terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

renang gaya bebas

Gaya Bebas / Freestyle

PhotobucketPhotobucket

Gaya ini dicipta oleh penghuni di Pulau Hawaii dan Pulau Solomon. Kemudian, jaguh Australia, Dick Cavill mempopularkan gaya ini pada awal abad kedua puluh. Perenang Amerika, Charles Daniels memperbaiki gaya ini sehingga ia digunakan oleh semua perenang terbaik.
Gaya ini ialah gaya renang yang terlaju. Biasanya perenang baru diajari gaya ini dahulu. Gaya ini digunakan untuk semua jenis acara jarak daripada renang pecut jarak dekat hingga renang jarak jauh seperti menyeberangi selat dan sebagainya. Banyak gaya individu wujud dalam gaya rangkak memyebabkan ia juga dikenali sebagai gaya bebas.



Posisi Badan
Badan perenang berada di dalam posisi tiarap hampir mendatar dengan permukaan air. Posisi kepala dikekalkan dengan air menyentuh bahagian atas dahi, muka didalam air, mata memandang kehadapan dan kebawah. Pinggul dan kaki berada dibawah permukaan air. Keseluruhan badan harus berkeadaan selesa dengan kaki selaras dengan badan.


Posisi Kaki
Pergerakan kaki dalam gaya ini bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan badan. Untuk tujuan ini, pergerakan kai patutlah diajarkan dahulu. Pergerakan kaki untuk gaya ini adalah pergerakan atas-dan-bawah berselang-seli. Keadaan kaki mestilah selesa. Pergerakan bermula daripada pinggul dan bergerak ke bawah melalui lutut hingga ke buku lali. Pergerakan ini seperti pergerakan ekor ikan. Tendangan kaki tidak perlu dalam, dengan tumit memecah permukaan air.

Posisi Tangan
Tangan digerakkan berselang seli mengikut rentak tetap. Satu tangan mengemudi sambil satu tangan lagi dikeluarkan dari permukaan air. Tangan ini menghulur kehadapan, dengan jari-jari rapat dan tapak tangan berbentuk menadah sedikit, sedia untuk memasuki air semula dihadapan kepala, dengan jarak selebar bahu tetapi tidak selari dengan bahagian tengah badan, tangan tidak harus didepangkan sepenuhnya. Siku patut dibengkokkan sedikit. Tangan memasuki air dengan jari-jari dahulu. Jari-jari yang dirapatkan menjadi seperti dayung. Tangan ini ditarik ke bawah dan ke belakang melalui lorong terus sehingga ibu jari menyentuh peha, dengan bersedia untuk keluar daripada air dengan siku memecah permukaan air dahulu.
Tangan yang dikeluarkan daripada permukaan air sehingga persediaan untuk memasuki air semula, boleh dilakukan dengan tangan lurus atau bengkok. Aksi tangan untuk gaya ini amat penting kerana ia memberi pendorongan pada masa gaya rangkak dilakukan.



Pernafasan
Perenang memilih sebelah pernafasan tertentu yang paling selesa bagi mereka. Kepala dipalingkan tanpa tekanan, kesebelah kiri atau kanan, yang dilakukan dengan selesa. Kepala tidak diangkat atau dinaikkan. Kepala harus dipalingkan kesisi pada masa tangan di sebelah pernafasan telah menghabiskan tarikannya.
Penghembusan nafas dilakukan melalui hidung dan mulut pada masa kepala dikembalikan ke dalam air. Pergerakan kepala harus dilakukan dengan licin supaya keseimbangan badan tidak terganggu. Pergerakan yang terhuyung-hayang hendaklah dielakkan. Pergerakan diteruskan dengan arah terus.

Latihan
a. Kaki
• Berdua – Perenang 1 memegang susur, dengan cekak bawah dan lengan bawah menekan dinding. Perenang 2 memegang kaki lurus perenang 1 dan menggerakkan kaki mengikut ritma, (membilang 1, 2) dengan perlahan. Kaki harus bergerak daripada pinggul. Tukar peranan. Perenag 2 berlatih dengan bantuan perenang 1 pula.
• Berdua – Perenang 2 menyokong perenang 1 dengan tangan dibawah dada dan perut perenang 1. Perenang 1 menggerakkan kaki dengan sendirinya. Tukar peranan. Perenang 1 menjadi penyokong kepada perenang 2.
• Semua perenang memegang susur kolam renang dan berlatih pergerakan kaki dengan sendirinya.
• Perenang 1 berdiri di hadapan perenang 2. Perenang 2 meletakkan tangan diatas pinggul atau bahu perenang 1 dengan tangan lurus. Praktikkan pergerakan kaki. Tukar peranan. Perenang 1 mempraktikkan pergerakan kaki.
• Tangan memegang / diletakkan diatas apung ( kickboard ). Tangan lurus. Berlatih pergerakan kaki.

b. Pernafasan
• Berdiri menghadap susur kolam renang, sejarak satu lengan. Bongkok untuk memegang susur dengan tangan lurus. Berlatih meniup buih dengan cara menghembus didalam air ( bobbing ).
• Seperti diatas, gabungkan latihan itu dengan kepala memaling kekanan atau kekiri. Tarik nafas apabila kepala memaling ke kanan atau ke kiri dan hembus dengan perlahan di dalam air.
• Berlatih pernafasan bersama-sama dengan latihan pergerakan kaki.



c. Tangan
• Bongkok badan dan pegang susur kolam renang dengan sebelah tangan. Berlatih pergerakan tangan dengan tangan bebas.
• Seperti diatas, berdiri jarak sedikit daripada susur, bongkok dan berlatih pergerakan tangan dengan sebelah tangan berselang seli.
• Berdiri jauh daripada susur. Bongkokkan badan dengan bahu dibawah permukaan air. Berlatih pergerakan tangan sambil berjalan kehadapan.
• Seperti diatas tetapi termasuk cara bernafas.

1 comment:

Unknown said...

salam..boleh saya nak step renang ni nak tulis dalam assignment..?