terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

kuak lentang dan terjunan

Kuak Lentang dan Terjenan.
Pendahaluan

Kita di Malaysia bernasib baik kerana Negara kita sebuah semenanjung kecil yang dikelilingi laut. Kebanyakkan kampung kita terbina di tepi sungai-sungai. Di Bandar pula banyak kolam renang dibina untuk kegunaan rakyat. Banyak sekolah juga mempunyai kolam renang sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak mempunyai alasan tidak boleh berenang. Peluang untuk blajar berenang terbuka dengan luasnya dan kita harus menggunakan peluang ini sepenuhnya.
Hampir setiap hari kita membaca dalam surat khabar atau mendengar berita di radio dan televisyen tentang kanak-kanak dan orang dewasa yang mati lemas. Mereka lemas sama ada semasa mandi-manda di laut, di sungai, di tasik, di lombong, di kolam, ataupun di kolam renang atau semasa banjir atau ketika menyeberangi sungai dengan sebuah sampan atau feri ke sekolah atau ke tempat bekerja. Jadi, kebolehan dan kemahiran berenang akan membolehkan kita menyelamatkan nyawa sendiri atau menyelamatkan nyawa orang lain.
Berenang menyeronokkan. Kita dapat melihat suasana yang menyeronokkan ini ketika orang berenang dan berkelah di pantai, di sungai atau di kolam renang. Renang boleh membukakan pintu kepada banyak aktiviti rekreasi akuatik seperti berkeno, berperahu, bermain ski air, belayar, selam scuba, meluncur angin, bermain buih ombak, sukan polo air, berenang segerak dan sebagainya.
Renang juga merupakan salah satu jenis sukan yang murah. Apa yang diperlukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti renang ialah pakaian renang dan topi renang, (jikalau berenang di kolam renang). Renang baik untuk membina dan mengembangkan kecergasan fizikal secara menyeluruh misalnya kekuatan otot, ketahanan kardiovaskular, ketahanan otot dan kelenturan. Renang boleh disertai oleh semua dari peringkat bayi sehingga peringkat dewasa atau tua. Mereka yang cacat juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti renang dan tidak ketinggalan juga mereka yang menghidap penyakit sistem saraf, penyakit lumpuh, penyakit lelah/ asma dan sebagainya. Renang juga digalakkan untuk pesakit yang belum benar-benar sembuh selepas patah tulang atau cedera tisu atau otot.
Renang telah diakui sebagai latihan yang sempurna dan menyeluruh. Ia memerlukan usaha sendiri bukan sahaja dengan membaca buku ataupun menonton program renang di televisyen sahaja.

No comments: