terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Thursday, October 16, 2008

PEMULIHAN TULISAN 5.1 SARINGAN DAN DIAGNOSIS BY MOHD NOR IZWAN SULAIMAN

5.0 PEMULIHAN TULISAN

5.1 SARINGAN DAN DIAGNOSIS

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak di-bacanya.

Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimana¬pun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.

Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan me¬ngenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah.
1. Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan me¬matuhi dua syarat berikut:
(a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja.
(b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.
2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya, guru boleh memberi¬tahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.
3. Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut.
4. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memer¬hatikan perkara-perkara berikut:
(a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.
(b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa.
(c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa).
5. Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pe¬mulihan tulisan.
(a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat di¬baca dalam ujian yang masanya dihadkan.
(b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan masa.
(c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.
(d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkait¬kan dengan darjah murid. Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-¬contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ‘,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis Handwriting Scale'. Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.
Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua. Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan ke¬lemahan setiap murid. Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan pe¬nyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca. Antara bentuk-bentuk yang tidak dapat dibaca itu adalah seperti ber¬ikut:—
1. perkataan terlalu rapat 3. perkataan berpecah
2. terlalu condong 4. huruf-huruf terlalu dekat
5. barisan terlalu dekat 36. n seperti v
6. a seperti u 37. n seperti s
7. e tertutup 38. o seperti a
8. a seperti o 39. o seperti r
9. a seperti oi 40. o tidak tertutup
10. b seperti Ii 41. o seperti u
11. b seperti l 42. r seperti s
12. b seperti k 43. r seperti i
13. b seperti f 44. r terlalu kecil
14. n seperti u 45. r seperti n
15. c seperti e 46. r seperti u
16. c seperti i 47. r seperti e
17. c seperti a 48. s tidak jelas
18. d seperti cl 49. s seperti r
19. d seperti l 50. s seperti c
20. d seperti a 51. t seperti l
21. e seperti o 52. t tangkai jauh
22. e terlalu tinggi 53. t tiada tangkai
23. e seperti c 54. t tangkai di kanan
24. f seperti b 55. t tangkai di kiri
25. of seperti of 56. u seperti oi
26. g seperti y 57. ur seperti w
27. h seperti li 58. v seperti n
28. h seperti p 59. v seperti r
29. h seperti b 60. w seperti v
30. h seperti l 61. w seperti m
31. i seperti c 62. wr seperti ur
32. i tanpa titik 63. D tidak tertutup
33. k seperti h 64. I seperti cl
34 .l tertutup 65. T seperti l
35. m seperti w

Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan t.menyebabkan kesilap¬an menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling menimbul¬kan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.

5.2 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.


5.3 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA
Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh.
Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubung¬kan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.
Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:
1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengeli¬lingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.
2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di se¬belah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.
4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telun¬juk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawal¬an jari di kedudukan ini.
5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul."

5.4 LATIHAN SEBELUM MENULIS
Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk de¬ngan menggunakan jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

5.5 LATIHAN MENULIS
Murid yang sudah dapat menggunakan pensil boleh disuruh melatih tangan mereka dengan menggunakan Latihan berikut sebagai panduan.









Huruf-huruf yang lebih kurang sama harus diajar bersama, kecuali huruf b dan d yang harus jangan diajar bersama, kerana kedua huruf ini mudah dibalikkan oleh murid. Begitu juga dengan huruf p dan b. Huruf q harus diajar lewat sedikit, bersama-sama dengan huruf u. Sebaik-baiknya beberapa kumpulan huruf harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang baru dipelajari seperti dalam contoh berikut.





I. Murid boleh juga disuruh menyalin atau meniru bentuk-¬bentuk huruf yang telah disediakan.
2. Titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid, dan ketika mengajar seseorang murid secara individu, guru harus menyatakan langkah-langkah yang di¬buatnya ketika menulis seperti ("Turun, naik, ke kanan dan bulat untuk huruf p").
3. Setelah murid menulis huruf yang besar di kertas besar, mereka harus diajar menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Dalam ruang, atau kotak kecil ini disediakan titik permulaan, dan murid diingatkan supaya jangan melintasi garisan di antara ruang. Ini akan mengelakkan huruf yang terbalik juga.
4. Murid yang mempunyai masalah persepsi visual harus diberi huruf-huruf yang sudah sedia dipotong yang ditampalkan pads sehelai kertas untuk panduannya.

5.6 HURUF BESAR
1. Biasanya, huruf besar diajar setelah murid tahu menulis huruf kecil, kerana huruf besar kurang digunakan jika dibandingkan dengan huruf kecil.
2. Biasanya, di sebelah huruf besar, murid disuruh menulis huruf kecil yang sama.



Latihan untuk memulakan tulisan sambung adalah untuk me¬lembutkan tangan murid, supaya pelajaran tulisan menjadi lebih seronok.
1. Garis sambungan yang menyatukan huruf harus diajar terlebih dahulu.
2. Latihan ini boleh ditunjukkan di papan tulis dengan meng¬gunakan berbagai-bagai kapur warna, atau di atas buku tulisan murid dengan menggunakan berbagai-bagai pensil warna, atau krayon.
3. Latihan seperti ini juga harus diikuti dengan keterangan oleh guru mengenai perjalanan kapur, atau pensil ketika guru menulis. Cara seperti ini sangat menarik perhatian murid. Contohnya adalah seperti berikut berpandukan gambarajah yang mengikuti ini.
(a) Bukit dan lembah: Mari kita naik bukit, turun ke lembah, naik bukit, turun dsn.
(b) Ombak: Ombak di lautan naik kemudian pecah, naik dan pecah dsn.
(c) Tali disimpul: Naik dan simpul seperti menjerat lembu, naik dsn.
(d) Gigi gergasi: Gigi atas gergasi, tanpa lubang, giginya masil baik dan belum rongak; gigi bawah gergasi yang tidak rongak juga.
(e) Mencantum manik: Cantumkan manik, manik dan benang, manik dan benang, dsn.
(f) Apel: Pusing, naik dan hayun, dsn.
(g) Ekor: Naik dan beri ekor, naik beri ekor, dsn.
4. Apabila murid telah diajar huruf yang tidak bersambung terlebih dahulu, maka tulisan sambung hanya merupakan lanjutan dari tulisan tidak bersambung, iaitu untuk menyambungkan scmua huruf supaya cepat ditulis. Murid harus diberitahu perkara ini. Setengah huruf perlu ditukar, atau perlu di¬panjangkan `ekornya' supaya menyentuh huruf di sebelah¬nya, atau perlu dibuat gelung dan lingkaran supaya cepat ditulis.
5. Semua huruf sambung harus dibandingkan dengan huruf tidak bersambung, dan perubahan yang berlaku harus diterangkan oleh guru.
6. Apabila seseorang murid rasa terlalu susah hendak menulis huruf sambung yang sangat berbeza dari huruf tidak bersam¬bung yang sama, maka guru boleh menunjukkan tulisan sambung yang hampir sama dengan yang tidak bersambung. Cara ini diberi nama tulisan manuskrip yang disambung.
7. Guru boleh menggunakan warna, anak panah, atau pangkah untuk titik permulaan, dan arah perjalanan pensil, atau pen.
8. Pengajaran tulisan sambung harus dibuat seperti mengajar tulisan tidak bersambung, iaitu huruf-huruf yang cara menulisnya hampir sama diajar bersama, satu demi satu.

5.7 MENULIS PERKATAAN DALAM TULISAN SAMBUNG
Latihan menulis perkataan dalam tulisan sambung harus dimula¬kan sebaik sahaja murid dapat menulis huruf sambung satu demi satu yang kecil atau yang tidak terlalu besar. Murid yang rasa susah hendak menulis tulisan sambung mungkin tidak dapat mengaitkan tulisan sambung dengan huruf-huruf yang tidak ber¬sambung. Guru boleh mengurangkan kesusahan ini dengan mem¬buat garisan condong di antara setiap huruf dan menutup huruf lain dengan pensil supaya setiap huruf dapat dikenal oleh murid.

Untuk mengajar jarak di antara perkataan pula, guru boleh menyuruh murid meletakkan jari kecil (jari kelengkeng) dari tangan sebelah yang tidak digunakan untuk menulis di hujung perkataan, dan menandakan jarak ini dengan titik. Perkataan barn boleh dimulakan di titik ini.
Prinsip-prinsip pengajaran tulisan yang telah dikemukakan ini boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan menulis. Contoh¬nya, apabila seseorang murid itu didapati tidak dapat mengenal keseluruhan sesuatu huruf, ia boleh menggunakan huruf yang telah sedia dipotong sebagai panduan. Jika seseorang murid itu menulis terbalik, ia boleh disuruh menulis dalam ruang-ruang tertentu (atau grid) yang telah disediakan dengan titik permula¬an dan sebagainya.
Cara yang paling berkesan untuk mengajar murid yang harus sudah pandai menulis, tetapi masih kaku, ialah dengan cara menyalin. Mula-mula murid boleh disuruh menyalin tulisan sambung yang besar (1/2 inci atau 3/4 inci) yang telah disedia¬kan oleh guru; ke atas kertas yang nipis (supaya jelas kelihatan tulisan yang disalin). Kemudian tulisan induk boleh dikecilkan. Dengan cara ini, murid dapat dilatih kecepatan menulis di samping memudahkan tugasan menulis.

1 comment:

Unknown said...

salam...saya mengajar tahun 4. oleh kerana sekolah saya sekolah kecil, (hanya 1 kelas untuk satu tahun) jadi saya mengalami sedikit kesulitan untuk mengajar murid tahun 4 memandangkan bilangan mereka agak ramai(35 murid)for ur info, murid PROTIM saya seramai 14 orang,manakala selebihnya mulit elit dan sederhana.ada idea x mcm mana saya harus mengajar budak PROTIM so that diorg tak kan ketinggalan dgn murid lain.