terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

kuak lentang

Kuak Lentang
Kuak lentang adalah gaya renang yang lemah lembut dan beritma. Gaya ini sesuai dipelajari oleh perenang baru kerana pernafasan adalah mudah. Kuak lentang mempuyai banyak persamaan dengan gaya bebas. Rentak dan pergerakan kaki agak lebih kurang sama. Gaya ini menjadi popular selepas Sukan Olimpik Tahun 1912.

POSISI BADAN.
Perenang menelentang, badan hampir mendatar di bawah permukaan air, dengan kepala “berbantalkan” permukaan air secukup tinggi supaya muka tidak ditenggelami air.
Meluncur daripada susur/dinding
• Berdiri membelakangkan susur kolam renang. Tolak dan meluncur.
• Untuk berbalik kepada posisi berdiri semula, bengkokkan lutut, tarik dengan tangan, angkat kepala turunkan kaki ke lantai kolam.
Cara Berdiri Semula
• Meluncur dan menambahkan pergerakan kaki.
• Meluncur melakukan gaya bebas dengan menggunakan tangan, kaki dan cara bernafas.

No comments: