terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

pengaturan masa dalam renang

Photobucket











Pengaturan Masa
Lazimnya terdapat enam tendangan pada setiap kitaran penuh kuak tangan namun kepelbagaian jumlah tendangan boleh diterima asalkan gerakan kaki seimbang dengan gerakan tangan.

Perkara yang perlu diberi perhatian
a. Posisi badan
- Sasarkan kepada kedudukan yang meregang, selari, dan mendatar.

b. Gerakkan kaki
- Mulakan gerakan daripada sisi peha
- Kaki lurus dan rapat ; buku lali tidak tegang, rasakan gerakan tendangan menerusi lutut dan berakhir dengan gerakan meluru.

c. Gerakan Tangan
- Tangan masuk ke dalam air mendahului kepala, antara garis tengah badan dan bahu ; siku tinggi.
- Setelah masuk ke dalam air, urutan selanjutnya ialah : ke bawah / ke dalam / ke atas.
- Sasarkan kepada gerakan yang kemas dan lancer, dengan pemulihan tangan dilakukan dengan tenang diatas permukaan air.

d. Pernafasan
- Air harus berada pada paras dahi. Mata terbuka dan memandang kehadapan.
- Hembus nafas melalui hidung dan mulut ke dalam air.
- pusing atau tolehkan kepala supaya mulut bebas daripada air apabila menarik nafas.
- Pusingkan atau tolehkan kepala kearah yang lebih selesa. Tarik nafas semasa tangan pada bahagian sama dengan arah kepala hampir selesai melakukan gerakan keatas sejurus pemulihan, dan ketika tangan yang satu lagi memulakan gerakan ke bawah.

e. Pengaturan masa
- Latihan kuak sepenuhnya dan separa penuh yang kerap dan singkat adalah lebih baik daripada latihan yang mengambil masa yang panjang tetapi tidak kerap. Tatkala stail yang efisien berkembang, kebolehan untuk menambahkan jarak renangan juga berkembang.

Dalam pertandingan, gaya rangkak merupakan kuak yang dilakukan pada acara renang gaya bebas. Apabila pusing membalik atau mengakhiri acara, perenang boleh menyentuh tepi dinding kolam dengan mana-mana bahagian anggota badan.

No comments: