terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

kecergasan fizikal dalam renang

KECERGASAN FIZIKAL
Kecergasan fizikal adalah amat penting diamalkan terlebih dahulu sebel
um sesuatu sesi permainan atau sukan itu berlangsung bagi memastikan setiap pemain berada pada tahap keadaan kecerdasan yang sempurna dan maksimum. Hal demikian ini ialah bagi memastikan semua pemain tidak akan mengalami sebarang kecederaan fizikal disebabkan oleh kecepatan pergerakan yang terlalu deras atau mengejut pada bahagian otot tertentu atau di sendi terutamanya seperti kekejangan urat ataupun tulang rangka terseliuh sebaik sahaja acara permainan sebenar berlangsung. Justeru itu, kesemua jenis sukan sama ada sukan padang atau gelanggang dan tidak terkecuali suka air juga memerlukan latihan darat sebagai satu komponen latihan rutin dan wajib sebelum para pemainnya boleh menceburi bidang permainan atau sukan itu sendiri.

Untuk sukan renang, walaupun kebanyakan latihannya dilakukan di dalam air, terdapat ratusan senaman fizikal yang boleh dilakukan di darat untuk kecergasan fizikal para perenang. Bagi perenang mencapai kebolehan berenang dengan berkesan dan sempurna, dia memerlukan pergerakan yang meluas pada semua bahagian sendinya supaya dia juga tidak akan mudah mengalami sebarang kecederaan fizikal seperti kekejangan otot.

Sebaliknya, bagi jenis sukan yang berlandaskan di padang atau di gelanggang seperti bola sepak dan badminton, para jurulatih menyarankan supaya para pemainnya melakukan kecergasan fizikal di dalam air pula bagi mengalihkan suasana latihan rutin yang kerap membosankan itu selain asyik berlatih di padang atau gelanggang sahaja. Selain itu, bagi pemain yang mengalami kecederaan fizikal, dia disarankan supaya meneruskan latihan kecergasannya seperti biasanya, tetapi latihan itu hendaklah dilakukan di dalam kolam renang seperti berjoging dan menahan nafas di dalam air.

Antara latihan darat yang disarankan untuk para perenang ialah regangan, kalistenik, ketangkasan, berjoging dan angkat berat.

No comments: