terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Monday, May 25, 2009

anatomi fisiologi 2009

2.0 MATLAMAT













MATLAMAT
1. MEMBINA GENERASI YANG CERGAS
Kemajuan negara yang berterusan sangat bergantung kepada faktor kesihatan dan kecergasan rakyatnya. Oleh itu, usaha untuk membudayakan gaya hidup sihat dan cergas hendaklah disemaikan di kalangan terutamanya golongan kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah seperti peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Murid-murid yang cergas akan menjadi dewasa yang cergas. Secara langsung mereka akan menjadi asas pembinaan masyarakat yang produktif dan membenarkan proses pembangunan negara diteruskan. Usaha ke arah 'Malaysia Cergas' boleh tercapai sekiranya kejadian masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit jantung di kalangan rakyat ada pada tahap yang minimum. Kos perubatan dan rawatan yang tinggi untuk menjaga rakyat yang kurang sihat boleh menjejaskan usaha membangun masyarakat.
Malaysia memerlukan rakyat yang sihat, cergas, dan produktif untuk merealisasikan Wawasan 2020. Pendidikan di sekolah hendaklah memastikan murid-murid berpeluang belajar dan bermain sambil menjadi cergas.

2. MEMBANTU SOSIALISASI YANG SIHAT
Pengalaman daripada penyertaan dalam kegiatan berkumpulan akan secara perlahan-lahan menyedarkan kita tentang tatasusila yang mereka perlu patuhi semasa bergaul dengan rakan sebaya. Sambutan dan kedudukan seseorang itu dengan rakan sebaya akan ditentukan oleh tingkah laku dan penyesuaian diri yang ditunjukkan kepada rakan-rakan kita.
Semasa pendidikan jasmani iaitu aktiviti senam aerobik, golongan yang terlibat dalam kegiatan yang bercorak bekerjasama, dan bertolak ansur akan menghidupkan semangat kesukanan mematuhi peraturan dan mewujudkan sikap yang sihat. Semua ini akan berlaku dalam situasi yang sebenar.

3. MEMBINA KEMAHIRAN UNTUK KEGIATAN MASA LAPANG

Semakin banyak masa lapang kita, semakin penting kita menyediakan kegiatan terutamanya untuk kanak-kanak supaya mereka dapat mengisi masa lapang itu dengan lebih berguna. Kemahiran yang mereka peroleh akan menentukan jenis kegiatan yang mereka ceburi sebagai seorang dewasa kelak. Dengan memberi kesempatan kepada golongan yang terlibta dalam senam aerobik adalah untuk memajukan kebolehan jasmani mereka. Sekolah menyediakan mereka pengalaman untuk menghadapi cabaran yang akan datang. Jika mereka mahir dan yakin dalam permainan badminton umpamanya, adalah mungkin mereka terus bermain badminton selepas menamatkan alam persekolahan. Melalui aktiviti ini, ini mereka dapat bergaul dengan rakan sebaya. Dalam hal ini, kemahiran yang diperoleh akan menentukan sejauh manakah mereka akan diterima oleh sesuatu kumpulan sosial itu.
Untuk menyedarkan kanak-kanak di sekolah tentang potensi atau keupayaan diri mereka, sistem pendidikan kita mesti menyediakan peluang untuk menguji mereka dalam berbagai-bagai kegiatan. Senam aerobik menyumbangkan aspek fizikal seperti perkembangan kecergasan untuk dan memenuhi kegiatan masa lapang.




3.0 OBJEKTIF












3.0 OBJEKTIF
Tujuan utama senaman aerobik ialah:
l) Memperkembangkan kemahiran dalam pergerakan badan dalam situasi yang benar dan hidup.
2) Memberi peluang kepada murid-murid untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam berbagai-bagai pergerakan badan.
3) Memberi kepuasan dan keseronokan kepada murid-murid menerusi kegiatan yang sihat.
4) Menggalakkan sifat dan sikap sosial yang di ingini.
5) Menyediakan asas bagi penyertaan dalarn kegiatan rekreasi di masa hadapan.
6) Menerapkan amalan kehidupan yang sihat dan teratur bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan makmur serta berkeperibadian unggul.
7) Memupuk nilai-nilai murni dalam diri.
8) Memenuhi sukatan pelajaran.
9) Dapat mengajar dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian untuk menjana insan yang seimbang dan berkualiti.
10) Membantu diri menjadi lebih sihat.
11) Mewujudkan perpaduan yang utuh dalam masyarakat.












TARIKH, MASA DAN TEMPAT










TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh, masa dan tempat untuk ujian ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 13/08/2008 – 17/08/2008
Masa : 8.00 pagi-12.00 tengahari.
Tempat : Persembahan Senam Aerobik telah diadakan Dewan GERKO Institut Perguruan Kota Bharu.

KUMPULAN SASARAN
Persembahan kemahiran pergerakan asas berdasarkan kepada lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan telah mensasarkan guru pelatih IPKB sebagai kumpulan sasaran.

BILANGAN PESERTA
Di dalam kumpulan kami, kami mempunyai empat orang ahli untuk persembahkan ujian amali kami dan diikuti ahli kelas PISMP PJ1 dan PJ2.




1.0 PENGENALAN










PENGENALAN
Senam aerobik merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kecergasan kesihatan. Banyak masyarakat yang memilih senam aerobik sebagai “alternative” pilihan untuk meningkatkan kecergasan dan ia merupakan prestasi tersendiri. Latihan senam aerobik merupakan latihan yang menggerakkan seluruh bagian tubuh, dengan gerakan yang terus-menerus, berirama, maju dan berkelanjutan. Dalam senam aerobik biasa dipilih gerakan yang mudah, menyenangkan dan bervariasi. Sebelum berlatih senam aerobik kita haruslah atau digalakkan membuat pemeriksaan diri di hospital agar dapat mengetauhi jika mempuyai masalah kesihatan dalam tubuh yang akan membebankan dan memudaratkan bila melakukan senam aerobik. Oleh karana kemampuan dan komposisi setiap individu yang berbeza maka perlu diperhatikan beberapa hal berikut sebelum melakukan senam aerobik:
1. Tahap kesihatan jasmani.
2. Umur.
3. Jenis jantina, meliputi :
a. Daya tahan
b. Kekuatan otot
c. Kecepatan
d. Ketangkasan
e. Masa tindakbalas
4. Status kesihatan.
5. Minat berlatih.
6. Waktu dan Kemudahan.
7. Pemahaman musik.
8. Struktur Konstruks dan Sistem Tubuh Manusia.

Beberapa kategori dalam senam aerobik, antara lain adalah “High Impact”, iaitu latihan dengan memerlukan tenaga yang banyak. Latihan ini memungkinkan seseorang mudah terkena cedera. “Low Impact” atau “Soft Impact”, latihan dengan berbentuk ringan. “Non Impact Aerobics”, dimana latihannya tanpa ada bentuk, gerakannya meliputi uitvaal (memindahkan berat badan), dan navere (gerak nmengiring). Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam latihan aerobik yaitu :
1. Tidak berhenti di tengah-tengah latihan yang sedang berlangsung, karana akan mengalami kerugian, antara lain :
a. Mengganggu siklus krebs.
b. Mengubah set point effect.
2. Pakailah pakaian khusus untuk senam aerobik, iaitu dengan kasut yang lembut dibagian tumit kaki.
3. Adapun beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam menyusun latihan senam aerobik antara lain :
a. Prinsip-prinsip latihan harus diperhatikan, antara lain :
i. Jenis, macam latihan harus diseleksi dan diteliti.
ii. Pelaksanaan gerak harus tepat (harus ada koreksi dan remedi).
iii. Dilakukan dengan sikap permulaan dan sikap akhir yang benar.
iv. Semua latihan mempunyai disis yang sesuai dengan tujuannya.
b. Tahap pelaksanaan latihan sesuai dengan tingkat kesukaran menguasai gerak diurutkan sebagai berikut :
i. Setelah menguasai latihan yang lama, kemudian meningkat ke latihan yang baru.
ii. Latihan dimulai dari yang mudah ke yang sulit.
iii. Latihan dimulai dari yang sederhana ke yang kompleks.
iv. Latihan dimulai dari yang ringan ke yang berat (intensif).



Dalam senam aerobik dibagi dalam fasa-fasa sebagai berikut :
Fasa I Latihan Pemanasan (Warming Up)
Fungsi dari latihan pemanasan :
a. Memastikan tubuh badan bersedia menghadapi latihan yang lebih intensif.
b. Menjaga tubuh dari kemungkinan cedera yang berbahaya.
c. Menunjang penampilan fisik dan kesemaptaan.

Sifat latihan :
a. Mudah dilakukan.
b. Sederhana/sudah dikenal.
c. Lincah.
d. Menyenangkan dan menggembirakan.
e. Menyeluruh.
f. Musik ringan, maat 2/4 - 4/4 irama tetap.
g. Waktu antara 8-9 menit.

Geraka meliputi :
a. Pelemasan.
b. Pemanasan pada sendi.
c. Stimulan pada paru-paru dan jantung.
d. Peregangan pendek.
Fasa II Aerobik
Pada latihan ini sudah menuju ke puncak latihan (training zone), dimana kerja jantung, paru-paru dan seluruh faal tubuh dan otot diharapkan sudah pada titik optimal, sesuai dengan kemampuan., pada fasa ini intensiti latihan adalah tinggi.
Frekuensi latihan adalah ulangan latihan yang dilakukan dalam jangka waktu 1 minggu. Intensiti yang ideal iaitu 3 kali seminggu sebagai frekuensi optimal. Frekuensi latihan mempunyai hubungan dengan intensiti dan lamanya bagi setiap latihan. Semakin tinggi intensiti latihan dan semakin lama kekerapan latihan maka frekuensi perminggu semakin sedikit.
Lama latihan mempunyai hubungan terbalik dengan intensiti. Bila intensiti makin tinggi maka tempoh latihan lebih singkat dan sebaliknya. Untuk mendapatkan kesan yang baik dari suatu latihan, tanpa risiko bahaya. Tempoh latihan 15-25 minit setiap hari.

Fasa III Latihan Kekuatan Otot dan Daya Tahan (Muscullar Strength and Endurance)
Kekuatan Otot (Muscullar Strength) menggambarkan konstraksi maksimal yang dihasilkan oleh otot atau sekelompok otot.
Daya Tahan (Endurance) menyatakan keadaan yang menekankan pada kapasiti melakukan kerja secara terus menerus dalam suasana aerobik.






Fasa IV Kelenturan (Fleksibility)
Kelenturan menyatakan kemungkinan gerak maksima yang dapat dilakukan oleh suatu persendian. Yang meliputi hubungan antara persendian (tulang yang membentuk sendi), otot, tendo, dan ligament.

Fasa V Penenangan (Cooling Down)
Usaha menurunkan kondisi tubuh dari kerja dengan intensitI yang tinggi secara bertahap dan teratur koordinasi kembali ke keadaan seperti semula. Waktu yang dicadangkan adalah antara 5-10 minit sesuai dengan keupayaan masing-masing bagi setiap individu. Tujuan Cooling Down adalah :
a. Menurunkan kerja jantung/denyut nadi.
b. Mencegah terhentinya aliran darah secara mendadak.
c. Mencegah pembaziran penggunaan tenaga.
Cooling down yang baik adalah dengan tetap melakukan kegiatan fizikal dengan intensiti yang paling rendah, di iringi musik yang lembut iaitu musik dengan nisbah ¾ atau 4/4 perlahan.


10.0 RUMUSAN




















10.0 RUMUSAN
Aktiviti senamrobik amat mudah untuk dijalankan tidak susah untuk dibina kerana ia tidak terlalu cerewet untuk dijalankan. Senamrobik ini dapat mambantu murid-murid atau pelajar kemahiran mengfokus yang tinggi. Selain itu dapat memupuk murid-murid untuk bekerjsama dalam setiap ahli kumpulan dan juga memupuk ‘IQ’ iaitu peningkatan dari segi intelek dalam merancang strategi untuk membuat keputusan selain itu badan menjadi sihat dan cerdas.

Dengan aktiviti ini juga kita dapat mengenali jenis otot yang terlibat, jenis sendi dan nama-nama tulang yang terlibat dalam pergerakan. Aktiviti ini menjadiakan kita mudah untuk mengingati nama-nama anggota yang terlibat.

Melalui objektif dengan pelaksanaan aktiviti ini akan tercapai seperti mengisi masa lapang dan sebagainya. Aktiviti ini amat menyeronokkan terutama di kalangan murid-murid atau kanak-kanak. Ini menjadikan mereka tidak bosan untuk mengikuti pelajaran. Walaupun berseronok, minda dan fizikal juga akan sihat.

Oleh itu kita hendaklah melaksanakan aktiviti ini terutamanya apabila waktu pengajaran Pendidikan Jasmani.

No comments: