terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

(JANTUNG, DARAH & PEPARU) dalam renang

RENANG
(PJM 3104)

(JANTUNG, DARAH & PEPARU)

INSTITUT PERGURUAN : INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU, KELANTAN.

JABATAN : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

MATA PELAJARAN : RENANG

NAMA KURSUS : KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)

NAMA PENSYARAH : EN. WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA

NAMA PELAJAR : MOHD FAIDHY BIN ZULKARNAIN (870317-03-5551)
: MOHD HAZIM BIN ABDUL KADIR (880101-29-5337)

NAMA TUTOR : EN. WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA
: EN. KHAIRUL AZMAN BIN KAMARUZAMAN

KURSUS / UNIT : PROGRAM SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

KELAS : PENDIDIKAN JASMANI 1





ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
BIODATA GURU PELATIH 3
HALAMAN PENGAKUAN 5
PENGHARGAAN 6

1.0 PENDAHULUAN 7
2.0 SEJARAH RINGKAS 8
3.0 DEFINISI JANTUNG 10
4.0 FUNGSI JANTUNG 11
5.0 PEMBULUH DARAH 13
6.0 STRUKTUR JANTUNG 15
7.0 SALUR DARAH 22
8.0 PENYAKIT JANTUNG 23

BIBLIOGRAFI 28
RIFLEKSI 29
LAMPIRAN











BIODATA GURU PELATIH















NAMA : MOHD FAIDHY BIN ZULKARNAIN
NO K/P : 870317-03-5551
ALAMAT : W2/383 A, JALAN HOSPITAL, 17000 PASIR MAS, KELANTAN.
NO TEL : 017-9507382 & 019-9507382






































NAMA : MOHD HAZIM BIN ABDUL KADIR
NO K/P : 880101-29-5337
ALAMAT : 1243, LORONG MURNI, KG. SEBERANG LIMBONGAN,
22200 KAMPONG RAJA,TERENGGANU DARUL IMAN.
NO TEL : 019-9882502 & 017-9119293


















HALAMAN PENGAKUAN


“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.






Nama Pelajar : 1. MOHD FAIDHY BIN ZULKARNAIN
2. MOHD HAZIM BIN ABDUL KADIR


Tandatangan : ……………………………………………

……………………………………………












PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat kami menyiapkan kerja kursus pendidikan jasmani (renang) dengan jayanya mengikut apa yang diperlukan.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En.Wan Suhaimi kerana banyak menolong kami dalam menyiapkan tugasan ini. Segala pandangan serta nasihatnya banyak membantu kami membuat tugasan ini dengan lancarnya. Tidak lupa juga kepada rakan sekelas yang banyak member semangat dalam menyelesaikan tugasan ini.

Kami berharap agar tugasan ini dapat dijadikan panduan dalam mengembangkan ilmu kepada semua yang memerlukan. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha yang murni ini. Insya’Allah. Sekian terima kasih daripada kami.











PENDAHULUAN

Kita di Malaysia bernasib baik kerana Negara kita dikelilingi oleh laut. Kebanyakkan kampong di Negara kita terbina di tepi-tepi sungai. Di Bandar pula banyak kemudahan kolam renang dibina bagi kegunaan rakyat di Negara kita. Oleh hal sedemikian, kita sebagai rakyat Malaysia tidak boleh member alasan tidak boleh berenang. Peluang telah ada bagi kita untuk belajar berenang.

Mengapa kita perlu belajar berenang? Hampir setiap hari kita baca di dada akhbar, kita dengar di corong-corong radio dan kita lihat di kaca televisyen tentang perihal kanak-kanak mati lemas malahan ada juga golongan dewasa yang mati lemas. Jadi dengan adanya kebolehan dan kemahiran berenang, kita sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan nyawa kita atau nyawa orang lain jika berlaku kemalangan.

Aktiviti berenang ini amat menyeronokkan dan kita dapat lihat suasana seperti ini ketika orang berenang dan berkelah di pantai, kolam renang dan sebagainya. Renang juga menyebabkan banyak aktiviti yang melibatkan air tercipta seperti berkenu, berkayak, belayar, scuba, snokerling dan sebagainya.

Renang juga merupakan salah satu sukan yang tidak menelan harga yang tinggi. Apa yang diperlukan dalam sukan ini pakaian renang. Renang baik untuk membina kecergasan fizikal secara menyeluruh misalnya kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, kemahiran kelenturan dan lain-lain. Renang boleh disertai oleh pelbagai kelas umur dari kanak-kanak hingga ke dewasan. Malah orang kurang upaya pun dapat menyertai sukan ini.






SEJARAH RINGKAS

Terdapat bukti manusia mula berenang kira-kira 4,000 tahun dahulu. Bukti itu terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyria, lagenda Yunani dan kitab Injil. Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada zaman gelap eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana dikatakan melalui air banyak penyakit menular.

Kolam renang pertama dibuka di Liverpool, England pada tahun 1828. London pula merupakan Bandar pertama memperkenalkan sukan renang yang dipertandingkan. Pada tahun 1828, London sendiri mempunyai enam kolam renang.

Pada tahun 1844, dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull dan Tobacco dijemput menyertai pertandingan renang di London. Mereka menggunakan gaya tersendiri yang lebih kurang sama dengan gaya rangkak yang digunakan hari ini. Gaya renang Gull dan Tobacco ini belum pernah digunakan oleh para perenang eropah. Sebenarnya gaya renang mereka ini telah biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan Kepulaun Pasifik sejak trun temurun. Hari ini gaya renang itu disebut the crawl. Perenang Frederick Cavill memperbaiki gaya ini dan menamakannya the Australian crawl.

Pada 1902, anak Cavill, Richard menggunakan gaya itu untuk berenang 100 ela dalam masa 58.9 saat. Seorang lagi anak Cavill, Sidney memberikan latihan gaya ini kepada para perenang di San Francisco, Amerika Syarikat. Salah seorang pelatihnya ialah J.Scott Leary, Berjaya menjadi perenang pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela dalam 60 saat.






Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii. Duke Kahananoku dari Hawaii menggunakan gaya ini untuk memenangi acara renang 100 meter di Sukan Olimpik pada tahun 1912 dan 1920 pula ialah Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang berumur 21 tahun memenangi acara renang 100 meter dalam masa 59 saat pada sukan Olimpik 1924. Weismuller mencipta rekod baru dalam 67 acara renang sebelum dia bersara daripada renang pertandingan untuk menjadi bintang filem. Dia berlakon sebagai Tarzan di Hollywood.

Pada 1896 hanya acara gaya bebas ditandingkan di sukan Olimpik. Ini bermakna, para perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada tahun 1900 tiga acara renang ditetapkan iaitu acara gaya kuak lentang, acara gaya rangkak dan acara gaya kuak dada. Pada tahun 1912 perenang wanita diberi peluang bertanding dalam acara renang gaya bebas.

Kini acara-acara renang temasuklah acara gaya bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara gaya kupu-kupu, acara medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara gaya bebas berganti-ganti, acara junam dan acara renang segerak.

Pada zaman dahulu sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan. Cabaran pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris.







BIOLOGI JANTUNG & PEMBULUH DARAH

DEFINISI

Jantung merupakan suatu organ otot berongga yang terletak di pusat dada.
Bahagian kanan dan kiri jantung masing-masing memiliki ruang sebelah atas (atrium yang mengumpulkan darah dan ruang sebelah bawah (ventrikel) yang mengeluarkan darah. Darah hanya akan mengalir dalam satu arah, maka ventrikel memiliki satu katup pada jalan masuk dan satu katup pada jalan keluar.














Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh tubuh dan membersihkan tubuh dari hasil metabolisme (karbon dioksida). Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari seluruh tubuh dan memompanya ke dalam paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen dan membuang karbon dioksida. Jantung kemudian mengumpulkan darah yang kaya oksigen dari paru-paru dan memompanya ke jaringan di seluruh tubuh.


Fungsi Jantung

Pada saat berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan terisi darah (disebut diastol); Seterusnya jantung berkontraksi dan memompa darah keluar dari ruang jantung (disebut sistol). Kedua atrium mengendur dan berkontraksi secara bersamaan, dan kedua ventrikel juga mengendur dan berkontraksi secara bersamaan.

Darah yang kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbondioksida dari seluruh tubuh mengalir melalui 2 vena berbesar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kanan terisi darah, dia akan mendorong darah ke dalam ventrikel kanan.

Darah dari ventrikel kanan akan dipompa melalui katup pulmoner ke dalam arteri pulmonalis, menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui pembuluh yang sangat kecil (kapiler) yang mengelilingi kantong udara di paru-paru, menyerap oksigen dan melepaskan karbondioksida yang selanjutnya dihembuskan.

Darah yang kaya akan oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri. Peredaran darah diantara bagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut sirkulasi pulmoner.

Darah dalam atrium kiri akan didorong ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan memompa darah yang kaya akan oksigen ini melewati katup aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar dalam tubuh). Darah kaya oksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru.















Pembuluh Darah

Keseluruhan sistem peredaran (sistem kardiovaskuler) terdiri dari arteri,arteriola, kapiler, venula dan vena.

Arteri (kuat dan lentur) membawa darah dari jantung dan menanggung tekanan darah yang paling tinggi. kelenturannya membantu mempertahankan tekanan darah diantara denyut jantung. arteri yang lebih kecil dan arteriola memiliki dinding berotot yang menyesuaikan diameternya untuk meningkatkan atau menurunkan aliran darah ke daerah tertentu.

Kapiler merupakan pembuluh darah yang halus dan berdinding sangat tipis, yang berfungsi sebagai jembatan diantara arteri (membawa darah dari jantung) dan vena (membawa darah kembali ke jantung). kapiler memungkinkan oksigen dan zat makanan berpindah dari darah ke dalam jaringan dan memungkinkan hasil metabolisme berpindah dari jaringan ke dalam darah.

Dari kapiler, darah mengalir ke dalam venula lalu ke dalam vena, yang akan membawa darah kembali ke jantung. Vena memiliki dinding yang tipis, tetapi biasanya diameternya lebih besar daripada arteri; sehingga vena mengangkut darah dalam volume yang sama tetapi dengan kecepatan yang lebih rendah dan tidak terlalu dibawah tekanan.









Kemasukan Darah Ke Jantung

Otot jantung (miokardium) sendiri menerima sebagian dari sejumlah volume darah yang mengalir melalui atrium dan ventrikel suatu sistem arteri dan vena (sirkulasi koroner) menyediakan darah yang kaya akan oksigen untuk miokardium dan kemudian mengembalikan darah yang tidak mengandung oksigen ke dalam atrium kanan.

Arteri koroner kanan dan arteri koroner kiri merupakan cabang dari aorta; vena kardiak mengalirkan darah ke dalam sinurskoroner, yang akan mengembalikan darah ke dalam atrium kanan. Sebagian besar darah mengalir ke dalam sirkulasi koroner pada saat jantung sedang mengendur diantara denyutnya (selama diastol ventrikuler).














Struktur & Fungsi Jantung

Jantung adalah pengepam berotot didalam dada yang bekerja terus menerus tanpa henti mengepam darah keseluruh tubuh, pagi dan malam dari kelahiran sampai kematian. Jantung berkontraksi dan berehat sebanyak 100.000 kali dalam sehari, dan semua pekerjaan ini memerlukan bekalan darah yang baik yang disediakan oleh pembuluh arteri koronari.

Bagaimana Jantung Bekerja

Fungsi dasar jantung adalah mengepam darah merah yang kaya dengan oksigen dan nutrisi melalui pembuluh besar ke seluruh tubuh. Ketika oksigen telah diserap oleh jaringan, pembuluh vena membawa balik darah yang berwarna biru dan mengandungi sedikit sahaja oksigen ke jantung.

Jantung mempunyai dua sisi, di mana setiap sisi bekerja sebagai pengepam terpisah. Setiap sisi dibagi lagi menjadi 2 ruang, jadi keseluruhannya ada 4 ruang. Dua di atas, atria, berfungsi sebagai tempat menampung, dua di bawah, ventrical, berkontraksi mengepam darah. Sisi kanan jantung menerima darah dari seluruh tubuh melalui pembuluh vena dan mengepam ke peparu untuk mengambil oksigen. Sisi kiri jantung menampung darah yang balik dari paru-paru dan mengepam keseluruh jaringan tubuh yang memerlukan oksigen.

Bagi mencapai seluruh otot dan organ tubuh yang berbeza-beza, darah harus dipam dengan tekanan yang tinggi, seperti yang pasti anda ketahui jika pembuluh anda pernah terpotong - darah akan mumancut kemana-mana! Untuk melakukan hal ini maka jantung kita sangat kuat, dan tidak seperti otot kaki kita, jantung tidak pernah lelah. Oleh kerana itu otot jantung memerlukan bekalan darah yang sangat baik, dan ini disediakan oleh arteri koronari dan cabang-cabangnya.


Arteri Koronari

Arteri koronari keluar dari aorta - pembuluh darah utama dari jantung - yang baru saja meninggalkan ruang pengepam jantung, ventrikel kiri, jadi mereka adalah pembuluh yang pertama menerima darah yang kaya dengan oksigennya. Kedua arteri koronari iaitu yang kiri dan yang kanan adalah pembuluh yang relative kecil, setiapnya mempunyai diameter hanya 3 sampai 4 milimeter. Mereka menyusuri permukaan jantung, bertemu satu sama lain di belakang dan hampir membentuk lingkaran. Ketika model dari pembuluh ini dilihat pertama kalinya oleh orang zaman dulu, mereka berfikir itu kelihatannya seperti mahkota (crown), jadi mereka mengunakan nama latin yang sekarang kita pakai, arteri koronari (coronary arteries).

Kerana arteri ini begitu penting, doktor-doktor sudah terbiasa (mengenal betul) dengan arteri ini beserta cabang-cabangnya dan variasinya yang dapat terjadi dari orang persorangan. Arteri koronari kiri mempunyai 2 cabang utama yang disebut anterior descending dan circumflex, yang masing-masing juga mempunyai cabang-cabangnya. Mereka membekalkan hampir seluruh ventrikel kiri yang mana lebih berotot dari kedua ventrikel kerana ia harus mengepam darah keseluruh tubuh. Arteri koronari kanan umumnya lebih kecil dan menbekalkan jantung bahagian bawah dan ventrikel kanan, ruangan yang mengepam darah ke paru-paru.

Arteri koronari mempunyai struktur yang sama seperti arteri-arteri lain, tetapi berbeza dalam satu hal - darah hanya dapat mengalir melalui pembuluh ini ke dalam otot jantung di antara degupan jantung, ketika jantung berehat. Ketika otot jantung berkontraksi, tekanannya begitu keras untuk bisa mengizinkan darah untuk masuk ke dalam otot jantung. Ini berarti bahawa jantung menuntut suatu jaringan yang efisien dari pembuluh darah halus didalam otot jantung untuk mendapatkan darah di mana ia diperlukan.



Pada penyakit jantung koronari (CHD), arteri koronari menjadi sempit, dan otot jantung kekurangan darah dan oksigen yang diperlukan. Dalam keadaan rehat ini mungkin tidak menjadi persoalan, tetapi jika jantung cuba bekerja lebih keras dari normal - contoh jika anda naik tangga - arteri koronari mungkin tidak dapat bertahan dengan permintaan oksigen, dan anda mendapat sakit di dada. Jika anda berehat sebentar, umumnya sakit akan hilang. Jika suatu arteri koronari sama sekali tertutup (block) oleh gumpalan darah, maka daerah otot jantung yang dibekalkan ini akan mati.


Kegagalan Jantung Untuk Berfungsi

Pengenalan

Kegagalan jantung merupakan satu keadaan di mana jantung gagal melaksanakan fungsi utamanya. Jantung gagal untuk mengekalkan pengeluaran (darah beroksigen) yang mencukupi bagi seluruh tubuh berfungsi seperti biasa.

Deskripsi

Terdapat dua bentuk utama kegagalan jantung :

1. Kegagalan Jantung Sistolik berlaku apabila jantung tidak berupaya mengepam darah secukupnya ke seluruh badan disebabkan kekurangan daya untuk melakukan demikian. Akibatnya, darah dari jantung mungkin mengalir semula ke paru-paru.

2. Kegagalan Jantung Diastolik Berlaku apabila jantung tidak dapat berehat sepenuhnya. Oleh yang demikian, sedikit sahaja darah dapat memasuki jantung sebelum ia dipam ke seluruh tubuh, mengakibatkan pengumpulan darah terutamanya di bahagian bawah badan, termasuklah kaki dan tapak kaki.

Asas Saintifik

Jantung merupakan organ yang penting. Semua organ lain di dalam badan menerima bekalan oksigen serta nutrien dari darah yang dipam oleh jantung. Darah yang beredar ke seluruh badan akan kembali ke bahagian jantung kanan. Darah ini dikenali sebagai darah tidak beroksigen. Jantung kemudiannya mengepam darah itu ke paru-paru untuk menyerap oksigen semula. Seterusnya, darah yang mengandungi oksigen ini akan memasuki bahagian kiri jantung dan dipam semula ke seluruh badan.
Aktiviti elektrik jantung dicetuskan oleh sekumpulan sel khusus yang dikenali sebagai perentak atau `pacemaker’. Kedua-dua perentak dan otot jantung memainkan peranan yang amat penting dalam pengecutan jantung.

Apabila otot jantung dan perentak gagal membuatkan jantung mengecut dengan sempurna, jumlah atau kuantiti darah yang diedar ke seluruh badan akan berkurangan. Ini menyebabkan berlakunya kegagalan jantung.
Kegagalan jantung merupakan keadaan yang biasanya berlaku secara beransur-ansur, tetapi dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi akut. Ini kerana badan mempunyai mekanisma tersendiri untuk mengimbangi atau menampan kesan-kesan akibat kegagalan jantung. Tiga bentuk utama mekanisma berkenaan ialah:

1. Penebalan otot jantung untuk menguatkan otot tersebut. Ini akan meningkatkan lagi kekuatan jantung untuk mengecut.

2. Menambahkan kekerapan pengecutan untuk meningkatkan peredaran darah

3. Peningkatan ketahanan salur darah periferi untuk mengekalkan tekanan darah.
Mekanisma-mekanisma ini membolehkan tubuh menghentikan pembentukan kegagalan jantung buat sementara. Malangnya, keupayaan menampan ini mempunyai hadnya dan akan tiba masa di mana keupayaan jantung untuk mengepam berkurangan dan kegagalan jantung berlaku jua akhirnya.

Penyebab

Sebarang penyakit yang melibatkan jantung serta mengganggu peredaran darah boleh menyebabkan kegagalan jantung . Penyakit-penyakit yang disenaraikan di bawah ini boleh mengganggu keupayaan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan:

• Penyakit Jantung Koronari - mengurangkan pengaliran darah ke jantung. Ini menghalang otot jantung dari berfungsi dengan berkesan. Setakat ini, penyakit ini merupakan penyebab kegagalan jantung yang paling lazim.

• Miokarditis - radang otot jantung yang boleh merosakkan otot tersebut.

• Penyakit Injap Jantung - regurgitasi aorta boleh menyekat pengaliran darah, dengan yang demikian mengehadkan bekalan darah ke sel-sel jantung

• Penyakit-penyakit yang boleh mempengaruhi aktiviti elektrik jantung - menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah dengan berkesan akibat degupan jantung yang tidak sekata.












SALUR DARAH





Pada tahun 1908, ahli sains telah mendapati bahawa arnab yang diberi makan daging, susu berlemak dan telur mengandungi mendapan lemak di dinding arteri (saluran darah). Ini menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit - proses ini dinamakan "atherosclerosis". Ia adalah proses yang mengambil masa yang lama dan selalunya tidak menunjukkan kesan-kesan awal. Sekiranya proses ini berlaku pada kita, saluran darah ke otak boleh berhenti (kena stroke) atau ke jantung berhenti (sakit jantung). Pada 1913, ahli sains telah mengenalpasti bahan ini sebagai kolesterol.

Pada 1916, Cornelius de Langen, seorang doktor Belanda yang ketika itu berkerja di Indonesia mendapati bahawa orang-orang asli Indonesia mempunyai kadar sakit jantung yang lebih rendah berbanding orang-orang Belanda yang tinggal di sana. Beliau membuat spekulasi bahawa ini mungkin disebabkan oleh kandungan kolesterol yang rendah di kalangan orang Indonesia yang lebih banyak memakan makanan berasaskan tumbuhan berbanding orang Belanda yang lebih suka mengambil daging dan makanan berasaskan tenusu.



Selepas Perang Dunia ke-2, pengkaji di Skandinivia mendapati bahawa kematian akibat sakit jantung turun dengan mendadaknya semasa peperangan. Ini didapati disebabkan oleh kekurangan makanan daging, tenusu dan telur pada ketika itu. Pengkaji lain pula pada masa ini telah mendapati bahawa orang yang mengalami serangan sakit jantung selalunya mempunyai kadar kolesterol yang lebih tinggi berbanding orang yang tidak mengalami serangan sakit jantung. Sejak daripada itu, telah banyak kajian saintifik yang mengaitkan kandungan kolesterol yang tinggi dan diet dari lemak haiwan dengan risiko sakit jantung. Di negara-negara di mana kandungan kolesterol adalah tinggi seperti di Amerika, penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian.

Kolesterol adalah sejenis bahan berbentuk seperti alkohol (iaitu mengandungi atom -OH di dalam strukturnya) dan ia dibawa di dalam saluran darah kita menggunakan lipoprotein. Jenis yang menggunakan LDL (low density lipoprotein) dikatakan kolesterol jahat manakalah yang menggunakan HDL dikatakan kolesterol baik. Kenapakah LDL dikatakan kolesterol jahat dan HDL sebagai kolesterol baik? Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa kandungan kolesterol yang tinggi di dalam darah bertindakbalas dengan oksigen dan ini akan mengeluarkan Radikal Bebas Oksigen.

Kolesterol + Oksigen -----> Radikal Bebas Oksigen


SALURAN DARAH


Saluran darah berfungsi untuk membawa oksigen dan nutrien di dalam tubuh kita. Tahukah anda bahawa saluran darah kita adalah sebanyak 2.5 kali melingkari bumi. Saluran darah yang sihat akan melancarkan perjalanan dan pengaliran darah anda secara optimum.Apabila perjalanan darah anda lancar, jantung yang akan mengepam darah juga berjalan lancar tanpa menghadapi masalah.

Tubuh manusia mempunyai 60 trilion sel.Oleh itu, Sistem Kardio-Serebrovaskular kita berfungsi menghantar oksigen, nutrien,air tulen dan hormon serta mengangkut hasil sampingan metabolisme .Pelbagai masalah timbul seperti darah tinggi, kolestrol,kurang perhatian dan lain-lain lagi akibat perjalan darah yg tidak lancar. Masalah mati pucuk juga adalah satu faktor dimana darah tidak berjalan dengan lancar ke setiap organ tubuh kita.




























PENYAKIT KORONARI JANTUNG

Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovascular.
Di antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovascular di Semenanjung Malaysia bertambah dari 15.3 bagi setiap 100,000 penduduk kepada 37 bagi setiap 100,000 penduduk. Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 534% dalam masa 24 tahun. Tetapi mungkin pertambahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya kemungkinan disebabkan timbulnya kesedaran mendalam di kalangan penduduk Malaysia menyebabkan mereka lebih kerap memeriksa kesihatan mereka. Ini menyebabkan lebih banyak kes baru direkodkan berbanding masa yang lalu.
Jantung merupakan satu organ yang penting dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibat penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung. Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman.




Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kolesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu anda dinasihatkan mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kalesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

































Gejala-gejala Penyakit Jantung
1. Nyeri
Jika otot tidak mendapatkan cukup darah (suatu keadaan yang disebut iskemi), maka oksigen yang tidak memadai dan hasil metabolisme yang berlebihan menyebabkan kram atau kejang. angina merupakan perasaan sesak di dada atau perasaan dada diremas-remas, yang timbul jika otot jantung tidak mendapatkan darah yang cukup.
jenis dan beratnya nyeri atau ketidaknyamanan ini bervariasi pada setiap orang. beberapa orang myang mengalami kekurangan aliran darah bisa tidak merasakan nyeri sama sekali (suatu keadaan yang disebut silent ischemia). jika darah yang mengalir ke otot yang lainnya (terutama otot betis) terlalu sedikit, biasanya penderita akan merasakan nyeri otot yang menyesakkan dan melelahkan selama melakukan aktivitas (klaudikasio).

Perikarditis (peradangan atau cedera pada kantong yang mengelilingi jantung) menyebabkan nyeri yang akan semakin memburuk ketika penderita berbaring dan akan membaik jika penderita duduk dan membungkukkan badannya ke depan.
aktivitas fisik tidak menyebabkan nyeri bertambah buruk.
jika menarik nafas atau menghembuskan nafas menyebabkan nyeri semakin membaik atau semakin memburuk, maka kemungkinan juga telah terjadi pleuritis (peradangan pada selaput yang membungkus paru-paru). Jika sebuah arteri robek atau pecah, penderita bisa merasakan nyeri tajam yang hilang-timbul dengan cepat dan tidak berhubungan dengan aktivitas fisik.
Kadang arteri utama (terutama aorta) mengalami kerusakan. Suatu aneurisma (penonjolan aorta) bisa secara mendadak mengalami kebocoran atau lapisannya mengalami robekan kecil, sehingga darah menyusup diantara lapisan-lapisan aorta (diseksi aorta). hal ini secara tiba-tiba menyebabkan nyeri hebat yang hilang-timbul karena terjadi kerusakan yang lebih lanjut (robeknya aorta) atau berpindahnya darah dari saluran asalnya. Nyeri dari aorta seringkali dirasakan di leher bagian belakang, diantara bahu, punggung sebelah bawah atau di perut.

Katup diantara atrium kiri dan ventrikel kiri bisa menonjol ke dalam atrium kiri pada saat ventrikel kiri berkontraksi (prolaps katup mitralis). Penderita kadang merasakan nyeri seperti ditikam atau ditusuk jarum. Biasanya nyeri terpusat di bawah payudara kiri dan tidak dipengaruhi oleh posisi maupun aktivitas fisik.
2. Sesak Nafas
Sesak nafas merupakan gejala yang biasa ditemukan pada gagal jantung.
sesak merupakan akibat dari masuknya cairan ke dalam rongga udara di paru-paru (kongesti pulmoner atau edema pulmoner).
Pada stadium awal dari gagal jantung, penderita merasakan sesak nafas hanya selama melakukan aktivitas fisik. sejalan dengan memburuknya penyakit, sesak akan terjadi ketika penderita melakukan aktivitas yang ringan, bahkan ketika penderita sedang beristirahat (tidak melakukan aktivitas). Sebagian besar penderita merasakan sesak nafas ketika sedang berada dalam posisi berbaring karena cairan mengalir ke jaringan paru-paru. jika duduk, gaya gravitasi menyebabkan cairan terkumpul di dasar paru-paru dan sesak akan berkurang. Sesak nafas pada malam hari (nokturnal dispneu) adalah sesak yang terjadi pada saat penderita berbaring di malam hari dan akan hilang jika penderita duduk tegak.
Sesak nafas tidak hanya terjadi pada penyakit jantung; penderita penyakit paru-paru, penyakit otot-otot pernafasan atau penyakit sistem saraf yang berperan dalam proses pernafasan juga bisa mengalami sesak nafas. Setiap penyakit yang mengganggu keseimbangan antara persediaan dan permintaan oksigen bisa menyebabkan sesak nafas (misalnya gangguan fungsi pengangkutan oksigen oleh darah pada anemia atau meningkatnya metabolisme tubuh pada hipertiroidisme).



3. Kelelahan atau Kepenatan
Jika jantung tidak efektif memompa, maka aliran darah ke otot selama melakukan aktivitas akan berkurang, menyebabkan penderita merasa lemah dan lelah. gejala ini seringkali bersifat ringan. Untuk mengatasinya, penderita biasanya mengurangi aktivitasnya secara bertahap atau mengira gejala ini sebagai bagian dari penuaan.
4. Palpitasi (Jantung Berdebar-debar)
Biasanya seseorang tidak memperhatikan denyut jantungnya. tetapi pada keadaan tertentu (misalnya jika seseorang yang sehat melakukan olah raga berat atau mengalami hal yang dramatis), dia bisa merasakan denyut jantungnya.
jantungnya berdenyut dengan sangat kuat atau sangat cepat atau tidak teratur.

Doktor bisa memperkuat gejala ini dengan meraba denyut nadi dan mendengarkan denyut jantung melalui stetoskop. Palpitasi yang timbul bersamaan dengan gejala lainnya (sesak nafas, nyeri, kelelahan, kepenatan atau pingsan) kemungkinan merupakan akibat dari irama jantung yang abnormal atau penyakit jantung yang serius.
Pusing & Pengsan

Penurunan aliran darah karena denyut atau irama jantung yang abnormal atau karena kemampuan memompa yang buruk, bisa menyebabkan pusing dan pingsan.
gejala ini juga bisa disebabkan oleh penyakit otak atau saraf tulang belakang, atau bisa tanpa penyebab yang serius. Emosi yang kuat atau nyeri (yang mengaktifkan sebagian dari sistem saraf), juga bisa menyebabkan pingsan.






BIBLIOGRAFI

Kementrian Pendidikan Malaysia, garis panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia,
Kuala Lumpur, 1986.

http://health.gld.gov.au/healthyislandresort.asp
http://heimswim.blogspot.com/
http://www.google/result.heart/asp























REFLEKSI


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat kami telah berjaya menyiapkan folio renang dengan baik. Tugasan ini telah kami hantar tepat pada masanya. Kami telah menerima tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersemangat.

Kami telah mendapat sedikit sebanyak input melalui tugasan yang diberikan ini. Kami telah membuat dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu. Kami juga mencari bahan rujukan di Perpustakaan Negeri Kelantan. Selain itu kami juga melayari internet untuk mendapatkan sedikit sebanyak input bagi membuat tugasan ini.

Walaupun begitu, kami tidak dapat lari daripada masalah. Kami menghadapi sedikit masalah pada permulaan tugasan ini. Kami tidak memahami cara – cara untuk melakukan tugasan ini. Hal ini telah menyukarkan kami. Syukurlah kami mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan tidak mementingkan diri. Mereka banyak membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Kami juga berasa untung kerana pensyarah kami sudi menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana unutuk menyiapkan tugasan ini.

Kami amat berpuas hati kerana mampu menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sesiapa yang tidak menyiapkan tugasan patut berasa rugi kerana tidak mendapat pelbagai faedah untuk diri mereka sendiri. Dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi hasil daripada tugasan ini , kami akan sedaya upaya mengamalkan pengetahuan kami dalam renang sebagai panduan apabila menjalankan khidmat sebagai guru suatu hari nanti. InsyaAllah……
Wassalam….

No comments: