seolah-olah membayangkan bahawa Menteri Besar Perak itu sebagai boneka sahaja. Mungkin pentadbiran Perak sebenarnya dikuasai oleh karpal Singh bukannya Datuk Seri Nizar. Karpal Singh juga berkata bahawa pihak kerajaan tidak sepatutnya tunduk kepada pihak istana ini jelas memnunjukkan bahawa Karpal Singh ini cuba mempertikaikan kuasa raja dan kedudukan sultan dalam sesbuah negeri.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh secara terbuka ini amat mengguris hati orang-orang Melayu di Negara ini yang tidak dapat menerima perkara seperti itu. Teguran yang diberi oleh pihak istana itu adalah teguran yang berkaitan soal kepentingan agama Islam dan ianya tidak menyentuh pun sensitivity kaum lain di Negara ini. Oleh itu karpal Singh tidak berhak campur tangan melainkan dia sengaja mencetuskan ketegangan kaum di Negara ini.













4.3 PERKARA 152














Isu Penukaran Papan Tanda Nama Jalan Kepada Dwibahasa

Kerajaan negeri telah meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memasang papan tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown sahaja. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, bukan semua jalan akan diletakkan dalam pelbagai bahasa hanya jalan-jalan tertentu untuk tujuan warisan dan bukan di seluruh negeri. Nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi sementara dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan. Antara tujuannya adalah untuk membantu ramai pelancong mengetahui bahawa Georgetown adalah sebuah bandar raya yang mempunyai penduduk berbagai-bagai bangsa, kebudayaan dan agama.

Namun tindakan itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan masyarakat setempat. Kebanyakan masyarakat negeri ini lebih suka jika bahasa Melayu sahaja yang digunakan terutama sekali mengambil kira peranan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Negara. Selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Sementara itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyebut bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi kecuali bagi perkara yang tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan. Akta untuk penggunaan bahasa Melayu itu juga tertakluk kepada dokumen rasmi termasuk risalah promosi pelancongan yang dikeluarkan oleh kerajaan.



Sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan dan tidak bertolak ansur dengan desakan masyarakat tempatan dan rakyat negara ini sudah tentu menimbulkan kemarahan orang ramai. Rakyat Pulau Pinang diminta bertindak tegas membantah langkah kerajaan negeri itu yang berdegil dan mahu meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam bahasa lain selain bahasa Melayu. Perasaan marah masyarakat terbukti apabila terdapat pihak cua merosakkan papan tanda di sekitar Lebuh Acheh. hinggakan terdapat pihak cuba merosakkan papan tanda di sekitar Lebuh Acheh kelmarin. Kelulusan ini telah dianggap bersikap perkauman kerana telah cuba merendahkan martabat bahasa kebangsaaan. Tindakan menggunakan pelbagai bahasa ini sebenarnya tidak pernah dilakukan mana-mana negara.

Namun begitu, terdapat juga pihak yang mempertahankan tindakan Lim Guan Eng itu, contohnya kerajaan Pas Kelantan telah mempertahankan tindakan itu dan mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang membantah cadangan tersebut sehingga menimbulkan kontroversi. Namun begitu, kerajaannya berharap isu tersebut dapat diatasi kerana ia hanya merenggangkan hubungan sesama kaum di negara ini. Selang beberapa lama selepas itu, kerajaan Perak pula mahu memanaskan lagi isu ini. Kerajaan Perak mengusulkan cadangan untuk menggantikan papan tanda jalan yang sedia ada dengan papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka, Ipoh. Apa yang dapat dirasakan, parti pembangkang yang berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Perak sejak lapan bulan lalu cuba mencabar kedaulatan bahasa kebangsaan.



Sepatutnya penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja harus diperluaskan malah ditingkatkan kualitinya seperti mana juga bahasa Inggeris. Usaha perlu dilakukan untuk tujuan itu, pada masa ini bahasa Melayu masih belum dilihat sebagai satu bahasa yang sempurna termasuklah dalam menuntut ilmu. Keadaan ini menyebabkan orang tidak berminat menggunakan bahasa Melayu sebagai satu alat menimba ilmu bagi mempertingkatkan pengetahuan. Jika bahasa Inggeris boleh dikategorikan kelas-kelasnya kenapa tidak ia dilakukan juga kepada bahasa Melayu?
Jika perbuatan dan cabangan sebegini tidak dikawal atau dibantah habis-habisan, tidak mustahil banyak lagi kawasan yang dikuasai pembangkang bukan Melayu akan melakukan perubahan pada papan tanda jalan. Apa yang dibimbangi ialah atas nama untuk menggambarkan kehidupan masyarakat pelbagai kaum di kawasan terbabit, banyak lagi cadangan untuk mencabar perkara yang termaktub dalam Perlembagaan akan dilanggar dan 'diceroboh'. Penggunaan papan tanda pelbagai bahasa dan tulisan perlu dihentikan. Kita perlu mencari jalan penyelesaian supaya tidak diketawakan oleh generasi cucu cicit kita nanti.






















4.4 PERKARA 153













Isu Hak-Hak Istimewa Orang Melayu

Isu Aparteid yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau telah mengemparkan seluruh negara. Dr Boo mendakwa, amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi apartheid kerana berasaskan politik perkauman iaitu golongan yang dominan diberikan keutamaan dalam mendapatkan bantuan. Perkara ini berani ditimbulkan oleh kaum-kaum lain di negara ini terutamanya selepas pilihan raya umum 2008 lalu. Mereka merasakan telah mempunyai sokongan yang kuat berdasarkan kepada pertambahan kerusi yang dimenangi serta telah berjaya memerintah beberapa negeri.

Ini sama sekali telah mengguris perasaan orang Melayu khususnya kerana hak-hak mereka telah dicabar oleh orang bukan Melayu. Saya juga hairan adakah hak-hak yang diberikan kepada bumiputera ini mengganggu periuk nasi dan kehidupan orang bukan bumiputera? Perkara 153 dalam Perlembagaan jelas mengatakan bahawa “ kedudukan dan hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi meliputi perkhidmatan awam, ekonomi, pelajaran dan peruntukan perkara 89 dan 90 berhubung rizab tanah melayu” Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ianya dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 ( pindaan 1971). Perkara ini telah jelas dan perlu difahami dan diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sebagaimana persetujuan antara kaum dalam kontrak sosial yang dibina semasa penubuhan Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan seperti itu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat kerana mampu menimbulkan sentimen perkauman yang boleh merosakkan keharmonian negara. Katanya, kenyataan itu juga menunjukkan dasar DAP yang sering membangkitkan perkauman sempit tanpa mengambil kira situasi politik dan sejarah negara.

Dasar Aparteid mengamalkan perbezaan kaum, warna kulit dan kedudukan sosial. Sistem Aparteid tidak termaktub atau diwartakan dalam perlembagaan mana-mana negara. Ia diamalkan oleh sebuah rejim yang mementingkan serta menjaga kepentingan kaum mereka sahaja dalam segala urusan. Kaum-kaum lain akan dipinggirkan dan dijadikan hamba serta tidak diberi layanan yang sepatutnya. Orang-orang kulit hitam dijadikan hamba serta disiksa dan dipenjarakan sekiranya ingkar terhadap arahan orang kulit putih. Sistem Aparteid amat tidak menyamai dengan dasar menjaga kepentingan dan hak istimewa orang Melayu di Malaysia. Walaupun hak istimewa dan kepentingan Melayu dan Bumiputera dijaga, tetapi kepentingan dan kebajikan kaum-kaum lain tetap diperjuangkan serta diambil perhatian oleh kerajaan di negara ini.

Sejarah telah memberi penjelasan bagaimana kaum Cina dan India di Tanah Melayu bersetuju mengiktiraf orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak menjadi kaum yang dijaga kepentingan dan hak-hak istimewa mereka semasa proses kemerdekaan. Sementara orang-orang Melayu pula bersetuju memberi kerakyatan secara percuma kepada orang Cina dan India yang berhijrah dari negara asal mereka. Jadi sebelum mempertikaikan perkara-perkara yang sensitif serta boleh menjejaskan hubungan kaum, setiap warga negara perlu mempelajari dan memahami sejarah pembentukan Malaysia. Tidak ada gunanya mencetuskan isu-isu yang sensitif demi mencari publisiti murahan serta mengundang kejadian pesengketaan kaum berlaku di negara ini. Keamanan dan keharmonian yang sedia ada perlu dijaga bersama oleh setiap kaum. Malaysia adalah negara kita bersama tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.















5.0 CADANGAN-CADANGAN ATAU KAEDAH BAGI MEMBENDUNG FENOMENA TERSEBUT.








Cadangan dan Kaedah

Pelbagai isu berkaitan perkauman yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak terutamanya parti politik telah menyebabkan timbulnya tafsiran bahawa perpaduan di kalangan rakyat negara ini semakin rapuh. Apa yang meresahkan walaupun pihak-pihak berkenaan mengetahui bahaya yang menanti namun mereka terus melakukan tindakan-tindakan yang dianggap mampu menggugat perpaduan kaum yang sudah lama wujud. Pelbagai isu sensitif telah dibahaskan berkaitan perkara dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyentuh sensitiviti sesetengah masyarakat peribumi Malaysia secara khususnya. Isu seperti kontrak sosial, hak istimewa orang melayu dan bumiputera, isu penggunaan perkataan islam, isu dasar ekonomi baru dan lain-lain lagi. Isu-isu yang telah dihangatkan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum dan telah mencungkil perasaan saling mencurigai antara satu sama lain.
Terdapat sesetengah pihak pada hari ini yang mementingkan diri telah menimbulkan suasana tegang antara kaum di Malaysia dengan secara sengaja ataupun tidak. Keadaan ini mengakibatkan semua orang bangkit mempertahankan kaum masing-masing. Menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengekalkan suasana aman dan harmoni yang telah terjalin selama ini. Sikap saling hormat menghormati perlu disemaikan dengan lebih mendalam lagi supaya ia dapat menangkis perasaan tidak puas hati antara kita. Sebarang masalah yang melibatkan perkauman haruslah di selesaikan dengan perbincangan atau permaufakatan.
Keharmonian itu lebih bergantung kepada sifat faham-memahami, menghormati serta sifat bertoleransi antara satu sama lain. Sifat memahami, menghormati dan bertoleransi ini bukan sahaja daripada aspek hubungan politik atau ekonomi, malah merangkumi sosial termasuk membabitkan antara agama. Mungkin ramai yang menganggap sifat toleransi ini hanya mudah disebut di bibir, namun langkah sebenar mengamalkannya amat payah untuk dilakukan. Namun saya percaya, sifat-sifat tersebut telah lama wujud dalam masyarakat Malaysia. Sifat-sifat itulah yang menjadi penyumbang utama kepada kesejahteraan negara. Ia juga telah membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan kestabilan.
Perlunya Rukun Negara yang mula diketepikan dan tidak lagi menjadi prinsip yang dipegang dan diamalkan oleh sebahagian besar rakyat negara ini. Rukun Negara bukan undang-undang, tetapi memerlukan iltizam atau komitmen untuk mengamalkan prinsip-prinsip yang akan memandu proses pemikiran dan perilaku rakyat.
Dalam membendung penularan isu-isu sensitif ini daripada terus menjadi duri dalam daging rakyat Malaysia, pihak kerajaan utamanya perlulah memainkan peranan mereka. Apabila kerajaan memperlihatkan keterbukaan membincangkan isu-isu berkaitan hak kaum secara terbuka, keterbukaan ini pula cuba diambil kesempatan oleh pihak tertentu membina prasangka terhadap orang Melayu dan bumiputera. Kerajaan mempunyai kuasa dalam menghalang penyebaran sentimen perkauman ini. Dalam aspek undang-undang pula, ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah. Undang-undang dan penguatkuasaannya mungkin bukanlah jalan terbaik atau jalan utama untuk menjamin keharmonian antara agama di negara kita, namun mempunyai undang-undang yang lengkap dan penguatkuasaan yang proaktif boleh mengawal selia hubungan baik antara agama.
Sebagai langkah memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menimbulkan sentimen perkauman kerajaan telah mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan. Kewujudan kedua-dua Akta ini telah menyebabkan individu-individu lebih bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan dan dapat mengawal isu-isu sensitif daripada terus tersebar. Kewujudan keadaan yang tidak tenteram ini adalah hasil dari rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah kaum. kerajaan sebagai pemerintah dan pentadbir haruslah bertindak adil dan menjaga kepentingan setiap kaum. Kaum bukan bumiputera hendaklah mengakui hak istimewa orang melayu kerana nenek moyang mereka telah bersetuju melalui kontrak sosial dan menyedari bahawa orang melayu telah bermurah hati menerima kewarganegaraan mereka.
Bagi isu berkaitan dengan penukaran papan tanda nama jalan kepada dwibahasa, adalah lebih baik pihak-pihak tertentu menggerakkan semula kempen mencintai bahasa kebangsaan. Ini kerana kita bimbang, hari demi hari akan wujud masalah yang boleh mengancam kedaulatan bahasa Melayu. Kita minta semua pemimpin kaum terutama bukan bumiputera supaya menghormati dan menyokong penggunaan bahasa Melayu seperti termaktub di dalam Perkara 152 Bahasa Kebangsaan dan jangan cuba bertindak menjadi seperti golongan 'chauvinis' di dalam negara ini. Kita berpandangan kerajaan Persekutuan harus bertegas dalam isu memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan harus bertindak tegas dan menghentikan sebarang polimik seperti meremehkan penggunaan bahasa Melayu di papan tanda jalan, taman-taman, mahupun papan tanda iklan di kedai-kedai dan sebagainya.
Selain itu, parti-parti politik yang bertelagah perlulah mencari penyelesaian bersama. Parti-parti juga perlu bersedia untuk berkorban dan ikhlas menerima sebarang perubahan terutamanya perkara yang membabitkan prinsip serta ideologi masing-masing. Dalam soal ini semua pemimpin politik harus memainkan peranan mengelak daripada menyentuh isu yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan sekali gus merosakkan perpaduan. Meskipun parti kerajaan berjaya memiliki majoriti di kerusi di dalam Dewan Rakyat. Tetapi dibeberapa buah negeri, kuasa memerintah berpindah kepada Pakatan Rakyat (DAP- PKR- PAS) . DAP mempunyai perwakilan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, Perak, dan selangor. Hal ini menunjukkan bilangan wakil Rakyat DAP yang banyak diwakili oleh bukan melayu dalam dewan Rakyat bertambah ramai. Dengan Jumlah yang ramai ini, mereka lebih berani untuk menyampaikan pendapat dan mengkritik hal-hal yang berkaian dengan hak istimewa orang melayu, agama, bahasa dan raja-raja melayu. Terdapat cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan yang menggabungkan BN khususnya UMNO dan Pas yang merupakan impian seluruh orang Melayu di negara ini. Segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Cadangan ini tidak mustahil untuk dilaksanakan dan yakin ia boleh direalisasikan dalam sekelip mata jika kedua-dua pucuk pimpinan parti tersebut ada keikhlasan untuk menjayakannya.
Perbuatan dengan cara perbuatan lahiriah atau penulisan perlulah sentiasa menghormati perasaan terutamanya sentimen keagamaan semua anggota masyarakat. Media massa dan media cetak seharusnya tidak terlalu mengejar isu-isu sensasi untuk dipaparkan tanpa memikirkan kesan baik buruk yang akan berlaku. Media massa harus bijak menggunakan pengaruh mereka terhadap masyarakat di Malaysia. Setiap berita yang dilaporkan haruslah tepat dan betul bagi menggelakkan salah faham dikalangan rakyat. Mendukacitakan terdapat beberapa media cetak sanggup memutarbelitkan fakta hingga rakyat keliru mengenai situasi sebenar. kita mengetahui pengaruh kuat daripada media ini dalam pemikiran masyarakat. Media sepatutnya menjadi medium yang menghubungkan dan menyatupadukan rakyat di Malaysia. seperti yang kita sedia maklum, samaada media cetak mahupun media elektronik dapat menyampaikan sesuatu berita atau perkara dengan cepat. Hal ini menunjukkan rakyat menerima berita mengenai sesuatu perkara dengan pantas melalui media. rakyat kelas pertengahan dan bawah biasanya hanya menerima bulat-bulat berita yang disampaikan berbeza dengan rakyat kelas atas yang meneliti secara kritis setiap berita yang disampaikan. maknanya disini, sekiranya fakta yang diberikan salah dan tidak tepat, rakyat kelas pertengahan dan bawah terutamanya akan salah faham terhadap isu yang disampaikan. Oleh itu, pihak media seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang disampai, tidak memutarbelitkan fakta. Mereka sememangnya menjadi satu pihak yang penting dalam memastikan kesinambungan perpaduan rakyat Malaysia terus terjalin dengan erat.
Disamping itu, kewujudan teknologi canggih seperti internet amat mempengaruhi kehidupan masyarakat di Malaysia hari ini. Mereka boleh bersosial, melakukan urusan jualan dan belian, urusan harian yang lain. Internet juga merupakan satu medium penyebaran maklumat yang pantas. Ia menjadi tempat masyarakat meluahkan pendapat. namun, terdapat individu tak tidak bertanggungjawab menjadi ia pentas untuk memecahbelahkan masyarakat majmuk Malaysia. Kerajaan seharusnya peka terhadap perkembangan ini . Oleh itu, telah wujud beberapa akta yang telah dilaksana bagi menghukum mereka yang sengaja menghuru-harakan masyarakat malaysia. Seperti yang dapat kita ketahui melalui media elektronik baru-baru ini, terdapat beberapa individu telah dikenakan tindakan undang-undang kerana cuba menyebarkan perkara negatif melalui laman web.
Setelah berjaya mengharungi pelbagai cubaan dan kepayahan untuk mengekalkan hubungan antara kaum dan agama, masyarakat seharusnya bertanggungjawab untuk tidak membuat sesuatu yang boleh memusnahkannya. Menjadi tanggungjawab setiap ahli masyarakat untuk memastikan hubungan sosial kekal sempurna. Tanggungjawab itu termasuklah menghormati kepercayaan agama orang lain.
Semua rakyat negara ini harus berpegang kepada nilai-nilai bersama dan mempercayainya dalam kerangka perundangan dan perlembagaan. Jati diri kebangsaan tidak seharusnya terlalu rapuh sehingga mudah berkecai apabila diperlekehkan oleh pihak luar yang mahu melihat kegagalan Malaysia. Sesungguhnya, sifat faham-memahami berhubung kepercayaan agama, adat resam dan keperluan setiap golongan masyarakat adalah jalan terbaik untuk mencapai keharmonian di negara ini. Sifat toleransi, seperti yang disebut adalah juga formula yang bergandingan dengan sifat faham-memahami antara satu sama lain. Sifat ini harus wujud dalam setiap jiwa dan raga rakyat.


















6.0 RUMUSAN













Semangat perpaduan dan integrasi di antara kaum di Negara kita yang telah wujud sejak lebih 50 tahun lalu haruslah kita pelihara dengan baik. Kewujudan elemen-elemen yang menyentuh sesitiviti kaum sekarang ini semakin runcing dan boleh merobohkan perpaduan yang selama ini kita kecapi. Bagi pendapat kami hal ini berlaku kerana kebanyakan parti politik ataupun individu politik ini menggunakan kuasa politik untuk kepentingan sendiri bukannya untuk Negara.
Kita perlulah mengambil ikhtibar daripada pemimpin terdahulu dan haruslah dijadikan kayu pengukur kepada kita sejuah mana pengorbanan pemimpin kita pada hari ini dengan pemimpin dahulu. Kita perlulah menerapkan elemen yang baik kepada rakyat di Negara kita agar erti perpaduan dapat dihayati dengan baik dan mengukuhkan lagi integrasi kaum di Negara kita ini.
Setiap kaum di Negara kita seharusnya sudah mengerti apa itu yang dinamakan kontrak sosial yang membolehkan Negara kita menjadi sebuah Negara yang majmuk dan bersatu. Oleh itu setiap kaum di Negara kita perlulah menghormati kaum lain di Negara ini dan perlulah bersifat toleransi. Perkara ini sekaligus akan menghindarkan kita daripada konflik yang dinamakan isu perkauman. Oleh itu kita sebagai rakyat di Malaysia ini tidak seharusnya lagi mempertikaikan perkara-perkara yang telah terkandung dalam Perlembagaan Negara dan apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang Negara.