terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Tuesday, October 28, 2008

menyelamat dalam renang

1.0 PENDAHULUAN
Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua dengan umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan kepada air air sejak dari awal lagi supaya mereka berasa seronok dan mempunyai keyakinan berada di dalam air sebelum mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan, dan melalui aktiviti renang seseorang dapat melakukan senaman yang amat berguna dan menyeronokkan.
Disamping itu pendedahan mengenai renang pada peringkat awal juga boleh menjadikan ia sebagai satu persediaan atau langkah awal terhadap keupayaan dan kebolehan seseorang ketika berada di dalam air terutamanya semasa proses renang itu dilakukan.
Secara umumnya, pendedahan mengenai aktiviti renang tidak mungkin akan lengkap tanpa mendedahkan mengenai keselamatan-keselamatan yang perlu dipatuhi ketika berada di dalam air. Pendedahan mengenai aspek keselamatan ini penting untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jika dilihat dimana-mana kolam renang terutamanya aspek keselamatan merupakan pokok utama yang perlu dititikberatkan ketika menjalankan sebarang aktiviti di dalam kolam renang.


2.0 KEMAHIRAN ASAS MENYELAMAT
Kemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini dimana mempunyai cara-cara dan panduan menyelamatnya yang tersendiri. Dalam kemahiran asas menyelamat ini pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya contohnya situasi yang boleh membawa kepada kematian, kecederaan atau kecacatan berpanjangan dan sebagainya.







Gambar 1

3.0 PRINSIP-PRINSIP MENYELAMAT
1) Mengesan kecemasan dan menerima tanggungjawab
o Mengenali kewujudan masalah.
o Menginterperastasikan peeristiwa.
o Berasa tanggungjawab.

2) Penilaian
Penyelamat harus menilaikan aspek-aspek berikut sebelum memasuki air.
o Keselamatan kendiri.
o Kesedaran tentang kebolehan fizikal.
o Bantuan yang diperolehi.
o Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa.
o Keadaan persekitaran.
o Bilangan mangsa.
o Pakaian yang perlu ditanggalkan.
o “cross bearings”.

3) Tindakan
o Keadaan air.
o Tingginya tempat memasuki air.
o Jenis alat bantuan yang dibawa.
o Jenis dasar air.
o Keadaan mangsa.
o Kepantasan yang diperlukan.

4) Cara-cara memasuki air
o Melangkah masuk.
o Lompat.
o Junam.
o Lompat “straddle”.

5) Mendekati mangsa
o Mempertahankan diri dan melepaskan diri dari genggaman mangsa.
o Pendekatan bercakap.
o Pendekatan menggunakan alat bantuan.
o Mendekati mangsa yang tidak sedar.
o Mengeluarkan mangsa dari dasar air – junam dari permukaan air dan mencari mangsa di dalam air.
o Kecederaan tulang belakang.
o Menyokong mangsa.
o Memberi bantuan pernafasan.


6) Menunda mangsa
o Mengiringi mangsa dengan alat bantuan.
o Menunda tanpa sentuhan.
o Menunda dengan sentuhan.

7) Mendaratkan mangsa

8) Rawatan kecemasan dan tindakan susulan
o Bantu mula melalui E.A.R atau C.P.R atau kedua-dua sekali.
o Kecederaan.
o Perkhidmatan kecemasan.


Gambar 3

4.0 PEMULIHAN PERNAFASAN JANTUNG (CPR)
Anda perlu bertindak segera untuk menolong seseorang yang kelihatannya telah terhenti pernafasannya atau nadinya tidak lagi berdenyut. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti:
Baringkan mangsa dalam keadaan menelentang

Gambar 4
1. Tentukan keadaan mangsa – Gerakkan tubuhnya perlahan-lahan dan tanyakan keadaannya.
o Dapatkan bantuan dengan menjerit untuk pertolongan dan hubungi ambulan.
o Baringkan mangsa secara terlentangdi atas permukaan yang rata dan keras dan pada masa yang sama gerakkan kepala dan badannya serentak.
2. Buka mulutnya dengan mendongakkan kepala dan mengangkat dagu ke atas.
3. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Keluarkan benda-benda di dalam mulut dan kerongkong jika ada. Baringkan mangsa secara terlentang. Lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut. Periksa sama ada mangsabernafas












Periksa sama ada mangsa bernafas

Gambar 5

4. Letakkan muka anda dekat mulut mangsa dan perhatikan dadanya; lihat, dengar dan rasa selama 10 saat kalau-kalau ada tanda pernafasan.
5. Sekiranya tiada tanda pernafasan,lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut.
o Pastikan laluan udara terbuka. Picit hidungnya dan hembuskan nafas dua kali ke dalam paru-parunya. Dada mangsa harus naik dengan setiap hembusan nafas.



Lakukan pemulihan pernafasan dari mulut ke mulut

Gambar 6
6. Selanjutnya, periksa denyutan nadinya di bahagian karatid (kawasan leher) selama 10 saat.
o Jika ada denyutan, lakukan hembusan nafas mulut-ke-mulut pada kadar 12 kali seminit sehingga pernafasan mangsa pulih.
o Jika tiada denyutan nadi, mulakan Pemulihan Pernafasan Jantung dengan segera dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut. (langkah 7 ke 10).


Tekankan telapak tangan andadi bahagian bawah tulang dada;elakkan jari daripada menekan tulang rusuk

Gambar 7
Pastikan lengan anda lurus tegak semasa melakukan tekanan dada

Gambar 8
1. Sekiranya tiada denyutan nadi, lakukan tekanan dada dari luar seperti berikut:
o Tekan dengan telapak tangan anda di bahagian bawah tulang dada, elakkan jaridaripada menekan tulang rusuk. Letakkan tangan yang satu lagi di atas tangan ini.
o Luruskan tangan anda dan tekan ke bawah se dalam 4 hingga 5 sentimeter dan kemudian lepaskan. Lakukan 15 tekanan dalam masa 10 saat. Usah angkat tangan anda dari dada si mangsa sepanjang anda melakukan ini.
2. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Picit hidung mangsa dan berikan 2 hembusan nafas mulut-ke-mulut.
3. Teruskan dengan melakukan 15 tekanan diikuti dengan 2 hembusan nafas penuh,dan periksa jika ada denyutan nadi selepas minit pertama dan selepas 5 minit kemudian.
Hentikan tekanan dengan segera apabila nadinya mula berdenyut dan periksa jika mangsa mula bernafas

Gambar 9
4. Sejurus nadinya pulih, hentikan tekanan dengan segera dan periksa jika mangsa mula bernafas. Sekiranya masih tiada pernafasan,ikuti dengan pemulihan pernafasan mulut-ke-mulut sehingga pernafasannya pulih kembali.













5.0 E.A.R – PEMULIHAN PERNAFASAN MENGGUNAKAN UDARA HEMBUSAN
Resusitasi
o Perlu pengambilan oksigen semerta selepas dihalang.
o Mesti ddiberi secepat mungkin.
Peraturan utama
o Bertenang.
o Resusitasi semerta.
o Minta bantuan dari orang lain.
Respirasi (pernafasan)
1. Badan terdiri daripada berjuta-juta sel.
2. Tiap-tiap sel memerlukan oksigen, tanpa oksigen sel akan rosak atau mati.
3. Sel otak akan rosak jika bekalan oksigen tiada selama 4 minit. (Perlu mulakan resusitasi semerta jika pernafasan norma terhenti).
4. Udara biasa mengandungi 21% oksigen.
5. Udara hembusan mengandungi 16% oksigen.
6. Kadar pernafasan mengikut umur :
o Dewasa 12 – 20 kali seminit.
o Bayi/kanak-kanak antara 20 – 25 kali seminit.
o Bayi baru lahir 40 kali seminit.
o Selepas 8 tahun guna kadar orang dewasa.
7. Kadar denyutan boleh dikesan melalui nadi
o Dewasa 60 – 100 denyutan semnit.
o Kanak-kanak 80 denyutan seminit.
o Bayi 100 denyutan seminit.
Halangan laluan udara
1. Halangan utama llaluan udara mangsa yang tidak sedar diri ialah LIDAH.
2. Halangan laluan udara boleh disebabkan oleh objek-objek yang terlekat. Tandanya tangan mangsa memegang lehernya, menandakan dia tercekik.
3. Tindakan :
o Henyakkan abdomen.
o Tepukan belakang/henyakkan dada.
4. Cara mengesan samada mangsa yang tidak sedar diri.
o Melihat – melihat pergerakan dada turun naik.
o Mendengar - dengan hembusan.
o Merasa.
Mengapa E.A.R ?
1. Udara dihembus keluar mengandungi lebih kurang 16% oksigen.
2. Lebih kurang 5% oksigen digunakan sahaja untuk memulihkan pernafasan.
Pelan tindakan E.A.R
1. Penilaian terhadap mangsa.
o Adakah mangsa sedar.
o Adakah mangsa bernafas.
o Adakah nadi wujud.
2. Membuka saluran pernaffasan.
o Mendongak kepala/mengangkat tengkok.
o Mendongak kepala/mengangkat dagu.
o Menolak rahang.
Kaedah E.A.R
o Mulut ke mulut.
o Mulut ke hidung.
o Mulut ke mulut dan hidung.
Tanda-tanda dan simptom E.A.R yang Berjaya
o Kehilangan sianosis (kebiruan).
o Si mangsa cuba bernafas sendiri.
o Anak mata mula bernafas melalui cahaya.
o Tindakbalas kepada mangsa.
o Denyutan nadi bertambah kuat.


6.0 TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL JIKA BERLAKU KECEMASAN







7.0 PANDUAN KEMAHIRAN ASAS MENYELAMAT
1. Kaedah menyelamat tanpa masuk ke dalam air.
Contoh 1.1

Gambar 12
o Berdasarkan kepada gambar 9 di atas, ini merupakan satu cara kaedah asas menyelamat yang amat mudah dipraktikkan.
o Jika dilihat badan penyelamat hendaklah direndahkan dengan serendah yang mungkin apabila menarik mangsa yang dalam keadaan sukar untuk berenang.
o Penyelamat hendaklah menarik keluar mangsa ke tempat yang selamat dengan menggunakan bahan yang tegar atau keras (batang besi, gelung) atau dengan menggunakan bahan yang tidak tegar atau keras (baju, tuala mandi) untuk menarik mangsa keluar dari keadaan bahaya.
o Kemudian mangsa akan cuba untuk mencapai dan memegang bahan yang diberikan tadi dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan dan kemudian penyelamat akan menarik mangsa ke tepi kolam.
o Pastikan mangsa dalam keadaan terkawal. Jika terdapat yang menunjukkan mangsa berisiko dalam bahaya tindakan sewajarnya hendaklah diambil seperti memberi bantuan perubatan awal kepada mangsa dengan menenangkan mangsa, memberi bantuan pernafasan (CPR) dan sebagainya supaya mangsa berada dalam keadaan terkawal.
o Jika tidak terdapat sebarang perubahan pada mangsa, langkah kecemasan perlu diambil dengan membawa mangsa ke pusat perubatan untuk mendapat tindakan dan rawatan yang selanjutnya.




Gambar 13
Contoh 1.2

Gambar 14
o Berdasarkan situasi pada gambar 11, penyelamat cuba menyelamat mangsa dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh terapung. Penyelamat akan membuang bahan yang terapung itu ke dalam air untuk dicapai dan dipegang oleh mangsa.
o Antara bahan yang terapung yang digunakan ialah seperti tali (tali yang tidak berat dan mudah terapung), ‘kickboard’, bola, ataupun botol plastik (letak sedikit air ke dalam botol itu).
o Penyelamat boleh menyelamat mangsa samada menggunakan kamahiran asas menyelamat bahagian belakang, tepi dan depan.
o Semasa penyelamat ingin membaling atau mencampak bahan apungan untuk dicapai oleh mangsa, pastikan kaki dijarakkan mengikut keselesaan dan kestabilan badan apabila melakukan balingan bahan apungan tadi.
o Kemudian mangsa ditarik sehingga ke tempat yang selamat / ke tepi kolam.
o Tindakan susulan seperti rawatan perubatan / rawatan kecemasan diambil jika perlu bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap mangsa.










Contoh 1.3





Kayu panjang dihulur kepada mangsa

mangsa cuba mencapai kayu


mangsa akan memegang kayu

mangsa ditarik ke tepi kolam

2. Kaedah menyelamat dengan masuk ke dalam air.
Contoh 2.1





















1) Pastikan keadaan selamat. Penyelamat akan berenang menghampiri mangsa dan membawa alat yang terapung.
2) Penyelamat akan mencapai mangsa dengan menarik mangsa perlahan-lahan menghampirinya. Penyelamat akan meletakkan alat terapung ke badan mangsa untuk memudahkan mengapung dan membawa mangsa.
3) Alat yang terapung yang diletakkan pada bahagian badan mangsa hendaklah dipstikan supaya kemas dan tidak tercabut apabila proses menyelamat mangsa dilakukan.
4) Penyelamat akan memegang pada alat yang telah diikatkan pada badan mangsa tadi untuk memudahkan penyelamat membawa mangsa ke tepi.
5) Penyelamat akan membawa mangsa ke tepid an kemudian akan memeriksa samada mangsa bernafas atau tidak.
6) Tindakan kecemasan dan perubatan akan diambil terhadap mangsa supaya mangsa dalam keadaan selamat.






Contoh 2.2





















8.0 PANDUAN KEMAHIRAN MENGELUARKAN MANGSA DARI KOLAM RENANG.
Untuk mengeluarkan mangsa dari kolam renang, penyelamat (penyelamat utama) membawa mangsa ke tepi kolam dan seterusnya memindahkan mangsa ke atas dek yang dipegang oleh penyelamat (penyelamat kedua).

Gambar 15

Pergelangan tangan mangsa dipegang secara bersilang dengan bahagian depan badan mangsa disandarkan pada tepi kolam. Kemudian papan dilungsurkan ke dalam kolam renang bersebelahan mangsa. Seterusnya, penyelamat akan menyadarkan mangsa pada papan untuk menarik mangsa keluar dari kolam renang.
Gambar 16
Mangsa kemudian ditarik dengan bahagian belakang disandarkan kepada papan dengan memegang pergelangan tangan mangsa.



Gambar 17

Penyelamat kemudian akan menarik / menggelusur papan dan mangsa ke tepi kolam dengan mudah.



Gambar 18




PERBENTANGAN
POWER POINT
KEMAHIRAN
ASAS MENYELAMAT






























RUMUSAN
Kemahiran asas menyelamat di air terutamanya kolam renang mempunyai beberapa kaedah dan prosedur yang perlu dipatuhi. Pendedahan serba sedikit mengenai kemahiran asas menyelamat ini sedikit sebanyak dapat memberi input yang berguna untuk dipraktikkan jika berlaku sebarang kemalangan atupun kecemasan. Pengapliksian secara betul dan berkesan mungkin akan dapat menyelamatkan nyawa seseorang daripada sebarang bahaya.
Secara keseluruhannya, kemahiran asas menyelamat ini merupakan satu ilmu yang penting dan perlu dipelajari setiap kemahiran-kemahirannya kerana proses menyelamat bukan semata-mata berlaku di kolam renang sahaja tetapi mungkin tidak dijangka akan berlaku di tempat-tempat lain. Persediaan yang awal mungkin perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku dan secara umumnya mungkin kejadian yang lebih teruk lagi dapat dielakkan jika pencegahan yang awal dilakukan.


BIBLIOGRAFI
Persatuan Renang Amatur Malaysia (1994). Renang. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Austswim (2000). Teaching Swimming And Water Safety. USA : Human Kinetic.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia, Kuala Lumpur, 1986
Projek Pembangunan Masyarakat. Pasukan Pertahanan Awan Singapura (JPA3). Buku Panduan Kecemasan Edisi 2005.
http://heimswim.blogspot.com/
http://www.ilsf.org/education/safety-tips
http://faculty.deanza.edu/donahuemary/BasicWaterRescue
http://faculty.deanza.edu/donahuemary/classes/course1
http://faculty.deanza.edu/donahuemary/Howtoremoveavictimfromthepool
http://www.usim.edu.my/v7/en/index.php?option=com_content&view=article&id=104&Itemid=167
http://www.publicsafety.gc.ca/prg/em/gds/brs-eng.aspx
http://www.getprepared.gc.ca/_fl/basic-rescue-skills_e.pdf
http://www.health.qld.gov.au/healthyislandresorts/topics/water_safety.asp
http://travel.ninemsn.com.au/article.aspx?id=109180§ionid=2361§ionname=kidsfamily&subsectionid=4620&subsectionname=healthsafety&n=0
http://www.dlg.nsw.gov.au/dlg/dlghome/documents/PracticeNotes/Water_Safety_Oct_2005%20.pdf
http://www.scdf.gov.sg/downloads/CD_Emergency_Handbook/emergency_handbk_2005_malay.pdf
http://huggies.com.au/BeingAParent/Health/ChildSafety/WaterSafety.asp
http://huggies.com.au/BeingAParent/SkillsAndActivities/LearningToSwim/WaterSafetyTips.asp
http://huggies.com.au/BeingAParent/SkillsAndActivities/LearningToSwim/WaterSafetyTips.asp
http://www.actew.com.au/water2water/documents/IssuesPaper25May07.pdf
http://kidshealth.org/teen/safety/safebasics/water_safety.html
http://victoria.ymca.org.au/cpa/htm/htm_article.asp?page_id=44
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran
http://www.scribd.com/people/view/
http://kplijan2008.21 classes.com
http://www.akademi-renang.com
laman web rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia http://www.jpsm.gov.com.my
http://www.HumanKinatics.com


REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya kami telah berjaya menyiapkan tugasan Renang ini yang bertajuk Kemahiran Asas Menyelamat dengan baik. Tugasan ini telah dapat kami hantar tepat pada masanya. Kami telah menerima tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersemangat.
Kami telah mendapat sedikit sebanyak input melalui tugasan yang diberikan ini. Kami telah membuat dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu. Kami juga mencari bahan rujukan di Perpustakaan Negeri Kelantan. Selain itu kami juga melayari internet untuk mendapatkan sedikit sebanyak input bagi membuat tugasan ini.
Walaupun begitu, kami tidak dapat lari daripada masalah. Kami menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Kami tidak memahami isi dan kandungan yang hendak diutarakan dalam tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan kami. Syukurlah kami mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan tidak mementingkan diri. Mereka banyak membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Kami juga berasa untung kerana pensyarah kami sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana unutuk menyiapkan tugasan ini.
Kami amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa rugi kerana tidak mendapat pelbagai faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi hasil daripada tugasan ini , kami akan sedaya upaya mengamalkan falsafah pendidikan kebangsaan sebagai panduan apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu hari nanti. InsyaAllah……
Wassalam….


















LAMPIRAN





Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus
Nama Pelajar : ZAIRUDDIN BIN MUHAMMAD NAFI
Kumpulan : PISMP PJ 1 AMBILAN JANUARI 2008 / SEMESTER 2
Subjek : RENANG – KEMAHIRAN ASAS MENYELAMAT
Pensyarah Pembimbing : ENCIK WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA
Tarikh Perkara Komen T/Tangan Pensyarah











































































Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus
Nama Pelajar : MOHAMAD AZLI BIN MOHAMED YUSOF
Kumpulan : PISMP PJ 1 AMBILAN JANUARI 2008 / SEMESTER 2
Subjek : RENANG – KEMAHIRAN ASAS MENYELAMAT
Pensyarah Pembimbing : ENCIK WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA
Tarikh Perkara Komen T/Tangan Pensyarah

No comments: