terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 24, 2008

kertas kerja tennis

KERTAS KERJA
KEJOHANAN TENIS TERTUTUP INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU 2008
ANJURAN JAWATANKUASA GERKO TENIS PISMP SEM 2 DAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

1.0 NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Tenis Tertutup Institut Perguruan Kota Bharu 2008

2.0 PENGENALAN
Dengan hasrat untuk menyemaikan jiwa cintai sukan dalam diri guru-guru pelatih dengan mendalam lagi, maka Jawatankuasa GERKO Tenis PISMP Sem 2 di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah merancang satu projek Kejohanan Tenis Tertutup Institut Perguruan Kota Bharu 2008 yang akan diadakan untuk guru pelatih IPKB. Hasil daripada projek ini nanti diharapkan mungkin akan dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang berkemahiran disamping mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri guru-guru pelatih sebagai persediaan untuk mewakili institut dalam sebarang kejohanan yang dipertandingkan.

3.0 RASIONAL
Program yang dianjurkan ini adalah untuk memenuhi syarat kursus Gerak Kerja Ko-Kurikulum yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dalam sukatan pelajaran. Melalui program ini juga diharap guru pelatih dapat menimba pengalaman bagaimana untuk menganjurkan sesuatu pertandingan. Di samping itu, penganjuran ini para guru pelatih dapat membina perwatakan guru yang mempunyai sahsiah yang bersepadu, beretika, berdisiplin, berpotensi dan berketerampilan.

4.0 MATLAMAT
4.1 Untuk melahirkan ahli-ahli sukan yang berkemahiran tinggi di samping mencungkil bakat-bakat yang sedia ada.
4.2 Memupuk semangat bekerjasama di kalangan pasukan dan organisasi.
4.3 Memupuk semangat cintakan sukan.
4.4 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru pelatih.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Membentuk seorang bakal guru yang berkemahiran serta berkebolehan dalam sebarang permainan yang dianjurkan untuk diterapkan di sekolah nanti.
5.2 Menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan guru pelatih.
5.3 Membentuk dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan guru pelatih.


6.0 TARIKH
Kejohahan tenis ini diadakan pada 25-26 Julai 2008.

7.0 TEMPAT
Gelanggang Tenis Institut Perguruan Kota Bharu.

8.0 PENAUNG KEJOHANAN

Tuan Haji Yajid Bin Yaakob
Timbalan Pengarah
Institut Perguruan Kota Bharu

9.0 PENASIHAT KEJOHANAN

En. Mohd. Noorlan bin Zakaria
Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Institut Perguruan Kota Bharu

10.0 JAWATANKUASA PENGANJUR

JAWATANKUASA PENGELOLA
LIGA SUKAN INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Penaung : Tuan Haji Yajid Bin Yaakob
Penasihat : En. Mohd. Noorlan Bin Zakaria
Pengerusi Kejohanan : Al-Aziza Bin Ibrahim Ishak
Timbalan Pengerusi : Nor Madihah Binti Amir Ruddin
Setiausaha : Ainul Basirah Binti Mokhtar
Naib Setiausaha : Nur Fazrin Binti Mohd Sukkri
Bendahari : Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA BERSAMA

 Jawatankuasa Teknikal dan Pendaftaran
• Nuraqidah bt. Yunos
• NurFazrin bt. Mohd. Sukkri
• Nor Madihah bt. Amir Ruddin
 Jawatankuasa Publisiti dan Siaraya
• Ahmad Shahir Nizam bin Adang
• Mohd Fadzly bin Ariffadzilah
 Jawatankuasa Peralatan
• Mohd Hasiful Insan bin Hussin
• Rahmat Azim bin Shaari
 Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas dan Hadiah
• Sarah binti Hashim
• Siti Mursyida binti Abdul Rasyid
 Jawatankuasa Keselamatan Dan Kebersihan
• Mohd Farhan bin Mahadi
• Mohd Syafiq bin Mohd Sabri
• Sayuti bin Mat Yusuf
 Jawatankuasa Makanan Dan Minuman
• Ahmad Dauddin bin Ismail
• Mohd Hazim bin Abdul Kadir
 Jawatankuasa Dokumentasi
• Syafiqah binti Omar
• Ainul Basirah binti Mokhtar
 Pegawai Pertandingan
• Mohd Noor Izwan bin Sulaiman
• Ahmad Shahir Nizam bin Adang
• Al-Aziza bin Ibrahim Ishak
• Mohd Hazim bin Abdul Kadir
• Rahmat Azim bin Shaari
• Mohd Hasiful Insan bin Hussin


11.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

11.1 Pengerusi Kejohanan
 Membentuk ahli jawatankuasa kejohanan.
 Menyediakan kertas kerja lengkap dengan bantuan setiausaha.
 Memanggil, mengadakan dan mengendalikan mesyuarat.
 Memantau dan memastikan semua bahagian jawatankuasa berfungsi mengikut bidang tugas secara aktif.

11.2 Timbalan Pengerusi
 Membantu tugas pengerusi.

11.3 Setiausaha
 Menyediakan minit mesyuarat.
 Menguruskan segala surat menyurat.
 Menyediakan laporan lengkap sesudah kejohanan berlangsung.
 Menempah penggunaan gelanggang kejohanan.

11.4 Naib Setiausaha
 Membantu pengerusi dan setiausaha kejohanan dalam menyediakan kertas kerja kejohanan.
 Menyediakan borang-borang berkenaan pertandingan.
 Menyediakan meja urusetia kejohanan semasa pendaftaran.

11.5 Bendahari
 Mengurus dan mengawal segala urusan keluar masuk wang.
 Merekod dengan lengkap segala urusan kewangan.
 Mengurus penunaian cek, wang pos, kiriman dan sebagainya.
 Menyediakan laporan lengkap kewangan sesudah kejohanan
berlangsung.
 Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.
11.6 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
 Menyediakan borang penyertaan.
 Melantik pengadil berkelayakan untuk mengadili pertandingan.
 Mendapatkan keputusan atau pemenang pertandingan dan memaklumkannya secara bertulis kepada setiausaha.
 Menyediakan keputusan rasmi pertandingan kepada juruacara untuk diumumkan.


11.7 Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas dan Hadiah
 Memilih dan menetapkan jenis hadiah dan cenderamata.
 Membeli hadiah dan cenderamata.
 Menguruskan meja hadiah dan cenderamata ,segala persiapan dan kelengkapannya.
 Membentang kepada bendahari tentang jenis hadiah dan nilainya.

11.8 Jawatankuasa Publisiti dan Siaraya
 Mempromosikan kejohanan tenis kepada guru pelatih.
 Menyediakan, mencetak, mengedar bahan-bahan promosi di tempat-tempat strategik.

11.9 Jawatankuasa Peralatan dan Kebersihan
 Menyelaras, menempah, meminjam dan mengedarkan semua peralatan yang diperlukan oleh setiap jawatankuasa.
 Memastikan semua peralatan yang dipinjam, dipulangkan dalam jumlah yang mencukupi dan dalam keadaan yang sempurna.
 Menyediakan senarai lengkap keseluruhan alatan yang bakal digunakan dan serahkan kepada setiausaha kejohanan.
 Memastikan persiapan tempat berjalan lancar.
 Menyediakan anggaran perbelanjaan.


11.10 Jawatankuasa Kebajikan dan Kecemasan
 Menyediakan kemudahan peralatan seperti peti bantuan kecemasan.
 Memastikan gelanggang dalam keadaan selamat bagi kegunaan pertandingan.


12.0 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan utama bagi perbelanjaan adalah daripada sumbangan daripada pihak Institut Perguruan Kota Bharu.

Harga Hamper untuk Pemenang Kejohanan
Johan Kuantiti Harga
Perseorangan Lelaki 1 RM 30 (RM30 x 1) = RM30
Perseorangan Perempuan 1 RM 30 (RM30 x 1) = RM30
Bergu Lelaki 2 RM 30 (RM30 x 2) = RM60
Bergu Perempuan 2 RM 30 (RM30 x 2) = RM60
JUMLAH = RM180


Naib Johan Kuantiti Harga
Perseorangan Lelaki 1 RM 20 (RM20 x 1) = RM20
Perseorangan Perempuan 1 RM 20 (RM20 x 1) = RM20
Bergu Lelaki 2 RM 20 (RM20 x 2) = RM40
Bergu Perempuan 2 RM 20 (RM20 x 2) = RM40
JUMLAH = RM 120

Perkara Kuantiti Harga
Bola Tenis 2 kotak RM 325.00 x 2 kotak = RM 650.00
Anggaran Harga Bola Tenis



Perkara Jumlah
Hamper untuk johan RM 180.00
Hamper untuk naib johan RM 120.00
Bola tenis RM 650.00
JUMLAH RM 950.00



13.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Kejohanan ini akan dikelolakan mengikut peraturan dan undang-undang ITF/LTAM.

13.1 Tarikh : 25-26 Julai 2008
13.2 Tempat : Gelanggang Tenis IPKB
13.3 Gelanggang : Gelanggang Keras (Plexipave)
13.4 Bola : Bola Wilson US Open
13.5 Pakaian : 70% putih dan tertib
13.6 Acara : Perseorangan dan Bergu
13.7 Yuran penyertaan : RM 5 untuk setiap individu
13.8 Pengelolaan : Jawatankuasa GERKO Tenis PISMP Sem 2
dan Jabatan PJK
13.9 Tarikh tutup : 24 Julai 2008 (4.00 petang)
13.10 Pengundian : Akan dilakukan pada 24 Julai 2008 (selepas
jam 4.00 petang)
13.11 Penyertaan : Semua penyertaan hendaklah dihantar
atau difakskan kepada :-

En. Mohd. Noorlan bin Zakaria,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Perguruan Kota Bharu.

13.12 Am : Pihak pengelola membenarkan pertukaran
nama rakan bergu pada saat akhir tetapi
hanya pada tie pertama. Selepas daripada
pertukaran tidak dibenarkan.

Pihak pengelola berhak untuk meminda mana undang-undang yang difikirkan perlu bagi
kelicinan kejohanan dan juga jadual perlawanan
jika ianya bersangkutan dengan masalah cuaca.
14.0 PENUTUP
Kejohanan Tenis Tertutup Institut Perguruan Kota Bharu 2008 ini diharap dapat menjadi aktiviti yang membentuk keperibadian positif seorang guru termasuk semangat kerjasama, perpaduan, saling tolong-menolong, komitmen, tanggungjawab serta komunikasi berkesan.



Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :




( …………………………………......... )
AINUL BASIRAH BINTI MOKHTAR
SETIAUSAHA




( …………………………………......... )
AL-AZIZA BIN IBRAHIM ISHAK
PENGERUSI




Disahkan Oleh :





( ........................................………………..)
EN. MOHD. NOORLAN BIN ZAKARIA
PENSYARAH PENASIHAT BIRO










Diluluskan Oleh :





( ……………………………………………............... )
TUAN HAJI YAJID BIN YAAKOB
TIMBALAN PENGARAH INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU



Sk : i. Pengarah IPKB
ii. Timbalan Pengarah IPKB
iii. KJ HEP
iv. Pensyarah Penasihat Kejohanan
v. S/U JPP

No comments: