terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, February 10, 2009

laporan program pendidikan keselamatan

Photobucket
SIAPA SEBENRNYA MEREKA BERDUA INI.. SAMA2 KITA SAKSIKAN LAPORAN BELIAU















LAPORAN SETIAUSAHA PROGRAM PENDIDIKAN KESELAMATAN
Kami para pelajar PPISMP PJ1 dan PJ2 berjumlah 42 orang telah menjayakan sebuah Program Pendidikan Keselamatan yang diadakan pada 07 Februari 2009 bertempat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Bharu. Kursus ini telah juga telah disertai oleh dua orang pensyarah penasihat yang juga merupakan pensyarah subjek Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu
Kursus ini banyak memberi faedah kepada kami. Ia dapat memberi pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Kami telah mendapat gambaran bagaimana untuk memberi kefahaman lebih mendalam tentang aspek-aspek keselamtan dan kepentingannya dalam pengurusan dan terhadap individu yang terlibat. Pengalaman ini dapat dipraktikkan ketika kami menjadi seorang guru kelak dan ditugaskan untuk menjadi guru pembimbing aktiviti perkhemahan dan sebagainya.
Sebelum dapat menjayakan kursus ini, pelbagai perkara perlu diambil kira, seperti matlamat yang ingin dicapai, organisasi yang mantap, perancangan yang rapi, dan persiapan yang sempurna. Untuk mencapai semua perkara di atas, kerjasama dan kesepakatan antara semua pihak amatlah perlu. Tanpa mengira perbezaan kelas dan jawatan, semua perlulah bersatu agar program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna.
Beberapa mesyuarat telah diadakan untuk mencapai kata sepakat dalam menjalankan kursus ini. Kami telah belajar mengenai tatasusila bermesyuarat yang betul, bagaimana jika sesorang itu hendak memberi pendapat dan sebagainya. Juga bagaimana untuk mengawal sesebuah mesyuarat itu daripada menjadi tidak terkawal. Malah disiplin masa juga ditekankan kerana semua ahli perlu sampai pada masa yang telah ditetapkan. Di dalam mesyuarat tersebut juga biro-biro diterangkan tentang bidang tugas agar mereka jelas dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Setelah biro-biro bermesyuarat sesama ahli biro tersebut dan mencapai persetujuan, kertas kerja pun mula dihasilkan. Saya telah belajar bagaimana untuk menghasilkan sebuah kertas kerja projek mengikut format yang betul. Jika sebelum ini saya menganggap penghasilan kertas kerja adalah satu perkara yang sukar dan rumit, namun persepsi itu telah bertukar apabila saya terlibat dalam menghasilkan kertas kerja ini. Asalkan semua pihak memberi kerjasama, semua perkara menjadi mudah dan cepat. Apabila keputusan dan kata sepakat telah dicapai, kertas kerja pun mula dihasilkan.
Dalam merancang aktiviti dan memastikan kelancaran persiapan program, kami sentiasa berjumpa dengan para pensyarah Pendidikan Jasmani jika menghadapi masalah atau jalan buntu. Panduan dan bimbingan yang diberikan amat membantu kami dalam merancang program ini.
Ketika di sana, seribu satu faedah telah kami semua perolehi. Antaranya ialah kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, ’Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Program Pendidikan Keselamatan ini juga telah mengajar kami tentang pengurusan masa yang sepatutnya dimiliki oleh kami bakal pendidik. Masa sentiasa berjalan dan tidak akan menunggu kita, malah kita yang sepatutnya mengejar masa. Sebelum menjalankan kursus ini, kami telah membuat sebuah jadual aktiviti sepanjang kursus. Jadi kami perlu mematuhi jadual tersebut dan memastikan aktiviti dapat dijalankan tepat pada masanya. Kami tidak akan menghadapi masalah sekiranya masing-masing memiliki tahap disiplin yang tinggi.
Selain itu, Program Pendidikan Keselamatan ini banyak mengajar kami erti kesabaran dan ketabahan. Kami belajar bagaimana untuk ‘survive’ dalam keadaan yang serba tidak cukup. Ini merupakan persediaan yang baik, kerana kami mungkin akan ditugaskan di kawasan pedalaman apabila mengajar nanti. Kami telah mendapat pengajaran bahawa walaupun menghadapi cabaran dan masalah yang besar ketika berada dalam arena perguruan nanti, kami tidak boleh mengaku kalah dan berhenti berjuang kerana kami perlu menunaikan amanah yang telah dijanjikan.
Teguran dan peringatan adalah merupakan perkara penting apabila seseorang itu menjadi guru. Ini kerana gurulah yang perlu menegur kesalahan murid-muridnya apabila mereka melakukan kesalahan. Sepanjang kami Program Pendidikan Keselamatan ini, para pensyarah banyak memberikan teguran yang sangat berguna setiap kali kami menamatkan sesebuah aktiviti.pesanan itu akan kami sematkan dalam hati dan dijadikan panduan kelak.
Selain itu, kami juga perlu menyiapkan refleksi tentang kursus ini. Penulisan refleksi adalah penting untuk melihat keberkesanan sesebuah program yang dijalankan terhadap Program Pendidikan Keselamatan ini. Sama ada kursus ini membantu sesorang itu untuk menghadapi arena perguruan atau tidak.
Kesimpulannya, pelbagai perkara yang dilalui sepanjang Program Pendidikan Keselamatan ini diharapkan dapat mematangkan kami dalam menempuh alam perguruan kelak. Pelbagai kemahiran baru dapat dicapai antaranya kemahiran membuat keputusan, kemahiran pengurusan masa, malah bakat kepimpinan juga dapat diasah. Perkara sebegini dapat memberi pengalaman yang tiada nilainya malah dapat dijadikan panduan yang amat berguna pada masa yang akan datang.
Disediakan oleh,

Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman








ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT.

PENERANGAN DIBERIKAN OLEH ENCIK AZMAN DARI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT.

PENGENALAN KEPADA JENTERA BOMBA YANG DIGUNAKAN SEMASA AKTIVITI MENYELAMAT.






AHLI BOMBA DAN MENYELAMAT MENUNJUKKAN PENGGUNAAN POWER CUTER YANG DIGUNAKAN SEMASA AKTIVITI MENYELAMAT MANGSA YANG TERSEPIT DIDALAM KEMALANGAN JALAN RAYA.

PENGUNAAN JENTERA DAN ALATAN UNTUK MEMADAMKAN KEBAKARAN


BEBERAPA ORANG PELAJAR CUBA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API TERSEBUT.

ALAT BANTUAN PERNAFASAN YANG DIGUNAKAN OLEH AHLI BOMBA KETIKA MEMASUKI KAWASAN KEBAKARAN YANG SUKAR UNTUK MELAKUKAN PERNAFASAN

Photobucket
Photobucket
Photobucket
SEKIAN SAHAJA SAYA MOHD NOR DARI BLOGER.NEWS.COM

No comments: