terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Wednesday, October 29, 2008

contoh soalan mab tengoklah hehe

BAHAGIAN A
(20 markah)

Jawab semua soalan.


1. Aspek-aspek berikut terdapat dalam konsep alam belajar kecuali


(A) psikososial

(B) kemudahan fizikal

(C) institusi masyarakat

(D) komuniti pembelajaran



2. Cikgu Ani ingin meningkatkan kemahiran motor halus murid-muridnya.
Aktiviti bermain yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut ialah


(A) main doh

(B) main masak-masak

(C) main laga ayam jantan

(D) main polis dengan pencuri



3. Berikut ialah ciri-ciri yang terdapat dalam bermain kecuali

(A) berpasukan

(B) memberi keseronokan

(C) bermotivasi secara intrinsik

(D) berlaku di mana-mana sahaja

4. Menurut R.M. Gagne, pembelajaran melibatkan prinsip


(A) suasana yang menyeronokkan, refleksi dan asimilasi

(B) penglibatan aktif, pembelajaran formal dan situasi mendesak

(C) pembelajaran formal, situasi mendesak dan gerak balas terlazim

(D) situasi mendesak, suasana menyeronokkan dan akomodasi pengalaman baru



5. ”Dalam pendekatan behaviouris, pembelajaran berlaku disebabkan aktiviti pelaziman”.

Berdasarkan pernyataan di atas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berbentuk


(A) latih tubi

(B) bercerita

(C) membaca secara mekanis

(D) perbincangan secara kumpulan



6. W. Kohler merupakan pengasas psikologi Gestalt dan terkenal dengan pembelajaran celik akal.

Pernyataan yang paling tepat mengenai pembelajaran celik akal ialah

(A) pembelajaran akan berlaku apabila ada ganjaran.

(B) sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

(C) penyelesaian masalah bergantung kepada pengalaman lalu.

(D) pembelajaran bergantung kepada persepsi seseorang terhadap masalah yang dihadapi.


7. Proses pembelajaran murid melalui proses berikut:

Pemerhatian Mengingat Reproduksi Peneguhan/Motivasi

Pandangan tersebut merujuk kepada


(A) Carl Rogers

(B) Albert Bandura

(C) David Ausubel

(D) Wolfgang Kohler



8. Pendekatan humanis dalam pengajaran berfokuskan kepada unsur-unsur minat dan keperluan asas manusia. Oleh itu, guru yang bersifat humanis mempunyai ciri-ciri berikut kecuali


(A) murid mempunyai kawalan diri ke atas apa yang hendak dikaji

(B) pembelajaran melibatkan pembentukan mental yang mungkin tidak dapat diperhatikan

(C) setiap individu akan bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas membuat pilihan dan keputusan

(D) setiap individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba pengalaman untuk pertumbuhan kendiri














9.

Pembelajaran bertujuan untuk membolehkan murid-murid membina makna masing-masing, bukannya menghafal jawapan yang betul atau meniru makna rakan-rakan.



Pernyataan di atas adalah pandangan daripada ahli-ahli Teori


(A) Sosial

(B) Kognitif

(C) Humanistik

(D) Konstruktivis



10. “Pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku apabila kandungan mata pelajaran adalah relevan dengan minat peribadi murid-murid kita.”

Berasaskan pernyataan di atas, proses pembelajaran boleh berlaku melalui kandungan mata pelajaran yang


(A) berpusatkan kanak-kanak

(B) memenuhi keperluan fisiologi

(C) dapat memberi kepuasan maksimum kepada pelajar

(D) sesuai dengan murid dan berhadapan dengan
ancaman yang minima








11. Manakah model pemprosesan maklumat yang berpaksikan kepada kajian Bruner, Goodnow dan Austin?


(A) Inkuiri dan deduktif.

(B) Inkuiri dan ekspositori.

(C) Ekspositori dan induktif.

(D) Ekspositori dan deduktif.



12. Cikgu Hasnah mengajar di Tahun 6 Melati mendapati kebanyakan pelajarnya menghadapi masalah cepat lupa dan suka kepada peneguhan positif.

Model pengajaran yang manakah harus digunakan oleh Cikgu Hasnah untuk mengatasi masalah tersebut ?.


(A) Humanis.

(B) Behaviouris.

(C) Pemprosesan maklumat.

(D) Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
















13. Fokus utama pembelajaran koperatif ialah untuk perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja kumpulan (Slavin, Johnson & Johnson).

Bagaimanakah pembelajaran koperatif dapat memberi impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri pelajar ?.

(A) Tugasan diberikan sama rata dalam kumpulan.

(B) Persaingan di antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif.

(C) Ganjaran positif terhadap pelajar yang mendapat markah yang cemerlang.

(D) Aktiviti pengayaan yang mencabar kebolehan pelajar yang cerdas dan pintar.


14. Konsep kendiri, harga diri, berdikari dan kreativiti merupakan perkara utama yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara berikut yang manakah model pengajaran yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat tersebut ?.


(A) Model Sosial.

(B) Model Personal.

(C) Model Behavioris.

(D) Model Pemprosesan Maklumat.












15. Mengikut pendapat Bruce, Weil dan Calhoun, anda mungkin merupakan seorang guru yang mengenepikan isu pertumbuhan dan perkembangan murid-murid jika anda mempunyai sikap berikut.


(A) Tidak menggunakan sebarang model pengajaran.

(B) Tidak merancang set induksi yang menarik minat pelajar.

(C) Hanya mementingkan pencapaian objektif pembelajaran semata-mata.

(D) Hanya memberi perhatian kepada model pengajaran yang tertentu sahaja.



16. Strategi pengajaran pembelajaran Sekolah Bestari lebih berpusatkan pelajar.

Apakah tujuan utama perubahan itu ?.


(A) Ramai murid dalam kelas.

(B) Adanya sumber teknologi.

(C) Dapat memenuhi kehendak pelajar dan ibu bapa.

(D) Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna.













17. Berikut adalah jadual peranan guru dan peranan pelajar dalam pembelajaran bestari

Peranan Guru Peranan Pelajar
- Pembimbing - Belajar secara aktif
- Sokongan psikologi - Menggunakan budaya berfikir
- Menentukan hala tuju - Menggunakan kemahiran
penyelesaian masalah.
- Membina kemahiran sosial X

Cadangan peranan pelajar yang paling sesuai dalam ruangan (X) di atas ialah interaksi murid dengan


(A) guru

(B) internet

(C) buku dan majalah

(D) bahan bantu mengajar



18. Ali seorang murid tahun enam yang mempunyai kemahiran dari segi pergerakan motor halus, cenderung kepada sukan dan suka kepada aktiviti fizikal.

Mengikut Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner, Ali termasuk dalam kumpulan kecerdasan jenis


(A) muzikal

(B) kinestetik

(C) visual ruang

(D) verbal linguistik






19. Jadual di bawah menunjukkan empat pendekatan motivasi

Behavioris Humanistik Kognitif Sosio-budaya
Jenis motivasi Ekstrinsik Intrinsik Intrinsik Intrinsik
Implikasi Pengukuhan, ganjaran, insentif, dendaan Keperluan harga diri, kepuasan kendiri, penentuan kendiri. Kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan X
Ahli Teoris Utama Skinner Maslow, Rogers, Deci Weiner, Vroom Lave, Wenger

Dalam jadual di atas, X merujuk kepada konsep penting dalam ‘sosio-
budaya’, iaitu


(A) penglibatan dalam aktiviti kumpulan

(B) penglibatan pelajar dalam komuniti pembelajaran

(C) pergaulan dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat

(D) penglibatan dalam komuniti pembelajaran dan identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan



20. Seorang guru yang ‘autoritatif’ dikatakan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Pernyataan berikut merupakan ciri seorang guru yang bersifat autoritatif kecuali


(A) sentiasa memantau tingkah laku murid.

(B) terlalu bersifat perihatin terhadap murid.

(C) memupuk sikap bertolak ansur dalam kalangan murid.

(D) menggalakkan murid berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.





BAHAGIAN A
(20 markah)


1. C 11. B

2. A 12. B

3. A 13. B

4. A 14. B

5. A 15. D

6. D 16. C

7. B 17. A

8. B 18. B

9. D 19. D

10. D 20. B







20 jawapan betul x 1 markah = 20 markah

No comments: