terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

pergerakkan badan

PERGERAKAN KAKI
Kaki bergerak berselang seli ke atas dan ke bawah, seperti pergerakan kaki untuk gaya bebas/rangkak. Pergerakan bermula dari pinggul dengan kaki dikendurkan secukupnya untuk membolehkan lutut dan buku lali bergerak secara berkisar di dalam air. Tendangan harus cetek supaya deburan kecil sahaja muncul di permukaan air. Ritma pergerakkan kaki yang kekal adalah baik. Biasanya ritma adalah enam rentak untuk setiap putaran tangan.

PERGERAKAN TANGAN
Tangan bergerak seperti “kincir angin” iaitu pergerakan tangan kiri bertentangan dengan pergerakan tangan kanan, berselang seli satu menarik dan yang satu lagi memulih. Kemasukkan tangan ke dalam air adalah berjarak seperti jarum jam untuk pukul 11 dan pukul 1.
Tangan harus lurus pada masa memasuki air dengan jari kelengkeng masuk dahulu. Tarikan bermula bermula apabila keseluruhan tangan/ lengan telah berada didalam air. Tarikan dan tolakan diteruskan ke paha, dan kemudian tangan dikeluarkan daripada air untuk memulakan peringkat pemulihan.

PERNAFASAN
Oleh kerana muka berada di luar paras air, pernafasan tidak menjadi masalah. Biasanya perenang menarik nafas ketika satu tangan “memulih” dan menghembuskannya ketika tangan tadi “menarik”. Tarikan nafas dibuat melalui mulut dan hembusannya melalui hidung dan mulut.




PENDORONGAN
Pendorongan terhasil lebih daripada pergerakan tangan dan bukan daripada pergerakan kaki. Kekuatan pendorongan terhasil daripada tangan yang tegar. Kedudukan tangan berfungsi sebagai daun pendayung sepanjang pergerakkan itu dan kekuatan otot membantu di belakang pergerakan itu.

LATIHAN
• Mencangkukkan jari-jari kaki dibawah susur meregangkan tubuh di air, berlatih pergerakkan tangan , mengikut posisi jarum jam iaitu pukul 11 dan pukul 1.
• Memegang apung di atas dada, berlatih pergerakkan kaki mengikut lebar kolam renang.
• Berlatih pergerakan kaki dengan tangan bercampang dan lutut di bawah permukaan air.

No comments: