terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar

terimalah hambu mu ini Ya Allah Hu Akbar
aku nak jadi hamba Allah yang bertaqwa kepada Nya

Friday, October 31, 2008

aktiviti regangan dalam renang

AKTIVITI REGANGAN
Photobucket
Untuk kita mencegah sebarang kecederaan fizikal terutamanya pada bahagian otot, kita perlu meregangkan bahagian otot-otot tertentu terlebih dahulu sebelum kita boleh menceburi bidang latihan utama dalam aktiviti sukan itu sendiri. Biasanya, jangka masa keseluruhan latihan regangan ini dilakukan dalam tempoh 10 ke 15 minit.

Selalunya, dalam aktiviti regangan ini, kita akan melenturkan satu demi satu anggota badan bermula pada bahagian leher dahulu dengan diikuti bahagian tangan, pinggang dan akhir sekali kaki. Bagi setiap aktiviti regangan, ia dilakukan dengan melenturkan anggota badan itu di sendinya secara perlahan-lahan sehingga kita terasa sedikit kesakitan atau keperitan dan kemudian itu kita menahan lenturan itu pada suatu kedudukan yang paling jauh atau terdaya secara statik dalam tempoh 10 hingga 30 saat. Selanjutnya, kita hendaklah ulangi pergerakan lenturan itu sebanyak 2 atau 3 kali sebelum kita boleh berpindah ke satu atur acara lenturan yang lain pula.

Meregangkan otot akan menambahkan kelenturan secara menyeluruh pada beberapa anggota sendi kita. Sukan renang adalah antara aktiviti latihan yang memerlukan pelbagai kelenturan pergerakan supaya kita boleh melakukan berbagai-bagai kuak atau gaya renang dengan terbaik dan sempurna. Contohnya, perenang tidak akan boleh berenang dengan terbaik dan terpantas jika anggota badannya keras dan sengal.

Justeru itu, semua perenang tanpa mengira had umur mereka seharusnya membuat latihan regangan sebelum dan selepas sesuatu sesi latihan renang, sama ada di darat atau di air bagi mengekalkan dan memperbaiki kelenturan keseluruhan anggota badan perenang.

No comments: